DSKP SEJARAH.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Advertisements

Soalan: Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan menghadapi arus
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM (PPS) SEKOLAH
NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
PGA103.
Teori-teori Hubungan Etnik
LAWATAN/KEMBARA SEJARAH
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK BERSEMUKA KE-2 DKAP C
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
DASAR SOSIAL NEGARA.
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) Penyebaran DSKP KSSR Tahun
STANDARD SEKOLAH RENDAH
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM
Pentafsiran sejarah Istilah tafsiran dalam ilmu sejarah bermaksud ulasan atau kupasan terhadap sesuatu peristiwa dan perkara Tafsiran tentang sesuatu peristiwa.
Perpaduan dan Integrasi Kaum
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA
Nama:Cheah Yun Chian & Song Yu Hui
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
Hubungan Etnik ZT1042 DR ABDUL SALAM YUSSOF /
PROJEK SEKOLAH BESTARI
Topik 21 Cinta Akan Negara
Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Kajian Kes
PERANAN & TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
MASYARAKAT BERINTEGRASI
Azizan Bahari, Ph.D Universiti Utara Malaysia
PENGENALAN RINGKAS PROJEK
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENGENALAN Pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif terdapat di dalam program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 942 GEOGRAFI
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH
BUDAYA ORGANISASI.
Hubungan Etnik ZT1042 Nazri bin Muslim Penyelaras Hubungan Etnik
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI
Transcript presentasi:

DSKP SEJARAH

TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi dan keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan seperti rajah di bawah:-

MATLAMAT Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

OBJEKTIF Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid: i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu; ii. mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah; iii. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah; IV.menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian; v. menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah. vi. menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global; vii. memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat; viii. menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia; ix. memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum;

x. memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri; xi. mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara dalam melahirkan perasaan bangga dan hormat; xii. menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

FOKUS MATA PELAJARAN SEJARAH Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas kemahiran pemikiran sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah.

Organisasi kurikulum merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu: 1.1 Kandungan Kurikulum Sejarah Kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan kandungan berfokuskan tentang sejarah negara yang disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. Kandungan Kurikulum Sejarah mencakupi beberapa tema seperti berikut: Tahap II TEMA TAHUN 4 SEJARAH AWAL NEGARA TAHUN 5 KEDAULATAN NEGARA TAHUN 6 KEMAKMURAN NEGARA KITA

1.2 Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.2.1 Dimensi Kewarganegaraan Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Elemen ini merujuk kepada bangsa yang mendiami suatu lingkungan geografi yang memiliki etos sebagai penjalin hubungan antara etnik yang mendiaminya. Di Malaysia, rakyat terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan agama.

Mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara. Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri-ciri kewarganegaraan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 1 Perkongsian Sejarah Mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara. Berbangga dengan sejarah asal usul negara. Menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional. Mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas negara.

Menyanjungi prinsip Rukun Negara. Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri-ciri kewarganegaraan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 2 Perkongsian Nilai Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah. Menyanjungi prinsip Rukun Negara. Menghormati kepelbagaian agama dan budaya Berbangga dengan lambang dan simbol negara

Menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama. Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri-ciri kewarganegaraan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 3 Perasaan Kekitaan Membentuk sikap sepunya dan kebersamaan. Menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya, dan agama. Berbangga dengan hari kemerdekaan. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berbangga dengan pencapaian negara.

Menghormati masyarakat pelbagai kaum. Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri-ciri kewarganegaraan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 4 Perkongsian Masa Depan . Membina keyakinan dan tanggungjawab mencorakkan negara pada masa depan. Menghormati masyarakat pelbagai kaum. Memakmurkan ekonomi negara. Mengekalkan warisan negara.

Memupuk kepercayaan kepada Tuhan . Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri-ciri kewarganegaraan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 5 Kesetiaan Memupuk kepercayaan kepada Tuhan . Memupuk perasaan taat dan setia pada negara. Mematuhi perintah Tuhan. Mentaati raja dan negara. Menghormati pemimpin negara. Mematuhi undang-undang dan peraturan negara.

Mempertahankan identiti negara. Mempertahankan warisan negara. Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri-ciri kewarganegaraan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 6 Tanggungjawab Warganegara Mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati. Mempertahankan identiti negara. Mempertahankan warisan negara. Menerima perbezaan kaum, budaya dan agama.

Keterikatan Emosi Kepada Negara Bil Dimensi Kewarganegaraan Ciri-ciri kewarganegaraan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 7 Keterikatan Emosi Kepada Negara Mempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannya. Menghargai sejarah asal usul negara. Menghargai warisan negara. Menghargai identiti negara. Menghayati prinsip Rukun Negara. Bersyukur dengan keharmonian kaum. Bersyukur dengan kemajuan ekonomi. Berbangga dengan pencapaian negara.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

TAHUN 5

TAJUK 6: WARISAN NEGARA KITA KEDAULATAN NEGARA TAJUK 6: WARISAN NEGARA KITA Tajuk ini memberi pendedahan tentang warisan negara kita kepada murid, yang merangkumi aspek institusi raja, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan negara. Pemahaman tentang tajuk ini membolehkan murid menghayati dan menghargai tradisi tersebut sebagai warisan negara bagi melahirkan semangat jati diri dan taat setia kepada negara.

Memahami peranan institusi raja dalam pemerintahan. WARISAN NEGARA KITA Pengenalan Warisan negara kita Fokus Institusi Raja Agama Islam Bahasa Melayu Empati: Memahami peranan institusi raja dalam pemerintahan. Menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan Melahirkan perasaan bangga terhadap Bahasa Melayu sebagai warisan negara.

TAHUN 6