3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2.
Advertisements

Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
PENDEKATAN BERTEMA Bahan, aktiviti atau teknik dijadikan tema/konsep untuk pengajaran dan pembelajaran: - merentas mata pelajaran - berdasarkan pengalaman.
MESYUARAT KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT
Proses dalam Lesson Study
Ini Pilihan Kami.
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
AIMAN DANIEL & AMMAR SUFI
KAJIAN TINDAKAN SEJARAH. KAJIAN TINDAKAN SEJARAH.
Pembelajaran Secara Kontekstual
Dimensi Kepekaan Masa … merujuk kepada kepekaan subjektif terhadap perjalanan masa. Kepekaan berbeza antara individu Penting – kerana masa boleh dijadikan.
Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan
DISEDIAKAN OLEH : NORDIANA BT MOHAMMED MOHAYADDIN KELAS : BM 4.11
KURSUS KELESTARIAN LINUS2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
LAWATAN/KEMBARA SEJARAH
KOMPONEN PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
FACE TO FACE TWO.
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Pembelajaran Secara Masteri dan Konstruktivisme
DSKP SEJARAH.
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (2)
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) Penyebaran DSKP KSSR Tahun
STANDARD SEKOLAH RENDAH
5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran
EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 931 USULUDDIN
Memahami tingkah laku manusia
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 5 MANUSIA DAN PEMBANGUNAN:FUNGSI DAN PERANAN Menghuraikan dengan lebih mendalam perbincangan tajuk.
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
MATLAMAT Kurikulum Seni Dalam Pendidikan ini digubal untuk melahirkan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk meningkatkan aktiviti, inovasi.
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
NOOR HIDAYAH BT ABDUL KARIM M
AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH
Memahami tingkah laku manusia
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
Transcript presentasi:

3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum Setelah diperolehi perincian bagi setiap komponen kurikulum di atas, pendidik seharusnya menyusunkan kesemuanya agar menjadi satu entiti yang menyelesaikan isu yang ingin diselesaikan. Ketika memilih reka bentuk sesebuah kurikulum itu, seorang perancang kurikulum itu akan dipengaruhi oleh pegangan falsafahnya juga. Oleh itu, anda sebagai seorang penggubal kurikulum atau program di sekolah harus menjelaskan kepada diri anda sendiri apa sebenarnya pegangan falsafah dan pandangan anda berhubung masyarakat dan diri individu pelajar – atau apa yang dipanggil sebagai sumber-sumber bagi sesebuah kurikulum.

Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum Sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum Seseorang individu yang melihat sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum akan akan bergantung sepenuhnya kepada kaedah sains sebagai jalan mencari kebenaran. Mereka memilih dan menyusun di dalam kurikulum itu realiti atau kebenaran yang boleh dilihat dan dikuantitikan. Reka bentuk berdasarkan mata pelajaran merupakan satu contoh reka bentuk kurikulum yang mengambil sains sebagai sumbernya.

Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum Masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulum  Pereka bentuk kurikulum yang menyukai masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulumnya berpandangan sekolah sebagai satu agen masyarakat. Oleh yang demikian, sekolah harus mengambil pemikiran berhubung kurikulum daripada analisis yang dilakukan ke atas situasi sosial. Ini bermaksud reka bentuk kurikulum yang dijalankan di sekolah haruslah dapat memperbaiki masyarakat

Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum  Pereka bentuk kurikulum yang menyakini Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum berpandangan Tuhan dan agama sebagai satu sumber yang memberikan cara terbaik untuk membangunkan dan mengembangkan manusia. Reka bentuk kurikulum dengan yang demikian seharusnya didasarkan kepada kitab-kitab agama seperti al-Quran, Injil dan sebagainya.

Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum Ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum Seorang pereka bentuk kurikulum yang menyakini ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum berpandangan bahawa jika ilmu diambil sebagai sumber reka bentuk kurikulum maka tidak akan ada isi kandungan yang tertinggal daripada apa yang seharusnya di pelajari oleh pelajar. Pereka bentuk ini biasanya menyedari bahawa ilmu sebenarnya tersusun dalam bentuk-bentuk yang khusus. Untuk ilmu yang berdisiplin seperti contohnya Fizik, ia mempunyai struktur konsepsual dan proses yang unik.

Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum Sesetengah ilmu yang tidak berdisiplin seperti ekonomi rumahtangga, ia tidak mempunyai struktur konseptual dan proses yang unik, sebaliknya isi kandungannya diambil daripada pelbagai disiplin lain dan diubahsuai untuk tujuan kursus itu. Berdasarkan fahaman ini pereka bentuk kurikulum yang menjadikan ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum akan menjadikan struktur disiplin yang merangkumi struktur konseptual dan proses yang unik bagi setiap disiplin itu sebagai isi kandungan yang seharusnya dipelajari oleh pelajar.

Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum Pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum Sesetengah pereka bentuk kurikulum menyakini bahawa tabii pelajar seharusnya menjadi sumber reka bentuk kurikulum. Bagaimana pelajar belajar dan membentuk sikap, mengembangkan minat dan nilai merupakan sebahagian daripada tabii pelajar. Pendidik dan pereka bentuk kurikulum yang menyakini falsafah progresivism berminat untuk mereka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar. Ini kerana mereka beranggapan pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum.

Dimensi Kurikulum Sebagai yang telah diketahui sebelum ini, reka bentuk kurikulum merupakan satu penyataan yang menunjukkan perkaitan antara komponen-komponen sesebuah kurikulum. Ketika usaha mendapatkan penyataan itu pereka bentuk kurikulum haruslah mereka bentuk kurikulum dengan mengambil kira beberapa dimensi kurikulum; (1) skop; (2) penyepaduan; (3) urutan dan (4) kesinambungan dan (5) keseimbangan

Skop  Ketika mereka bentuk kurikulum, seseorang itu harus mengambil kira tentang keluasan dan kedalaman isi kandungan yang ingin disampaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan skop. J. Galen Saylor mendefinisikan skop sebagai keluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk pelajar alami ketika mereka menjalani program pendidikan di sekolah. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan melalui program ini?. Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya disediakan?. Sejauhmana komponen-komponen (isi kandungan dan aktiviti) ini harus dirancangkan?.

Penyepaduan  Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang bermakna di antara isi kandungan daripada satu subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yang lain. Dengan kata lain, penyepaduan menekankan perkaitan horizontal di antara pelbagai topik dan tema. Jika idea dan konsep digunakan sebagai benang asas yang menunjukkan perkaitan-perkaitan, penyepaduan dapat dicapai dengan menunjukkan bagaimana isi kandungan dapat diajarkan merentas subjek atau kurikulum sekolah secara keseluruhannya. Penyepaduan juga merujuk kepada mengaitkan isi kandungan dengan pengalaman dan aktiviti pembelajaran pelajar agar keperluan pelajar dapat dipenuhi.

Urutan Apabila mengambil kira urutan sesebuah kurikulum, pereka bentuk kurikulum dicabar untuk mengorganisasikan komponen-komponen kurikulum secara berkesan agar dapat mewujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusan di kalangan pelajar atau apa yang dikenali sebagai perkaitan “vertical” di antara bidang-bidang dalam sesebuah kurikulum. Bidang-bidang yang dimaksudkan di sini merangkumi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran juga proses yang diperlukan bagi memperoleh isi kandungan tersebut. Ini bermakna isi kandungan, kemahiran dan proses perlu diorganisasikan secara berkesan agar organisasi itu dapat mengujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusan dalam kalangan pelajar.

Urutan Lazimnya ketika mengorganisasikan isi kandungan, proses dan kemahiran dalam sesebuah kurikulum, seseorang pereka bentuk itu akan mengorganisasikannya berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang diambil daripada kefahaman tentang bagaimana manusia berkembang dan belajar. Contohnya penyelidikan yang dijalankan oleh Piaget dapat memberi garis panduan tentang bagaimana seharusnya disusunkan isi kandungan dan aktiviti pembelajaran agar kanak-kanak dapat mencapai perkembangan kognitif menurut tahap-tahap perkembangan mereka

Kesinambungan Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi dan pengulangan komponen-komponen kurikulum secara vertical. Ini bermaksud kesinambungan kurikulum menerangkan tentang pengulangan ide dan kemahiran-kemahiran utama yang dirasakan oleh pereka bentuk kurikulum sebagai yang diseharusnya difahami oleh pelajar secara meluas dan mendalam dalam masa yang ditentukan.

Kesinambungan Kesinambungan sangat jelas ditunjukkan dalam kurikulum spiral yang dianjurkan oleh Bruner. Konsep kurikulum spiral ini bukan sahaja menekankan perkaitan secara vertical malah perkaitan secara horizontal juga ia itu yang menambahkan keluasan sesebuah kurikulum. Jika seseorang pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara topik dalam sesuatu mata pelajaran atau sesuatu bidang ilmu itu, ia dikatakan sebagai perkaitan vertical. Jika pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara mata pelajaran atau pengalaman, itu dikatakan sebagai perkaitan secara horizontal.

Keseimbangan  Kurikulum yang seimbang ialah kurikulum yang menyediakan pelajar peluang untuk menguasai ilmu dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuai untuk perkembangan diri, sosial dan intelektualnya. Oleh kerana kurikulum boleh dilihat daripada bingkai rujukan yang berbeza iaitu sama ada daripada bingkai rujukan mata pelajaran, minat pelajar, pengalaman pelajar atau nilai, komponen-komponen kurikulum yang perlu diseimbangkan wujud dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Namun, tanpa mengira apa jenis reka bentuk itu, kesemua komponen kurikulumnya mestilah seimbang.