DR. HASNAH MOHAMAD 03-89468741/0122078911 hasnah_m@.upm.edu.my KULIAH M12 BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU, LARAS BAHASA, ASPEK KAJIAN LARAS BAHASA (BBM3401)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
ASAS PENULISAN BBU.
Advertisements

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Jenis-jenis Laras Bahasa
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran
Pengertian Tatabahasa,
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
LARAS BAHASA KHUTBAH JUMAAT
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
Taklimat matapelajaran Bahasa melayu
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Dr. Hasnah Mohamad KULIAH M8 PERISTILAHAN Dr. Hasnah Mohamad
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Pendekatan Stilistik Kuliah 5-6
2. Rencana Berita Rencana ialah karangan atau hasil tulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara. Biasanya.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BAHASA MELAYU TINGGI(BBM3401) PEMBAKUAN BAHASA
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
PENGERTIAN TATABAHASA,
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Perjumpaan Bersemuka Pertama Semester Kedua Sesi 2010/2011
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ PM Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

DR. HASNAH MOHAMAD 03-89468741/0122078911 hasnah_m@.upm.edu.my KULIAH M12 BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU, LARAS BAHASA, ASPEK KAJIAN LARAS BAHASA (BBM3401) DR. HASNAH MOHAMAD 03-89468741/0122078911 hasnah_m@.upm.edu.my

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU Wahana – saluran, perantaraan. Bahasa merupakan saluran atau perantaraan untuk penyebaran ilmu.

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN Menjadi bahasa pentadbiran Bahasa pengantar pendidikan Kemampuan mengungkapkan Ilmu yang abstrak, konsep, proses dan ciri tertentu.

CIRI BAHASA ILMU/ ILMIAH Nik Safiah Karim memetik pendapat Bernstein (1968) – bahasa terbahagi kepada dua versi, iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina -untuk menguasai bahasa terbina, harus menguasai ragam bahasa dan laras bahasa. Asraf (1986) – ciri BM yang menjadi asas bahasa ilmu mestilah: - bukan loghat - bukan bahasa pasar - bukan bahasa orang yang baru belajar BM - bukan bahasa budak - bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa.

Abdullah Hassan (1986) – sebagai bahasa superlek ( mempunyai ciri-ciri gramatis (betul nahu), halus, jitu intelektual dan eletis. Awang Sariyan (1996) – 10 ciri khusus bahasa ilmiah:

1. Tingkat Bahasa Rasmi - Bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa - Bahasa tulisan ilmiah mestilah baku - Tidak terdapat kesalahan tatabahasa - Tidak menggunakan bahasa basahan

2. Nada formal dan objektif Bersifat formal Bahasa yang teratur dan sempurna dalam hujah. Tulisan mestilah berdasarkan fakta dan hasil kajian. Menggunakan ungkapan seperti berdasarkan analisis data, kajian dsb.

3. Sudut pandangan orang ketiga Bukan sudut pandangan orang pertama (diri penulis) – (penyelidik/pengkaji dan bukan saya) 4. Ragam pasif Ragam pasif yang paling sesuai ialah ragam pasif neutral : ragam pasif yang menggugurkan pelaku Struktur pasif memberikan penekanan terhadap objek ayat dan bukannya subjek pelaku

5. Istilah khusus Laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu Setiap istilah perlu ditakrifkan. Pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

6. Wacana Pemaparan Dalam penulisan, ada empat jenis wacana yang biasa digunakan: Pemaparan (exposition) – paling utama Perbincangan (argumentation) Pelukisan (description) Penceritaan (narration)

7. Nada bersahaja Dalam tulisan ilmiah: Elakkan ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan berunsur emosi Contoh: sayang sekali, amat malang, dll. Wacana pemaparan, penulis karya ilmiah memaparkan hasil kajian dan bukan memaparkan sentimen.

