Unit 2: Peranan Akhbar dalam Masyarakat
PENGENALAN Akhbar memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Ketiadaan maklumat yang disalurkan akan menyebabkan masyarakat tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar, pekerja, ketua, rakan dan sebagainya.
Maka akhbar dianggap sebagai amat berkuasa kerana:- Akhbar berjaya mempengaruhi pembaca untuk menentukan apa yang perlu difikirkan
2. Bertindak sebagai check and balance dalam menentukan dasar-dasar negara. 3. Akhbar ada di mana-mana dan sukar untuk melepaskan diri daripadanya 4. Akhbar membantu individu menghadapi sebarang perubahan dan perkembangan di sekeliling
Akhbar dan Kandungannya
1. Berita Berita adalah laporan tentang peristiwa atau kejadian yang berlaku, yang baru dan luar biasa sifatnya yang ingin diketahui umum.
2. Rencana Rencana ialah karangan atau hasil tulisan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara yang berasaskan fakta-fakta sebenar.
3. Ruangan lidah pengarang/Editorial Ruangan ini dihususkan kepada pengarang atau ketua editor. Beliau akan membincangkan isu semasa dan memberi pandangan tersendiri berhubung sesuatu isu.
4. Kolumnis Adalah ruangan khusus bagi penulis (terdiri daripada pakar ekonomi, politik, kesihatan dan sebagainya) yang ingin menulis secara tetap dalam sesebuah akhbar.
5.Surat Pembaca atau forum (pertanyaan, kritikan, pendapat atau cadangan). 6. Kartun dan gambar 7. Iklan
Kategori Pembaca Akhbar Menurut Cobb (1986), terdapat 4 kategori pembaca akhbar iaitu:- 1. Heavy Readers Membaca akhbar hingga 2 jam Membaca muka hadapan, ruangan editorial dan kolumnis. Menganggap kandungan akhbar lebih lengkap berbanding TV
2. Sporadic Readers Membaca akhbar lebih daripada kurang daripada 2 jam Membaca ruangan editorial dan iklan.
3. Scanner Readers Membaca kurang daripada 15 minit Hanya mengimbas maklumat
4. Apathetic Readers Kurang berminat membaca akhbar Sering menganggap akhbar tiada maklumat.
Peranan Akhbar terhadap Masyarakat
1. Sebagai Sumber Maklumat Akhbar mengandungi pelbagai maklumat seperti:- perkembangan semasa dalam negara (Mior Kamarul, 2006), berita sukan dan hiburan (D’haene, Jankowski & Heuvelmen, 2004; Mohd Asri, 2002), ramalan cuaca dan maklumat umum (Stempel et al., 2000), berita kemalangan dan konflik (Owens, 2007), bisnes dan sukan (Maier, 2010), isu alam sekitar seperti pengurusan hutan, air, tenaga dan sisa (Mohd Yusof, 2010), dan maklumat iklan sebagai panduan untuk berbelanja (Schlagheck, 1998).
2. Sebagai Bahan Rujukan 80% remaja menjadikan akhbar sebagai sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, akhbar memiliki kredibiliti yang tinggi (Stroud & Gilliland, 2009), dipercayai dan laporan yang sahih kerana bersumberkan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti pemerintah, golongan pakar dan industri (Cozma, 2006).
3. Sebagai Pendidik Akhbar juga berperanan sebagai media pendidikan tidak formal bagi mendidik orang ramai seperti isu alam sekitar dan pengurusan alam sekitar. Bagi membolehkan orang ramai menjadi prihatin dalam aspek-aspek pemeliharaan pengurusan alam sekitar dan mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi dan mantap.