ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Guru dan Cabaran Semasa
HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan pendemokrasian pendidikan (1.1) Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu integrasi nasional dan pendemokrasian pendidikan(7.2)
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan pendidikan
KONSEP PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Bermaksud peluang sama bagi setiap individu mendapat pendidikan dan kemudahannya yang disediakan. Ia meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang difikir sesuai untuk menuntut ilmu pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yg sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahannya yang disediakan.
RASIONAL DAN KEPENTINGAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN 1988-UNESCO telah melancarkan APPEAL di New Delhi, India sebagai satu usaha reformasi dalam pendemokrasian pendidikan dgn tujuan membasmi buta huruf di kalangan penduduk dalam negara2 kurang maju melalui bantuan kewangan, latihan dan perlaksanaan projek pendidikan.
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Semua dapat hak yang sama Sekolah dapat kemudahan yang sama Sekolah wawasan Sekolah satu aliran Amalan kehidupan Persamaan Hak Peluang Luas Pembangunan sumber manusia
TUMPUAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Basmi buta huruf Pendidikan Universal Penyediaan Infrastruktur Guru terlatih yang mencukupi dan berkualiti Prasekolah untuk semua
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK Perbezaan kelas sosial Perbezaan sosialisasi dan bahasa Perbezaan lokasi bandar dan luar bandar
PERBEZAAN KELAS SOSIAL Pierre Bourdieu(1930)- ahli sosiologi pendidikan dari Perancis mengatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dgn latar belakang kebudayaan ibu-bapanya dan tahap pendidikan ibu-bapa adalah lebih banyak mempengaruhi persekolahan anak mereka.
Beliau merumuskan:- Terdapat ketidaksamaan pengagihan modal budaya di antara kelas sosial-kelas dominan adalah didapati memperoleh modal budaya yg paling banyak. Sistem pandidikan dalam aliran masa ketika itu mencerminkan bntuk budaya penguasaan kelas sosial dgn melegitimasi dan rasionalisasikan pengagihan modal budaya yg kurang adil.
Pelajar kelas atasan mewarisi lebih banyak modal budaya drpd ibu-bapa yg berpendidikan tinggi dan memperoleh pencapaian jauh lebih baik drpd pelajar kelas bawahan yg kurang modal budaya. Sistem pendidikan, selain dikongkong oleh struktur reproduksi masyarakat, ianya juga dikong2 oleh keupayaan reproduksi sendiri disamping melindungi kepentingan nilai modal budaya yg sedia ada.
Dalam kajian P. Bourdieu mendapati perbezaan pencapaian persekolahan pelajar2 adalah berkait rapat dgn perbezaan latar belakang budaya mereka. Menurut beliau lagi, perbezaan pembawaan kelas sosial bnyk mempengaruhi pencapaian persekolahan dan aspirasi terhadap pendidikan seseorang pelajar.
HUBUNGAN MODAL BUDAYA DENGAN SEKOLAH MALAYSIA Di Malaysia, sebelum merdeka, proses reproduksi mengikut pengagihan modal budaya di kalangan kelas sosial pula berlaku semasa penjajahan British. Demi menjaga kepentingan penjajah, hanya Maktab Melayu Kuala Kangsar yang dikhaskan untuk golongan elit dan bangsawan sahaja. Selepas merdeka, dengan perubahan sistem pendidikan, peluang-peluang pendidikan sehingga peringkat universiti dibuka secara beransur-ansur untuk semua pelajar pelbagai kaum
Bagaimanapun, bagi kelas bawahan, mobiliti sosial mereka ke kelas menengah dan kelas atasan, pada peringkat permulaan hanya dapat berlaku secara perlahan-lahan, khasnya bagi kaum bumiputera. Ini kerana kelas orang atasan yang mewarisi modal budaya sebelum merdeka masih dapat merebut peluang untuk mengekalkan kelas sosial mereka.
Bagaimanapun, kadar prubahan mobiliti sosial mula dipercepatkan apabila sistem kuota untuk pelung pendidikan tinggi mengikut nisbah penduduk kaum dilaksanakan sejak 1970-an. Mengikut tinjauan, perbezaan pencapaian di peringkat universiti tempatan masa ini masih ketara kerana punca perbezaan modal budaya yang diwarisi dari kelas-kelas sosial yang mempunyai perbezaan latar belakang budaya masing-masing.
PERBEZAAN SOSIALISASI DAN BAHASA George Herbert Mead, seorang ahli falsafah, berpendapat orang sebagai insan yang mempunyai kesedaran psikologikal adalah hasilan sosial. Mengikutnya, banyak komunikasi simbolik (penggunaan idea dan konsep) biasanya meliputi penggunaan bahasa yang membolehkan manusia untuk mencerminkan situasi dan perasaan atau pemahaman dalam mindanya.
