Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PERJANJIAN AQABAH.
Advertisements

Soalan: Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan menghadapi arus
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI. PERKEMBANGAN DI ITALI PADA TAHUN DIKUASAI OLEH KUASA – KUASA ASING SELEPAS KEJATUHAN EMPAYAR NAPOLEON. 2.
PERANG DUNIA PERTAMA.
Topik 35 Saling Membantu Dan Bekerjasama
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU
SISTEM STRUKTUR PEMERINTAHAN / PENTADBIRAN
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Perancangan Program di Malaysia
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
Teori-teori Hubungan Etnik
Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari.
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK BERSEMUKA KE-2 DKAP C
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE BENUA EROPAH
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
WARISAN KESULTANAN MELAYU
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
DSKP SEJARAH.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
KUMPULAN 5 BUNGA RAYA.
NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA PENAMPAN KESELAMATAN BRITISH
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Sejarah Tahun 6 UNIT 10: MALAYSIA DAN DUNIA
KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
NEGARA DAN KENEGARAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA OBJEKTIF
Perpaduan dan Integrasi Kaum
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
NEGARA DAN KENEGARAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA OBJEKTIF
NEGARA DAN KENEGARAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA OBJEKTIF
PENGUKUHAN 1. Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa
Isu-Isu Semasa Pengenalan
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN.
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
BAB 3 TINGKATAN 5.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI
Transcript presentasi:

Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional Dalam masyarakat Melayu tradisional kemunculan kerajaan disebabkan oleh adanya raja. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam kerajaan. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilaayah kekuasaannya. Rakyat pula perlu mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oeh raja tersebut.

Perubahan konsep negara bangsa masyarakat Melayu tradisional selepas penjajahan kuasa Barat Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan, contohnya negeri Larut, negeri Bernam dan Negeri Krian. Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing pula, keseluruhan kerajaan telah disebutkan sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya. Apabila British campur tangan di Tanah Melayu, British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. British telah menetapkan sempadan setiap kerajaan. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri.

Pembentukan negara bangsa Malaysia hari ini Konsep bangsa Malaysia berlaku apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemudiannya Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka lahirlah negara dan bangsa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengalaman kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara.

Pembentukan negara bangsa di Eropah Idea ini tercetus kesan Revolusi Inggeris, Revolusi Perancis dan Perang Kemerdekaan Amerika. Maka muncul idea hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa. Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan negara feudal.

Di Eropah Barat, kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa yang baru. Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis ini. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan malalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa. Kesannya, empayar Austria-Hungary dan Turki yang kalah telah dibahagi-bahagikan. Keadaan ini menyebabkan muncul negara baru berasaskan etnik dan bangsa seperti Czechoslovakia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

Pembentukan negara bangsa di Itali Itali pada asalnya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau Austria dari bumi Itali. Mereka menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Beliau sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.

Melalui pungutan suara rakyat, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh majoriti untuk menyatukan Itali. Kesan kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia (jajahan Austria) dipulangkan kepada Itali. Apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, Count Camillo menyatukan pula Rom dan Itali dan membentuk negara bangsa Itali. Amalan realpolitik di Itali ini dipelopori oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya, The Prince. Amalan ini menawarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlalamat politik.

Count Camillo Benso di Cavour

Pembentukan negara bangsa di Jerman Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman pada tahun 1871. Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan perang. Matlamatnya untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck. Bismarck telah menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia. Bismarck pernah menjadi peguam, berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan duta Prussia di Rusia dan Perancis serta pernah menjadi Perdana Menteri.

Otto Von Bismarck

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam. Piagam Madinah menyatukan penduduk berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, Kristian dan Arab. Dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan, baginda berjaya membentuk kerajaan Islam. Kerajaan Islam di Madinah telah membuktikan bahawa kejayaan tersebut disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

Masjid Nabawi di Kota Madinah

Bangsa ialah kumpulan manusia yang menetap di satu wilayah dan mempunyai tamadun.

Bangsa Malaysia

Ciri-ciri negara dan bangsa Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang beribawa. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan. Bangsa ialah sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah. Idea bangsa kini sering digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum.

Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar negara. Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara. Kerajaan Malaysia merujuk kepada tiga badan, iaitu Badan Perundangan, Pelaksana dan Kehakiman. Perlembagaan ialah peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan mentadbir dan memerintah negara. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.