Diploma Pengajian Islam Andalus Minggu -1 USUL FIQH Diploma Pengajian Islam Andalus Minggu -1
Perkara yang akan dipelajari Ust Md Afiq Ariff Perkara yang akan dipelajari BAHAGIAN A: - Muqaddimah Usul Fiqh BAHAGIAN C: - Hukum Syara’ Hakim Hukum Mahkum Fih Mahkum ‘Alaih - Hukum Taklifi
BAHAGIAN A
DEFINASI USUL FIQH (m.s 2) Bahasa: Asas; apa yang dibina diatasnya, sumber, dalil serta kaedah FIQH Bahasa: Mengetahui atau memahami tentang sesuatu.
DEFINASI USUL FIQH Sebagai Suatu Ilmu (m.s 2-3) Ilmu yang membahaskan tentang kaedah- kaedah yang digunakan oleh mujtahid untuk mengeluarkan hukum syara’ berkaitan perbuatan mukallaf daripada dalil-dalil tafsili. Contoh: Kewajipan solat menerusi dalil al- Qur’an. Firman Allah yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang”.
SKOP PERBAHASAN USUL FIQH (m.s. 5) Kaedah-kaedah umum yang digunakan oleh Ulama untuk mengeluarkan hukum. Dalil-dalil syara’ dan kaedah yang dibuat untuk menunjukkan hukum berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Dalil hukum yang disepakati dan tidak disepakati serta kedudukannya.
SKOP PERBAHASAN USUL FIQH Cara mengeluarkan hukum. Hukum Taklifi dan Wad’iy. Perbezaan dilalah lafaz yang berbagai- bagai. Kedudukan diri mukallaf dari sudut sifat dan keadaannya. Klasifikasi dalil terhadap mukallaf dan yang tidak ditaklifkan.
KEPENTINGAN USUL FIQH (m.s. 6) Mengetahui cara Ulama dan Mujtahid mengeluarkan hukum. Mengetahui kaedah Ulama menetapkan sesuatu hukum. Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah mengikut perkembangan zama dan keperluan masyarakat.
KEPENTINGAN USUL FIQH Mengetahui asas-asas bagi hukum syara’ serta hikmahnya. Mempermudahkan Ulama yang berfatwa untuk mengeluarkan hukum kerana ada landasan dan panduan. Mengeluarkan hukum dengan lebih tepat berasaskan nas. Mengetahui faktor ulama berselisih mengenai sesuatu hukum.
SEJARAH USUL FIQH (m.s 7) ZAMAN RASULULLAH S.A.W Secara tidak langsung ilmu ini sudah dipraktikkan dari zaman Rasulullah S.A.W. Majoriti hukum pada zaman tersebut bersumberkan: Wahyu /al-Qur’an Al-Sunnah / Penjelasan Baginda s.a.w Ijtihad Baginda apabila tiada wahyu.
SEJARAH USUL FIQH Para sahabat akan merujuk langsung kepada Rasulullah s.a.w apabila timbul masalah. Sekiranya tidak dapat merujuk kepada Baginda s.a.w atau tiada sebarang dalil, maka diizinkan untuk mereka berijtihad. Contoh Usul Fiqh di zaman Rasulullah s.a.w : Perutusan Mu’az bin Jabal ke Yaman.
SEJARAH USUL FIQH Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Muaz yg diutuskan ke Yaman: Bagaimanakah untuk menghukum sesuatu masalah? Muaz menjawab: Al-Quran. Jika tiada? Maka As-Sunnah.
SEJARAH USUL FIQH Jika tiada saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengenepikan perkara itu. Maka Nabi pun memuji Allah dan setuju dengan jawapan yg diberi itu.
SEJARAH USUL FIQH ZAMAN SAHABAT Al-Qur’an dan al-Sunnah tetap menjadi sumber utama. Mereka berijtihad menggunakan al-Qiyas apabila tiada dalam dua sumber utama.
SEJARAH USUL FIQH Contoh Usul Fiqh di zaman Sahabat: Kisah pengumpulan Al-Quran hasil dari ijtihad Umar al-Khattab r.a dan masalih mursalah iaitu untuk kemaslahatan umat Islam.
SEJARAH USUL FIQH Kaedah Sadd al-zaraa’i : mengelak bahaya dan kemudharatan; Khalifah Ali r.a. menjatuhkan hukum peminum arak sama dengan had qazaf; 80 sebatan.
SEJARAH USUL FIQH (m.s 9) ZAMAN TABI’IN Sumber utama hukum pada zaman tersebut ialah: Al-Qur’an Al-Sunnah Ijma’ (kata sepakat) Pendapat Fatwa Sahabat / Ijtihad.
