TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM ©USTAZ ISMAIL HARON AHAD / MARCH 2012 WOODLANDS POINT
Pengertian Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah menurut Islam bermaksud menyelesaikan masalah umat manusia yang dilakukan berasaskan syariat Islam dengan mengambil kira semua aspek kehidupan manusia yang meliputi ekonomi, politik, sosial, Perundangan dan sebagainya.
Matlamat Penyelesaian Masalah • Dapat menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT. • Dapat memberi ketenangan dalam kehidupan kerana masalah dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. • Dapat membangkitkan semangat untuk berusaha dengan lebih bersungguhsungguh dan tidak mudah berputus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut
Sumber penyelesaian masalah menurut Islam Al-Quran As-Sunnah Al-Ijmak Al-Qias Akal
Bukti Islam mampu menyelesaikan masalah Islam telah mensyariatkan pelbagai peraturan dan hukum dalam mengawal setiap aktiviti manusia agar mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Contohnya hukum akidah, hukum etika dan hukum amaliyyah.
Islam juga telah menyediakan cara penyelesaian sesuatu masalah dengan terperinci dan bersistematik. Contohnya dalam menyelesaikan masalah pembuangan bayi Islam telah mengharamkan semua unsur yang boleh membawa kepada masalah tersebut seperti pergaulan bebas dan perzinaan.
Islam menyediakan pembalasan ke atas semua perbuatan manusia sama ada di dunia dan akhirat, di mana jika seseorang itu terlepas daripada menerima pembalasan semasa di dunia, dia akan mendapat pembalasan semasa di akhirat.
Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah ialah : Mengenal pasti masalah yang berlaku Mengenalpasti punca masalah secara terperinci dan menyeluruh Membuat strategi dan kaedah untuk menyelesaikan masalah Menguji kaedah dan strategi untuk menyelesaikan masalah Melakukan penilaian semula terhadap strategi yang telah dilakukan
Perlakuan dalam menyelesaikan masalah Niat : Mempunyai niat yang betul dan baik untuk menyelesaikan masalah. Keazaman : Mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Tindakan : Tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah mestilah betul dan menepati kehendak syarak. Tawakal : Iaitu berserah kepada Allah SWT untuk menentukan kejayaannya setelah segala usaha dan ikhtiar dilakukan dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Muhasabah : Iaitu menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri dalam usaha untuk menyelesaikan masalah.
Cara penyelesaian masalah menurut Islam Melalui al-Quran Melalui al-Hadis Melalui tindakan yang betul dari pemerintah Melalui nasihat yang bijaksana Melalui dakwah yang berkesan Melalui pendidikan yang betul Melalui doa Melalui kesungguhan bekerja Melalui pegangan kepada agama Islam yang teguh
Kelebihan penyelesaian masalah secara Islam :- Meneguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Memperkukuhkan keperibadian muslim. mewujudkan kestabilan dalam kehidupan masyarakat dan negara. menjamin perpaduan dan persaudaraan ummah. menghidupkan semangat daya juang.
Ciri-Ciri Penyelesaian Secara Islam Penyelesaian dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu Penyelesaiannnya menepati kehendak syarak Penyelesaiannya dilakukan dengan bersungguh-sungguh Penyelesaian yang dibuat selepas dirujuk kepada orang yang berilmu dan pakar dalam sesuatu bidang
Cara Islam & Konvensional
CONTOH MASALAH: EKONOMI UMAT YG LEMAH Umat Islam dewasa ini merupakan umat yang lemah dari segi penguasaan ekonomi dan kekayaan negara. Umat Islam hanya menjadi penonton kepada perkembangan ekonomi yang dimainkan oleh orang lain
Contoh Penyelesaian Secara Islam Melalui akidah: 1. Meyakini bahawa membangunkan ekonomi adalah merupakan cara mendekatkan diri dengan Allah SWT, kerana terdapat ibadat-ibadat tertentu yang memerlukan harta bagi melaksanakannya seperti zakat, haji, sedekah dan sebagainya. 2. Meyakini bahawa kemiskinan boleh membawa seseorang kepada kekufuran.
Melalui syariah: Islam mewajibkan umatnya mencari harta melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Jumaah ayat 10 yang bermaksud : Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi dan carilah kurnia Allah SWT dan ingatlah kepada Allah SWT sentiasa, semoga kamu beruntung. Islam telah menyediakan pelbagai kaedah kegiatan ekonomi untuk membina kekuatan ummah berdasarkan kepada prinsip-prinsip muamalah Islam.
Melalui Akhlak Jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan dan muamalah Islam yg seumpamanya. Beretika di dalam menjalankan tugas. Menyokong segala usaha kebaikan. Menyokong peniaga Islam dan perusahaan orang Islam
Perbincangan Bincangkan penyelesaian secara Islam bagi… Masalah perceraian umat Islam yg meningkat Masalah perpaduan umat Masalah remaja yg hilang arah Masalah kepimpinan yg tidak berwibawa Masalah sosial dan budaya umat Islam Dan lain-lain masalah masakini
TAMAT