8. Kata membazir 9. Ayat majmuk 10. Bantuan ilustrasi Gunakan kata yang tepat Tidak perlu dimasukkan kata yang berfungsi sebagai hiasan 9. Ayat majmuk Sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan Ayat jenis ini sesuai kerana dapat mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks. 10. Bantuan ilustrasi Tulisan ilmiah memuatkan jadual, rajah, gambar, peta dsb sebagai memperkukuh huraian.

dan Aspek Kajian Laras Bahasa

Definisi Laras Bahasa Nik Safiah Karim (1982: 629) Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut. Abdullah Hassan (1997: 248) Ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat pertama. 14

Ure dan Ellis (1977) Pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Edward A.D. (1969) Bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain. Hymes dan Gumperz (1980:216) Gaya percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun turut berbeza, begitulah sebaliknya. 15

Kesimpulan: Penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya. 16

Contoh laras 1.Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan,akan dijalankan secara liga. Johan dan naib johan kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan…Perlawanan separuh akhir akan diadakan secara kalah mati. 2. Output subsektor bukan komoditi termasuk ternakan, perikanan dan pertanian lain berkembang kukuh berikutan pelaksanaan pelbagai program termasuk Projek Berimpak Tinggi…

Aspek Kajian Laras Bahasa Sesuatu laras bahasa boleh dianalisis dari segi: Ciri-ciri keperihalan Ciri-ciri linguistik Ciri-ciri Keperihalan Ure dan Ellis (1977) membahagikan ciri keperihalan kepada dua, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. 18

Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan sesuatu anggota masyarakat. 19

Perhubungan sosial dan peribadi Bahan yang diperkatakan Situasi Persekitaran Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antara aspek persekitaran yang dapat menghasilkan kemunculan laras bahasa yang berlainan ialah: Cara penyampaian Perhubungan sosial dan peribadi Bahan yang diperkatakan Fungsi sosial perlakuan bahasa 20

Ciri Linguistik Penganalisisan sesuatu laras dari sudut linguistik boleh diteliti daripada beberapa dimensi, iaitu: 1. Leksis 2. Tatabahasa 3. Gaya bahasa 4. Kohesi 21

Faktor-faktor yang Mengakibatkan Kewujudan Laras Bahasa Laras bahasa ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa, iaitu: i. Bangsa ii. Jantina iii. Status Sosial iv. Pendidikan v. Kerjaya/Profesion vi. Bidang/Disiplin ilmu 22

Faktor Kewujudan Kepelbagaian Laras Mengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa ialah: i. Formula ii. Penerima iii. Bentuk Mesej iv. Cara Penyampaian v. Jenis Bahasa vi. Tajuk/Judul vii. Latar 23

JENIS-JENIS LARAS BAHASA Abdullah Hassan (1997: 248) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu: Laras Bahasa Umum Laras Bahasa Teknikal Laras Bahasa Undang-undang Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Himbauan Laras Bahasa Klasik Laras Bahasa Kreatif Laras Bahasa Kanak-kanak Laras Bahasa Iklan 24

Tidak mengandungi istilah teknikal. Laras Bahasa Umum Ciri-cirinya: Tidak mengandungi istilah teknikal. Menggunakan ayat yang berstruktur mudah. Tidak banyak menggunakan kata pinjaman. 25

Contoh Laras Bahasa Umum (Akhbar) Tiada IPTA, IPTS keluarkan 'PhD' ekspres, palsu JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi menegaskan tiada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini terlibat mengeluarkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara ekspres atau palsu. Menterinya, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata berdasarkan laporan yang diterima, tiada juga pensyarah yang memperolehi PhD mereka secara ekspres ataupun palsu dilaporkan mengajar di IPTA dan 26

Laras Bahasa Teknikal Ciri-cirinya: Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu. Mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf, peta, dll.). Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat. Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah. Tidak banyak unsur perlambangan/bunga-bunga bahasa. Tidak mengandungi ayat-ayat kabur (pelbagai tafsiran).