Mead berpendapat, bahasa yang dikuasai oleh manusia boleh :- Mengorganisasi dan menyimpan tanggapan dan pemahamannya terhadap dunia fizikal dan sosial. Memindahkan konsep-konsep ini kepada orang lain yang berkongsi bentuk bahasa itu. Mengaplikasikan konsep-konsep yang diperolehi dalam minda ke atas situasi baru, persepsi atau komunikasi simbolik yang diterima daripada orang lain, dan seterusnya, berlandaskan tindakan ini mencipta kefahaman baru terhadap isyarat-isyarat tersebut.
Sejak lahir, manusia adalah didedahkan dengan pelbagai isyarat dan simbol dalam bentuk bahasa daripada orang lain, dan dengan ini, mereka belajar unutk memahami, dan menginterpretasikan isyarat dan simbol tersebut. Dengan ini, manusia bukan sahaja dapat mengumpulkan persepsi, tanggapan dan kepercayaan orang lain, malah juga berupaya untuk menimbangkannya.
Mengikut Bordieu, seorang ahli sosiologi berpendapat sistem pendidikan mengandungi ciri habitus masyarakat. Habitus merupakan tindak balas manusia terhadap alam sekitarnya dengan cara tertentu mengikut keadaan tertentu Bermula semasa sosialisasi dalam keluarga dan berubahsuai mengikut persekitarannya. Habitus-habitus individu mengandungi modal budaya yang berbeza di antara kelas sosial mereka.
Bordieu mengenal pasti tiga kategori kelas sosial yang mempunyai citarasa yang berbeza; iaitu citarasa sah (kelas dominan), citarasa middle brow (kelas tengah) dan citarasa popular (kelas bawah). Kelas dominan adalah mereka yang mempunyai modal budaya yang tinggi dengan citarasa sah adalah berkuasa dan berpengaruh dalam menentukan sistem pendidikan yang rasmi. Sekolah mengamalkan modal budaya kelas dominan dan autoriti guru mewakili autoriti kelas domain.
Pelajar-pelajar kelas bawahan yang tidak mempunyai modal budaya sekolah sering dihukum kerana tidak dapat mencapai kriteria yang bercenderung kepada kelas tengah dan kelas atasan. Ini yang diistilahkan sebagai penganiayaan simbolik. Akibatnya, prestasi pelajar yang mempunyai modal budaya dengan citarasa sah kelihatan cemerlang.
PERBEZAAN LOKASI BANDAR DAN LUAR BANDAR Semasa pentadbiran British, pendidikan vernakular Melayu yang dibekalkan oleh mereka adalah setakat dalam peringkat sekolah rendah sahaja. Tujuannya adalah mendidik anak Melayu sehingga peringkat yang hanya mampu menyara hidup di kampung sahaja. British bimbang sekiranya anak Melayu mendapat pendidikan tinggi, mereka akan menuntut hak-hak politik daripada penjajah.
Bagi ramai orang Melayu, mereka hanya dapat peluang menerima pelajaran setakat sekolah rendah sahaja, kecuali di peringkat latihan perguruan. Ramai orang Melayu terpaksa hidup di luar bandar dan berada dalam kawasan kemunduran dan tidak dapat bersaing dengan kaum-kaum lain yang mempunyai taraf akademik yang lebih tinggi, khasnya pelajar-pelajar yang berkelulusan tinggi daripada sekolah Inggeris. Ini menunjukkan jurang sosioekonomi di antara kaum.
Mengikut Teori Konflik, punca utama stratifikasi kelas sosial adalah berasaskan daripada faktor ekonomi. Punca utama konflik berlaku di antara kelas sosial pula disebabkan jurang ekonomi yang besar di antara kelas sosial. Perubahan sosial dan sistem pendidikan adalah akibat konflik yang berlaku di antara kelas sosial. Di Malaysia, perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dan konflik perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Selepas daripada itu, objektif-objektif serta strategi-strategi baru telah digubal dan dibentuk dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Perpaduan negara menjadi matlamat yang penting sekali dalam rancangan ini.
Selain itu, pembentukan Dasar Ekonomi Baru merupakan ideologi yang positif untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Untuk mencapai matlamat ini, adalah wajar bagi kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia dengan menhapuskan identiti kaum dan kasta.
Rancangan-rancangan pelajaran dan latihan akan memberi sumbangan penting dalam proses mengalakkan perpaduan negara. Rancangan-rancangan ini juga memainkan peranan yang penting dalam kemajuan perbandaran kaum-kaum Bumiputera dengan menambahkan bilangan penyertaan mereka dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden di negara Malaysia.
