SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih terhadap sesuatu tanpa pengagihan yang khusus. Contohnya, dua orang atau lebih berkongsi memiliki sebidang tanah tanpa ditentukan sempadan masing-masing. Takrif ini dianggap umum merangkumi semua perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak.
Takrif yang lebih khusus bagi syarikat ialah kontrak yang diwujudkan secara sukarela dengan tujuan pengurusan dan memperolehi keuntungan.
JENIS-JENIS SYARIKAT Syarikat amlak (perkongsian harta) Berdasarkan takrif di atas, syarikat adakalanya berkonsep keuntungan dan adakalanya tidak. Oleh itu, para ulama membahagikan syarikat kepada 2 jenis: Syarikat amlak (perkongsian harta) Syarikat aqad (kontrak)
DALIL PENSYARI‘ATAN SYARIKAT Al-Quran Firman Allah s.w.t “Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan kalalah (seorang saudara lelaki seibu atau seorang saudara perempuan seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (sudara-saudaranya yang seibu) lebih dari seorang, maka mereka bersyarikat (berkongsi) pada satu pertiga” (Al-Nisa’ : 12)
Sunnah Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Allah taala berfirman: Aku adalah rakan kongsi ketiga selagimana tiada siapa di antara mereka yang mengkhianati sahabatnya. Apabila ada yang mengkhianati sahabatnya, Aku akan keluar daripada perkongsian mereka” (Abu Daud no. 3383)
Hadis al-Sa‘ib bin Abu al-Sa‘ib r Hadis al-Sa‘ib bin Abu al-Sa‘ib r.a yang menyatakan; beliau telah menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rasulullah s.a.w sebelum Baginda dilantik sebagai nabi. Ketika pembukaan Mekah Baginda bersabda: “Selamat datang saudara dan rakan kongsi saya yang tidak pernah menolak dan tidak pernah bertengkar” (Abu Daud no.4836) Di samping itu, budaya perkongsian yang diamalkan oleh manusia ini tidak pernah ditegah oleh Baginda. Budaya ini juga telah diamalkan oleh umat Islam semenjak dahulu tanpa ada sesiapa yang menentangnya. Kenyataan ini menggambarkan ia diterima secara Ijmak.
JENIS-JENIS SYARIKAT KONTRAK Syarikat ‘Inan Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih masing-masing menyumbangkan modal dan keuntungan akan dibahagikan sesama mereka. Syarikat jenis ini dibenarkan oleh syarak menurut Ijmak ulama.
Syarikat Mufawadhah Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dan mereka berkongsi semua harta mereka secara bersama. Kedua-dua mereka juga akan menjadi wakil dan penjamin kepada rakan kongsi mereka. Mereka akan beroleh segala untung atau menanggung segala rugi bersama-sama. Syarikat jenis ini tidak sah menurut ulama mazhab Shafie kerana perkongsian seperti ini mempunyai risiko yang terlalu besar kerana ia mengamalkan sistem wakil dan jaminan yang tidak pasti. Setipa sistem yang tidak pasti ini tidak sah jika diamalkan secara berasingan. Apatah lagi jika kedua-duanya diamalkan secara serentak.
Syarikat Abdan Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih yang tidak menyumbangkan modal tetapi masing-masing menyumbangkan kerja. Mereka mungkin mempunyai kemahiran yang sama atau berlainan. Keuntungan mereka pula mungkin dibahagikan secara sama rata atau berbeza-beza. Syarikat seperti ini jua tidak sah kerana wujud kemudaratan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Mungkin ada di antara mereka yang melakukan kerja lebih daripada orang lain. Ada kalanya hanya seorang sahaja yang bekerja sementara yang lain tidak.
Syarikat wujuh Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau lebih dikalangan mereka yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat. Mereka akan membeli sesuatu barangan secara hutang secara bersama atau berasingan, kemudian mereka menjual barangan tersebut. Keuntungan yang diperolehi akan dikongsi bersama secara rata atau mengikut persetujuan yang dicapai.
