SYAIR LI- ATTAR GHIB Nurul Syahirah Bt Azzal

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
MIMPI SEORANG HAMBA ALLAH YANG INSAF
Advertisements

HAYATILAH MIMPI SEORANG HAMBA ALLAH
IMAN KEPADA ALLAH.
TAAT DAN PATUH KEPADA ORANG TUA
HUKUM KELUARGA.
Sajak Harga Remaja (ms 44-47).
SAJAK BINTANG AHLI KUMPULAN : I. NUR ANEERA II. AMIRAH IRDINA
Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
MIMPI SEORANG HAMBA ALLAH YANG INSAF
OLEH: DR. SITI MARZIAH ZAKARIA,
KELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP
Keusangan Budaya.
OLEH: FIRZANA AMNI HAZIQ FARIS
SYAIR Syair adalah puisi melayu lama (tradisional)
AHLI KUMPULAN 1.WAN QURRATU HUSNA BINTI ZAMRY
PUISI MODEN (SAJAK) Duhai Pentafsir.
NURSHAMIN NAJWA NUR IRDYNA SOFEA NURUL ATHIRAH NURUL DAHLIA SALIHAH
Pantun Berkait (Bekerja)
KEMULIAAN AL-QURAN.
BAHAGIAN ADAB ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH DAN MENERIMA NIKMAT
HIDAYAH MILIK ALLAH SURAH AL-AN’AM : AYAT 125.
SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
Orang tua.
Biarkan Samudera Raihanah Salleh.
SK/ KD Stretegi Peta Konsep Materi. Standar Kompetensi : 10. Meningkatkan keimanan kepada Qada dan Qadar Kompetensi Dasar : Menyebutkan ciri-ciri.
KUMPULAN 2 MOHAMAD NASRI BIN MOHAMAD NAZRI
Topik 14 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA
AUFA SYAZWAN MUHD FARID NUR MAISARAH NUR ELYSSA
Hakikat keimanan dan buahnya
bab 33 adab bergaul dengan keluarga
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
PANTUN DUA KERAT KUMPULAN SATU AHLI KUMPULAN
PELAJARAN 3 MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH.
Puisi Tradisional Pantun.
Takdir.
DI RUANG GEMANYA Telah kurangkumkan rebah setiaku
MEMODENKAN PETIKAN TEKS KLASIK
BAB 5: MAKANAN YANG HALAL DAN HARAM MENURUT ISLAM.
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT
RUMPUT.
Di Kota Kecilku BAHA ZAIN
FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN
SANTAP ISTIADAT TINGKATAN 3
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
KATA-KATA.
BAB 4: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DIDUNIA
Sajak pesan ibu beribu-ribu
Sajak.
PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT)
Surah al-Tariq Surah Makkiyyah, 17 ayat.
Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)
Puisi Lama.
Kata kunci 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan * Keyakinan wujudnya Tuhan
Seorang insan Istimewa
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
Tuntutan Melaksanakan Tanggungjawab
MODEL PENGURUSAN ISLAM.
Fragmen Sebuah Kehidupan
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT
Di Titian Kemerdekaan (halaman. 23)
Transcript presentasi:

SYAIR LI- ATTAR GHIB Nurul Syahirah Bt Azzal Zarra Zatierra Bt Ghazalie Nurvarna a/p Sankar Shavita a/p Padmanathan Shanjievan a/l Arivazhagan

SYAIR Wahai sayangnya akan saudara, sebab bersama- sama mengembara, Tiada pernah muafakatnya cedera, Segala pekerjaan segala perkara. Dengan kehendak tuhan yang mulia, Dua orang saudara meninggalkan dunia, Hendak disusahkan tiada berdaya, Kerana perbuatan tuhan yang sedia. Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah Wahid Al- Khabar, Ialah tuhan bersifat Jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ. Hendaklah kita tunduk tengadah, Lihat kepada datuk nenek yang sudah- sudah, Adil dan insaf jua berfaedah, Menaikkan kita pangkat saadah. Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara, Kesenangan hidupnya dikira- kira, Istimewa pula sanak- saudara, Jangan sekali diberi cedera. Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ilmu mulia anbia, Tuntut ilmu jangan sia- sia, Yang lain itu tinggal di dunia. Aduhai tuan- tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat- amatkan, Kematian datuk nenek teladankan, Kita sepertinya akan didatangkan.

MAKSUD SETIAP RANGKAP Rangkap 1 : Kasih sayang antara adik- beradik yang utuh. Mereka sentiasa mengembara bersama dan berpakat dalam melakukan semua pekerjaan dan semua perkara. Rangkap 2 : Atas kehendak tuhan, dua orang adik- beradik itu telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa- pun yang dapat dilakukan kerana hal tersebut merupakan kehendak tuhan yang Esa. Rangkap 3: Setiap hamba perlu bersabar ketika menerima ketentuan atau takdir tuhan walaupun hakikatnya sukar untuk dihadapi. Rangkap 4 : Setiap insan di muka bumi, biar apa pun pangkat atau darjatnya pasti akan menghadapi kematian. Rangkap 5 : Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan. Rangkap 6 : Kebajikan rakyat jelata haruslah diambil kira atau diambil berat sementara keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan. Rangkap 7 : Manusia hendaklah memuliakan ilmu yang benar kerana ilmu memangkatkan kedudukan para nabi. Ilmu yang dituntut itu pula pelru diamalkan agar tidak menjadi sia- sia. Rangkap 8 : Pensyair mengingatkan semua orang supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapi kematian kelak.

TEMA Tema syair ini ialah iktibar daripada kematian. Hal ini demikian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan mengadapi.

PERSOALAN Kematian yang tidak dapat dielakkan. Pentinagan menunutut ilmu kerana menunutut ilmu merupakan tutntutan ilmu. Keinsafan dalam mengadapi kematian.

BENTUK Bentuknya terikat. Terdiri daripada lapan rangkap. Mempunyai empat baris serangkap. Semua baris merupakan maksud. Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris. Terdiri daripada Sembilan hingga empat belas suku kata sebaris. Rima akhirnya aaaa.

UNSUR -UNSUR BUNYI Asonansi (perulangan vocal a) contohnya: sebab bersama sama mengembara dua orang saudara meninggal dunia. (perulangan vokal e) contohnya: segala pekerjaan segala perkara,jangan sekali diberi cedera. (perulangan vokal u ) contohnya: meninggalkan dunia juga tentu, tuntut ilmu jangan sia- sia. Aliterasi (perulangan konsonan t) contohnya: hendakalah kita tunduk tengadah. (perulangan konsonan s) contohnya: istimewa pula sanak saudara.

GAYA BAHASA Repetisi (perulanga kata dalam baris ayat yang sama). Contohnya: segala pekerjaan segala perkara. Inversi (ayat songsang). Contohnya: kita sepertinya akan didatangkan. Diksi (penggunaan Bahasa arab). Contohnya: Wahid Al- Khabar, anbia, Jabbar, saadah. Kata ganda. Contohnya: bersama- sama, dikira- kira, sudah- sudah, sia- sia, tuan- tuan.

NILAI Keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan pengajaran agar memberi keinsafan kepada diri kita. Kerajinan. Contohnya, sikap rajin akan memberikan keuntungan yang lumayan. Kesabaran. Contohya, dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran.

PENGAJARAN Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu demi kepentingan hidup didunia dan diakhirat. Kita perlulah bersabar menerima segala dugaan dan ujian daripada tuhan.