PERSEKITARAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA
MILIKAN TUNGGAL / PERSEORANGAN
CIRI-CIRI Bergantung kepada daya usaha Liabiliti tidak terhad Untung dan rugi ditanggung oleh pemilik Hanya dikenakan cukai pendapatan individu
CIRI-CIRI Milikan – seorang (1) Mudah ditubuhkan – Tak banyak peraturan Akta Perniagaan 1956 pindaan 1978 & dapat lesen pihak berkuasa tempatan Modal Kecil Kawalan dan pengurusan – pemilik Bebas buat keputusan
KELEBIHAN
Modal kecil – mudah dibentuk Saiz kecil – mudah kawa Motivasi untuk berjaya Hubungan yang rapat dengan pelanggan Kedudukan kewangan boleh dirahsiakan Jimat kos buruh
KELEMAHAN
Modal kecil – halang perkembangan Liabiliti tak terhad Tiada pembahagian dan pengkhususan kerja Risiko tinggi Usia tak lama
CIRI-CIRI Milikan ( 2-20) – umum Bank / Broker (2 – 10) Professional (peguam dan akauntan)- ( 2-50) Rujuk Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961. Boleh ditubuhkan secara lisan atau bertulis Bertulis- Perjanjian Perkongsian Liabiliti tidak terhad
Jenis-jenis perkongsian Perkongsian Biasa (liabiliti tak terhad dan semua ada kuasa untuk uruskan perniagaan) Perkongsian Berhad (liabiliti terhad kpd modal yang dilaburkan sahaja, tiada kuasa pengurusan, mesti ada seorang yang jadi rakan kongsi biasa)
Jenis-jenis rakan kongsi: Rakan kongsi aktif (aktif dalam urusan perniagaan) Rakan kongsi lelap (sumbang modal tapi tak ambil bahagian dalam urusan perniagaan) Rakan kongsi namaan / nominal (ada nama, tak perlu sumbang modal tapi tanggung liabiliti tak terhad) Rakan kongsi berhad (liabiliti terhad kepada wang yang disumbangkan sahaja tetapi boleh semak rekod kewangan)
Sebab-sebab perkongsian dibubarkan: Salah seorang mati, bankrap atau gila Tercapainya tujuan penubuhan perkongsiaN Berakhirnya tempoh perkongsian Peperangan Arahan mahkamah
Kebaikan Perkongsian Lebih modal dapat dikumpulkan Dapat kongsi kepakaran Pengkhususan kerja dapat dilakukan Risiko perniagaan dapat dikongsi Mudah ditubuhkan berbanding syarikat
Kelemahan Perkongsian Salah faham antara rakan kongsi akan jejaskan perniagaan Liabiliti tidak terhad Kesilapan seorang rakan kongsi akan mengikat rakan kongsi yang lain. Tidak berkekalan Modal masih terhad
SYARIKAT
Terdapat tiga jenis syarikat : Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad Syarikat Asing
Ciri-ciri: Mililkan (2-50) Ada kuasa pindah milik saham ahli Tidak boleh pelawa orang ramai beli saham Mesti ada perkataan “Sdn. Bhd.” atau “ Sendirian Berhad” di hujung nama perniagaannya.
Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad: Mudah dapat modal dan tukar hak milik saham Pemegang saham dilindungi oleh perundangan Kuasa urusan – Pengurus Liabiliti terhad setakat sumbangan modal sahaja Hayat – lama Potensi berkembang adalah luas Syarikat adalah satu entiti yang berasingan dengan pemilik
Kekurangan Perjalanan operasi adalah kawalan pendaftar syarikat Saham syarikat tidak boleh dijual beli melalui pasaran saham Berbagai jenis cukai perlu dibayar Laporan Kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah
Pendaftaran Perniagaan
MILIKAN TUNGGAL & PERKONGSIAN Prosedur Pendaftaran Para pemohon harus terlebih dahulu mendapatkan kelulusan nama dari pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pemohon harus mengisi borang A dalam tempoh 21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan. Maklumat-maklumat yang perlu diisikan di dalam Borang A ialah: Maklumat berkenaan nama pemohon Tarikh perniagaan bermula Cawangan perniagaan Jenis perniagaan
Bayaran Pendaftaran Setiap pemohon akan diberikan sijil pendaftaran perniagaan sebaik sahaja selepas mendapatkan kelulusan dari pihak suruhanjaya. Sijil ini perlu diperbaharui dari masa ke semasa. Bil Jenis Perniagaan Bayaran 1. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan RM 30.00 2. Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian menggunakan nama dagang RM 70.00
Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal & Perkongsian Perkara Borang Bayaran Carian nama perniagaan Mendapatkan kelulusan dari SSM - Mendaftarkan perniagaan Borang A Nama Dagang RM 70.00 Nama I.C RM 30.00 Perubahan maklumat perniagaan : Alamat perniagaan Jenis perniagaan Maklumat cawangan Maklumat pemilik Borang B1 Borang B2 Borang B3 Borang B4 RM 20.00 Penamatan perniagaan Borang C
Pendaftaran Perniagaan Syarikat Membuat Carian Nama Sebelum mendaftarkan sesebuah syarikat carian nama hendaklah dibuat untuk menentukan samada nama yang dipilih boleh digunakan untuk mendaftarkan syarikat berkenaan.
