Unit 4 Pengumpulan & Penulisan Berita untuk Media Cetak
Penulisan berita merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk:- Laporan berita Rencana berita dan Ulasan berita Namun, dalam sesebuah akhbar, bahagian yang penting ialah laporan berita.
1. Laporan Berita Laporan berita adalah laporan yang faktual (mempunyai fakta; bukan rekaan atau dongengan), baharu dan menarik minat untuk orang membaca, mendengar dan menontonnya (Chamil, 2008).
Ciri-ciri Laporan Berita 1. Judul berita lazimnya berbentuk ringkas dan kadang kala tidak memenuhi peraturan tatabahasa 2. Kadang kala nama jurulapor (byline) dimasukkan, tetapi amalan ini tidak berlaku bagi semua berita. Contoh: Gaji minimum ditangguh Oleh Saifulizam Mohamad dan Amran Mulup
Berita Harian. Kuala Lumpur: Kosmo. KOTA BHARU- 3. Laporan berita dimulakan dengan penyataan tempat dan tarikh berita itu berlaku. Contoh: Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia nama tempat ditulis dengan huruf besar. Contohnya: KUALA LUMPUR 3 Mei – Berita Harian. Kuala Lumpur: Kosmo. KOTA BHARU- Harian Metro. SHAH ALAM: NST. KUALA LUMPUR: The Sun. PETALING JAYA (Oct 16, 2012):
4. Bahasa Ayat-ayatnya panjang, selalunya satu perenggan terdiri daripada satu ayat. Hal ini demikian kerana pemberita ingin memuatkan segala maklumat yang relevan dalam perenggan tersebut. Dengan demikian, ayat yang dihasilkan berbentuk ayat majmuk campuran yang padat dan penuh dengan isi. Contoh: KUALA LUMPUR 3 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa cadangan gaji minimum RM900 seperti yang diminta oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan pada masa ini.
5. Sifat memetik Berbentuk sesuatu yang dinyatakan oleh seseorang. Petikan boleh berbentuk laporan (tidak langsung) dan boleh juga secara langsung. Contoh pertama: “Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putera Bukit Jalil di sini hari ini.” Contoh kedua: Beliau berkata, “Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita mempu-nyai sebab untuk menangguhkannya.”
Penulisan laporan Berita terbahagi kepada:- 1. Pendulu 2. Tubuh berita 3. Penutup berita
1. Pendulu - Pendulu Berita atau (intro, pendahulu, para, lead) adalah perenggan pertama sesebuah berita & merupakan ciri yang terpenting. - A. Samad Ismail berpendapat pendulu boleh disifatkan sebagai pintu sebuah rumah, ia mengajak pembaca masuk ke dalam bilik demi bilik hingga ke seluruh rumah & orang yang menjadi pembimbing pembaca tadi ialah pemberita. - Mulakan intro dengan Who dan What. - Pemilihan pendulu berpandukan fakta penting & luar biasa.
Peristiwa luar biasa lebih menarik minat pembaca daripada peristiwa biasa yang mendatar dan bersahaja. Walaubagaimanapun, pemilihan pendulu banyak bergantung kepada jenis berita sama ada berita berat, berita susulan dan sebagainya.
Mansor Ahmad Saman berpendapat bagi menghasilkan pendulu yang baik:- - ayat yang digunakan mestilah tidak melebihi 25 perkataan. - 2-3 baris ayat sudah memadai bagi menghasilkan pendulu yang baik. Contoh:- KUALA LUMPUR 15 Okt. - Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri Puchong dekat sini dan turut mencuri gambar praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan teman wanitanya, Wong Mew Choo.
Tujuan Pendulu: 1. Untuk menarik perhatian pembaca 2. Memudahkan pembaca
Jenis-jenis Pendulu (Berita Berat) 1. PENDULU TRADISIONAL @ PRAMID TERBALIK - Intro tradisional adalah pendulu yang ditulis secara piramid terbalik. - Fakta paling penting kejadian atau peristiwa atau kejadian diletakkan paling atas diikuti dengan fakta-fakta penting yang lain, fakta sokongan & maklumat-maklumat mendokong berita. - Kebanyakan intro lazimnya menguatkan elemen siapa & apa.
