PGA 103 GURU, SEKOLAH & MASYARAKAT

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Soalan: Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan menghadapi arus
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
TOPIK 1: Falsafah,Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
MODUL IHES 1 Natijah Kemenjadian IHES
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN
KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
PELAJARAN 9:ISU , MASALAH DAN CARA PNYELESAIAN MENURUT ISLAM
Teori-teori Hubungan Etnik
Hotel Gurney Pulau Pinang
Perkembangan Sosial.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
DSKP SEJARAH.
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Kepercayaan Kepada Tuhan
DASAR SOSIAL NEGARA.
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
TOPIK 2: Kurikulum Pendidikan Kesihatan dalam KBSR
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
MODUL 7 KAUNSELING.
Program Bimbingan PTK Nilai-Nilai Utama Perkhidmatan Awam Etika Perkhidmatan Universiti Keutuhan Dalam Perkhidmatan Awam Zainon Hj. Din 18 JULAI 2005.
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM
DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA
APA ITU KEPENGAKAPAN Disediakan oleh; ABDUL LATIF BIN AHMAD
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM
MODUL IHES 1 Natijah Kemenjadian IHES
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 5 MANUSIA DAN PEMBANGUNAN:FUNGSI DAN PERANAN Menghuraikan dengan lebih mendalam perbincangan tajuk.
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENGENALAN Pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif terdapat di dalam program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
KULIAH 2.
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
Kata kunci 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan * Keyakinan wujudnya Tuhan
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
Memahami tingkah laku manusia
Transcript presentasi:

PGA 103 GURU, SEKOLAH & MASYARAKAT

Falsafah…Istilah Perkataan Yunani: Philo + Sophia = Philosophy. Philo bermakna mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan atau kehikmahan. Falsafah bermaksud mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan.

Falsafah…Definisi Socrates: usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai kebijaksanaan. Plato: usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran. Aristotle: disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda.

Falsafah…Definisi Al-Farabi: ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya. Al-Ghazali: perbincangan berkaitan soal-soal agama dan ketuhanan semata-mata dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif yang berdasarkan ujikaji dan pengamatan yang tajam.

Falsafah…Memahami Maksud Falsafah merupakan satu sistem pemikiran yang sistematik tentang pandangan seseorang individu terhadap alam. Falsafah berperanan dalam menyediakan seseorang dengan perspektif dan pandangan yang lebih terbuka untuk membantunya berfikir dengan lebih sistematik dan teratur menjadikan seseorang itu lebih rasional dalam pemikiran dan tindakannya (Ozmon & Craver, 1999).

Mencari Kebenaran…Perbezaan Sains dan Falsafah Ahli-ahli sains melakukan kajian untuk mencari kebenaran ke atas sesuatu hipotesis. Sebagai contoh, untuk membuktikan kebenaran sesuatu hipotesis ahli-ahli sains perlu melakukan ujikaji di makmal ataupun kajian lapangan. Ujikaji atau kajian lapangan, data-data empirikal diperoleh. Dapat membuktikan sama ada sesuatu hipotesis itu boleh diterima menjadi teori atau sebaliknya.

Mencari Kebenaran…Perbezaan Sains dan Falsafah Ahli-ahli falsafah mencari kebenaran melalui penaakulan - suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. Oleh itu, dalam berfalsafah memerlukan ketajaman akal, kemantapan ilmu dan keteguhan nilai agar dapat memberi penjelasan tentang sesuatu perkara secara bijaksana.

Cabang-cabang Falsafah ONTOLOGI (Teori Wujud/ Realiti) Wujud Tuhan Wujud Manusia Wujud Alam EPISTEMOLOGI (Teori Ilmu) Makna Ilmu Sumber Ilmu Klasifikasi Ilmu - Tujuan Ilmu AKSIOLOGI (Teori Nilai) Makna Nilai Sumber Nilai Klasifikasi Nilai - Tujuan Nilai LOGIK - Prinsip Penaakulan

Metafizik Metafizik bermaksud “beyond the physical”. Metafizik ialah cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang tidak dapat diselesaikan secara saintifik seperti tentang hakikat realiiti, kehidupan dan kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat. Sebagai contoh kewujudan alam adalah satu hakikat walaupun tidak dapat dibuktikan.

