AKHLAK: PENGERTIAN & KONSEP

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Akhlak Materi -11.
Advertisements

IMAN SEBAGAI DASAR AKIDAH
MENUNTUT ILMU Pengertian Menuntut Ilmu
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
AKHLAK Secara etimologis, kata akhlak berasal dari bahasa arab ( أخلاق ) dalam bentuk jama’, sedang mufradnya adalah khuluq ( خلق ), yang dalam Kamus Munjid.
Pertemuan Ke-9.
NAMA : - Maya Indah. S ( ) -Sri Hardiyanti ( )
Assalamu'alaikum ETIKA, MORAL DAN AKHLAQ Oleh: Nurhasan, M. Ag Hmmm…..
BAB II IMAN DAN TAQWA.
SUMBER HUKUM ISLAM.
ETIKA, MORAL DAN AKHLAK DALAM ISLAM
IMAN SEBAGAI DASAR AKIDAH
Akhlak Materi -7.
ADAB KEPADA IBU BAPA Pengertian. Dalil.
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
ETIKA, MORAL DAN AKHLAK DALAM ISLAM
PERJANJIAN AQABAH.
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
Sekilas mengenai ekonomi islam
MATA KULIAH TAUHID AKIDAH AKHLAK
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
Fifi Fitriani Laura Rachma Munyati Sulam Salwa Salsabila
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
BAB 12: AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN.
IMAN SEBAGAI DASAR AKIDAH
KEMULIAAN AL-QURAN.
OLEH MAZLAN BIN ABDULLAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
AQIDAH UNIT 2 Kelas Bimbingan Dewasa.
TAAT PADA ATURAN TAAT PADA ATURAN. QS. An – Nisa’ 4 : 59 Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara.
1 IMAN SEBAGAI DASAR AKIDAH. 2 1.Pengertian 2.Ruang Lingkup 3.Faktor Pembinaan Iman 4.Kompetensi Iman yang Sempurna 5.Iman dalam Kehidupan IMAN SEBAGAI.
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
MAKRIFAT KEPADA ALLAH.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
KBM 4 AQIDAH ISLAMIAH BAB 1 : FIRAQ DALAM ISLAM
Pelajaran 10 : RABBANIYYAH
Takdir.
BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
Andalus Corporation Pte Ltd
Sejarah & Tamadun Islam II
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
USUL FIQH SESSI 3 SUMBER-SUMBER HUKUM
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
AQIDAH UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
Oleh: Muhammad Salam Bin Nasip/Tariq Faiq Al-Iraqi
Akhlak Islam.
Tafsir Surah Al-Layl.
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
Surah al-Tariq Surah Makkiyyah, 17 ayat.
Surah Al-Lail Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
ISLAM MELARANG MENYEBARKAN
MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Transcript presentasi:

AKHLAK: PENGERTIAN & KONSEP Oleh: Ustaz Wan Yusof Bin Wan Sulong

Definasi Akhlak Menurut istilah bahasa bermaksud tabiat, kebiasaan dan maruah Menurut istilah ilmu akhlak memberi erti: serumpun nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati di dalam diri seseorang Beza adab dengan akhlak

Definasi: Abd Ghani Shamsuddin (1989): Akhlak adalah sifat semulajadi yang dimiliki oleh seseorang yang menjadi amalan dan direalisasikan dalam bentuk kelakuan. * Ia juga ditakrifkan sbg ilmu yang menghuraikan hakikat perbuatan, perkataan baik atau buruk, kewajipan individu dan masyarakat, hati nurani atau suara hati yang patut menjadi landasan kelakuan manusia.

Al-Jahiz (w. 255H) menyatakan bahawa akhlak itu merupakan keadaan diri seseorang yang melakukan pelbagai perbuatan tanpa rencana dan usaha. Ibn Maskawih (w. 421H) mendefinasikannya sebagai hal keadaan diri seseorang yang mendorong untuk melakukan sesuatu tanpa berfikir dan merancang.

Menurut al-Jurjani (w. 816H), akhlak ialah gambaran mengenai bentuk diri seseorang yang melakukan pelbagai perbuatan dengan mudah tanpa perlu memikir dan merencanakannya, sekiranya perbuatan yang dilakukan itu baik, dikenali sebagai akhlak yang baik, sementara jika perbuatan yang dilakukan itu jahat, dikenali sebagai akhlak yang buruk.

