HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3 PISMP-IPGM / PPPRPET (BAB 1 & 2)
Bab 1:Hubungan Etnik Di Malaysia 1.1 PENGENALAN Proses pembangunan negara drpd mundur kepada negara membangun berlaku pantas hanya selama 50 tahun. Pencetusnya ialah Peristiwa 13 Mei Kemajuan ekonomi perlu disertai kestabilan politik secara seimbang untuk elak konflik Keseimbangan bergantung kpd agihan kekayaan, perkongsian kuasa pemerintahan.
1.2 Kepentingan Hub Etnik (HE) HE kunci kpd keseimbangan eko & politik.(pengalaman 13 Mei) Dlm konteks Malaysia, HE yg harmonis – penting Pengajaran Peristiwa 13 Mei - rusuhan kaum tidak untungkan sesiapa - langkah2 konkrit harus diambil - perpaduan x capai jika ramai miskin - harus menghormati satu sama lain
1.3 Usaha2 Kerajaan Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara-1969 (Kini Jab Perpaduan Ng & Integrasi Nasional-JPNIN) Pengenalan Rukun Negara, DEB, DPN, DKK. Selain top-down, bottom-up juga penting. Selain keadaan berbaik2 antara kump etnik, antara kump kelas sosial juga penting.
1.4 Hubungkait Antara Ekonomi & Etnisiti Kegiatan ekonomi ada kaitan dgn etnisiti Timbul persepsi Melayu-petani,Cina-perniagaan, India-buruh estet Menurut penyelidik – HE yang harmonis kunci kpd survival Malaysia(Joseph Stiglitz) Jika masalah ekonomi terjadi, masalah etnisiti turut terjadi HE penting untuk mencorak sistem sosial Malaysia Pertumbuhan Ekonomi boleh diukur tetapi bukan perpaduan etnik (boleh dibuat perbandingan)
Bab 2: Konsep2 Asas HE Masyarakat. Kump manusia yg hidup bersama di suatu tempat dgn aturan & cara tertentu Anggota masyarakat – individu, keluarga & kumpulan kecil Jaringan erat wujud melalui hubungan bersemuka (cth: kenduri, gotong royong,..) Setiap masyarakat mempunyai budayanya sendiri Kebudayaan wujud hanya jika masyarakat. Proses mewariskan budaya melibatkan dua generasi – yg turunkan & yg menerima. Individu bert/jawab mencipta, mengubah, menokok, melestari & menurunkan
…sambung Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya- material & bukan material Ciri-ciri utama masyarakat Berkolompok Berbudaya Mengalami perubahan Berinteraksi Mempunyai kepimpinan Mempunyai aturan sosial
Etnik Sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam-bahasa, pakaian, adat resam, … Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau – etnik Etnik bersifat etnosentrik Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti & etnosentrisme Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu etnik
Konsep Ras & Rasisme Di Malaysia Ras & Etnik sering dianggap sama Ras- tanda pengenalan kolektif berdasar ciri2 fizikal-biologikal nyata – warna kulit, warna rambut, … Rasisme – pandangan negatif satu kumpulan terhadap kumpulan lain – wujud pada 2 tahap iaitu individu dan institusi Prejudis – pandangan – mengenai ahli atau kelompok lain yang tersemat dalam hati
Stereotaip–kenyataan-kenyataan umum yg –ve terhadap kumpulan etnik yangg lain Diskriminasi–perbuatan yg membandingbezakan seseorg individu berasaskan ciri2 etnik semata-mata Budaya- suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu Perpaduan- proses menyatupadukan seluruh masyarakat Integrasi- satu proses mewujudkan satu identiti nasional
Segregasi- pemisahan antara satu kumpulan etnik dengan yg lain Akomodasi- proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari & menghormati norma dan nilai etnik lain. Akulturasi- penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada satu kebudayaan lain
Asimilasi- percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu budaya yang sama Amalgamasi- terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk budaya atau ras yang baru
Kesimpulan Hubungan etnik wajar dilihat dari sudut luaran dan konseptual. Kebudayaan berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini namun unsur-unsur budaya lain yang sesuai dan wajajr boleh diterima. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan ini.
Soalan-Soalan Perbincangan 1. Bagaimanakah konsep intergrasi berbeza daripada konsep asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional? 2. Jelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia? 3. Huraikan aplikasi tiga konsep asas hunungan etnik dalam konteks mesyarakat Malaysia.