APLIKASI BAHASA DALAM ANALISIS TEKS SASTERA 11/30/2018
Asas Pertimbangan Analisis Teks sastera Tema Plot Watak dan perwatakan Gaya bahasa Latar 11/30/2018
Bidang Kajian Bahasa Linguistik terapan Tatabahasa Semantik Psikolinguistik Pragmatik Sosiolinguistik Analisis wacana
Hubungan Bahasa dan Kajian Sastera Tema – Bagaimana bahasa dapat dijadikan penanda sesebuah kajian teks sastera Plot –– Bagaimana sesuatu bahasa itu akan dapat memudahkan pembaca teks memahami perkembangan cerita
Watak dan Perwatakan – Bagaimana penanda bahasa dapat menunjukkan watak-watak dalam sesebuah karya. Gaya bahasa – Bagaimana penggunaan bahasa dapat menimbulkan kesan estetik kepada penghayatan sastera. Latar – Bagaimana bahasa dapat memperjelas keadaan latar masa dan tempat dalam sesuatu teks sastera.
Penerapan Penanda Bahasa Watak dan Perwatakan iaitu merujuk kepada individu yang diketengahkan dalam karya. Siapa (watak) n bagaimana (perwatakan). Bagaimana penanda bahasa dapat menjelaskan hal ini.
Contoh petikan …Hati-hati dia memasukkan jarum ke dalam luang pemegang jarum. Skru pun diketatkan. Dilihatnya lubang jarum yang beralur mengendeng sedikit ke kiri. Ziryab senyum. Mengangkat muka dan melihat ada teman-teman sekelas sudah menaikkan tuas pemegang mesin jahit untuk memasang benang” (Manikam Kalbu:2007)
Penelitian Analisis Siapa watak. Bukti penanda bahasa Penanda dari sudut kata / frasa/ ayat Berikan contoh berkaitan
Perwatakan : Penyabar / tekun / tidak gopoh / tidak putus asa. Watak : Ziryab Pelajar sekolah – frasa “…melihat teman-teman sekelas”. Perwatakan : Penyabar / tekun / tidak gopoh / tidak putus asa. “…Dilihatnya lubang jarum yang beralur mengendeng sedikit ke kiri. Ziryab senyum.
Pagi ini, Bukung dapat merasakan perbezaan pada suasana di sekelilingnya. Rutin bangun paginya terganggu. Begitu juga dengan penghuni yang lain. Masing-masing terkejut dengan perubahan yang mereka yang mereka alami kini. Semua kerana kejadian semalam. Sekumpulan manusia telah datang ke tempat ini membawa bersama beberapa ekor gajah besi. Tempat mereka bernaung telah dicerobohi… (Revolusi Kenyir:2006)
Penelitian Bahasa Tema – Pencerobohan / Penerokaan hutan telah menyebabkan habitatnya kehilangan tempat tinggal. Contoh : Pagi ini, Bukung dapat merasakan perbezaan pada suasana di sekelilingnya. “…Tempat mereka bernaung telah dicerobohi…”
Latar Latar tempat – Dalam hutan Latar masa – kini Penanda “…Sekumpulan manusia telah datang ke tempat ini membawa bersama beberapa ekor gajah besi. Tempat mereka bernaung telah dicerobohi.”
Apresiasi Bahasa Berikan tafsiran terhadap kata-kata berikut: “Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti” “Seorang tukang kayu, tidak akan ada kayu yang terbuang” 11/30/2018
Contoh Prosa; Peminangan Puteri Gunung Ledang yang berkehendakan hantaran tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air mata, semangkuk darah anak raja. 11/30/2018
Fikir dan Renung Bersama; Interpretasi : Air mata Hati nyamuk Darah anak raja. 11/30/2018
Contoh 11/30/2018
Sumbang saran Minda Berdasarkan petikan yang diberikan teliti dan analisis penanda bahasa yang dapat menjelaskan tentang makna.
Sekian, terima kasih 11/30/2018
BAHASA SASTERA CERMINAN BUDAYA MASYARAKAT
Ciri-Ciri Bahasa Sastera Emotif / Ekspresif Menimbulkan kesan emosi yang pelbagai Mengandung kepelbagaian makna Kesesuaian mengikut konteks & situasi
Gambaran masyarakat Berbudi & Membalas budi Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga; Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik di kenang juga.
Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke Tanjung; Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung.
Penelitian Bahasa Pemilihan kata / diksi Kesepadanan pola rima (abab) Makna khusus k konsep budi bahasa
Unsur Nasihat “Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga” “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” “Ikut hati mati, Ikut nafsu lesu Ikut rasa binasa”.
Kesatuan/Keakraban “Yang capik datang bertongkat, Yang buta meraba Yang pekak leka bertanya Yang jarak tolak tolakan, Yang kurap mengekor angin”.
Pertanggungjawapan “Yang capik penghalau ayam, Yang buta penghembus lesung, Yang pekak pembakar meriam, Yang kurap pemikul buluh, Yang pekung di penjemuran”.
Kritik / Ejekan “Puas sudah ku tanam ubi, Nanas datang dari seberang Puas sudah ku tanam budi Emas juga dipandang orang”.
“Apa guna kepok di ladang, kalau tidak berisi padi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati”.
“Sepandai-pandai tupai melompat, ada kalanya jatuh ke tanah jua”. “Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke pantai jua”
Aktiviti 1 Teliti bahan teks sastera yang diberikan : i. Kenal pasti sistem bahasa yang terdapat dalam teks tersebut. ii. Jelaskan penanda bahasa yang dapat dikenal pasti petikan teks tersebut.
Aktiviti 2 i. Berdasarkan teks sastera yang diberikan, analisis teks tersebut dari aspek : Tema Plot Watak dan perwatakan Gaya bahasa Latar
ii. Kenal pasti penanda bahasa yang dapat memperjelas elemen sastera yang telah anda nyatakan sebelum ini.
Sekian, terima kasih