Kuliah Minggu 2 Konsep dan Klasifikasi Kos CG2213 PERAKAUNAN KOS Kuliah Minggu 2 Konsep dan Klasifikasi Kos
OBJEKTIF KULIAH Menerangkan kepentingan maklumat kos kepada pengurus Menerangkan makna kos dan hubungkait dengan belanja dan aset Menerangkan maksud “kos berbeza bagi tujuan berbeza” Mengenalpasti dan menerangkan konsep-konsep asas untuk tiga objektif pengklasifikasi kos (penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan)
KEPENTINGAN MAKLUMAT KOS KEPADA PENGURUS Membantu pihak pengurusan untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan Maklumat kos disediakan oleh akauntan pengurusan Contoh: Pengurus Penerbangan
KOS, BELANJA, ASET Kos merupakan sumber yang dikorbankan (nilai wang atau persamaan wang) untuk mendapatkan keluaran dan perkhidmatan yang akan memberi faedah semasa atau masa hadapan Kos dilibatkan untuk mendapatkan faedah masa hadapan Kos yang diluputkan dikenali sebagai belanja . Kos belum luput dikenali sebagai aset dan dilaporkan dalam kunci kira-kira
Klasifikasi Kos (Objektif Kos) Kos objek adalah apa-apa item seperti keluaran, pelanggan, jabatan, projek dan sebagainya di mana kos-kos diukur dan diagihkan kepadanya Contoh : Basikal adalah kos objek jika anda ingin tentukan kos untuk mengeluar sebuah basikal Penilaian inventori Pembuatan Keputusan Kawalan
PENILAIAN INVENTORI: Bergantung Jenis Organisasi Pembarangan. . . Beli barangniaga. Jual barangniaga. Inventori: barangniaga Perkilangan . . . Beli bahan mentah. Proses dan jual sebagai barang siap. Inventori:bahan mentah, kerja dlm proses dan brg siap GIANT PROTON
KOS-KOS PERKILANGAN Kos Langsung Kos Tak Langsung Buruh Overhed Bahan
Contoh: tempat duduk, tayar kereta, radio kereta Bahan Langsung Komponen utama produk dan boleh dikenalpasti secara terus kepada keluaran. Contoh: tempat duduk, tayar kereta, radio kereta
Kos buruh yang boleh dikenalpasti secara terus kepada keluaran Buruh Langsung Kos buruh yang boleh dikenalpasti secara terus kepada keluaran Contoh: Gaji kepada pekerja yang terlibat dalam pemasangan badan kereta, menyembur cat.
Contoh: Bahan tak langsung dan buruh tak langsung Overhed Perkilangan Lain-lain kos perkilangan yang tidak boleh dikenalpasti secara terus kepada keluaran Contoh: Bahan tak langsung dan buruh tak langsung Bahan yang digunakan untuk menyokong proses pengeluaran. Contoh: minyak pelincir, bahan cucian dalam industri pengeluaran kereta. Gaji yang dibayar kepada pekerja yang tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja pengeluaran. Contoh: Pekerja penyelenggaraan, penyelia kilang.
Ringkasan Kos Perkilangan Kos Langsung Kos Tak Langsung Bahan Langsung Buruh Langsung Overhed Perkilangan Kos Prima Kos Penukaran
Kos Produk vs. Kos Tempoh Kos Produk: bahan langsung, buruh langsung dan overhed perkilangan => kos yang boleh diinventorikan Kos Tempoh: tidak dimasukkan sebagai kos produk. Ditunjukkan sebagai belanja dalam penyata pendapatan. Inventori KBDJ Belanja Jualan KKK Penyata Pendapatan Penyata Pendapatan
LATIHAN 2.1 Klasifikasikan item kos dibawah samada kos produk atau kos tempoh. Untuk kos produk, nyatakan samada ia adalah bahan langsung, buruh langsung atau overhed dengan kos objek i.e. produk Susutnilai kereta jurujual Sewa peralatan, peralatan ini digunakan di kilang Kotak pembungkusan produk syarikat Bahan digunakan untuk mengotakkan produk untuk jualan luar negeri (Unit-unit selalunya tidak dikotakkan) Tomato yang digunakan dalam pemproses sos cili MAGGI Susutnilai kerusi dan meja di bilik rehat operator kilang. Gaji telefonis
Aliran Kos Perkilangan Penyata Pendapatan Belanja Kunci Kira-Kira Kos Inventori Belian bahan mentah Bahan mentah
Aliran Kos Perkilangan Penyata Pendapatan Belanja Kunci Kira-Kira Kos Inventori Belian bahan mentah Bahan mentah Buruh lgsg Kerja Dalam Proses Overhed Perkilangan
Aliran Kos Perkilangan Penyata Pendapatan Belanja Kunci Kira-Kira Kos Inventori Belian bahan mentah Bahan mentah Buruh lgsg Kerja Dalam Proses Overhed Perkilangan Kos Barang Dijual Barang Siap