Epistemologi Epistemologi merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. Epistemologi membahaskan secara terperinci segenap proses untuk memperoleh pengetahuan iaitu asal usul pengetahuan, bagaimana seseorang boleh memperoleh pengetahuan berkenaan serta kesahihannya. Terdapat lima jenis ilmu iaitu ilmu wahyu, ilmu empirikal, ilmu intuitif, ilmu autoritatif dan ilmu rasional.

Epistemologi Ilmu wahyu diperturunkan dari tuhan kepada manusia sebagai pedoman hidup. Ilmu wahyu adalah seperti yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. Keperluan ilmu wahyu ini adalah kerana keterbatasan akal pemikiran manusia. Oleh itu terdapat perkara-perkara tertentu yang akal fikiran manusia tidak mampu untuk memikirkannya.

Epistemologi Ilmu empirikal adalah ilmu yang diperoleh berdasarkan pengalaman deria manusia. Sebagai contoh ahli-ahli sains melakukan kajian di makmal atau kajian lapangan bagi membuktikan kebenaran sesuatu hipotesis. Dalam kajian yang dilakukan data-data empirikal mungkin diperoleh melalui deria penglihatan seperti memerhatikan pertukaran warna kertas litmus bagi menentukan keasidan sesuatu bahan atau membaca perubahan nilai pada sesuatu alat ukur yang digunakan. Berdasarkan data-data empirikal yang diperoleh ini barulah sesuatu hipotesis itu dapat dibuktikan kesahihannya.

Epistemologi Ilmu intuitif pula merupakan ilmu yang diperoleh melalui celik akal atau ilham. Ilham sangat subjektif mengikut idea yang mampu diperoleh oleh seseorang. Dalam menyelesaikan masalah,yang sama, orang yang berbeza menyelesaikannya dengan kaedah yang berbeza kerana idea yang berbeza walaupun tujuannya sama iaitu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Epistemologi Ilmu autoritatif adalah ilmu yang berdasarkan kepada kuasa atau autoriti yang dipunyai oleh seseorang. Contohnya, seseorang doktor ialah orang yang mempunyai autoriti dalam memberikan ubat yang sesuai untuk pesakitnya. Autoriti ini diperoleh berdasarkan ilmu yang dipunyai oleh doktor kerana mengkhusus dan mendalami bidang perubatan. Justeru, ubat yang diberikan oleh seseorang doktor diyakini oleh pesakit akan mampu membantu menyembuhkan penyakit yang dihidapi.

Epistemologi Manakala ilmu rasional adalah berdasarkan pemikiran logik manusia. Manusia menggunakan kemampuan pemikiran logik akalnya dalam menentukan tindakannya. Dalam menghujahkan sesuatu perkara, manusia menggunakan logik akal bagi memastikan sesuatu penghujahan diterima. Namun begitu, oleh kerana secara semula jadi akal pemikiran manusia terbatas, maka kadang kala apa yang difikirkan logik oleh manusia, hakikatnya ia tidak benar.

Aksiologi Aksiologi juga dikenali sebagai teori nilai di mana cabang falsafah ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai. Nilai ini dikategorikan kepada dua iaitu nilai etika dan nilai estetika. Etika adalah berkaitan dengan peraturan, nilai moral, tingkah laku, adat dan sebagainya. Tujuannya adalah ke arah kebaikan iaitu memastikan seseorang itu bertanggung jawab sebagai individu, ahli keluarga, ahli masyarakat, rakyat sesebuah negara dan juga sebagai hamba kepada tuhannya. Estetika pula adalah nilai yang berkaitan dengan keindahan dan kesenian.

Aksiologi Seringkali sesuatu nilai itu dikatakan bersifat subjektif. Sebagai contoh nilai yang ingin diberikan kepada sesuatu objek sama ada cantik atau tidak adalah bergantung kepada penilainya. Si A mungkin mengatakan objek A cantik tetapi si B pula mungkin tidak bersetuju. Nilai yang diberikan terhadap objek berkenaan dikaitkan dengan perasaan individu yang menilainya. Oleh kerana perasaan individu berbeza, maka nilai yang diberi juga berbeza.

Aksiologi Namun begitu, sesuatu nilai boleh juga bersifat objektif. Sesuatu peraturan bertulis yang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh seseorang pekerja adalah bersifat objektif. Jika seseorang pekerja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan berkenaan, maka ia telah ingkar terhadap peraturan, walau siapapun pegawai yang menilai tingkahlakunya. Dalam hal ini nilai adalah objektif dan tidak bergantung kepada si penilai sebaliknya bergantung kepada peraturan bertulis yang telah ditetapkan.

