PANTUN DUA KERAT KUMPULAN SATU AHLI KUMPULAN 1)HARITH NAFI’ B. HANAZRIE 2)DEVANESH A/L BALA CHANDRAN 3)KEETASHINY A/P SARAVANA KUMAR 4)ALYA HUDA BT. ASRUL EFFENDI 5)ATIQAH AZRA BT. ANNAS
PANTUN DUA KERAT(NASIHAT) Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas,perak,tembaga,suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Sintang memegang satu memikul. Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh Rampaisari Puisi Warisan,1985 Fajar Bakti Sdn. Bhd.
MAKSUD SETIAP RANGKAP RANGKAP 1 Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat itu sendiri. RANGKAP 2 Orang yang asyik baring di dalam akan menjadi orang yang kuat tidur. RANGKAP 3 Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan ,tetapi dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri. RANGKAP 4 Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.
TEMA NASIHAT YANG DAPAT MEMBINA DIRI SESEORANG KE ARAH KEBAIKAN
PERSOALAN a) SIFAT MANUSIA ITU AKAN TERSERLAH PADA SETIAP PERBUATAN DAN TINGKAH LAKUNYA b) ORANG YANG KUAT TIDUR TIDAK AKTIF DAN TIDAK PRODUKTIF c) KEKURANGAN DIRI BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA DAN MENYUMBANG SESUATU YANG BERFAEDAH d) ORANG YANG MALAS BERUSAHA TIDAK AKAN BERJAYA UNTUK MEMPEROLEH SESUATU e) INISIATIF ATAU KERJA HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN PENUH KESUNGGUHAN f) SIFAT MANUSIA MENZAHIRKAN DIRI SENDIRI g) ORANG YANG BERJAYA TIDAK BANYAK TIDUR h) SETIAP KEJAYAAN MESTI DIMULAKAN DENGAN USAHA DAN IKHTIAR YANG PENUH KOMITMEN.
BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN BENTUKNYA TERIKAT TERDIRI DARIPADA LIMA RANGKAP BERISI DUA BARIS SERANGKAP BILANGAN KATANYA TIGA HINGGA EMPAT PATAH KATA SEBARIS TERDIRI DARIPADA LAPAN HINGGA SEBELAS SUKU KATA SEBARIS RIMA AKHIR BAGI SETIAP RANGKAP ADALAH SAMA, IAITU aa
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI IMEJ ALAM.CONTOHNYA, PUCUK KAWA;BUAH SINTANG;BUAH SENIKUL REPETISI.CONTOHNYA,SATU MEMEGANG SATU MEMIKUL.(BARIS DUA, RANGKAP LIMA) BAHASA ARAB. CONTOHNYA, WUJUD; SIFAT. ASONANSI. CONTOHNYA, SUNGGUH HITAM DIPANDANG LAWA(PERULANGAN VOKAL a) ALITERASI. CONTOHNYA, SARANG SEMUT DALAM GELAP (PERULANGAN BUNYI KONSONAN S)
NILAI Kerajinan Berhati-hati. Keredaan Kesungguhan Kecekalan
PENGAJARAN Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita. Kita harus mengelakkan diri dari banyak tidur. Kita janganlah kecewa dengan diri sendiri. Sifat malas hendaklah kita hindari Kita hendaklah memiliki sifat daya usaha yang tinggi dalam berhadapan dengan cabaran dalam sesuatu usaha