Al Imam al Ghazali mentakrifkan akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam dan sebati di dalam jiwa yang melahirkan tingkahlaku tanpa perlu kepada berfikir atau teragak-agak. Jika yang lahir itu tingkahlaku yang baik dan terpuji sesuai dengan akal dan syariat bererti lahir dari akhlak yang terpuji, begitulah sebaliknya.

*Dr Miqdad Yalchin(1986) menjelaskan akhlak mengandungi aspek-aspek berikut: 1. Sifat semulajadi yang dimiliki seseorang 2. Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya yang akhirnya sebati dan menjadi adat atau tabiat. 3. Dimensi batin atau kejiwaan dan zahir dalam membentuk kelakuan.

Akhlak Dan Agama Konsep akhlak dalam islam adalah meliputi nilai-nilai kehidupan dalam hubungan yang bersepadu menurut ajaran islam iaitu hubungannya dengan tuhan, dan hubungan nya dengan alam sekitarnya. Surah al-hajj 41

﴿إِ نْ هَْذَا إَِْلا خُْلُقُْ اْ لَْوَّلِيَْن﴾ Maksudnya: Segala apa (yang Engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala. (Shu’ara’:137) Ibn Kathir (w. ) menjelaskan bahawa ayat tersebut merupakan jawapan kaum Hud terhadap nabi Allah Hud yang telah memberikan peringatan dan ancaman kepada mereka.2 Pada ayat tersebut penggunaan lafaz khuluq membawa maksud perangai dan adat kebiasaan.

﴿وَإِنَّكَْ لَْعَلَى خُْلُقْ عَْظِيمْ﴾ Maksudnya: dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. Menurut al-Razi di dalam tafsirnya, makna ayat tersebut ialah sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai keperibadian agama (al-din) yang agung. Di dalam tafsir al-Baghawi (w. 516H) menyatakan Ibn ‘Abbas dan Mujahid meriwayatkan hadith al-qudsi bahawa Allah S.W.T mengatakan tidak ada agama yang agung, yang setanding dengan mana-mana agama atau seluruh isi dunia selain dari agama Islam. Al-Hasan menyatakan ia bermaksud adab-adab al-Quran.

Maksudnya: Akhlak baginda S.A.W adalah al-Quran. كان خْلقه اْلقرآنْ Maksudnya: Akhlak baginda S.A.W adalah al-Quran. Menurut Imam al-Nawawi (w. 676H), baginda S.A.W mempunyai adab seperti adab yang terkandung di dalam al-Quran seperti mengikut perintah, meninggalkan larangan, mengambil pengajaran dan nasihat.

Setiap agama yang terdapat di dunia menitikberatkan aspek akhlak dan budi pekerti. Islam menonjolkan akhlak terpuji melalui pengutusan Nabi Muhd s.a.w. Ia jelas diterangkan di dalam hadith; “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yg mulia”

Nabi Muhammad meletakkan taraf orang yang mulia akhlaknya untuk duduk bersama sahabat-sahabatnya pada hari kiamat. Sabda Nabi; “Orang yang paling aku kasihi antara kamu dan paling dekat kedudukannya denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya”

Kepada mereka yang berakhlak buruk, Nabi menjelaskan,walau banyak mana amalan baik, masih lagi dianggap buruk. Sabda Nabi Muhd s.a.w; “Seorang perempuan sentiasa berpuasa di siang hari dan bangun solat diwaktu malam tetapi buruk akhlaknya, beliau selalu menyakiti jiran tetangganya dengan kata-katanya”. Sabda Nabi: “Tidak ada kebaikan kepadanya, dia termasuk dalam golongan ahli neraka”.

Agama menampilkan konsep dosa dan pahala yang menjadi pendorong ke arah amalan hidup berakhlak Dalam masa yang sama islam menganjurkan taubat sebagai salah satu anak tangga yang boleh dilalui oleh mereka yang terlanjur melakukan kejahatan untuk kembali untuk menjadi orang yang baik dan berbudi mulia.

Akhlak yang kukuh ialah akhlak yang bersendikan aqidah atau keyakinan agama dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya Dari segi perundangan, sistem hidup, baik ibadat, muamalat munakahat, jinayat dan lain2 akhlak islam adalah adil, seimbang dan berperikemanusiaan.

