Renungkan bersama Jika kita gagal untuk merancang, bermakna kita merancang untuk gagal…
PEMBAKUAN BAHASA DARI SEGI EJAAN DAN SEBUTAN Aspek Penting Pembakuan Bahasa Sistem Ejaan Sebutan Peristilahan Kosa kata (perkamusan) Tatabahasa Laras bahasa
Sistem Ejaan Rumi BM Sistem ejaan BM mengalami pembakuan sejak beratus tahun - tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi mula awal abad ke-20. R.J Wilkinson (1904) menyusun asas sistem ejaan Rumi BM. Za’ba memperkemas sistem ejaan sehingga digunakan di sekolah selama 30 tahun. Tahun 1972 satu sistem ejaan dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu diwujudkan. Di Malaysia – Sistem Ejaan Yang Disempurnakan.
Sistem Ejaan Rumi BM Sistem pengejaan BM dibahagi kepada dua sistem, iaitu: Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman)
Sistem Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Prinsip Keselarasan Vokal Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang melibatkan imbuhan. Kata dasar berakhirkan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.
Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal Pola kekecualian digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti daripada bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris.
Pola Keselarasan Vokal
sambungan… Daripada 18 pola - 8 adalah pola yang berubah daripada sistem ejaan lama (1972): a- e taling (aleh) a – i - (alih) a – o (batok) a - u – (batuk) e (p) – e (lebeh) e (p) – i (lebih) e (p) – o (tempoh) e (p) – u (tempuh) i – e (t) (pileh) i - i (pilih) i – o (tidor) i – u (tidur) u – e (t) (usek) u – i (usik) u – o (untong) u – u (untung)
Ejaan Kata Serapan daripada BI dan Bahasa Eropah Penyesuaian ejaan bagi kata serapan dibuat menggunakan peraturan huruf seperti yang berikut. 10 pola keselarasan vokal untuk mengeja kata serapan dalam BM.
PEMBAKUAN EJAAN
Penulisan Kata Dasar Ditulis sebagai satu perkataan – penulisannya dipisahkan. Contoh: Saya datang awal pada pagi ini. Saya yakin mendapat markah yang baik. Semua orang rasa gembira hari ini.
Penulisan Kata Terbitan Kata terbitan atau kata turunan ialah kata berimbuhan (awalan, akhiran, sisipan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk yang lain. anti + karat = antikarat maha + raja = maharaja dwi + bahasa = dwibahasa tata + bahasa = tatabahasa
Bentuk Awalan Terpisah 1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar yang bermula dengan huruf besar yang merujuk kata ganti nama Tuhan atau nama khas lain. Contoh: Maha Mengetahui Allah Yang Maha Esa Duli Yang Maha Mulia
sambungan… 2. Bentuk terikat seperti anti, pro dan kontra ditulis terpisah sebagai kata bebas. Bersikap anti Pro dan kontra 3. Tanda (-)digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas dengan huruf besar. Contoh: se- Asia Tenggara se- Malaysia se-Nusantara
Kata Terbitan berimbuhan -an,-ah,-at,-i, -iah, -in, -isme, -kan,-man,-nita/-ita, -wan. Penulisan diserangkaikan. -isme + sosial = sosialisme -man + budi = budiman -wan + harta = hartawan
Kata Terbitan Berapitan Ditulis serangkai ber… an + gantung = bergantungan di …i + iring = diiringi memper…kan + hamba = memperhambakan
Kata terbitan Yang Bersisipan Penulisan serangkai -el- + tunjuk = telunjuk -em- + kuning = kemuning -in- + sambung = sinambung -er- + kuping = keruping
Penulisan Kata Sendi Nama Kata SN ‘di-’ dan ‘ke-’ ditulis terpisah. Empat jenis kata yang lazim selepas KSN ‘di-’ dan ke-. KSN ditulis terpisah untuk arah atau kedudukan KN yang ada selepasnya. KSN ‘di-’ dan ‘ke-’ ditulis terpisah daripada kata umum selepasnya. KSN terpisah untuk kata nama bilangan. KSN terpisah untuk nama tempat atau nama khas.
Penulisan Kata Ganti Singkat Kau, ku, mu, nya Kata ganti kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai. Kaulihat kuamati Kudengar KG singkat ku, mu dan nya ditulis serangkai. Ku,mu dan nya berfungsi sebagai ganti nama tuhan menggunakan tanda sempang. Kepada-Ku Ya, Tuhan ku,tunjukanlah hamba-Mu jalan yang benar
Penulisan Partikel -lah,-tah,-kah dan pun -lah,-tah,-kah dan –tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan rumi lama ditulis serangkai. ada-lah = adalah bantu-lah = bantulah siapa-kah = siapakah
Penulisan Partikel pun Terpisah – berfungsi sebagai kata tugas yang bererti ‘juga’. Pakaiannya pun tidak terurus Serangkai (13 pun) adapun - ataupun - andaipun Bagaimanapun - biarpun - kalaupun kalaupun - kendatipun - lagipun Mahupun - meskipun - sekalipun sungguhpun - walaupun
Penulisan Kata Ganda Kata ganda ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-). Kata ualang yang ditulis menggunakan tanda sempang, termasuklah: kata ulang semua(labi-labi), kata ulang jamak (pelajar-pelajar) kata ulang berentak (bengkang-bengkok) kata ulang berimbuhan (karang-mengarang)
Penulisan Gabungan Kata Tiga gabungan kata yang ditulis terpisah. a. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum termasuk rangkai kata istilah khusus dan kata majmuk. air hujan meja tulis penyataan bersama
sambungan… b. Gabungan kata yang dihasilkan daripada rangkai kata setara ditulis terpisah (ibu bapa, tunjuk ajar, tua muda). c. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis terpisah (keras hati, makan hati, tangkai jering).