Contoh 1 (libatkan orang yang terkenal) Di kalangan siapa ada yang penting dan ada yang tidak begitu penting. Kalau dia dikenali, kedudukannya @ jawatannya tidak perlu disebut dalam intro. Contoh 1 (libatkan orang yang terkenal) KUALA LUMPUR 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pakatan pembangkang terutama Pas supaya mengetepikan perbezaan politik untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi membantu pendaftaran pemilih
Contoh 2 (libatkan orang yang tidak terkenal) tetapi nama tidak dikenali hanya akan menjadi intro dalam musibah seperti kemalangan jalan raya, atau terlibat dalam jenayah Contoh 2 (libatkan orang yang tidak terkenal) JOHOR BAHRU 15 Okt. - Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan 14 pertuduhan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan suapan berjumlah RM1,120,462.40 .
2. INTRO SATU @ DUA BUTIR @ LEBIH Intro @ pendulu boleh memuatkan satu @ dua butir @ lebih. Sebaik-baiknya intro hendaklah satu butiran. Dengan itu mudah untuk difahami. Contoh intro 1 butir: SHAH ALAM 16 Okt. - Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon bakal menyambung pelajarannya ke peringkat sijil kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP).
Contoh intro 2 butir: IPOH 15 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengambil ketetapan untuk menyokong serta membantu memenangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Contoh intro 3@ lebih butir: KOTA BHARU - Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan Darul Naim (kelate.net) menyifatkan kehilangan dua tonggak utama Red Warriors, Mohammad Ghaddar dan Norfarhan Mohammad tidak menjejaskan persiapan.
Jenis-jenis Pendulu (Berita Berterusan dan Berita Susulan) Intronya hendaklah memberi perkembangan terbaharu mengenai kejadian itu dan pada waktu yang sama dimuatkan latar belakang kejadian itu. Ada dua jenis intro:- 1. Intro memikat 2. Intro naratif
1. Intro Memikat Mengaitkan isu yang diperkatakan dengan pembaca. Sering ditulis menggunakan teknik rencana. Contoh: KOTA BHARU - HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening. Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa gatal.
2. Intro naratif Gaya naratif memulakan intro dengan penuh drama dengan tumpuan diberi kepada karektor utamanya.Intro ini terdapat dalam berita jenayah atau mahkamah. Contoh: SHAH ALAM: Seorang suami yang berdrama sedih berikutan kematian isterinya serta mahu berita kematian itu tidak dihebahkan, ditahan polis selepas bedah siasat mayat wanita itu mendapati lehernya mempunyai kesan lebam.
2. Tubuh Berita Terdapat maklumat penting di bahagian ini. Namun ia tidak sepenting bahagian pendulu. Ia merupakan huaian, rincian berita dari maklumat yang terdapat di bahagian pendahuluan. Contoh: SHAH ALAM 15 Okt. - Seorang lelaki yang membuat laporan isterinya mati akibat terjatuh di bilik mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman Bukit Subang di sini Sabtu lalu, ditahan polis selepas pihak hospital menemui kesan lebam di leher mayat wanita itu. Lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai tiga orang anak berusia 10 bulan, 6 dan 7 tahun itu ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pukul 4 petang semalam.
3. Penutup Berita Menempatkan maklumat yang tidak berapa penting dengan badan berita. Hanya untuk menyokong bahagian badan dan pendulu. Contoh: SHAH ALAM 15 Okt. - Seorang lelaki yang membuat laporan isterinya mati akibat terjatuh di bilik mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman Bukit Subang di sini Sabtu lalu, ditahan polis selepas pihak hospital menemui kesan lebam di leher mayat wanita itu. Lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai tiga orang anak berusia 10 bulan, 6 dan 7 tahun itu ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pukul 4 petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek memaklumkan yang isterinya terjatuh di dalam bilik air ketika membawa wanita itu ke Hospital Sungai Buloh dekat sini.