Logik Cabang falsafah logik berkaitan dengan penaakulan manusia. Dalam penaakulan, manusia menggunakan rasional bagi sesuatu perkara, kejadian atau tindakan. Walaupun akal fikiran manusia terbatas, berdasarkan pertimbangan logik membolehkan seseorang itu bertindak dengan alasan yang boleh diterima dan tidaklah bertindak sesuka hati.

Logik Penaakulan yang dilakukan oleh manusia boleh jadi secara logik induktif atau logik deduktif. Logik induktif adalah apabila seseorang itu membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan beberapa contoh atau kejadian khusus. Logik deduktif pula adalah apabila suatu kesimpulan atau generalisasi digunakan dalam perkara atau situasi khusus.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

HURAIAN FPK Pendidikan - satu usaha berterusan Kandungan ke liang lahad Pendidikan formal dan tidak formal Memperkembangkan lagi potensi individu Bakat, kebolehan dan keupayaan JERI Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Berpaksikan prinsip ketuhanan Insan yang seimbang dan harmonis Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Rakyat Malaysia yang berketerampilan Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara

HURAIAN (FPK): Sumber Rujukan (PPK) 1.  PENDIDIKAN SUATU USAHA BERTERUSAN Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran   Proses pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung secara beterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat

1. PENDIDIKAN SUATU USAHA BERTERUSAN Pada peringakt awal, kanak-kanak menerima pendidikan asas di rumah/ taman asuhan /tadika Kanak-kanak belajar bertutur, menerima bimbingan agama, asuhan budi pekerti yang baik, penjagaan kesihatan dan perkembangan fizikal. Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana asas sahsiah mereka mula terbentuk sejak berusia satu tahun sehingga enam tahun. Sahsiah yang terbentuk di peringakat ini akan terus berkembang hingga ke akhir hayat

2. MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU Sejak lahir setiap individu memiliki pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi.  Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan tersebut. Setiap potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberi peluang yang secukupnya. Oleh yang demikian usaha untuk memperkembangkan potensi individu perlu dirancang dan di laksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh.

3. PERKEMBANGAN POTENSI SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU Setiap potensi yang dikembangkan itu harus dihubung kait atau diselaraskan dengan yang lain. Semua potensi perlu berkembang secara sepadu.  Perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam permainan atau sukan tidak boleh dipisahkan daripada aspek-aspek sosial seperti memperoleh pengetahuan untuk bermain dengan cara yang betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat bekerjasama, kekitaan dan berbakti terhadap negara.

INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI Seimbang bermaksud memberikan tempat yang wajar dan adil kepada semua keperluan manusia termasuk pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis bermaksud keserasian dan kesesuaian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam diri manusia. Keadaan ini akan membawa kepada hubungan yang baik dan mesra sesama manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Pencipta.

4. INSAN YG SEIMBANG & HARMONIS Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain.  Insan yang seimbang & harmonis ini memiliki kesedaran, keinsafan tentang tugas & tanggung jawab, serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan sebaik mungkin. Ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup & sentiasa berikhtiar untuk mengatasi pelbagai masalah. Ia juga boleh mencari nafkah, menjadi anggota masyarakat yang berguna & sentiasa berusaha memajukan bangsa & negara.

KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN Ciri-ciri individu yang mempercayai dan mematuhi Tuhan:  mengakui tentang wujudnya Pencipta mengakui bahawa manusia dan alam tidak terjadi dengan sendiri tetapi dijadikan oleh Pencipta; mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta;

9. KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN…..sambungan menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam; menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannya; sentiasa berusaha untuk meningkat dan mengukuhkan kepercayaan beragama; sentiasa berusaha untuk mengikuti dan mengamalkan segala ajaran agama; dan sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.

