EDU 3043 Kemahiran Berfikir
KONSEP BERFIKIR Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat : Proses Penaakulan Memberikan sebab/alasan kenapa sesuatu itu berlaku. Cth : Pada zaman dahulu, bumi dikatakan 4 segi tetapi kini telah dibuktikan bumi adalah bulat. Membentuk konsep Membuktikan hipotesis dan membuat generalisasi dari data kajian Data kajian akan membuktikan suatu teori atau konsep yang dinyatakan/difikirkan itu betul. Memahami fenomena yang diperhatikan Hasil drpd pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Cth : daya tarikan gravity seperti epal jatuh ke tanah.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju. Memupuk & mewujudkan pemikiran yg baik. Kemahiran berfikir diajar secara sedar. Pengajaran disepadukan dgn suasana utk berfikir. Kemahiran berfikir diajar bersama kandungan mata pelajaran. Memperkembangkan daya intelek. Mengelakkan kesilapan berfikir. Terburu-buru ii. Sempit iii. Kabur iv. Bercelaru
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan. Ruggerio (1988) sependapat dgn kenyataan di atas ttp menambah bhw proses pemikiran mesti ada tujuan ataumatlamat dan individu mempunyai keupayaan mengawal proses berkenaan. Chaffee (1998) mendefinisikan pemikiran sbg aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.
4 3 2 1 5555 Bloom (1956) mengkategorikan domain kognitif kpd 6 aras : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Beyer (1992) mengemukakan model ‘Functional Thinking’. Lingkaran 1 : Mengingat dan menyimpan fakta Lingkaran 2 : Memproses dan penaakulan Lingkaran 3 : Pemikiran kritis dan kreatif Lingkaran 4 : Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menjana konsep. Meta kognitif pengetahuan dan kesedaran yg wujud pd seseorang untuk membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yg dijalankan 5555 4 3 2 1
Taksonomi Bloom Terdapat 6 aras pemikiran (1956). Pengetahuan Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep. Cth : siapa nama awak? Bakar Pemahaman Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan sendiri. Cth : jelaskan makna fotosintesis Aplikasi Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru. Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses sintesis, cuba lakukan. Analisis Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya. Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb. Sintesis Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna. Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data. Penilaian Kebolehan menilai idea, konsep atau tindakan.
Krathwohl et. al (1964) mengkategorikan domain afektif kpd : Domain ini menekankan kepentingan elemen perasaan, kepercayaan, keyakinan diri dalam membuat keputusan, memberikan pendapat, membentuk personaliti dan pegangan hidup seseorang. Krathwohl et. al (1964) mengkategorikan domain afektif kpd : Penerimaan ( receiving) Tindak balas (responding) Menilai (valuing) Menyelaras system nilai (organizing a value set) Mengamalkan sesuatu mengikut system nilai yg kompleks. Morgan & Saxton (1991) mentakrifkan soalan domain afektif sbg ‘questions of feelings’ (soalan berasaskan perasaan). Soalan domain afektif memerlukan murid bergerak balas terhadap kenyataan tentang perasaan, emosi, pendapat, sikap dan kepercayaan. Soalan tahap ini dikategorikan sebagai soalan aras tinggi kerana ia melibatkan pemikiran ‘divergent’ dlm membuat pertimbangan atau memberi pendapat.
KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL INTELLIGENCE) Mayer & Salovey (1993) mengkategorikan EQ kpd 6 domain : Kesedaran kendiri (self-awareness) Mengendalikan emosi Timbang rasa Perhubungan Kerjasama Menyelesaikan konflik Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri drpd bbrp faktor : Memahami emosi sendiri Kebolehan mengendalikan emosi, perasaan, sikap & sesuatu tindakan. Memotivasikan diri Menyedari emosi org lain Mengendalikan hubungan dgn org lain Keadaan tentang EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial.
PEMIKIRAN REFLEKTIF John Dewey (1911) manakrifkan pemikiran reflektif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan atau ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya. Lambright (1995) mengaitkan pemikitan reflektif dgn pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan. West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif : Mengenalpasti kesimpulan Mengenalpasti sebab dan bukti Mengenalpasti bahasa yang kabur Mengenalpasti konflik dan nilai Menilai penaakulan berdasarkan statistik Menilai persampelan dan pengalaman Menilai penaakulan secara logik Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah.
