WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KPS 5042 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Advertisements

PERJANJIAN AQABAH.
Soalan: Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan menghadapi arus
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
PENGENALAN. PENGENALAN Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan.
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
Topik 35 Saling Membantu Dan Bekerjasama
Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural.
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.
Hubungan Etnik UHS 1152 (sek 14) PM Dr Rozeyta Omar Jun 2011
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3
TRANSFORMASI PEMBANGUNAN (Development Transformation)
Isu-isu Kontemporari Peradaban
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
PELAJARAN 4: FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM.
KULIAH 1 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM
Teori-teori Hubungan Etnik
Melisa AbdullahHussain Edit by: Nur Syafiqah Binti Abdul Rahman.
Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari.
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK BERSEMUKA KE-2 DKAP C
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
DSKP SEJARAH.
UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI
TRANSFORMASI PEMBANGUNAN (Development Transformation)
RUKUN NEGARA.
BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perpaduan dan Integrasi Kaum
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Topik 22 Taat Setia Kepada Raja Dan Negara
MELLISA OLEH: ABDULLAH HUSSAIN.
PAS PENGENALAN AM.
Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural.
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
MASYARAKAT BERINTEGRASI
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Karangan Rangsangan.
MELLISA OLEH: ABDULLAH HUSSAIN.
UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
Topik 23 Sanggup Berkorban Untuk Negara
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
Hubungan Etnik ZT1042 Nazri bin Muslim Penyelaras Hubungan Etnik
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI
Transcript presentasi:

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PISMP AMBILAN JANUARI 2012 ARMAN NORZAMAN BIN AZLAN MOHD IZZAN AMIR BIN MOHD JOHARI MUHAMMAD EIZAZ BIN AHMAD FAISAL K3 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 CIK NOOR HASIAH BINTI SULAIMAN

13 MEI 1969 Tarikh keramat dimana berlaku satu rusuhan kaum. Wujud selepas keputusan Pilihanraya 1969 diumumkan pada 10 Mei 1969. Parti Perikatan gagal memenangi 2/3 majoriti di parlimen namun masih mampu menubuhkan kerajaan. Parti-parti politik menyuburkan perasaan perkauman bagi memenangi pilihanraya.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.  Segelintir pengikut sahaja yang mengeluarkan slogan mengenai isu perkauman. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah mengadakan perarakan bagi meraikan kemenangan lalu menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Perarakan menuju ke Kampung Baru yang terdapat lebih 30,000 orang Melayu yang tinggal di situ. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris. Dikatakan kaum Cina berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Jam 3.00 petang, datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung.

Setelah itu, perintah darurat dikeluarkan. Ahli FRU dikerah masuk ke Kampung Baru bagi menenangkan keadaan namun gagal. Begitu juga dengan Rejimen Renjer dan Askar Melayu turut berkawal pada ketika itu namun masih gagal memulihkan keadaan.

Angka korban Angka rasmi menunjukkan : 196 mati, 439 cedera, 39 hilang 9,143 ditahan 211 kenderaan musnah.

Pengajaran “Peristiwa 13 Mei 1969 “ Kehilangan Nyawa dan Harta Benda Berlakunya Perintah Berkurung Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara Perpaduan Nasional Keadilan Ekonomi

Kehilangan Nyawa dan Harta Benda Banyak kerosakan terhadap rumah , jalan raya dan keadaan fizikal bandar Kuala Lumpur yang berlaku Banyak nyawa kaum Melayu dan Cina yang terkorban.

Berlakunya Perintah Berkurung Disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Bertujuan mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara. Memberikan kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum. Rakyat susah berinteraksi dan tiada peluang mencari punca pendapatan. Segala aktiviti harian masyarakat disekat.

Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara Membuka peluang kepada musuh-musuh negara mengambil kesempatan. Peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan Contoh penaklukan Portugis terhadap Melaka dan Israel terhadap Palestin.

Dasar perpaduan kaum yang diperkenalkan kerajaan. Perpaduan Nasional Dasar perpaduan kaum yang diperkenalkan kerajaan. Rakyat perlu menanam sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi . Perlu kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.

Kadar kemiskinan akan menjadi isu dalam masyarakat Malaysia. Keadilan Ekonomi Keadaan menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Berlaku pemisahan ekonomi seperti Kaum Melayu menjadi petani, Kaum India menjadi penoreh getah di estet dan Kaum Cina melombong bijih timah. Kadar kemiskinan akan menjadi isu dalam masyarakat Malaysia.

Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula masyarakat Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu : Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula masyarakat Bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan dalam negara terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan.

EKONOMI Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara.

Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita.

Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.

BUDAYA Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam negara. Seperti yang kita ketahui, negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di negara kita.

Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan.

Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.

PERPADUAN Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara Malaysia pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara Malaysia Kesan daripada rusuhan ini dapat dilihat betapa ramai masyarakat negara ini yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi.

Keharmonian di antara etnik juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di negara ini bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan negara.

Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di negara Malaysia akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada luar dan dalam negara. Negara Malaysia haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada yang melibatkan pergaduha bagi memastikan negara ini akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan negara Malaysia.