Menghantar dokumen-dokumen berikut ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia:- Memorandum dan perkara-perkara persatuan Borang 48A- Akuan Berkanun sebelum dilantik sebelum dilantik menjadi pengarah atau pengasas syarikat Borang 6- Akaun Pematuhan Borang 13A yang asal - carian nama Salinan surat-surat kelulusan nama syarikat Salinan kad pengenalan pengarah dan setiausaha syarikat
Bayaran Pendaftaran Modal Syer Modal yang dibenarkan (RM) Bayaran (RM) Sehingga 100,000 1,000 100,001 – 500,000 3,000 500,000 – 1,000,000 5,000 1,000,001 – 5,000,000 8,000 5,000,001 – 10,000,000 10,000 10,000,001 – 25,000,000 20,000 25,000,001 – 50,000,000 40,000 50,000,001 – 100,000,000 50,000 100,000,001 dan ke atas 70,000 Bayaran Pendaftaran Modal Syer
UNDANG – UNDANG PELESENAN PERNIAGAAN
Tujuan Lesen Diadakan Mengawal kebersihan dan keselamatan tempat perniagaan. Mendapatkan hasil pendapatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan. Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Dewan Bandaraya.
Cara mendapatkan lesen perniagaan Isikan borang permohonan lesen perniagaan. Serahkan borang tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Sebelum lesen dikeluarkan, pihak berkuasa akan memeriksa bangunan untuk memastikan segala peraturan seperti kebersihan dan keselamatan dipatuhi. Kemudian anda akan dipanggil untuk membuat bayaran. Jika terdapat papan iklan, bayaran tambahan akan dikenakan. Lesen ini mesti dipamerkan di dalam kedai.
Jenis-jenis Lesen/Permit/Surat Kuasa. Lesen Perniagaan Lesen-lesen ini meliputi lesen-lesen perniagaan tempatan dan lesen-lesen tempat berniaga yang boleh diperolehi daripada Dewan Bandaraya atau Penguasa- penguasa tempatan mengikut daerah masing-masing.
Lesen Cukai Jualan. Cukai jualan dikenakan ke atas barang- barang yang diimport dan barang-barang tempatan yang tidak dikecualikandari cukai. Permohonan untuk memperolehi lesen cukai jualan ialah daripada Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.
Lesen Mengilang Seseorang usahawan hanya boleh menjalankan pengilangan setelah memperolehi lesen mengilang kecuali modal berbayar syarikat tersebut kurang daripada RM100,000.00. Dalam keadaan ini pengusaha tersebut perlu memohon pengecualian lesen mengilang daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Lesen Kilang Makanan Seseorang usahawan yang mengendalikan perusahaan mengilang makanan perlu memperolehi lesen kilang melalui Pegawai Kesihatan Daerah atau Majlis Perbandaran bagi tujuan-tujuan pemeriksaan kesihatan ke atas kilang-kilang dan ujian keluaran makanan tersebut.
Surat Kuasa Bomba Sebelum memulakan operasi, seorang pengusaha hendaklah memastikan kilangnya selamat daripada sebarang kemungkinan kebakaran di mana sesebuah bangunan perlu mendapatkan Certificate of Fitness (C.F) iaitu surat kuasa yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah (berdasarkan di mana bangunan didirikan yang disokong oleh Jabatan Bomba setelah dibuat pemeriksaan ke atas bangunan tersebut).