Syarikat jenis ini juga tidak sah kerana tiada harta yang dikongsi bersama sedangkan asas dalam sebuah syarikat ialah perkongsian harta. Faktor lain ialah terdapat kemudaratan dalam syarikat seperti ini kerana masing-masing memberikan keuntungan kepada rakan kongsi mereka tanpa sebarang kerja, kemahiran atau sebagainya. Keuntungan di sini dibuat bukan dalam bentuk mengembangkan harta atau diperolehi hasil daripada usaha yang dilakukan. Atas dasar ini, masing-masing tidak berhak memperolehinya.
SYARAT-SYARAT SYARIKAT ‘INAN Syarikat seperti ini sah jika ia memenuhi syarat berikut: Lafaz kontrak (sighah) Berkelayakan sebagai wakil Modal yang dikongsi mestilah harta yang sama Menggabungkan modal syarikat Menetapkan keuntungan dan kerugian mengikut nisbah modal
Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama. Walau bagaimanapun, ulama mazhab Hanafi dan Hanbali membenarkan seseorang rakan kongsi memperolehi keuntungan yang lebih daripada nisbah modal. Kebenaran ini diberikan dalam beberapa keadaan seperti berikut: Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama. Contohnya masing-masing menyerahkan sepertiga modal syarikat. Mereka juga sama-sama bekerja.
Dalam keadaan ini menetapkan keuntungan yang melebihi nisbah modal yang disumbangkan dibenarkan kerana mungkin ada di antara mereka yang lebih mahir bekerja berbanding rakan kongsi yang lain. Oleh itu kelebihan ini adalah berdasarkan kerja dan kemahirannya. Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama banyak tetapi kerja hanya dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.
Modal yang disumbangkan tidak sama banyak. Contohnya, seorang menyumbangkan sepertiga dan seorang lagi menyumbangkan dua pertiga modal syarikat. Kemudian mereka berdua sama-sama bekerja. Dalam pembahagian keuntungan, salah seorang antara mereka dibenarkan memperolehi keuntungan melebihi nisbah modal yang disumbang.
Seperti diatas, modal disumbangkan juga tidak sama Seperti diatas, modal disumbangkan juga tidak sama. Kerja-kerja syarikat pula akan dilaksanakan oleh penyumbang modal yang paling sedikit. Manakala keuntungan akan dibahagi sama rata atau melebihi nisbah modal untuk orang yang melakukan kerja. Syarikat seperti ini sah kerana keuntungan lebih diberikan sebagai balasan kepada kerja yang dilakukan.
Perlu diingatkan, penambahan yang diberikan kepada mereka yang dibenarkan ini sah jika dilakukan dalam bentuk menambahkan peratus keuntungan yang layak diterimanya ialah 50%, 60% atau sebagainya daripada keseluruhan keuntugan yang diperolehi Walau bagaimanapun, jika balasan kepada kerja yang dilakukan diberikan dalam bentuk peratusan yang berasingan atau ditetapkan jumlah tertentu, contohnya $1000 sebulan atau sebagainya, penambahan ini tidak sah menurut persepakatan ulama.
IMPLIKASI KONTRAK Apabila semua syarat-syarat dalam syarikat ‘inan dipatuhi, ia akan membabitkan implikasi seperti berikut: Semua rakan kongsi berhak menguruskan harta syarikat kerana masing-masing adalah wakil kepada rakan kongsinya, disamping pemilik kepada syernya sendiri. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mestilah tertakluk kepada amalan kebiasaan (uruf) dan tidak memudaratkan rakan kongsi yang lain.
Setiap pekongsi hendaklah melakukan kerja seperti yang dipersetujui. Jika salah seorang rakan kongsi menggunakan harta syarikat untuk membeli sesuatu (dengan syarat-syarat yang dinyatakan tadi), pembelian tersebut adalah bagi pihak semua kerana dia adalah wakil syarikat.
PENAMATAN KONTRAK Pembubaran kontrak oleh kesemua atau sebahagian ahli syarikat. Kematian semua rakan kongsi Gila atau pengsan