Kaedah Penyelidikan PSM Prof. Madya Dr. Abdul Hamid b. Hj. Mar Iman al-Murshid Pusat Kajian Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia
Pengenalan Kepada Penyelidikan Takrif Penyelidikan: ”Suatu proses saintifik mencari jawapan kepada suatu persoalan yang hakikat masalahnya telah dikenal pasti” Ciri penting penyelidikan: * Saintifik : objektif, sistematik, boleh uji Objektif : fakta, x pertimbangan nilai Sistematik : ikut urutan, satu persatu Boleh uji : kaedah & hasil
Pengenalan (samb.) Persoalan (1) Ada masalah: jurang – yang patut berlaku vs. yang sebenarnya berlaku (2) Timbul tanda tanya (3) Dirasai – perlu penyelesaian (4) Perlu jawapan
Pengenalan (samb.) Hakikat masalah (1) Kebenaran isu? Sahih / tidak? (2) Kedudukan isu: penting / tidak? (3) Berat / ringan? Kritikal / tidak? (4) Siapa yang menghadapi? Awam/individu? (5) Di mana berlaku? (6) Perlu “re-search” / tidak? (7) Ada manfaat / tidak?
Pengenalan (samb.) Dikenal pasti (1) Siapa telah kaji? (2) Kaedah apa? (3) Apa hasilnya? Faedahnya? (4) Perlu kajian lanjut? (5) Boleh laksana/tidak?
Pengenalan Kepada Penyelidikan (samb.) Tujuan Penyelidikan: * Mengungkai jawapan kepada persoalan * Memberi penerangan sebab-musabab & memerihal alam nyata * Membuat kesimpulan * Mengambil & mengguna natijah Tujuan PSM: melatih pelajar mengguna pakai metodologi penyelidikan dalam mencapai tujuan penyelidikan
Pengenalan Kepada Penyelidikan (samb.) Ciri tesis PSM yang dikehendaki: * Unsur penyelesaian – bukan setakat cerita/”pelaporan surat khabar” * Latar belakang teori berhujah secara ilmiah * Metodologi yang betul * Analisis yang betul berdasarkan isu dan objektif * Kesimpulan yang sah
Pengenalan Kepada Penyelidikan (samb.) Kemahiran mesti bagi calon PSM: Menyatakan masalah dengan betul Mampu menulis objektif dengan betul Faham dan tahu menulis kajian literatur Mampu memilih dan mengguna kaedah kajian yang sesuai dan betul Mampu menganalisis data dengan betul berpandukan isu dan objektif kajian Mampu menghasilkan kesimpulan yang relevan Mampu menulis laporan ilmiah mengikut garis panduan yang ditetapkan
Langkah-Langkah Penyelidikan Memformulasi masalah Menulis cadangan penyelidikan Menentukan rangka kerja penyelidikan Melaksanakan pengumpulan data Membuat analisis dan persembahan data Menyediakan laporan
Langkah-Langkah Penyelidikan 1 - Formulasi Masalah Takrif: jurang antara apa yang sebenarnya berlaku dan yang sepatutnya berlaku Contoh: * Pasaraya kosong, sepatutnya penuh * Permintaan kurang, sepatutnya banyak * Harga jatuh, sepatutnya naik Keperluan penyelesaian dirasai
Langkah-Langkah Penyelidikan Formulasi Masalah (samb.) Mengupas masalah: Kenal pasti secara khusus (zero-in) Gunakan fakta sokongan Kemukakan soalan-soalan khusus Kenal pasti sebab-musabab dan pembolehubah terlibat Bina sangkaan-sangkaan awal tentang perkaitan sebab musabab dan penyelesaian Evaluasi sama ada masalah mampu diselidiki
Langkah-Langkah Penyelidikan 2 – Cadangan Penyelidikan Penerangan tentang “hasrat” menjalankan kajian Mengandungi idea asas si pencadang, antara lain, tentang: * apa yang hendak dikaji → isu, objektif * mengapa perlu kaji → justifikasi * apa kaedah diguna → data & analisis * objek kajian → orang, sistem, pengurusan, dll * hasil diharapkan → isu, objektif Perlu pemetaan minda Ringkas dan padat
Cadangan penyelidikan – peta minda Tunjuk arah kajian: isu → hasil diharapkan Mula dengan konsep-konsep penting Mesti berkait dengan persoalan kajian, objektif, kaedah data & analisis, dan hasil yang diharapkan Kembangkan setiap satu Kemudian, cantumkan kesemuanya Perlu model, lakaran, carta alir, dsb.
