UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
RANCANGAN PENELITIAN / RESEARCH DESIGN AN OVERVIEW
Advertisements

BERITA.
Berita.
Teknik Wawancara dan Menulis Wartawan Media Online
BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Imbuhan akhiran -kan , -i , -an.
Opini dan penafsiran di tulis pada alinea berbeda
Opini dan penafsiran di tulis pada alinea berbeda
Editor in Chief Venue Magazine
Mengenal Peliputan dan Teknik Penulisan Berita
CEMPAKA BERDARAH A.RAHIM ABDULLAH.
ILMU: Makna, Tingkat & Tujuan
KARANGAN 1- Jenis Karangan 2- Format Karangan
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN PUSAT
Persatuan Pengamal Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara ( PPG) NRG-SHE No.25 Persiaran Seksyen 3/18, Bandar Putra Bertam,
MERAH SILU ISMAIL AHMAD.
Pertumbuhan dan Perkembangan
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
UNIT 9: FORMAT PIRAMID TERBALIK
KLINIK BAHASA MELAYU 2012 MEMBINA AYAT.
UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI
Unit 2: Peranan Akhbar dalam Masyarakat
KARANGAN JENIS GAMBARAN
Unit 4 Pengumpulan & Penulisan Berita untuk Media Cetak
EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
UNIT 3: Gaya Penulisan Berita
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH
UNIT 6: Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus
UNIT 4: PENULISAN BERITA KHUSUS DAN FORMAT PENULISAN BERITA
Penulisan Berita Media Elektronik
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BAHASA MELAYU TAHUN 3 Tajuk: Negeri Melaka
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
UNIT 8: PENULISAN PENDULU BERITA
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
Penulisan Berita dalam Media Cetak
UNIT 6: GAYA PENULISAN.
2. Rencana Berita Rencana ialah karangan atau hasil tulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara. Biasanya.
Unit 6 Format Piramid Terbalik
UNIT 1: SEJARAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
UNIT 5 MENGATUR BAHAN UCAPAN
PANTANG LARANG KAUM INDIA
UNIT 3: Proses Penulisan Berita
PROJEK : ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH : FEBRUARI TEMPAT : KUALA SELANGOR, DARUL EHSAN TEMA : MAHASISWA ASPIRASI.
Unit 5: Penulisan Pendulu Berita
PROSEDUR KLOZ.
UNIT 6: Ciri-Ciri Berita dan Nilai Berita
Penulisan Karangan.
Tajuk: Ciri-ciri Haiwan
PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2D DAN 3D.
Chapter 2 Forces And Motion
UNIT 1: SEJARAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
Imbuhan menengah 4exp/5na.
KULIAH KETIGA.
UNIT 5: FORMAT PENULISAN BERITA
PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Unit 4: Ciri-Ciri Berita
UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI
Memuat foto di laman web dan media sosial
Tajuk: Permainan Tradisional
Unit 4 Pengumpulan & Penulisan Berita untuk Media Elektronik
UNIT 3: HAK ASASI DAN KEBEBASAN MAKLUMAT (BERSUARA)
MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI KERAJAAN BERSAMA-SAMA YAB PERDANA MENTERI SESI 1 TAHUN APRIL 2019 (SELASA) DEWAN DE SERI ENDON, PUSPANITAPURI,
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6
Nama Kursus : Bahasa Jepun 1 Kod Kursus : BBJ2401
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA

APAKAH PENDULU?

Pendulu berita adalah perenggan pertama sesebuah berita dan merupakan ciri yang terpenting dan berupaya menarik perhatian pembaca.

Permasalahan utama menulis pendulu:- 1. Memilih fakta yang terbaru, sesuai dan belum diketahui umum. 2. Memilih fakta penting dan luar biasa.

