KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Tajuk 1 Perkembangan dan Penguasaan Bahasa Tahap Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangan intelek,umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan perkataan-perkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka
Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti berikut
Petunjuk perkembangan bahasa kanak-kanak : Umur Petunjuk perkembangan Umur 1 - Mengenal nama Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan kepada mama dan papa. Faham arahan mudah.
Umur 1-2 : Faham perkataan tidak/ no. Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama. Menggabungkan dua perkataan Mak... Makan. Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu. Melambai-lambai selamat jalan
Umur 2-3 : Mengenal anggota badan Guna dua perkataan dalam frasa negatif - tak mau Memahami konsep masa yang mudah - esok, semalam. Selesai masalah dengan bercakap, bukannya secara memukul atau menangis. Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang kecil dan besar
Umur 3-4 : Sudah boleh bercerita Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan. Memahami makna kelmarin, makan tengah hari. Mula menurut arahan/permintaan.. Letak kasut di luar
Umur 4-5 : Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat. Boleh bercakap angan-angan - saya harap ... Banyak menyoal, termasuk.. Mengapa..?
Umur 5-6 : Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan Memahami hubungan ruang seperti ‘atas´ dan ‘belakang´. Tahu alamat sendiri. Tahu perkataan antonim mudah seperti kecil ± besar Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan. Menggunakan berbagai jenis ayat
Teori Pemerolehan Bahasa Teori Behavioris / Mekanis (B.F. SKINNER) Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiapkali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ´pandai´, senyuman,ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap
Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya
Teori Mentalis/ Innatis (NOAM CHOMSKY) Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semulajadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja
Bagi menguatkan teorinya,Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ) iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama
Teori Kognitif (JEAN PIAGET) Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya
Teori Interaktionis (HALLIDAY) Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa. Faktor kematangan Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan. Kematangan otak kanak-kanak yang berkembang dengan cepat dapat menguasai kemahiran perkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau tidak matang, kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari dengan lebih lambat jika berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan dasar bagi proses belajar
Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik
sekolah kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga .Untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak sekolah mestilah menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik
Kognitif Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar
Alat artikulasi Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut
ISL 1 Alat-alat artikulasi Lidah Gusi Gigi Dan lain-lain
Masalah dalam penguasaan bahasa Mengingat kembali perkataan Memahami perkataan pelbagai makna Menyatakan sesuatu yang abstrak Menggunakan ayat yang betul dan lengkap Memberi penjelasan
Mempelbagai gaya berkomunikasi Menghasilkan mesej yang kompleks Memaklumkan sesuatu maklumat
Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap Kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan dan mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Murid suka memperbanyakkan penggunaan perkataan seperti apa tu... Err.... Ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap. Mereka sering menterbalikan ayat, Cth: bapa topi. (topi bapa) serta menambah dan mengurang sesuatu perkataan dalam ayat
Memberi Penjelasan Murid-murid sukar menjelaskan sesuatu dengan menggunakan bahasa. Mereka tidak dapat menggunakan bahasa (perkataan / frasa) yang betul untuk menjelaskan suatu konsep atau fakta. Murid-murid suka menjawab @ menjelaskan jawapan yang tidak setampil dengan soalan yang ditanya dan ketidakbolehan mereka dalam mengeluarkan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut
Mempelbagaikan gaya berkomunikasi Semasa berkomunikasi, bukan bahasa sahaja aspek yang penting, gaya berkomunikasi juga amat penting. Pendengar yang berbeza status, perlu menggunakan gaya yang berbeza supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Dalam aspek gaya berkomunikasi, ia juga merangkumi aspek pengunaan bahasa. Semasa berkomunikasi, perlu menunjukkan gaya yang berpatutan dan menggunakan bahasa yang tepat. Contohnya pada majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya yang formal dan menggunakan bahasa yang lebih formal dan bersesuaian
Menghasilkan mesej yang kompleks Murid yang bermasalah dalam bahasa, tidak akan dapat menghasilkan mesej yang kompleks. Mereka hanya dapat menyatakan suatu mesej yang ringkas. Contohnya saya mahu makan.
Mereka tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks seperti melibatkan emosi, suatu yang abstrak, perasaan, suatu yang adjektif dan sebagainya. Di dalam suatu ayat mesej sukar merangkumi dua atau lebih makna
Memaklumkan sesuatu maklumat Tanpa menggunakan bahasa, ia adalah mustahil untuk menyampaikan suatu maklumat yang lengkap. Bahasa adalah penting dalam menyampaikan suatu maklumat. Contohnya, jika seorang penyampai ingin menyampaikan suatu maklumat, penyampai perlu menggunakan bahasa yang betul supaya pendengar dapatmemahami maklumat yang ingin disampaikan
Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa Mempelajari perkara yang mudah kepada sukar Murid perlu diajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dengan dikaitkan dengan bahasa. Guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar
Mengajar perkataan asas kepada yang kompleks Guru perlu mengajar muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak. Contohnya, guru mengajar murid dengan perkataan seperti bola, ayam, baju..Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka. Kemudian, guru bolehlah mengajar yang lebih kompleks seperti imbuhan dan perkataan yang lagi kompleks seperti perkataan majmuk
Menggunakan kosa kata biasa untuk pembinaan ayat Mengajar ayat pendek kepada ayat panjang / majmuk Menggunakan pelbagai bahan untuk meransang murid Menggunakan perkataan baru dalam pelbagai situasi
Terapi dalam pendidikan pemulihan