PENYUSUNAN ILMU USUL FIQH (m.s 10) Selepas zaman Tabi’in, muncul banyak masalah baru yang penyelesaiannya secara khusus tiada dalam al-Qur’an dan al- Sunnah.
PENYUSUNAN ILMU USUL FIQH (m.s 10) Faktor timbul masalah-masalah baru: Wilayah Islam semakin luas. Ramai muslimin berhijrah ke wilayah baru. Percampuran bangsa Arab dan bukan Arab. Corak kehidupan, keperluan masyarakat dan suasana berubah. Penguasaan Bahasa Arab yang semakin lemah.
PENGASAS ILMU USUL FIQH (m.s. 10) Ilmu Usul Fiqh dihasilkan secara langsung pada pertengahan kurun ke-2 hijrah Dipelopori oleh Imam Muhammad Bin Idris Asy-Syafi’e dengan kitabnya yang bernama Ar-Risalah.
PENGASAS ILMU USUL FIQH Kandungan di dalamnya : Ayat-ayat Al-Quran dan keterangan hukum, nas nasikh dan mansukh, As-Sunnah dan kedudukannya, berhujah dengan Hadis Ahad, Ijtihad, Ijma’ Ulama dan juga al-Qiyas.
BAHAGIAN C
HUKUM SYARA’ (m.s. 119) Skop perbahasan Hukum Syara’ mengandungi 4 bahagian: Hakim (Allah) Hukum (Khitab Allah) Mahkum Fih (Perbuatan Mukallaf ) Mahkum ‘Alaih ( Mukallaf )
HUKUM (m.s. 119) Bahasa: Menetapkan sesuatu terhadap sesuatu. Ust Md Afiq Ariff HUKUM (m.s. 119) Bahasa: Menetapkan sesuatu terhadap sesuatu. Istilah: Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada secara tuntutan atau pilihan atau secara wadi’y.
CARA MENGETAHUI HUKUM (m.s. 123) Jumhur Ulama’ berpendapat untuk mengetahui sesuatu hukum mestilah melalui dalil-dalil syara’, bukan dengan akal. Akal itu hanya alat untuk memahami dalil- dalil yang menjelaskan hukum tersebut. Ini ialah pendapat yang paling kuat.
CARA MENGETAHUI HUKUM Golongan Mu’tazilah dan Syiah berpendapat bahawa untuk mengetahui sesuatu hukum ialah melalui akal sepenuhnya. Bagi mereka dalil-dalil hanya menguatkan lagi apa yang difahami oleh akal.
HUKUM SYARA’ Taklifi Wad’iy PEMBAHAGIAN HUKUM (m.s 124) HUKUM SYARA’ Taklifi Wad’iy
PENGERTIAN (m.s 125) Hukum Taklifi: Khitab Allah mengandungi tuntutan terhadap mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mengandungi pilihan sama ada melakukannya atau meninggalkannya. Contoh: Tegahan menyalahgunakan harta anak yatim dan pilihan menziarahi kubur.
PEMBAHAGIAN HUKUM TAKLIFI (Jumhur Ulama) Wajib Mandub Haram Makruh Mubah HUKUM TAKLIFI (Hanafi) Fardhu Wajib Mandub Haram Makruh Tanzih Makruh Tahrim Mubah
FARDHU & WAJIB (m.s 126) Jumhur Ulama: Fardhu dan Wajib membawa maksud yang sama. Ulama Hanafi: Fardhu: Khitab Allah yang mengandungi tuntutan melaksanakan sesuatu dengan tuntutan pasti melalui dalil qat’iy (al-Quran, Hadis Mutawatir dan Hadis Masyhur) Kewajipan berpuasa.
WAJIB (m.s 125) Wajib: Tuntutan syara’ supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan pasti. Diberi pahala apabila melakukannya dan berdosa jika meninggalkannya. Contoh: Puasa di bulan Ramadan.
FARDHU & WAJIB Wajib: Khitab Allah yang menuntut supaya melakukan sesuatu secara pasti, namun ia berdasarkan dalil zanniy (Hadis Ahad dan al- Qiyas), tidak menjadi kafir bagi yang ingkar akan perintah tersebut membaca al-Fatihah di dalam solat berdasarkan Hadis Ahad.
BAHAGIAN WAJIB MASA Mutlak Mu’aqqat (Muwassa’) (Mudhayyaq) KADAR Muhaddad Ghair Muhaddad PELAKSANA Fardhu ‘Ain Fardhu Kifayah PENENTUAN Mu’ayyan Mukhayyar Murattab
WAJIB DARI SUDUT MASA (m.s. 127) Wajib Mutlak: Tuntutan wajib yg tidak ditetapkan waktu tertentu. Ia boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Contoh: Membayar kaffarah nazar atau sumpah.
