> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
Advertisements

Teknik Menyoal Aras Tinggi
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
a)INDUKSI SET/SET INDUKSI
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
PENDEKATAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN
Jenis-jenis Wacana Lisan
APA ITU JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )
Pembelajaran Secara Kontekstual
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
PENDIDIKAN SENI VISUAL
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
LAWATAN/KEMBARA SEJARAH
FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM
Perkembangan Sosial.
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) Penyebaran DSKP KSSR Tahun
NOR RADIAH BINTI MD ZAID (023048) NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)
TEORI KOMUNIKASI MASSA DAN MASYARAKAT
EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran
Konstruktivisme.
Sesi 6 TEORI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
KULIAH 3 Definisi KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF Teori dan Model
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
TEORI KOMUNIKASI MASSA DAN MASYARAKAT
Sejarah & Tamadun Islam II
Topik 8 : Kemahiran Berfikir ? ? .
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
KEMAHIRAN PROSES SAINS
Jenis-jenis Wacana Lisan
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU OLEH PROF. MADYA DR
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
Edup 3033 Murid dan pembelajaran
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
UNIT 8: Pemberitaan Penyiasatan
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
Pengenalan Kepada Komunikasi Antara Perseorangan (Bab 1)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Kaedah Penaksiran dan Pemarkatan Rubrik
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
PEMIKIRAN KRITIS.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
MINGGU 2 OTAK KIRI DAN KANAN & FALSAFAH BERFIKIR
PEMIKIRAN KRITIS: KONSEP DAN FUNGSI
Transcript presentasi:

> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam

KONSEP ILMU PENGETAHUAN

KONSEP ILMU PENGETAHUAN Ilmu diperlukan oleh semua manusia untuk memandu dan membangunkan kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Persoalan tentang ilmu: - Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? - Bagaimanakah ilmu boleh ditingkatkan? - Apakah hubungan ilmu dengan pengetahuan, pemikiran, idea dan minda? - Bagaimana tingkah laku boleh dijana menerusi ilmu? - Bagaimana menerapkan ilmu dalam masyarakat? * Sesetengah golongan tidak berusaha meningkatkan ilmu untuk diri, keluarga, negara dan ketamadunan. Ilmu bagi golongan ini merupakan barang yang telah hilang.

ILMU MENGIKUT PANDANGAN BARAT Ilmu disebut sebagai knowledge. Knowledge bermaksud tahu: proses mengenal yang diperoleh melalui pengalaman (orang, benda, fakta). Ilmu dirujuk sebagai pengetahuan semata-mata, yang diperoleh melalui pengalaman diri, iaitu bagaimana ia tahu tentang sesuatu fenomena, atau benda di alam ini, atau fakta tertentu yang tiba padanya. Ilmu juga ditakrifkan sebagai dapatan secara empirikal atau pengalaman dan eksperimen untuk menguasai alam. Descartes mentakrifkan ilmu sebagai apa-apa sahaja yang dapat ditanggap oleh manusia melalui pemikirannya. Ilmu merupakan sesuatu yang diperoleh melalui persepsi manusia terhadap persekitarannya. Jati diri dikenali dengan engkau, apa yang kaufikirkan. Kant mengatakan bahawa ilmu bukan sekadar sekumpulan perasaan manusia, tetapi lebih kepada suatu konsep peralatan yang membolehkan manusia memahami sesuatu, yang tidak diperoleh melalui pengalaman. Baginya, etika mestilah patuh pada pemikiran rasional. Etika ialah ilmu tentang apa-apa yang baik dan apa-apa yang buruk dan tentang hak dan kewajipan moral (akhlak).

ILMU MENGIKUT PANDANGAN BARAT > Mortimer Adler telah membedakan antara ilmu dengan pendapat. Pendapat ialah pandangan yang tidak perlu dikongsi bersama dengan orang lain. Pendapat ialah hujah seseorang yang boleh dipertikai oleh orang lain. > Pendapat mempunyai tiga tahap: - Kenyataan yang terdedah pada ketidakpastian mengikut tanggapan seseorang tentang sesuatu, bukannya suatu kemestian. - Pendapat masih boleh diragukan dan dipertikaikan. - Dua orang yang sama ilmunya mungkin berbeda pendapatnya tentang objek yang sama. Adler menganggap ilmu sekiranya perkara yang kita fikirkan memaksa kita berfikir tentangnya mengikut cara tertentu. Perkara yang tidak boleh difikirkan bukanlah ilmu. Ilmu dalam pandangan barat ialah pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman, perolehan maklumat secara empirikal dan pemikiran tentang sesuatu melalui kaedah tertentu, yang membolehkan manusia meneroka dan mengekploitasi kan alam. Hubungan antara sistem nilai dengan keilmuan masih kabur.