Peta Minda: Contoh GIS Fasiliti Bangunan Luar Dalam Pengurusan Rancang Koordinasi Laksana Kawal Pantau GIS Dalam Sistem Pengurusan Fasiliti Bangunan Lif Hawa dingin Bilik ‘Query’ Analisis Peta Pangkalan data Lanskap Jalan Bagaimana GIS boleh digunakan untuk pengurusan fasiliti bangunan? Ruang Kuliah Makmal Masa Peralatan
Cadangan penyelidikan (samb.) Komponen utama Kandungan utama Pengenalan Pernyataan-pernyataan penjajaan (peddling statements) yang menerangkan hakikat masalah Pernyataan masalah Isu yang hendak dikaji dan diselesaikan secara khusus Objektif Pernyataan arah tuju penyelesaian isu dan mesti bersifat boleh operasi dan menjurus kepada natijah Teori asas Konstruk-konstruk idea yang menjadi kerangka bagi hakikat masalah & isu Kaedah kajian Teknik & prosedur yang betul dalam mengumpul dan menganalisis data Keputusan yang dijangka Pernyataan & rasional tentang natijah yang diharapkan Susun atur bab Penerangan bagaimana bab-bab disusun untuk menyelesaikan permasalahan kajian
Langkah-Langkah Penyelidikan 3 – Rangka Kerja Penyelidikan Rangka kerja teori: Sintesis tentang konsep/idea Berpandukan literatur Model atau paradigma Menerangkan sebab musabab Menjurus kepada permasalahan kajian
Langkah-Langkah Penyelidikan Rangka Kerja Penyelidikan (samb.) Rangka kerja operasi: Aliran kerja - kumpul data, analisis & pelaporan. Menyatakan data, pihak terlibat, cara mengumpul data, dll Jadual kerja (atur cara kerja lapangan) Perlaksanaan & kawalan
Langkah-Langkah Penyelidikan 4 – Pengumpulan Data Takrif: proses mengumpul butiran bukti bagi memenuhi tujuan penyelidikan. Komponen utama: Temubual Pemerhatian Eksperimen Analisis kandungan Kolasi data sekundar Perlu perancangan dan pelaksanaan yang teratur.
Langkah-Langkah Penyelidikan 5 – Analisis & Persembahan Data Takrif: suatu proses memperlakukan sekumpulan data/keterangan untuk mendapatkan output, bentuk, dan cara yang diingini dan bermakna. Memperlaku: menyunting dan menyediakan data dalam bentuk dan cara yang dikehendaki Menyunting: menyemak, meneliti, memperbetul, memperkemas, meringkas, menyusun data/ keterangan dalam bentuk yang dikehendaki Menyediakan: menginput data ke dalam alat olahan
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) Data: ukuran kepada pembolehubah Keterangan: saranan yang digunakan sebagai asas membuat pertimbangan, keputusan, pembuktian, pengujian, dll. Data & keterangan perlu diolah untuk mencari “kebenaran” berdasarkan persoalan kajian. Olahan mempunyai prinsip-prinsip penting: berasaskan permasalahan kajian, bersistematik, cara olahan mesti dikenal pasti, tujuan mendapat output.
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) Analisis: menghurai pemerihalan sesuatu fenomenon kepada beberapa elemen yang lebih kecil untuk menjawab persoalan kajian. Analisis bersifat deduktif dan induktif. Pendekatan analisis: kuantitatif, tak-kuantitatif.
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) Prinsip analisis: Data tidak boleh “bercakap”. Analisis memenuhi tujuan penyelidikan. Analisis mempunyai empat unsur: - data - pemerihalan/penceritaan - penemuan - pengajaran
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) Panduan analisis: Bezakan “analisis” dan “penceritaan” data. Semak semula carta alir pengoperasian kajian. Pecahkan susunan analisis berdasarkan isu dan objektif kajian. Kenal pasti fenomenon yang hendak dikaji. Kenal pasti kaitan sebab musabab sesuatu isu. Tentukan jawapan yang dicari. Sahkan jawapan kepada isu dengan data. Asingkan fakta dari pendapat.
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) * Berkisar pada format mempamer output kajian. * Pelajar harus kreatif tetapi ekonomi. * Sesuatu persembahan mempunyai tujuan yang jelas * Cara-cara biasa: - Jadual - Gambarajah - Carta pie - Graf bar - Graf garisan - Kawaan - Kombinasi di atas.
Metodologi Penyelidikan Takrif: “Kaedah menyiasat sebab-musabab untuk mencari jawapan kepada persoalan” Komponen-komponen penting: Pengoperasian masalah, objektif, dan hipotesis Mengenal pasti dan mengukur pembolehubah Menentukan kaedah dan instrumentasi kumpul data Menentukan kaedah analisis data
Metodologi Penyelidikan 1 - Pengoperasian Masalah Langkah-langkah penting: * Mengenal pasti dan menakrif masalah * Sumber pengenal pastian masalah * Pernyataan masalah * Evaluasi masalah: - Feasible? - Worthwhile? * Perincikan dalam operasi kajian (lihat rajah)
Metodologi Penyelidikan - Pengoperasian Masalah
Metodologi Penyelidikan 2 – Pengoperasian Objektif Dari umum jadi khusus Jelas, rasional, dan boleh operasi Boleh operasi: dapat diterangkan berdasarkan sesuatu kriteria, pembolehubah, dan ukuran Mencerminkan persoalan dikaji
Metodologi Penyelidikan 3 – Pengoperasian Hipotesis Masalah khusus Objektif khusus Soalan khusus Hipotesis
Metodologi Penyelidikan 4 – Mengenal pasti dan Mengukur & Pembolehubah Bolehubah bersandar, penerang, intervening. Pembolehubah mesti boleh dioperasi: ditakrif dan diukur. Perkaitan di antara pembolehubah mesti jelas. Tentukan perkaitan pembolehubah yang dikaji.
Metodologi Penyelidikan 5 – Kaedah & Instrumentasi Data Lihat fail: Data collection.ppt
Metodologi Penyelidikan 6 – Kaedah Analisis Data Lihat fail: Data Analysis.ppt
Sekian, terima kasih