Bentuk-bentuk Pendulu 1. Bentuk Pertanyaan 2. Bentuk Peluru 3. Bentuk Petikan 4. Bentuk Deskriptif 5. Bentuk 5 W dan 1 H

1. Bentuk Pertanyaan - Memaparkan kenyataan dalam bentuk pertanyaan kepada pembaca. Soalan akan diajukan kepada pembaca. Namun pembaca tidak perlu menyediakan jawapan kerana ia akan terjawab dengan sendirinya.

Contoh Bentuk Pertanyaan:- Tuduhan melampau-lampau, adakah hanya rekaan? Kuala Lumpur: APAKAH tuduhan ke atas pasangan suami isteri, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya, Shalwati Nor Shal yang didakwa memukul keempat-empat anaknya satu rekaan dan melampau-lampau?

2. Bentuk Peluru Pendulu bentuk peluru menggunakan ayat pendek, jitu, padat dan berkesan. Ciri yang berunsur suspens atau mengerikan sering digunakan bagi memainkan emosi pembaca

Contoh Bentuk Peluru:- Langgar Lampu Merah Bagan Serai: Akibat tidak memakai topi keledar, seorang lelaki warga emas menerima padah apabila dia cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian petang kelmarin.

3. Bentuk Petikan Pendulu ini menitik beratkan petikan langsung daripada kenyataan seseorang. Ia merupakan kenyataan daripada sumber yang memberi fakta mengenai sesuatu perkara.

Contoh Bentuk Petikan :- ‘Usah serah MyKad’ Putrajaya: “Jangan beri MyKad kepada sesiapa, walaupun individu berkenaan mengaku pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa pengesahan, simpan dalam poket rahsia... bila sudah sampai di pusat mengundi baru keluarkan untuk diberikan kepada pegawai di situ,” tegas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

4. Bentuk Deskriptif Bentuk pendulu ini adalah penghuraian sesuatu perkara dengan membayangkan bentuk fizikal sesuatu objek. Sebelum membuat huraian, wartawan perlu memiliki daya pemerhatian yang tajam bagi melukiskan sesuatu yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.

Contoh Pendulu Deskriptif: Tapir Makin Pupus KUALA LUMPUR 27 April - Masyarakat di Malaysia rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi.

5. Bentuk 5W 1H Merupakan pendulu yang mengapalikasi elemen 5W 1H dalam penulisan. Bagaimanapun, tidak bermakna setiap pendulu berita perlu menjawab setiap pertanyaan tersebut (5W1H).

Contoh Pendulu What (Apa): KUALA LUMPUR 21 April - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Honshu, Jepun pada 11.22 pagi ini. - Apakah yang berlaku di Honshu, Jepun? - Gempa bumi kuat

Contoh Pendulu Who (siapa) PEKAN 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan sebanyak 140 buah rumah untuk peserta projek Agropolitan Pekan sebagai usaha membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. - Siapakah yang mengumumkan pembinaan 140 rumah? - PM

Contoh Pendulu When (Bila): Kuala Lumpur- 5 Mei: PEJAM celik, sudah lebih sebulan skuad bola sepak Harimau Muda meninggalkan tanah air pada pertengahan Mac lalu untuk berkelana menimba ilmu di bumi Eropah. - Bilakah skuad Harimau Muda meninggalkan negara? - sebulan yang lalu.

Contoh Pendulu Where (Di mana): KUALA LUMPUR 21 April – Honshu, Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter pada 11.22 pagi ini. - Di manakah gempa bumi berlaku? - Di Honshu, Jepun

Contoh Pendulu Why (Mengapa): PAGOH 21 April - Ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Taman Pagoh Jaya di sini, terpaksa dihentikan kerana hujan lebat dan angin kencang. - Mengapakah ucapan TPm dihentikan? - Kerana hujan lebat dan angin kencang

Contoh Pendulu How (Bagaimana): Lahad Datu: Pasukan keselamatan telah mencapai kejayaan apabila berjaya membunuh 50 orang pengganas setelah dilancarkan “Operasi Selamat di Kampung Air. - Bagaimana kejayaan itu dicapai? - Setelah dilancarkan Operasi Selamat