Permainan tradisional Disediakan oleh : Beh Jun Siong Lau Jie Ying Lee Boon Hao Ooi Li Jie Teh Huey Chyi
Definisi Berdasarkan kamus dewan edisi 4, Permainan tradisi bermaksud permainan atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb).
Permainan orang dewasa Kebanyakan permainan tradisional orang dewasa dijalankan dengan cara bertanding. Melalui pertandingan, para pemain dapat membentuk unsur-unsur positif seperti mematuhi peraturan dan arahan ketua, bersabar, bertolak-ansur dan bekerjasama.
Namun begitu, ada beberapa jenis permainan tradisional yang nyata membawa unsur-unsur negatif. Contohnya, pertandingan melaga lembu atau menyabung ayam.
Permainan tradisional orang dewasa juga lebih ‘berat’ berbanding permainan tradisional kanak-kanak. Permainan-permainan itu tidak dapat dilangsungkan secara spontan. Sesetengah alat permainan, misalnya gasing, mestilah dihasilkan oleh tukang yang mahir.
Wau Wau diketahui wujud di Nusantara, China, India dan Korea sejak sekurang-kurangnya 1000 tahun lalu. Orang Barat cuma mengenali wau pada abad keenambelas, mungkin melalui orang Belanda yang membawanya ke Eropah dari kepulauan Melayu.
Di Malaysia, wau amat popular di pantai timur Semenanjung, terutama di Kelantan. Rupa bumi di negeri itu, dengan tanah sawah yang luas, disertai amalan pertanian bermusim, memudahkan pengembangan minat terhadap permainan wau. Dimainkan di kawasan lapang, misalnya di bendang yang kering.
Jenis-jenis wau Nama sesebuah wau lahir daripada rupa bentuk wau itu sendiri.
Jenis Koleksi Wau Tradisional Wau Kucing Wau Bulan Wau Jala Budi Wau Merak
Gasing Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis Gasing jantung Gasing leper Gasing cina Gasing buku benang
Gasing jantung Gasing leper
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, seperti yang jelas pada namanya, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Uri bermakna berpusing ligat. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Sepak takraw Kedudukan sepak takraw sebagai permainan tradisional negara sudah terjamin. Malah sepak takraw sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan penerimaannya sebagai salah satu acara dalam sukan Asia.
Sepak takraw adalah ubahsuaian sepak raga, permainan yang wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, sepak raga tidak cuma dimainkan oleh rakyat jelata tetapi oleh golongan bangsawan juga. Sejarah melayu ada menceritakan tentang permainan ini dan musibah yang mendatangi Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah.
Raja Muhammad telah dibuang negeri ke Pahang kerana membunuh Tun Besar. Pembunuhan ini berlaku ekoran peristiwa tanjak Raja Muhammad tertanggal akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Permainan kanak-kanak tercipta dengan tujuan mahu menghiburkan kanak-kanak dan menghabiskan masa luang mereka agar tidak ganggu orang dewasa yang sedang bekerja. Mengajar kanak-kanak tentang tatacara berkawan dan bekerjasama. Nama dan syarat permainan ada yang berbeza dari tempat ke tempat.
Permainan tradisional kanak-kanak dapat dibahagikan seperti berikut: Permainan di luar atau di dalam rumah; Permainan perseorangan atau berkumpulan; Permainan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
Baling Tin
Baling Tin Dimainkan secara berkumpulan dan memerlukan jumlah pemain yang sama banyak. Stamina yang banyak diperlukan untuk membaling dan berlari ketika menyelamatkan diri. Sekurang-kurangnya 10 biji tin susu kosong dan sebiji bola diperlukan. Setelah memilih ahli kumpulan masing-masing melalui satu pemilihan bebas, undian dibuat bagi menentukan kumpulan mana yang akan melakukan tuju mula. Undian dibuat melalui ‘wan to som’
Tin-tin susu disusun meninggi, seperti bentuk piramid. Terdapat kumpulan menuju dan kumpulan menjaga. Setelah pemain yang menuju menjatuhkan tin-tin, dia hendak menyusun tin-tin itu secepat mungkin dengan dibantu oleh ahli kumpulannya. Dia juga perlu mendapatkan bola dan menyepak bola tersebut jauh-jauh agar mereka berpeluang menyusun tin-tin yang jatuh sebelum pasukan menjaga mendapatkan bola itu.
Sekiranya bola itu berjaya diperoleh pasukan menjaga, bola itu boleh dituju kepada mana-mana pemain kumpulan menuju. Pemain yang terkena bola akan mati. (* sebelum pemain pasukan menuju berjaya menyusun tin-tin yang jatuh ) Jika si penuju berjaya menyusun tin-tin itu, pasukannya akan mendapat 1 mata. Jika bola yang dituju ke arah tin itu dapat disambut oleh pemain kumpulan menjaga, maka kesemua pemain kumpulan menuju akan mati.
Main Sorok-sorok Bilangan pemain tidak terhad. Malah, lebih ramai pemain lebih baik. Sebuah tempat khas atau ‘rumah’ diperlukan sebagai tempat menyorok.
Undian dijalankan melalui ‘lai lai li tam plong’ (kalah-pencari). Pencari dikehendaki berdiri di ‘rumah’ (dinding rumah/ batang pokok). Pencari dikehendaki menutup mata sambil menghitung 1-100. Pemain lain menyembunyikan diri masing-masing. Menentukan Pencari
Sekiranya pencari berjaya menjumpai penyorok yang pertama, dia hendaklah menyebut nama pemain itu sambil berlari ke ‘rumah’nya dan menunggu di situ. Penyorok yang dapat dicari akan menjadi pencari. Semua pemain hendaklah keluar dari tempat persembunyian mereka kerana permainan akan dimulakan sekali lagi. Menyorok
Sembunyi Anak Lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan. Cuma sehelai tuala kecil atau sapu tangan, atau sebarang kain yang berbentuk seperti itu, diperlukan untuk menjadi ‘anak’.