Kedudukan Akhlak dalam Islam Islam telah menjadikan akhlak sebagai illat kenapa agama islam diturunkan. Sabda nabi saw – aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia Dalil yang menunjukkan sesiapa yang memandu orang lain tentang kebaikan maka dia juga akan mendapat pahala apabila orang yang diajarnya mengamalkan kebaikan.Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala (seperti pahala) orang yang mengamalkannya”

Islam menganggap orang yang paling tinggi darjat keimanan ialah mereka yang paling mulia akhlaknya Dalil Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala (seperti pahala) orang yang mengamalkannya

Islam telah mentakrifkan “ addin” dengan akhlak yang baik Kepada mereka yang berakhlak buruk, Nabi menjelaskan,walau banyak mana amalan baik, masih lagi dianggap buruk. Akhlak merupakan syarat untuk membebaskan diri azab api neraka dan memenangi syurga

Sabda Nabi Muhd s.a.w; “Seorang perempuan sentiasa berpuasa di siang hari dan bangun solat di waktu malam tetapi buruk akhlaknya, beliau selalu menyakiti jiran tetangganya dengan kata-katanya”. Sabda Nabi: “Tidak ada kebaikan kepadanya, dia termasuk dalam golongan ahli neraka”.

Islam menganggap bahawa akhlak yang baik merupakan amalan yang utama yang dapat memberatkan neraca amal baik di akhirat mafhum dari sabda nabi saw “perkara yang lebih berat yang diletakkan di hari akhirat ialah takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”

Allah telah memuji rasulNya Muhammad saw kerana memiliki akhlak yang sangat terpuji Mafhum dari firmanNya “ sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sangat agong al-qalam ayat 4

Allah memerintahkan supaya setiap orang beribadat hanya kepadaNya dan jangan sekali-kali mensyirikkanNya dengan sesuatu dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik

Dalil tentang kebaikan amalan meninggikan kalimah Allah dan menolong agama Allah. Sabda Rasulullah s.a.w; “Pergi sekali kerana perang Fisabilillah di waktu pagi dan petang adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya”. Kesimpulannya- Umat Islam perlulah membiasakan diri dengan kebaikan dan berusaha untuk melakukan kebaikan.

Kepentingan dan Matlamat Akhlak 1. Memandu akal dapat membuat pertimbangan yang waras dengan memikirkan apa yang bakal dibuat atau tindakan itu sesuai dengan dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. 2. Akhlak membentuk manusia menjadi khalifah yang terbaik di dunia dan akhirat. 3. Menyempurnakan keperluan manusia untuk mendapat kebahagiaan, keadilan,keamanan, kesejahteraan dan selamat dari huru-hara, perpecahan dan sbgnya. 4. Melahirkan keluarga yang harmoni. 5. Melahirkan masyarakat yang beradab dan berakhlak.

Unsur-Unsur Akhlak Islam 1. Al-Wala’ atau Penyerahan Diri Kepada Allah, Rasul & Mukmin 2. Al-Mahabbah atau Kasih 3. Lemah lembut Terhadap Mukmin 4. Jihad Fisabilillah

Konsep Moral:Definisi Berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘mores’ yang membawa maksud adat dan kebiasaan. Merupakan idea umum yg diterima oleh sesuatu masyarakat tentang sesuatu tingkah laku yang baik dan yang buruk oleh manusia lain. Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur sepeti baik hati, belas kasihan, tolong menolong,bersih, berani,adil,berkasih sayang, toleransi,bersosialisasi dan rajin. ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban dan sebagainya),

Konsep Moral Konsep moral menekankan aspek-aspek moral,kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus diberikan kepada pemupukan penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat di dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum. Koo Kee Peng merujuk moral di dalam keadaan berikut:

1. Penentangan terhadap sesuatu keinginan atau penahanan sesuatu tingkah laku yang dianggap salah dan tidak patut dilakukan. 2. Tingkah laku yang berdasarkan peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang diterima secara rasional. 3. Tingkah laku yang berdasarkan suatu keputusan moral yang melibatkan penafsiran tentang apa yang dikatakan tindakan yang betul.