ILMU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM Mengikut Franz Rosenthal, umat Islam ialah umat ilmu. Ilmu dalam Islam dibahagikan kepada 12 kategori: - Ilmu ialah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui. - Ilmu ialah kognisi. - Ilmu ialah proses memperoleh atau mencari menerusi persepsi mental. - Ilmu ialah proses membuat penjelasan, penegasan atau penglibatan. - Ilmu ialah rupa bentuk sesuatu, makna sesuatu, konsepsi atau tasawuf. - Ilmu ialah kepercayaan dan pengesahan kebenaran. - Ilmu ialah ingatan, imaginasi, citra atau bayangan, pandangan atau pendapat. - Ilmu sebagai gerak-geri. - Ilmu sebagai hubungan. - Ilmu berhubungan dengan amal dan perbuatan. - Ilmu berlawanan dengan kejahilan. - Ilmu hasil intuisi atau hasil renungan akal.

ILMU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM Pengertian ilmu mencakupi pelbagai aspek tanggapan, pemikiran dan kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini dapat diperjelas melalui pendekatan falsafah, empirik atau konseptual. Syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan ilmu secara epistemologi, iaitu sebagai ketibaan dalam kalbu seseorang tentang makna sesuatu perkara, atau ketibaan oleh kalbu tentang makna sesuatu. Ilmu ialah ketibaan maklumat yang benar dan bermakna ke dalam diri insan. > Untuk memastikan bahawa ketibaan itu terjadi, usaha tertentu perlu dilakukan. Antaranya pembacaan, interaksi dengan alam, pemerhatian, peningkatan pengalaman diri, perguruan, perbincangan, persidangan…yang dilakukan dengan adab dan akhlak yang terpuji.

ILMU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM Ilmu merupakan ketibaan maklumat. Maklumat ialah sebarang perkara yang diketahui tentang sesuatu objek. Maklumat itu boleh berupa sifat, kelakuan, data atau apa-apa sahaja yang boleh menerangkan objek yang dicerap itu. Lebih banyak yang diketahui tentang sesuatu, lebih banyaklah maklumat yang diperoleh. Untuk memastikan bahawa maklumat itu bersifat ilmu, maka maklumat itu mestilah benar. Benar bermaksud maklumat itu mestilah bersifat hakiki, iaitu tidak ada unsur keraguan sama sekali. Jika maklumat itu tidak benar, maka martabat ilmu akan menjunam, ilmu akan rosak dan pemikiran akan kacau. Maklumat yang benar dapat dipastikan melalui kaedah analisis, sintesis, hipotesis… sesuai dengan keperluan dalam bidang tertentu tempat ilmu itu diperoleh. Maklumat itu mestilah bermakna kepada yang menerimanya. Makna bergantung pada pengetahuannya sebelum ini, tentang latar belakang dan senario di sekitar fenomena ini. Lebih banyak maklumat diperoleh, lebih bermakna fenomena tersebut, dan lebih mudah dicari jalan penyelesaiannya.

Analisis:. Penyelidikan terhadap suatu peristiwa (karangan, perbuatan Analisis: Penyelidikan terhadap suatu peristiwa (karangan, perbuatan dsb) untuk mengetahui keadaan yang sebenar (sebab musabab, duduk perkara dsb) Sintesis: Paduan (campuran) pelbagai pengetian atau hal sehingga merupakan kesatuan yang selaras. Hipotesis: Sesuatu yang dianggap benar untuk alasan atau pengutaraan pendapat meskipun kebenarannya masih perlu dibuktikan; anggapan dasar.

KESIMPULAN Ilmu dalam pandangan barat ialah pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman dan dapat dianalisis secara impirikal Ilmu dalam pandangan Islam ialah ketibaan maklumat yang benar dan bermakna dalam diri insan melalui kaedah analisis, sintesis, hipotesis…

KATA BIJAK PANDAI KEGAGALAN IALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN DAN KEJAYAAN BUKAN UNTUK DITUNGGU TETAPI DIRENCANAKAN