Unsur-Unsur JERI yang Seimbang & Sepadu Rohani Jasmani Intelek Emosi

Impak Unsur JERI terhadap program pendidikan negara Impak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mempunyai empat Unsur (JERI) yang mempunyai pengaruh dan impak terhadap perkembangan dan pelaksanaan program pendidikan negara Setiap Unsur itu mempunyai pengaruh yang jelas dilihat di dalam program tertentu dan seringkali pula di antara unsur-unsur itu wujud bersama atau saling membantu

UNSUR INTELEK - Penjelasan konsepnya mempunyai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu sentiasa berfikir secara kreatif dan berusaha untuk mengembangkan daya pemikiran supaya individu mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea bernas, dan berupaya menmanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

Impak Unsur JERI terhadap program pendidikan negara 1. Unsur Intelek Pemupukan Budaya Ilmu Penekanan kepada pendidikan seumur hidup Pemupukan budaya membaca, belajar, berfikir, kreatif dan reflektif. Bagaimanakah impak pelaksanaannya?

RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN  Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan: mencintai ilmu pengetahuan; gemar membaca; sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan; mempunyai fikiran yang luas dan terbuka; meningkat dan menyebarkan ilmu; memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri sendiri dan orang lain. 

RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETRAMPILAN Rakyat Malaysia yang berketrampilan ialah rakyat yang mempunyai kecekapan dan kebolehan dalam menjalankan tugas.   Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berketrampilan: memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai bagi sesuatu tugas. mempunyai kemahiran dalam menjalankan sesuatu tugas dapat melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan sempurna.

UNSUR ROHANI -Penjelasan konsepnya Ciri-ciri unsur rohani: menyedari dan menginsafi adanya Pencipta: menyedari dan menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab; menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta; memupuk dan membina disiplin diri; dan membentuk akhlak mulia.  

Impak Unsur JERI terhadap program pendidikan negara 2. Unsur Rohani Penekanan kepada penerapan nilai murni merentasi kurikulum Kepentingan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam dan Moral – Teori dan amali Aktiviti ko-kurikulum

RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKHLAK MULIA mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk; mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan yang baik dan buruk; mempunyai keyakinan terhadap nilai-nilai murni; mengamalkan perlakuan yang baik dan menghindari perlakuan yang buruk; dan menghayati segala nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

UNSUR EMOSI -Penjelasan konsepnya berperasaan tenang dan tingkah laku yang terkawal, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang memiliki semangat kekitaan dan perpaduan, dan menghargai dan menilai keindahan dan hasil-hasil kesenian

Impak Unsur JERI terhadap program pendidikan negara 3. Unsur Emosi Penekanan kepada aspek bimbingan dan kaunseling Budaya dan persekitaran yang ‘penyayang’ Penekanan kepada interaksi yang luas di kalangan pelajar melalui aktiviti ko-kurikulum

RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNG JAWAB Ciri-ciri rakyat Malaysia yang bertanggungjawab: menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah; menyedari bahawa setiap tugas mesti dilaksanakan dengan sempurna; menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran; mematuhi peraturan dan undang-undang negara; & berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.  

UNSUR JASMANI -Penjelasan konsepnya menjaga kesihatan badan; melakukan riadah; mengembangkan bakat dan kemahiran yang bersifat teknikal, manipulatif dan sosial; menmanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari; menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat; dan berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran.

Impak Unsur JERI terhadap program pendidikan negara 4. Unsur Jasmani Kepentingan menjaga kesihatan dan kekuatan fizikal dalam Pendidikan Jasmani Kepentingan menjaga kesihatan dan gaya hidup sihat dalam pembelajaran Kesihatan Menanam semangat perpaduan, persaingan sihat dalam aktiviti sukan dan permainan Sekolah Sukan Bukit Jalil.

RAKYAT MALAYSIA YANG BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri:   mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat; mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi segala cabaran hidup; dan sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik di antara diri dengan orang lain.

15. RAKYAT MALAYSIA YANG DAPAT MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA Ciri-ciri rakyat yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara:   sentiasa berusaha kearah memupuk perpaduan rakyat melalui semangat kerjasama, berbakti,toleransi, kekitaan dan hormat menghormati; sentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi yang cekap; sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara; sentiasa berusaha mematuhi, mengekal dan mempertahankan peraturan dan perlembagaan; dan sentiasa mengawal dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara

Rumusan FPK mempunyai unsur-unsur yang menjadi prinsip dan panduan program pendidikan negara. Setiap unsur itu dapat dilihat impaknya di dalam pembinaan program dan cara bagaimana program itu dilaksanakan di institusi pendidikan negara.

SEKIAN TERIMA KASIH