BAB 6 KONTRAK PERNIAGAAN DALAM ISLAM

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Hukum Islam tentang Muamalah
Advertisements

Oleh: Sri Nurhayati / Wasilah
RUKUN DAN SYARAT PERKAWINAN
Dewi Nurul Musjtari PENGERTIAN MURABAHAH:
JUAL BELI KHIYAR QIRADH
Pengajar: IRDANURAPRIDA IDRIS, SH, MH
PERBANDINGAN HUKUM POSITIF DENGAN HUKUM SYARIAH
TEORI AKAD DALAM MUAMALAH
FIQIH MUAMALAH (JUAL BELI)
AKAD.
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
Etika Islam Dalam Penerapan Ilmu
PRINSIP HUKUM MUAMALAT
Spiritualitas Islam dalam Ekonomi & Harta
Pertanggungjawaban pidana dalam islam
HUKUM ISLAM DALAM MUAMALAH
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
رهن Oleh : Asep Suryanto.
Oleh: Anton Sudrajat, MA
Kelompok 6 : Septi Indriasari Desy Iswara
Fiqh Muamalah “Murabahah” Dosen Pembimbing: ABDUL HAMID, M.A
Oleh: Anton Sudrajat, MA
Jual Beli dan Jual Beli Terlarang I
AKAD JUAL BELI.
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM II
BAB 12: AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN.
JUAL BELI YANG SAH Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Tiada suatu perintah mahupun larangan Allah S.W.T.
KITABUL BUYU’ KITAB JUAL BELI
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع
KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
KONTRAK-KONTRAK MUSAWWAMAH
PELAJARAN 4: FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM.
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
RIBA DEFINISI RIBA Dari segi bahasa : Bertambah
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk.
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM EJENSI HARTA TANAH
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)
JUAL BELI SALAM Definisi
KONTRAK PERNIAGAAN DALAM ISLAM
DEFINISI Pentadbiran Pengurusan
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI (Sesi Ke-4)
JUAL BELI QS. AL Baqarah : 275.
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع
AQ:S-Al Baqarah AYAT Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.
Ila’ Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya
TASAWWUR ISLAM II BAB: MUAMALAH DALAM ISLAM
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
Tuntutan Melaksanakan Tanggungjawab
ISLAM MELARANG MENYEBARKAN
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
TEORI AKAD DALAM MUAMALAH TEORI AKAD DALAM MUAMALAH ASRIAL SAPUTRA, SE.I.,ME.Sy.
Transcript presentasi:

BAB 6 KONTRAK PERNIAGAAN DALAM ISLAM

KANDUNGAN AKAD KONTRAK MAJLIS KONTRAK KHIYAR DALAM KONTRAK PENAMATAN KONTRAK JENIS-JENIS KONTRAK

AKAD JUAL BELI (AKAD KONTRAK) Islam amat mengambil berat tentang akad atau majlis kontrak kerana ia menjadi simbol ataupun tanda terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat Tanpa akad ijab dan qabul, kontrak atau ikatan yang sah diantara kedua belah pihak dianggap tidak berlaku. Mereka hendaklah memenuhi hak dan melaksanakan tanggungjawab kontrak.

Dalil Peraturan Akad 1. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perniagaan itu, dilakukan rela sama rela di antara kamu." ( Surah an-Nisa': 28 )  2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli tidak boleh berpisah kecuali setelah adanya kerelaan diantara keduanya." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)  3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jual beli itu dikira sah selepas adanya kerelaan. Tanda adanya kerelaan diantara kedua pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul." (Riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang tertentu, maka hendaklah kamu menuliskannya. Hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarnya maka hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan apa yang hendak ditulis. Hendaklah ia bertaqwa kepada Allah, janganlah ia mengurangi sedikitpun dari hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah keadaannya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkannya maka hendaklah walinya mengimlakkannya dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua saksi dari orang lelaki di antara kamu. Jika tiada dua orang saksi lelaki maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi yang kamu redai supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. (…sambung)

Janganlah saksi-saksi itu enggan memberi keterangan apabila mereka dipanggil. Janganlah kamu jemu menulis hutang itu samada kecil atau besar jumlahnya apabila sampai masanya. Yang demikian itu adalah lebih adil di sisi Allah dan lebih kuat persaksian serta lebih dekat kepada tidak menimbulkan keraguan. Dan hendaklah kamu tulis dalam urusan muamalah itu kecuali kepada urusniaga yang tunai di antara kamu maka tiada dosa jika kamu tidak menulisnya (urusniaga tunai). Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli. Janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika kamu (Penulis dan saksi) menyulitkan urusan jualbeli maka itu adalah satu kefasikan dalam diri mu. Takutlah kepada Allah, Allah mengajar kamu dan Allah maha mengetahui atas segala sesuatu.“ (Surah al-Baqarah: 282 )

MAJLIS KONTRAK ( MAJLIS AL-AQDU) Majlis Kontrak ialah keadaan atau tempat dimana kedua-dua pihak yang berkontrak membuat akad atau kontrak. Untuk terjadinya hubungan antara Qabul dan Ijab ini terdapat tiga syarat yang perlu dilaksanakan iaitu: Kedua-dua pihak pembuat tawaran dan penerima hendaklah berada di dalam satu majlis. Janganlah ada sesuatu yang menunjukan keengganan daripada salah satu pihak yang berkontrak. Janganlah orang yang membuat tawaran menarik balik tawarannya sebelum penerima menerima tawaran

Rukun-Rukun Kontrak Pihak pertama yang berkontrak. Pihak kedua atau lebih yang berkontrak. Sighah (Ijab dan Qabul). Isi Kontrak.