Perbezaan Antara Akhlak & Etika Dr Harun Din menggariskan beberapa perbezaan antara akhlak dan etika, antaranya: 1. Akhlak mempunyai daya kekudusan yg menghasilkan 2 perkara,pernghormatan kpd sistem akhlak dan sistem ini akan memberikan kesan yang praktik dalam kehidupan seseorang.

2. Undang2 akhlak dapat membawakan manusia untuk mencapai kebahagiaan di dalam hidupnya, kerana ia merangkumi kedua-dua faedah material & moral. 3. Dari segi prinsip, akhlak bersifat umum dan tetap yg melewati batas undang-undang dan ciptaan manusia sama ada dari segi kesan atau perlaksanaannya. Manakala moral & etika mempunyai batas yang diselaraskan dengan keinginan & pemahaman manusia tentang hidup.

Tasawuf Tasawuf bermaksud bersih (safa’). Abd al-Qadir Jilani (w.561H) menyatakan bahawa sufi itu ialah seseorang yang membersihkan zahir dan batinnya serta mengikut apa yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W. Tasawuf bermaksud hakikat beramal dengan syariat telah diungkap oleh al-Sha’rani (w. 973H)

Abu Bakar al-Kattani (w. 233H) menjelaskan : Tasawuf bermaksud akhlak disebut oleh bahawa tasawuf itu adalah akhlak, sesiapa yang memperelokkan akhlak maka dia telah memperbaiki dan menyucikan hatinya.

al-Sahruwardi (w. 632H) mendefinasikan istilah tasawuf secara hampir tepat : bahawa sufi adalah seseorang yang sentiasa berada di dalam pembersihan, sentiasa menyucikan diri dan hatinya dari segala kekotoran, terutamanya sentiasa suci dari yang lain daripada Allah. Dengan penyucian ini ia akan membersihkan jiwanya dari kekotoran. Tiap-tiap kali jiwanya bergerak, sifat-sifat baik akan terjelma dan jiwanya terus berjalan menuju kepada Allah.

Tuntasnya : Akhlak ialah perkara yang berkaitan dengan perilaku seseorang samada baik atau buruk. Moral pula ialah pegangan seseorang baik atau buruk bergantung kepada ukuran yang diberikan. Tasawuf bermaksud praktik amalan bagi memperbaiki perlakuan supaya tercapai matlamat menuju keredhaan Allah S.W.T dan mendekatkan diri kepadaNya.

HUBUNGAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN TASAWUF Akhlak, moral dan tasawuf mengacu kepada ajaran atau gambaran tentang perbuatan, tingkah laku, sifat, dan perangai yang baik. Akhlak, moral dan tasawuf merupakan prinsip atau aturan hidup manusia untuk mengangkat martabat dan kemuliaannya.

Hubungan tersebut terletak pada fungsi dan peranan iaitu menentukan hukum atau nilai dari suatu perbuatan manusia untuk ditetapkan baik atau buruk. Hubungan ketiga-tiga ilmu tersebut boleh dirumuskan kepada objek, ukuran dan tujuan. Objek = perbuatan manusia Ukuran = baik dan buruk Tujuan = adalah untuk membentuk keperibadian seseorang.

PERBANDINGAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN TASAWUF 1. Dari segi sumber : Akhlak - acuannya adalah akal dan syariat Islam. Moral - norma atau adat istiadat. Tasawuf - syariat Islam dan nilai-nilai yang lahir daripada latihan dan mujahadah. 2. Dari segi pengamalan : Akhlak dan tasawuf adalah amalan yang telah digaris oleh syariat Islam. Moral adalah amalan yang bergantung kepada masyarakat dan adat.

3. Dari sudut pengukuran : Akhlak dan tasawuf diukur dari segi ketakwaan dan keimanan. Moral diukur dengan kehendak masyarakat, jika mereka mengatakan baik, maka baiklah perilaku tersebut, begitulah sebaliknya. 4. Dari sudut perubahan pada perlakuan seseorang: Akhlak dan tasawuf tidak akan berubah sama sekali kerana sumber dan asasnya adalah tetap iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Moral akan berubah mengikut keadaan dan citarasa masyarakat.

PANDANGAN ULAMAK TERHADAP AKHLAK DAN TASAWUF

Kesimpulan