Lesen/Permit Pengangkutan Tugas-tugas bagi mengeluarkan lesen/permit lori sama ada Kelas A atau C ialah Lembaga Perlesenan Pengangkutan Jalan.
UNDANG – UNDANG PERATURAN PERNIAGAAN
Pendaftaran Perniagaan Semua bentuk perniagaan di negara ini perlu didaftarkan. Sekiranya sesebuah perniagaan tidak didaftarkan kemungkinan besar kontrak perniagaan mereka juga dianggap tidak sah.
Keperluan Mesin/Jentera/Peralatan Keperluan ini berbeza-beza mengikut aktiviti-aktiviti pengeluaran. Justeru itu, pemasangannya juga berbeza dari sesuatu susun atur tapak kilang. Oleh itu, pengusaha perlu mengambil tindakan yang berhubung dengan taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan di mana mesin- mesin ini dipasangkan.
Kawalan Pencemaran Peruntukan undang-undang mewajibkan pemasangan alat kawalan keselamatan pada kelengkapan kilang sebelum kilang boleh mula beroperasi. Kawalan-kawalan pencemaran ini meliputi kerja-kerja pembinaan cerobong, pemasangan peralatan, pembakaran bahanapi dan pembinaan kilang yang akan melepaskan effluent kotor.
SISTEM SOKONGAN
Bantuan Latihan Teknikal Bentuk bantuan latihan teknikal yang memberi pendedahan dan bimbingan kepada usahawan melibatkan teknologi dan proses pengeluaran.Antara agensi terlibat MARDI, SIRIM, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Perikanan dan lain-lain.
Bantuan Pemasaran. Dalam program pemasaran, tujuan agensi- agensi ialah untuk mengedarkan produk siap yang dikeluarkan oleh usahawan. Di antara agensi yang terlibat ialah FAMA, FELDA, FELCRA dan lain-lain.
Bantuan Lokasi Dan Ruang Niaga. Bentuk kemudahan ini diwujudkan untuk mengatasi masalah kesukaran dan kekurangan mendapatkan tapak perniagaan. Antara agensi-agensi yang menyediakan kemudahan ini ialah MARA, Perbadanan Kemajuan Negeri, Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan.
Bantuan Maklumat Bantuan ini berbentuk maklumat yang disampaikan kepada usahawan melalui sebaran oleh agensi-agensi yang terlibat. Maklumat berkaitan perkembangan teknologi, peluang-peluang perniagaan dan segala yang berkaitan bagi membantu usahawan dengan maklumat terkini. Antara agensi yang terlibat adalah MIDA, MARA, SIRIM dan SMIDEC.
Bantuan Penyelidikan Dan Pembangunan Bentuk-bentuk kemudahan ini membantu usahawan atau bakal usahawan antara lainnya dalam mengenalpasti projek-projek baru yang berdaya maju dan membuat penyelidikan sama dari segi kajian-kajian pemasaran, teknologi, perangkaan dan banyak lagi. Antara agensi yang terlibat dalam penyelidikan mengenalpasti projek ialah SIRIM, MARDI, MIDA, MIDF, FAMA, BPMB, PORLA, RRI dan FRIM.
Bantuan Pembiayaan Kewangan Kemudahan ini penting untuk membiayai perlaksanaan samada yang mula hendak berniaga atau yang telah menjalankan perniagaan. Kemudahan berbentuk pembiayaan kewangan ini disediakan oleh bank-bank saudagar, bank pembangunan, bank-bank perdagangan, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain.
Bantuan Bengkel, Seminar Dan Latihan Bantuan yang diberi melalui penganjuran seminar, bengkel dan latihan keusahawanan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga persatuan-persatuan pengusaha.
Bantuan Khidmat Nasihat Dan Kaunseling Perniagaan Bantuan yang dapat memberi panduan kepada usahawan dalam menjalankan perusahaan serta memberi bimbingan bagi membina semangat dan jati diri untuk mencapai kejayaan dalam usahanya. Antara yang terlibat adalah Kementerian Pembangunan Dalam negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dewan Bandaraya, Dewan perniagaan, MARA dan lain-lain.