Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 FIQH ISLAMI BAB 4: AQIQAH
MAKSUD AYAT DARI SABDA NABI S.A.W. Aqiqah merupakan ibadah yang dilakukan bagi menyambut kelahiran bayi yang baru lahir. Ia sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh setelah kelahiran bayi. Dianjurkan juga agar mencukur rambut bayi dan memberinya nama yang baik pada hari ketujuh. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
DEFINISI, HUKUM DAN FADHILAT AQIQAH Bererti rambut bayi yang baru dilahir yang dicukur pada hari ketujuh dengan penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan untuk bayi itu. Hukum Aqiqah Sunat muakkad dan wajib sekiranya bernazar. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
DEFINISI, HUKUM DAN FADHILAT AQIQAH Fadhilat melaksanakan Aqiqah: Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Sebagai perkongsian rasa gembira dengan anggota keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
DEFINISI, HUKUM DAN FADHILAT AQIQAH Membiasakan diri dengan melaksanakan amalan sunat sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Membentuk sifat mulia dengan membelanjakan harta di jalan yang diredai Allah s.w.t. serta memelihara diri daripada sifat kedekut atau bakhil. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
DEFINISI, HUKUM DAN FADHILAT AQIQAH Mengeratkan tali persaudaraan dan menanamkan sikap saling membantu di antara umat Islam. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
AQIQAH UNTUK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN Aqiqah bagi anak lelaki: lebih afdal disembelihkan dua ekor kambing yang sama umurnya. Aqiqah bagi anak perempuan: Cukup untuk seekor kambing sahaja. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
AQIQAH UNTUK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN Kambing untuk disembelih untuk tujuan aqiqah mestilah yang telah cukup umur iaitu sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Disunatkan sebahagian daging aqiqah itu dimakan oleh ahli keluarga, sebahagian disedekahkan dan bakinya dihadiahkan kepada jiran tetangga. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
AQIQAH UNTUK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN Apabila dimasak, dianjurkan agar tidak dipatahkan tulang-tulangnya. Tujuannya adalah dengan harapan bayi tersebut akan menjadi sihat dan kuat. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
WAKTU MENYEMBELIH BINATANG AQIQAH Waktu melakukan aqiqah: Lebih afdal, pada hari ketujuh setelah kelahiran bayi. Jika tidak mampu, boleh dilakukan pada hari ke empat belas, dua puluh satu atau bila-bila sehingga anak itu mencapai usia baligh. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
MEMBERI NAMA KEPADA ANAK DAN MENCUKUR RAMBUT Pada hari aqiqah, disunatkan mencukur rambut bayi serta bersedekah dengan nilai perak seberat timbangan rambut itu. Kemudian hendaklah memberinya dengan nama yang baik. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4
MELAUNGKAN AZAN DAN IQAMAH Bagi bayi yang baru lahir, disunatkan dilaungkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri. Disunatkan juga dilakukan tahrik iaitu memberi rasa manisan kepada bayi seperti kurma. 2008 KBM 4 FIQH BAB 4