PENULISAN JURNAL TAKLIMAT PRAKTIKUM 12/20/2017 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR UNIT PRAKTIKUM MPR
PENULISAN JURNAL KONSEP OBJEKTIF GARIS PANDUAN PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN JURNAL FORMAT JURNAL CONTOH JURNAL 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
1. KONSEP Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu peserta kursus merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
2. OBJEKTIF 1. Menyimpan cacatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan. 2. Menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya. 3. Menjadikannya asas/panduan tindakan susulan. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
4. Meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru. 5. Menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah/guru pembimbing. 6. Meningkatkan kemahiran pofesionalismenya. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
3. GARIS PANDUAN Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatsai masalah yang telah dicatatkan. Peserta kursus dikehendaki membuat cacatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
Jurnal hendaklah disimpan di dalam Portfolio Praktikum Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru. Peserta kursus diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum untuk disemak oleh guru dan pensyarah pembimbing Jurnal hendaklah disimpan di dalam Portfolio Praktikum 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
4. PERKARA-PERKARA YG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA PENULISAN JURNAL Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang releven dan kritikal sahaja yang dicatatkan. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara peserta kursus, pensyarah penyelia dan guru pembimbing. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
5. FORMAT JURNAL Tarikh : Perkara : Fokus : 1. Pengalaman (Huraian ringkas tentang pengalaman dalam kelas) 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
(Jelaskan perasaan anda. Mengapa? 2. Refleksi (Jelaskan perasaan anda. Mengapa? Apa yang anda telah dapati/ pelajari. 3. Implikasi Bilik Darjah. (Apakah maksud pengalaman ini dalam pengajaran & pembelajaran?) 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
5. Tempoh Masa Untuk Penyelesaian. 6. Cara Menilai Kejayaan 4. Pelan Tindakan. (Apakah yang patut saya buat pada masa hadapan? Tentukan aspek pengajaran yang hendak diperbaiki 5. Tempoh Masa Untuk Penyelesaian. 6. Cara Menilai Kejayaan 7. Tindakan Susulan 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
6. CONTOH JURNAL 1. Pengalaman Tarikh : 8 Julai 2004 Perkara : Interaksi Bilik Darjah Fokus : Memberi Arahan Yang Tepat 1. Pengalaman Saya selalu menghadapi masalah dalam memberi arahan yang tepat kepada murid. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
2. Refleksi Setiap kali saya memberi arahan, ada sahaja sebilangan murid yang keliru dan saya terpaksa mengulang arahan saya berkali-kali. Saya berasa kecewa sering kali perkara ini berlaku. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
3. Implikasi Bilik Darjah Ada sebilangan murid yang keliru dengan arahan saya, mungkin kerana bahasa yang saya gunakan agak sukar difahami. Saya terpaksa mengulang arahan berkali-kali. Kadang-kadang perkara ini mengganggu tumpuan murid dan juga perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
4. Pelan Tindakan. Saya membaca buku tentang cara memberi arahan supaya dapat meningkatkan kebolehan saya Saya patut berlatih memberi arahan yang ringkas dan tepat Menyediakan segala arahan sebelum pengajaran Memastikan semua murid memberi perhatian sebelum memberi arahan Mendapatkan bimbingan daripada pensyarah/guru pembimbing dan rakan 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
6. Cara Menilai Kejayaan 5. Tempoh Masa Untuk Penyelesaian. Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang (tarikh) 6. Cara Menilai Kejayaan Saya akan mohon kerjasama rakan saya, pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk menilai kejayaan saya dalam aspek ini. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
7. Tindakan Susulan Setiap kali saya mengajar, saya akan menyediakan arahan bertulis dan berlatih memberi arahan sebelum masuk ke dalam bilik darjah. 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR
SEKIAN, TERIMA KASIH 00000000 12/20/2017 UNIT PRAKTIKUM MPR