Aliran Kos Perkilangan Penyata Pendapatan Belanja Kunci Kira-Kira Kos Inventori Belian bahan mentah Bahan mentah Kos Produk Buruh Lgsg Kerja Dalam Proses Overhed Perkilangan Kos Barang Dijual Barang Siap Kos Period Jualan dan Pentadbiran Belanja Jualan dan Pentadbiran
Klasifikasi Kos – Pembuatan Keputusan Tingkah Laku Kos Kerelevanan Kos
TINGKAH LAKU KOS Bagaimana kos bertindakbalas terhadap perubahan dalam tahap aktiviti perniagaan. Kos berubah – berubah bila aktiviti berubah. Kos tetap – kekal tidak berubah walaupun aktiviti berubah. Kos campuran – tetap + berubah
KOS BERUBAH Jumlah kos bateri kereta - berdasarkan bilangan kereta yang dikeluarkan Kos berubah seunit - tetap Kos bateri perunit Kos bateri kereta Bil. kereta yang dikeluarkan Bil. kereta yang dikeluarkan
Sewa kilang seunit kereta KOS TETAP Jumlah sewa kilang adalah tetap tidak kira berapa unit kereta yg dikeluarkan dlm sebulan Kos tetap seunit – berubah apabila berlaku perubahan dalam tahap aktiviti Sewa kilang seunit kereta Sewa Kilang Bil. kereta yang dikeluarkan Bil. kereta yang dikeluarkan
LATIHAN 2.2 Klasifikasikan setiap kos dibawah samada berubah atau tetap kepada unit produk atau perkhidmatan diberikan Filem x-ray digunakan dalam lab radiologi HUKM. Kos pengiklanan konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert London. Kos sewa tapak perniagaan Burger King di KLCC. Kos elektrik untuk mengoperasi roller coaster Cosmo World Berjaya Times Square. Kos penghantaran TV Plasma Sony kepada kedai eletrik dan elektronik
KOS CAMPURAN Campuran komponen kos tetap dan berubah. Contoh: Kos utiliti
Caj utiliti bulanan tetap KOS CAMPURAN X Y Jumlah kos campuran Caj utiliti berubah Jumlah kos utiliti Caj utiliti bulanan tetap Aktiviti (Jam Kilowatt)
Pendekatan Penjuruteraan Kaedah Gambarajah Taburan ANALISA KOS CAMPURAN Pendekatan Penjuruteraan Analisis Akaun Kaedah Gambarajah Taburan Kaedah Lini Regresi Kaedah Tinggi Rendah
Berdasarkan dua tahap aktiviti tersebut, kirakan: KAEDAH TINGGI RENDAH ABC telah merekodkan aktiviti pengeluaran dan kos utiliti yang tertinggi dan terendah spt bkt: Berdasarkan dua tahap aktiviti tersebut, kirakan: Kos berubah seunit; Kos tetap, dan Persamaan dalam bentuk Y = a + bX.
Perubahan kos Perubahan unit KAEDAH TINGGI RENDAH Kos berubah seunit = Perubahan kos Perubahan unit
KAEDAH TINGGI RENDAH Kos berubah seunit = 3,600 ÷ 4,000 unit = RM0.90seunit
KAEDAH TINGGI RENDAH Kos berubah seunit = 3,600 ÷ 4,000 unit = RM0.90seunit Kos Tetap = Jumlah Kos – Kos berubah Kos Tetap = RM9,700 – (RM0.90seunit × 9,000 unit) Kos Tetap = RM9,700 – RM8,100 = RM1,600
KAEDAH TINGGI RENDAH Kos berubah seunit = 3,600 ÷ 4,000 unit = RM0.90seunit Kos tetap = Jumlah kos – Jumlah kos berubah Kos tetap = RM9,700 – (RM0.90 seunit × 9,000 unit) Kos tetap = RM9,700 – RM8,100 = RM1,600 Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah (Y = a + bX) Y = RM1,600 + RM0.90X
RINGKASAN TINGKAHLAKU KOS
KERELEVANAN KOS Kos Relevan – kos masa depan yang berbeza antara alternatif yang dipilih Contoh: Kos Melepas (Opportunity kos) Kos Tidak Relevan – kos masa depan yang tidak berbeza di antara alternatif yang dipilih Contoh: Kos Tenggelam (Sunk Kos)
KOS MELEPAS Jangkaan manafaat yang terpaksa dikorbankan apabila satu alternatif lain dipilih. Contoh: Bekerja atau menyambung pengajian di universiti. Jika bekerja, pendapatan setahun yang boleh diperolehi ialah RM15,000. Oleh itu, jika alternatif meneruskan pengajian ke universiti dipilih, maka KOS MELEPAS setahun ialah RM15,000.
Kos yang telah dilibatkan dan tidak dapat dipulihkan. KOS TENGGELAM Kos yang telah dilibatkan dan tidak dapat dipulihkan. Contoh: Beli kereta bernilai RM40,000. RM40,000 ialah kos tenggelam kerana ianya tidak dapat dipulihkan samada pembeli membuat keputusan untuk memandunya, atau menyimpannya atau menjualnya.
Klasifikasi Kos – Kawalan Kos di bawah kawalan – kos yang dipengaruhi oleh keputusan atau tindakan pihak pengurus Kos di luar kawalan – kos yang tidak dipengaruhi oleh keputusan/tindakan pihak pengurus
TAMAT KULIAH 2