Untuk melaksanakan rancangan pendidikan dalam empat bidang utama tersebut di atas, strategi-strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua adalah:- Melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang utama di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat.
Mengurangkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kawasan-kawasan dan kaum-kaum, dengan membina sekolah-sekolah baru dan kemudahan-kemudahannya, serta menambah bilangan guru terlatih untuk sekolah-sekolah di luar bandar.
Membaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan yang terkandas, membuat penilaian serta membaiki sukatan pelajaran,cara-cara mengajar, kemudahan-kemudahan nisbah di antara guru dan pelajar serta memperseimbang di antara mata pelajaran am dengan mata pelajaran sains dan teknologi.
Membuat penyelidikan dan penilaian pada setiap masa selaras dengan matlamat-matlamat sistem pendidikan dengam menubuhkan sebuah Pusat Pengajian Sains yang bertanggungjawab membaiki sukatan-sukatan pelajaran, pengajaran sains dan matematik, menyediakan bahan-bahan untuk kerja-kerja dan ujian-ujian makmal serta berbagai-bagai alatan untuk digunakan dalam pengajian sains
PROGRAM KESAKSAMAAN PENDIDIKAN
MURID DARIPADA KELUARGA YANG KURANG BERUNTUNG Secara khususnya, modal budaya merujuk kepada seseorang individu yg mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dr keluarga dan masyarakatnya. Budaya tersekat- merupakan halangan @ kekurangan modal budaya yg menyebabkan gagal mencapai aspirasinya khas dalam bidang akademik dan mobiliti sosial.
PROGRAM PENDIDIKAN IMBUHAN (PPI) Wujud selepas perang dunia ke-2. Pendidikan yg tidak saksama di antara golongan atasan dan bawahan. Di Malaysia, PPI khasnya bg pelajar2 sekolah rendah, telah dilaksanakan di antara 1975-1980. Melalui projek ini, bhn2 pelajaran telah dihasilkan dan guru2 terlatih telah dipilih untuk menyertai kursus supaya memperoleh kemahiran bg melaksanakan PPI ini.
Dalam projek ini, PPI menitikberatkan perkara2 berikut:- Tindakan2 diambil di peringkat awal,seperti menjalankan ujian diagnostik utk mengesan masalah. Penentuan objektif2 projek yg nyata Rancangan pengajaran disusun dgn rapi utk mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran.
Pengubahsuaian kurikulum, bhn pelajaran, kaedah & strategi pengajaran & pembelajaran. Penglibatan ibu-bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti. Kordinasi dgn agensi2 yg boleh memberi sumbangan utk program kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan sebagainya.
CIRI2 PENDIDIKAN IMBUHAN Rancangan pembelajaran disediakan utk pelajar2 yg menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi. Rancangan pembelajaran utk semua matapelajaran mengikut perkembangan kognitif pelajar2. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.
Program ini meliputi program makanan, bantuan dr segi kemudahan, dan kewangan. Bantuan juga turut diberi kpd golongan bawahan di peringkat pra sekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka. Objektif utama ialah merapatkan jurang dlm peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin.
PERBEZAAN ANTARA PENDIDIKAN PEMULIHAN DGN PENDIDIKAN IMBUHAN Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas utk menolong pelajar2 yg menghadapi masalah pembelajaran dlm kelas. Pendidikan imbuhan pula, mengikut Projek Imbuhan ialah satu program pendidikan yg meliputi bukan sahaja usaha2 mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi juga usaha2 mencegahnya sebarang masalah pembelajaran pelajar dr peringkat awal.
Berbanding dgn pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas krn pendidikan imbuhan meliputi bukan sahaja unsur2 pedagogi dlm bilik darjah seperti pendidikan pemulihan, tetapi juga unsur2 sosioekonomi & politik di luar bilik darjah turut diterapkn.
PROJEK InSPIRE Adalah salah satu projek pendidikan dr USM. Projek ini ditubuhkan pd bulan Ogos 1977. Tujuan menubuhkan projek InSPIRE ini adalah:-
Mengkaji, mengembang & mencuba teori2 pendidikan supaya digunakan utk mempertingkatkan keberkesanan P&P dlm sekolah rendah di luar bandar. Membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM melaksanakan program pemulihan & pengayaan dalm KBSR.
PENDIDIKAN INKLUSIF (PI) UNTUK MURID ISTIMEWA
Setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang berpendidikan utk mengembangkan potensinya secara menyeluruh & bersepadu dr segi intelek, rohani, emosi, sosial, dan jasmani supaya mnjadi insan yg berilmu pengetahuan & berupaya memberi sumbangan kepada masyarakat & negara.