METAKOGNITIF Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang dilakukan semasa berfikir. Seseorang akan menilai, menganalisis dan membuat perancangan. Brown (1980) menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya. Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur dan pengalaman seseorang. Beyer (1992) menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin diutarakan. Ia terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif. KESIMPULAN : Metakognitif adalah kebolehan seseorang dalam mengaplikasi strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi ianya bukan buah fikiran yang dihasilkan.
Terdapat 3 perkara yang dikawal proses metakognisi: a) Perancangan: Kebolehan menyatakan matlamat, memilih operasi dan mengenal pasti halangan b) Pengkonsepan: Kebolehan untuk sentiasa sedar matlamat, peringkat pelaksanaan, operasi seterusnya, mengesan kesilapan dan tahu cara mengatasinya c) Penaksiran: Kebolehan untuk menilai pencapaian matlamat, kesesuian prosedur dan keberkesanan perancangan.
KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MENYATAKAN PENDAPAT Kemahiran Berfikir dapat digunakan untuk menyakinkan seseorang dalam mengemukakan dakwaan dan memberikan Ciri – ciri dakwaan : Terdiri daripada ayat-ayat pernyataan. Mempunyai nilai kebenaran samada ayat itu benar atau tidak benar. Kenyataan tersebut dalam bahasa yang difahami. Pernyataan hujah : Bertujuan untuk menyakinkan dakwaan Isu bagi sesuatu hujah merupakan suatu kesimpulan hujah. Kenyataan yang menyokong sesuatu hujah dan menghala ke arah kesimpulan dikenali sebagai “PREMIS” Contoh 1 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan. Lassie adalah seekor anjing. --- Dia seorang pemuda yang tinggi --- Ringan tangan berat perut --- sampai hati awak tuduh saya begitu --- ana, anta, anti, antu --- 2+ 2 = 5
Kajian Split – Brain Roger Sperry (1965) berjaya membuat pembedahan Split-brain Beliau berjaya mengasingkan 2 bahagian otak; iaitu Hemisfera Otak Kiri (HOKI) dan Hemisfera Otak Kanan (HOKA
Fungsi HOKi & HOKa
Robert Ornstein (1978) menjalankan kajian membandingkan pergerakan gelombang otak kiri dan gelombang otak kanan. a) Gelombang Beta Peringkat minda sedar. Gelombang otak sangat aktif untuk menyelesaikan masalah, berfikir, mengemukakan pendapat dan menganalisis. Julat 17 – 39 hertz , sgt aktif Tidak digalakkan buat keputusan – terburu-buru dan kurang tepat
b) Gelombang Alfa Peringkat beristirehat/bertafakur. Cth : Mandi, Solat, Makan. Julat 8 – 17 hertz , tenang Keputusan paling tepat dan dapat menyelesaikan banyak masalah
c) Gelombang Theta Peringkat sangat penuh istirehat spt yoga. 4 – 7 hertz Tidur – tidur ayam / separa sedar d) Gelombang Delta Peringkat semasa tidur @ tidak sedar. 1 – 3 hetrz
Paul MacLean (1950) Mengemukakan konsep 3 susunan otak (The Triune Brain Theory).
Neo-Korteks (Serebrum) -mengawal intelek (kemahiran berfikir) Otak Tengah (otak limbik) -mengawal emosi, seks dan kegembiraan Pangkal Otak (reptilian kompleks) -mengawal tindakan refleks
i. Otal neokorteks : - untuk mengawal dan melaksanakan aktiviti intelek. - kebolehan melihat sebab dan akibat, proses deduksi, dan rumusan. - kebolehan melihat hubungan antara maklumat - kebolehan membuat visual ii.Sistem Limbix : perlakuan emosi, motivasi, mood, dorongan seks, pernafasan dan tekanan darah. iii.Reptilian Kompleks : mengawal perlakuan secara rutin, irama, automatic.(medulla ablogata)
Ned Herrmann (1975) mengemukakan teori pemikiran keseluruhan otak @ Herrmann Brain Dominance Instrument (HBDI). **** Mengikut teori ini, penggunaan otak boleh diukur dan kecenderungan seseorang untuk berfikir @ belajar boleh mempengaruhi cara dia melihat sesuatu, cara ia memproses maklumat dan cara membuat keputusan.
4 quadrant (HBDI) Quadrant Bahagian Otak Fungsi A Hemisfera Kiri Atas Logic, analitik, fakta, kuantitatif B Hemisfera Kiri bawah Pengelolaan, urutan, perancangan C Hemisfera Kanan Bawah Peramah, kinestetik, perasaan, emosi D Hemisfera Kanan Atas Holistic, intuitif, kesepaduan, sintasis
Sekian…