Memilih ‘ibu’ Undian dilakukan dengan cara ‘wan to som’ atau ‘lai lai li tamplong’ ataupun secara sukarela. Setelah pemilihan dibuat, ‘ibu’ itu diberi ‘anak’nya dan ibu hanya perlu memegang ‘anak’nya. Pemain yang lain dikehendaki membuat satu bulatan.
Menjatuhkan ‘anak’ Pemain lain duduk bersila sambil menghadap ke dalam bulatan. Semasa ‘ibu’ berjalan mengelilingi luar bulatan, dia akan menjatuhkan ‘anak’nya di belakang salah seorang pemain. Pemain itu perlu mengambil sapu tangan itu dan mengejar ‘ibu’ serta memukulnya dengan sapu tangan. (‘ibu’ tadi akan menjadi ‘ibu’ sekali lagi) Sebaliknya, jika pemain itu tidak sedar, dia pula akan dipukul oleh ‘ibu’. (menjadi ‘ibu’ yang baru)
Selambut
Selambut Juga dikenali sebagai batu seremban atau serembat. Boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan. Permukaan yang rata diperlukan agar mudah untuk mengaut buah-buah selambut. Memerlukan 7 biji guli kaca / batu-batu kecil / biji getah. Pemain yang dapat menimbang paling banyak buah sebagai pemain yang memulakan permainan.
Menabur kesemua biji selambut ke lantai dan mengambil sebiji selambut untuk dijadikan ‘ibu’. ‘Ibu’ dilambung dan tangan pemain dikehendaki mengaut biji-biji selambut yang ada di atas lantai. Menimbang dilakukan setelah berjaya mengambil semua buah selambut. Meletakkan kesemua biji selambut di atas tapak tangan, kemudian dilambung dan disambut dengan belakang tapak tangan dan dilambung sekali lagi, disambut pula dengan tapak tangan. Kemudian pemain tadi mengulangi cara bermain seperti sebelumnya. Pemain dianggap mati jika gagal mengaut buah selambut atau tidak dapat menyambut ketika menimbang. Pemain yang memperoleh bilangan selambut paling banyak dikira menang.
ketinting
Ketinting Permainan ini menghendaki setiap pemain mendapatkan seberapa banyak “rumah” yang boleh. Pemain yang berjaya berbuat demikian dianggap pemenang. Ketinting memerlukan garisan berpetak. Terdapat sembilan petak kosong yang disediakan. Setiap pemain mesti memiliki satu “ buah” sebagai syarat untuk menggerakkan kedudukannya daripada satu petak ke satu petak yang lain.
guli
Guli Permainan guli adalah permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng. Permainan guli ini dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.
Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan gelanggang adalah di tempat yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang. Hal ini demikian kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk menggali lubang. Apabila tanah becek, permainan guli tidak menyeronokkan kerana buah guli akan melengket pada tanah dan menyukarkan prosaes permainan tersebut.
Untuk memulakan permainan, gelanggang perlu dibuat terlebih dahulu Untuk memulakan permainan, gelanggang perlu dibuat terlebih dahulu. Yang pertama pemain perlu melukis bulatan di atas tanah berukuran garis pusat 1meter dan ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10cm, lebar dan sedalam 7cm dengan cara menghentakkan tumit kaki ke tanah. Lubang tersebut dikenali sebagai lubang induk. Seterusnya, satu garisan lurus dibina dengan jarak 3meter daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebiji guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat daripada bahan atau batu kapur yang diadukkan dengan simen dan sebesar ibu jari kaki. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak melebihi lima orang. Permainan guli boleh dibahagikan kepada dua, i). mencari “raja guli” yang berkuasa untuk “mendera” pemain yang kalah. ii). Mengumpul seberapa banyak guli yang mampu.
congkak
Congkak Asal Usul Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari.
Congkak Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama ‘Congklak’, dan di Filipina ialah ‘Sungka’.
Congkak, juga dikenali dengan nama “jongkok” di kawasan utara dipercayai berasal daripada buah yang digunakan untuk permainan ini, iaitu buah congkak. Memerlukan 14 lubang yang dipanggil “kampung”. Di setiap hujung “kampung” pula terdapat lubang yang lebih besar, yang dipanggil “rumah”. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Dahulu, lubang-lubang ini cuma dikorek di atas tanah. Buahnya pula terdiri daripada buah congkak, biji getah atau batu-batu kecil.
Sepak bulu ayam
Sepak Bulu Ayam Permainan ini menguji ketangkasan dan kebolehan pemain dari segi menimang atau menangkap bola. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat. Dua atau lebih pemain diperlukan. Jika bilangan pemain ramai, dua pasukan boleh dibentuk.
Soalan Apakah cara-cara undian yang biasa digunakan dalam permainan tradisional? wan to som lai lai li tamplong melambung duit i dan ii i dan iii ii dan iii i, ii dan iii
2. Cara bermain gasing: i. gasing pangkah ii. gasing uri
3. Pada pendapat anda, mengapakah generasi baru harus didedahkan dengan permainan-permainan tradisional yang kian dipinggirkan oleh masyarakat sekarang?
Rujukan Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek (1995). Permainan Tradisional. Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn Bhd. http://bb2008chijsjc.wordpress.com/congkak/ http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html http://www.jkkn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=174%3Asepak-bulu-ayam&catid=70%3Apermainan-tradisional&Itemid=108&lang=bm