Contoh Laras Bahasa Teknikal Biosintesis merupakan fenomenon yang menghasilkan sebatian kimia daripada bahan uji yang lebih ringkas. Biosintesis, tidak seperti sintesis kimia, berlaku dalam organisma hidup dan biasanya dimangkinkan oleh enzim. Proses ini merupakan sebahagian penting metabolisme. Prasyarat untuk biosintesis adalah: Bahan pelopor Tenaga (biasanya dalam bentuk ATP).

Laras Bahasa Undang-undang Ciri-cirinya: Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya. 2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri dengan keputusan undang-undang. 3. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain. 29

Contoh Laras Bahasa Undang-Undang PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA AKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (RAYUAN 1987) Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut: Nama dan Mula Berkuatkuasa: 1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan) 1987 dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Senat. 30

Laras Bahasa Agama Ciri-cirinya: Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat. 31

Contoh Laras Bahasa Agama Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala.

Laras Bahasa Himbauan Ciri-cirinya: Banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah. Banyak menggunakan contoh, kes atau cerita yang selaras dengan tajuk. Mengemukakan faedah daripada sesuatu perbuatan. Menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan. Bentuk bahasa peribadi yang menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri utama laras bahasa ini.

DOA APABILA MULA BELAJAR Contoh Laras Bahasa Himbauan (Doa) DOA APABILA MULA BELAJAR   Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 34

Laras Bahasa Klasik Ciri-cirinya: Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi. Tidak menggunakan tanda bacaan, dan tiada berperenggan. Banyak menggunakan struktur ayat pasif. Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll. Mengandungi kosa kata bahasa istana. Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah sains dan teknikal. 35

Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya Contoh Laras Bahasa Klasik Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah. Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati. Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”. Sejarah Melayu Edisi Shellabear, 1977, hlm. 51. 36

Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif. Laras Bahasa Kreatif Ciri-cirinya: Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif. Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama. Menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan. Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa, dan bahasa hiasan. Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi. Terdapat unsur ambiguiti (ketaksaan) dari segi penggunaan kata dan struktur ayat. Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi atau sintaksis. Menggunakan alat stilistik untuk tujuan menimbulkan kesan, misalnya menggunakan unsur imejan. 37

Contoh Laras Bahasa Kreatif Pak tarik tali dengan lembut kalau-kalau wau mau jatuh. Tapi lekatnya cukup kuat. Kalau tarik kuat tentu tali putus. Kalau tak putus wau tentu terkoyak. Kemudian Pak ambil keputusan. Tali mesti ditarik. Mana tau kalau-kalau wau jatuh juga. Carik boleh ditampung. Cucu-cucu pun bersorak lagi. Mereka mau wau itu jatuh. Tiba-tiba tali putus. Sorak cucu-cucu jadi senyap. Pak memandang muka cucu-cucu. Cucu-cucu memandang muka Pak. Pak cekak pinggang mendongak tengok wau yang tersangkut. Cerpen ‘Wau Kepala Burung’ oleh Azizi Hj. Abdullah 38

LARAS BAHASA KANAK-KANAK Ciri-cirinya: Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata adjektif. Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang dewasa. Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad, malah imbuhan yang digunakan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal. Bahasa perlambangan tidak digunakan, begitu juga bentuk-bentuk bunga bahasa. 39

Contoh Laras Bahasa Kanak-Kanak Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. 40

Struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal. LARAS BAHASA IKLAN Ciri-cirinya: Penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat ketara pada iklan bercetak. Penggunaan gambar bergerak dan muzik yang jelas pada laras iklan pandang-dengar. Penggunaan warna dan teknik kesan, khususnya pada iklan bercetak dan iklan pandang-dengar. Struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal. Menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan. Menggunakan ungkapan dan istilah yang ‘stylish’. Menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik pengguna, seperti kaedah umpan, gesaan, doa, dsbnya. 41

Contoh Laras Bahasa Iklan Quaker Oats. Sayangi Jantungmu. Nikmati hidupmu Air Asia. Kini Sesiapa pun Boleh Terbang 42

SEKIAN,TERIMA KASIH.