WAJIB DARI SUDUT MASA Wajib Muaqqat: Tuntutan wajib yg ditetapkan waktu tertentu untuk menunaikannya. Contoh: solat 5 waktu. Wajib Muwassa’: Tuntutan wajib yg ditetapkan dengan waktu yang luas Solat Zohor. Wajib Mudayyaq: Tuntutan wajib yg ditetapkan dengan tempoh masa yang terbatas Puasa bulan Ramadan.
WAJIB DARI SUDUT KADAR (m.s 128) Wajib Muhaddad: Wajib yg ditentukan kadarnya dan tanggungjawab tidak akan terlepas, kecuali ditunaikan mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak. Contoh: Solat lima waktu, tanggungjawab akan terlepas apabila ditunaikan mengikut syarat, rukun dan rakaatnya.
WAJIB DARI SUDUT KADAR Wajib Ghair Muhaddad: Wajib yang tidak ditentu kadarnya oleh syarak. Contoh: memberi makan orang yang kebuluran, memberi sedekah kepada fakir miskin jika dinazarkan.
WAJIB DARI SUDUT PELAKSANA (m.s. 129) Fardhu ‘Ain: Kewajipan yang diwajibkan terhadap setiap individu yang mukallaf. Contoh: Solat 5 waktu, Zakat, Puasa bulan Ramadan, belajar Al-Quran.
WAJIB DARI SUDUT PELAKSANA Fardhu Kifayah: Kewajipan yang dikenakan terhadap seluruh mukallaf, seandainya ada di antara mereka yang telah melaksanakannya, maka mukallaf yang lain terlepas dari tanggungjawab tersebut. Sekiranya tiada siapa yg melaksanakannya maka semua berdosa. Contoh: menguruskan jenazah.
WAJIB DARI SUDUT PENENTUAN (m.s. 129) Wajib Muayyan: Sesuatu perkara yang telah ditentukan supaya melaksanakannya, tanpa ada pilihan. Contoh: Puasa, Solat 5 waktu.
WAJIB DARI SUDUT PENENTUAN Wajib Mukhayyar: Perkara yang dituntut oleh syara’ supaya dilaksanakannya dengan memilih salah satu daripadanya. Contoh: Menunaikan kaffarah sumpah:
WAJIB DARI SUDUT PENENTUAN Boleh memilih diantara: Memberi makan 10 orang miskin atau Memberi pakaian kepada mereka atau Membebaskan hamba.
WAJIB DARI SUDUT PENENTUAN Wajib mukhayyar terbahagi kepada: 1) Harus dilaksanakan kesemuanya: mukallaf harus melaksanakan kesemua perkara yang diberi pilihan itu dan pahala akan dinilai berdasarkan apa yang dilakukan.
WAJIB DARI SUDUT PENENTUAN b) Tidak harus dilaksanakan kesemuanya: mukallaf harus memilih salah satu dari pilihan yang diberikan. Contoh: memilih seorang sahaja untuk menjadi imam besar walaupun terdapat ramai orang yang layak.
WAJIB DARI SUDUT PENENTUAN Wajib Murattab: Sesuatu perkara yang telah ditentukan supaya melaksanakannya berdasarkan tertib. Contoh: Kaffarah bagi suami isteri yang bersatu pada siang hari di bulan Ramadan:
WAJIB DARI SUDUT PENENTUAN Memerdekakan hamba, Jika tidak mampu, maka puasa 2 bulan berturut, Jika tak mampu, maka beri makan kepada 60 orang miskin.
MANDUB (m.s. 132) Mandub = Sunat, Nafal, Tatawwu’, dan Mustahab. Mandub: Tuntutan syara’ supaya melakukan sesuatu dengan tuntutan tidak pasti. Diberi pahala apabila melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Contoh: Solat Terawih.
BAHAGIAN MANDUB (m.s. 133) Sunat Muakkad: sesuatu amalan Sunat yang selalu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Contoh: Solat berjemaah. Sunat Ghair Muakkad: sesuatu amalan sunat yang tidak selalu dilaksanakan oleh Rasulullah. Contoh: berpuasa Isnin dan Khamis.
PEMBAHAGIAN MANDUB Sunat Zawa’id: sesuatu amalan sunat yang mencontohi perbuatan, adab dan cara hidup seharian Baginda s.a.w sebagai manusia biasa. Contoh: cara makan dan minum (kehidupan harian).
HARAM (m.s.134) Haram: Tuntutan syara’ supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti. Perbuatan yang diberikan pahala apabila menjauhinya dan berdosa jika dilakukan. Contoh: mencuri, zina, minum arak dll.