PI merupakan peluang pendidikan umum yg diberikan kpd semua kanak2 Malaysia, termasuklah kanak2 cacat. 2 kaedah pembelajaran kanak2 cacat:-
Kanak2 yg menpunyai potensi belajar akan ditempatkan dlm kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yg berkerjasama dgn guru2 biasa. Bg kanak2 cacat yg tidak dpt mengikuti P&P mereka akan ditempatkan di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP).
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas (PK) ialah program pendidikan dirancang khusus utk kanak2 istimewa iaitu kanak2 cacat @ kanak2 yg kurang pintar-cerdas. Kanak2 istimewa yg memerlukan pendidikan khas boleh digolngkan kpd 7 kategori:-
KANAK2 KERENCATAN AKAL Pada kebiasaannya, kanak2 yg mengalami masalah ini menpunyai darjah kecerdasan antara 35-85. Mereka menghadapi kerosakan sistem saraf akibat kelahiran, kecederaan, baka & kekurangan zat makanan.
KANAK2 BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak2 jenis ini pula disebabkan masalah keluarga @ peribadi @ kedua2nya. Golongan kanak2 ini biasanya mempunyai konsep kendiri (-), motivasi rendah, sifat introvert, tabiat malas berusaha, kekurangan minat belajar.
KANAK2 KECELARUAN TINGKAH LAKU Tingkah laku terbias Sifat pengongkongan dalaman Tingkah laku ketidakmatangan Tingkah laku antisosial
KANAK2 CACAT PENDENGARAN & MASALAH KOMUNIKASI Pretutur & Postutur. Pretutur- pekak sejak lahir Postutur- cacat pendengaran separa @ sepenuhnya yg biasanya mempunyai pengalaman bercakap. Pretutur lebih teruk dr postutur.
KANAK2 CACAT PENGLIHATAN Jenis penyakit- rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna, astigimatisme, katarak, glaukoma & juling. Masalah penglihatan merupakan masalah deria yg paling teruk.
KANAK2 CACAT FIZIKAL Mempunyai masalah ortopedik. Kecacatan ini mempengaruhi fungsi tulang sendi, otot & mnyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan @ kakinya mnjadi lemah dan terhad.
Kanak2 Pintar-Cerdas Merujuk kpd kanak2 yg mempunyai darjah melebihi 120. Mereka biasanya digolongkan dlm 3 kategori. Kanak2 yg mempunyai intelek tinggi Kanak2 yg mempunyai bakat mncipta Kanak2 yg b’bakat dlm senilukis, penulisan,drama, muzik, sukan dll.
KELAS BERCANTUM UTK SEKOLAH YG KURANG ENROLMEN
Kelas bercantum merupakan kelas yg mngandungi murid2 yg t’diri lebih drpd 1 tahun persekolahan. Misalnya, sesebuah kelas b’cntum mgkin mngndungi murid2 drpd tahun dua tahun persekolahan (tahun 1 & 2). Biasanya boleh didapati di sekolah2 yg mmpunyai bilangan murid tdk melebihi 145 org. Biasanya di kawasan t’pencil @ pedalaman.
CIRI-CIRI KELAS BERCANTUM Umur murid dlm sesebuah kelas b’cntum adalah b’lainan mngikut tahun persekolahan mereka. Murid 1 tahun p’sekolahan x melebihi 14 org. Guru t’pksa mngajar murid 2 @ 3 tahun p’sekolahan secara serentak dlm kelas yg sama.
Strategi pengajaran yg b’beza. Bilangan guru yg t’had mngikut peruntukan nisbah bilangan kelas yg t’dpt di sekolah. Kemudahan di sekolah kurang lengkap. Bangunan kelas t’diri dr pondok2 kecil. T’letak di kawasan t’pencil dan bilangan penduduk di kawasan t’sbut tdk ramai.
KRITERIA PERCANTUMAN Umur Murid Keperluaan Murid Bilangan Murid Bilangan Bilik Darjah Bilangan Tenaga Pengajar
AKTA PENDIDIKAN 1996: Pindahan Tahun 2002
Akta ini mewajibkan ibu-bapa mendaftarkan anak mereka yg cukup umur supaya masuk sekolah rendah tahun 1 mulai Januari 2003. Implikasi:- PPP dpt dilaksanakn menikut matlamat Kanak2 tdk akn ktinggalan dlm peluang pembelajaran Matlamat melahirkan pelajar yg b’ilmu akn direalisasikan mngikut program pndidikan yg drancangkn Memastikan pelajar dpt pndidikan yg sempurna.