sambungan… Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan iaitu kata nama pertama bukan seluruh kata. Contoh: Balai raya = balai-balai raya Guru besar = guru-guru besar Kipas angin = kipas-kipas angin
Penentuan Gabungan Kata Rangkai kata yang ditulis terpisah yang menerima imbuhan apitan ditulis serangkai. anak tiri = menganaktirikan campur aduk = mencampuradukkan Kata mantap yang ditulis serangkai. Antaranya: Antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, setiausaha, jawatankuasa, sukarela, kakitangan, suruhanjaya, kerjasama, tandatangan, warganegara, matahari, tanggungjawab, olahraga.
sambungan… Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai. Jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa. Suruhanjaya = suruhanjaya-suruhanjaya Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan. Setiausaha = kesetiausahaan Warganegara = kewarganegaraan
Tanda Sempang (-) Menulis semua jenis kata ulang. Memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris. ... berusaha untuk memper- baiki keadaan. Memperjelas ungkapan. Ber-evolusi dengan ber-revolusi Merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. anti-Amerika, hamba-Nya
sambungan… Merangkaikan ‘ke’ dengan angka bagi penulisan nombor. ke-13 (ketiga belas) ke-250 (kedua ratus lima puluh) ke-1,000,000 (kesejuta) Angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an. Tahun 60-an (tahun enam puluhan) Hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Alat pandang-dengar
SEBUTAN BAKU
Pengenalan Perancangan pembakuan bahasa – Objektif DBP yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. “... Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan”. (Seksyen 5 (1).
Tujuan Pembakuan Bahasa Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang dapat digunakan dalam situasi formal/rasmi. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM. Memantapkan sistem dan struktur dalaman BM. Menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek.
Definisi Sebutan Baku Sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Aktiviti atau kegiatan rasmi antaranya: P&P dan aktiviti kokurikulum di institusi pendidikan Ucapan pada khalayak; pidato, ceramah Perbincangan dan komunikasi rasmi di sektor awam spt mesyuarat rasmi, wawancara, temuduga Siaran melalui media eletronik ; berita ulasan
Sejarah Pembakuan Bahasa Mula diketengahkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke III di Singapura dan JB 1956 – digagaskan oleh Asraf dalam kertas kerja bertajuk “Bunyi Bahasa Melayu dalam Ucapan”. Penekanan terhadap ejaan dan bunyi sebutan – Ordinan DBP (Pindaan 1972). Penyelidikan sebutan baku sejak awal RMK4 (1981).
sambungan… Siri bengkel sebutan baku 1987 antara DBP, PLM dan KPM. Perumusan tentang pedoman sebutan baku dilakukan oleh sebuah jk teknikal antara DBP dengan PPK, KPM dan pakar-pakar bahasa. Penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan pada penggal dua 1988- Arahan Pekelilingan Ikhtisas Bil. 11/98. Pelaksanaan Penggunaan Sebutan Baku Ejaan Rumi BM di sekolah bertarikh 2 April 1998.
Dasar Sebutan Baku Sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Kata-kata dieja sebagaimana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja dan tidak ada huruf yang senyap.
Ciri-Ciri Sebutan Baku Setiap huruf dilafaskan dengan jelas mengikut nilai bunyi BM yang dilambangkannya. Berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan berdasarkan bentuk kata (pola suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Nada suara semasa bercakap hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat. Terdapat kekecualian sebutan – rai, meraikan.
Penyebutan Bunyi Vokal Vokal a,e,i.o,u diucapkan sebagaimana dalam bunyi vokal tersebut pada posisi manapun. <a> - [a] <e> - [e] < i > - [i] <o> - [o] <u> - [u]
Penyebutan Bunyi Diftong Dalam BM ada 3 diftong /ai/, au/, /oi/. Semua diftong dilafazkan sebagai satu kesatuan. /ai/ - [ai] pada semua kedudukan /au/ - [au] pada semua kedudukan /oi/ - [oi] bukan [Oi] pada kata-kata jati BM
Penyebutan Bunyi Diftong Huruf-huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya sama ada di awal, di tengah atau di akhir. Penyebutan dua konsonan dengan satu nilai bunyi – gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi sama ada terletak di awal, tengah atau akhir. Penyebutan konsonan dengan tiga nilai bunyi.(k, ? , c ).