BENTUK LAFAZ HARAM (m.s 134) Cara mengetahui Haram: Lafaz haram itu sendiri. Contoh: “Allah mengharamkan Riba” al-Baqarah:275 Lafaz nafi halal. Contoh: “Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang diceraikan)” al-Baqarah: 229
BENTUK LAFAZ HARAM (m.s 134) 3) Lafaz tegahan atau nahi. Contoh: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang- orang yang melakukan kezaliman...” Hud:13 4) Suruhan supaya menjauhi atau meninggalkan. Contoh: “Jauhilah perkataan-perkataan dusta” al-haj:30.
BENTUK LAFAZ HARAM (m.s 134) 5) Menjelaskan sesuatu perbuatan itu mengandungi dosa. Contoh: “Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya.” al- Baqarah:181.
HARAM MENURUT HANAFI (m.s 136) Ulama Hanafi : Haram ialah perkara yang ditetapkan supaya dijauhi atau ditinggalkan secara pasti melalui dalil qat’iy (al-Qur’an, Hadis Mutawatir dan Hadis Masyhur). Siapa yang menafikannya atau mengingkarinya dikira telah kafir.
BAHAGIAN HARAM (m.s.136) 1) Haram Lizaatihi: sesuatu perkara yang diharamkan semenjak semula jadi yang mana ia mengandungi kemudaratan dan kesan yang tidak baik. Pengharaman tersebut berlaku pada zat perbuatan itu sendiri, bukan sebab lain. Contoh: mencuri dan merompak.
BAHAGIAN HARAM 2) Haram Lighairihi: sesuatu perkara yang asalnya adalah dibolehkan atau dituntut namun selepas itu terdapat sesuatu sebab yg mengharamkannya. Haram kerana sebab lain yang mendatang. Contoh: Puasa pada hari raya, jual beli ketika sedang khutbah jumaat, sedangkan puasa itu dituntut, jual beli dibolehkan. Ia menjadi haram kerana dilakukan pada waktu yang haram.
MAKRUH (m.s. 138) Makruh: Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti. sesuatu perkara yang diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak berdosa jika melakukannya. Contoh: Talak, meninggalkan perkara yang sunat.
LAFAZ MAKRUH Cara mengetahui makruh ialah: Lafaznya sendiri yang menunjukkan karahah. Contoh: ((Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah perceraian)) HR Ibn Majah & Abu Daud. 2) Lafaz nahi mempunyai qarinah yang mengubah daripada haram kepada makruh.
LAFAZ MAKRUH Contoh: “Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu…” al- Ma-idah:101
BAHAGIAN MAKRUH ULAMA HANAFI (m.s. 139) Makruh Tahrim Makruh Tanzih Makruh Tahrim: Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan secara pasti melalui dalil Zanniy (Hadis Ahad & al-Qiyas.
BAHAGIAN MAKRUH ULAMA HANAFI Contoh: ((Janganlah seseorang menjual brangan di atas jualan saudaranya)) H.R. Muslim - Makruh Tahrim mesti ditinggalkan, diberi pahala meninggalkannya, disiksa jika melakukannya tetapi tidak menjadi kafir jika mengingkarinya.
BAHAGIAN MAKRUH ULAMA HANAFI Makruh Tanzih: Khitab Allah yang meminta meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti. - Lebih baik tinggalkan. Contoh: ((Baginda menegah memakan daging kuda dan meminum susunya))
BAHAGIAN MAKRUH ULAMA HANAFI - Tidak menjadi kemestian meninggalkannya, tetapi diberi pahala apabila meninggalkannya dan tiada dosa atau seksa melakukannya.
MUBAH (m.s.140) Mubah, Harus, Jaiz, Halal dan Boleh. Mubah: Tuntutan syara’ yang membolehkan mukallaf membuat pilihan untuk melakukan atau meninggalkan. Sesuatu perkara yang tidak diberi pahala atau dosa samaada meninggalkannya atau melakukannya.
LAFAZ MUBAH (m.s. 140) Cara mengetahui mubah ialah: Lafaz al-Amr atau suruhan membawa faedah harus berdasarkan qarinah yang mengubah dari wajib kepada harus. Contoh: Makan dan minum. Lafaz halal. Contoh: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan isteri-isteri kamu” al-Baqarah: 187
LAFAZ MUBAH (m.s. 140) Lafaz menafikan junah (tiada salah). Contoh: “ Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh dengan mereka…” al-Baqarah: 236 4) Lafaz menafikan dosa (tiada dosa). Contoh: “ Kemudian sesiapa yang bersegera pada hari kedua, maka ia tidaklah berdosa…” al- Baqarah: 203.
HUKUM PERKARA MUBAH (m.s. 141) Tidak diberi pahala apabila melakukannya dan tidak ada apa-apa dosa jika meninggalkannya. Contoh: makan nasi dan minum jus. Perkara yang asalnya ditegah atau haram, kerana faktor tertentu, hukum tersebut berubah menjadi harus. Contoh: Membunuh orang murtad.
Sekian