Penyebutan Kata Dasar Kata dasar disebut berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan. Kecuali - urutan bunyi dua vokal yang sama iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK, KV-K dan KV-VK. Contoh: V-KV – ubi - VK-KVK – angkat V-KVK – ikan - KV-KV – lama VK-KV – inci - KV-KVK – dalam KVK-KV – tampi - KVK-KVK – canggih
Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan dasarnya disebut mengikut pola pemenggalan suku kata berdasarkan ejaan VK-, KV- dan KVK-. Terdapat variasi penyebutan: Kata terbitan dengan bentuk awalan beR-, peR-, teR-, meN-, peN-, di-, ke-, atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan atau awalan di-, ke- atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal atau diftong, dilafazkan mengikut kaedah pemenggalan suku kata ejaan.
sambungan… Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan.
sambungan… Kata terbitan dengan awalan beR-,peR-, mempeR-, dipeR, teR-, menteR atau diteR- dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara: Sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan Sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk awalan dengan kata dasar. Keutamaan kepada cara pertama
sambungan… Kata terbitan dengan akhiran –an,-i dan – kan, atau partikel –lah,-kah,-tah atau kata ganti singkat –ku, - mu, -nya dilafazkan mengikut pola pemenggalan suku kata ejaan. Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhiran dengan bunyi hentian glotis [?] yang menerima kahiran –an atau –i dilafazkan dengan dua cara, iaitu: Bentuk kata sebutan berpola bunyi s/kata KV-KVK Bentuk s/k yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai penutup suku kata akhir kata dasar
Sebutan Kata Serapan BI Huruf vokal a dilafazkan dengan bunyi [a]. Huruf vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [e] sekiranya sebutan bahasa alam bahasa sumber bukan bunyi pepet [e] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [E] bagi ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Huruf vokal e-pepet dilafazkan dengan bunyi [e] juga pada semua kedudukan sama ada terbuka atau tertutup.
sambungan… Huruf vokal i dilafazkan dengan bunyi [i] pada semua kedudukan termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Vokal o dilafazkan dengan bunyi [o] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [O] bagi kata ekasuku spt dalam bahasa sumber. Vokal u dilafazkan dengan bunyi [u] pada semua kedudukan kata termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [yu] dalam bahasa sumbernya.
sambungan… Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai] dan bukan [e] pada semua kedudukan kata. Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [au] pada semua kedudukan kata. Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi]. Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi vokal tunggal dalam BM. Huruf konsonan g dilafazkan dengan bunyi [g] dan bukan [j] dalam BM. Huruf konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnya.
sambungan… Gugus konsonan dengan /s/ sebagai konsonan akhiran /ks/, /ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau akhir suku kata. Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis atau bahasa Eropah diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan mengikut sebutan asal dalam bahasa sumber.
PEMBAKUAN SEBUTAN
Sebutan Kata Serapan Bahasa Arab Ada dua cara penyebutan, iaitu: Sebutan tertakluk kepada pedoman sebutan kata BM jati. Sebutan mengikut bunyi asal dalam bahasa sember.
sambungan… a. Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam BM. Contoh: Sahabat [sa.ha.bat] Darurat [da.ru.rat]
sambungan… b. Kata daripada Bahasa Arab yang asalnya ditulis menggunakan bunyi ‘ain’ dan sudah terserap sebagai kata umum yang perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dalam dua cara, iaitu: Cara sebutan mengikut bunyi yang sudah terserap Cara sebutan yang mengekalkan bunyi ain. Contoh: alam [a.lam] ilmu [il.mu]
sambungan… c. Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain, bunyi air dilahirkan. d. Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu: dengan hentian glotis atau bunyi geseran rongga tekak bersuara
sambungan… e. Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam kata bahasa sumber walaupun ditulis mengikut kaedah umum ejaan rumi. Contoh: Kadi [qa.di] -Hadis [ha.dith] Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja mengikut transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dilafazkan mengikut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber.
Bunyi Sengau Bunyi sengau atau bunyi nasal [m],[n],[ny], dan [ng]. Suku kata sama ada terbuka atau tertutup yang bermula dengan bunyi konsonan [w] dan [y] yang hadir selepas suku kata terbuka bermula dengan bunyi sengau [m],[n],[ny] dan [ng] turut menjadi suku kata yang disengaukan.
Sebutan Bagi Kata Nama Khas a. Nama orang dilafazkan mengikut kebiasaan setempat atau antarabangsa. b. Nama tempat dilafazkan mengikut kebiasaan sebutan setempat atau antarabangsa. c. Kata nama khas yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan mengikut sistem sebutan baku bahasa Melayu.
Penyebutan Kata dalam Bentuk Akronim a. Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata dilafazkan dengan dua cara, iaitu: Cara sebutan akronim mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan Cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh
sambungan… b. Akronim yang tidak berbentuk kata atau singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu: Cara sebutan singkatan mengikut bunyi huruf Rumi Cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh
Perkongsian Idea “Tinggi atau rendahnya sesuatu bahasa itu bukan disebabkan nama bahasa itu, tetapi kerana penuturnya”. Kata Pujangga
Sekian, terima kasih