RUKUN JUAL BELI (AL-BAI’) 1. PENJUAL 2. PEMBELI 3. BARANGAN / PERKHIDMATAN UNTUK DI JUAL-BELI 4. HARGA 5. SIGHAH – IJAB & QABUL

SYARAT-SYARAT JUAL BELI Syarat Penjual dan Pembeli Kedua-dua penjual dan pembeli adalah daripada mereka yang boleh dipertanggungjawabkan iaitu sempurna akal fikiran, baligh dan rusd atau pintar. Mereka tidak tergolong dikalangan orang yang disekat dari menjalankan urusan muamalah. Urusniaga mereka hendaklah dibuat secara sukarela tanpa adanya paksaan.

Syarat Barang Barang mestilah wujud, dimiliki secara sah atau sempurna milik. Ia boleh diserah hantar. Barang tersebut hendaklah yang halal, bermanfaat dan suci di sisi syariat dan ia tidak berubah seperti apa yang disebut dalam kontrak atau pengetahuan pembeli apabila proses penyerahan dilakukan. Dalam keadaan tertentu, barang tidak semestinya telah wujud tetapi diyakini boleh diwujudkan seperti dalam kes barang yang perlu di tempah.

Syarat Harga Asas harga ialah pasaran. Harga jual beli disyaratkan disebut semasa berlakunya akad. Ia mesti dijelaskan dalam bentuk jenis matawang atau sesuatu nilai yang menjadi persetujuan bersama. Konsep harga Tak Berkat

Syarat Sighah (Ijab Qabul) Tujuan sighah ialah untuk melahirkan tanda kerelaan. Kerelaan penting kerana setiap akad mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Oleh itu disyaratkan bentuk sighah yang digunakan dalam majlis akad mestilah terdiri daripada perkataan, tulisan atau perbuatan yang difahami oleh kedua pihak yang terlibat bahawa maksud jual beli itu telah berlaku seperti perkataan "saya jual" dan "saya beli." Sighah secara perbuatan adalah seperti jual beli di Mesin “Vending,” urusniaga melalui Kad ATM dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN MUAMALAT Al-Ihtikar (Monopoli) – satu pihak yang menguasai pasaran dan berupaya menindas. An-Najash – pakatan pengaruhi harga jualan atau belian Hadirlibad – pengeluar & peruncit tidak mendapat maklumat harga dan keadaan pasaran Talaqul Rukban (sole agent) – sekatan barang dagangan dari memasuki pasaran terbuka As-Shamtaa (Beautification) – maklumat tidak betul; “misrepresentation” “caveat emptor” VS Prinsip Islam

JENIS-JENIS KONTRAK Jenis Kontrak Dengan Melihat Kepada Cara Penetapan Isi Kontrak Jenis Kontrak Dengan Melihat Dari Sudut Bayaran Atau Tidak Jenis Kontrak Dengan Melihat Dari Sudut Matlamat Dan Tujuan Jenis Kontrak Dari Sudut Kuatkuasa Kesan Kontrak

Jenis Kontrak Dengan Melihat Dari Sudut Matlamat Dan Tujuan Kontrak At-Tamlikat (memberi milik) At-Tamlikat ialah sesuatu kontrak yang dimaksudkan untuk memiliki sesuatu samada ia berupa benda ataupun manfaatnya. Boleh secara pembelian atau pemberian sukarela Kontrak Al-Isqatat (gugur) Al-Isqatat ialah sesuatu kontrak yang dimaksudkan untuk menggugurkan sesuatu hak samada dengan bayaran atau tanpa bayaran.

Kontrak Al-Itlaqat (Perlantikan/ Penugasan) Al-Itlaqat ialah kontrak memberi kuasa atau melantik wakil sah dalam menjalankan sesuatu tugas seperti seseorang memberi kuasa kepada seseorang lain melakukan sesuatu kerja. Kontrak Al-Taqyidat (Sekatan) Al-Taqyidat ialah kontrak melarang seseorang daripada melakukan tindakan seperti memecat gabenor dan hakim, memecat pengawas wakaf, memecat wakil dan mengenakan sekatan ke atas seseorang daripada bertindak ke atas harta kerana gila, bodoh atau masih kecil.

Kontrak Al-Tauthiqat (Jaminan) Al-Tauthiqat ialah kontrak yang dimaksudkan untuk menjamin hutang bagi pemiliknya dan menjamin si piutang mendapat hutangnya. Ia terdiri daripada kafalah, hiwalah dan rahn. Kontrak Al Isytirak (Perkongsian) Al-Isytirak ialah kontrak yang dimaksudkan untuk berkongsi kerja dan pembahagian untung seperti kontrak-kontrak syarikat dengan pelbagai jenis sepeti Al-Mudharabah dan Al-Muzaraah Kontrak Al Hifz Al-Hifz ialah kontrak menjaga keselamatan harta untuk pemiliknya seperti menjaga simpanan dan beberapa kontrak wakil yang tertentu

Jenis Kontrak Dengan Melihat Kepada Cara Penetapan Isi Kontrak Secara umumnya mekanisma kontrak perniagaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: Kontrak Amanah (Aqdul Amanah/ “Uberremae fidei contracts”) Kontrak Musawamah (Aqdul Musawamah/ “The bargaining contracts”) Kontrak Tabarruat (Sukarela) Ketiga-tiga jenis kontrak di atas akan dibincangkan dalam 2 kuliah yang akan datang.

KHIYAR (OPSYEN) DALAM KONTARK Semasa menjalankan proses jual beli, agama Islam memberikan satu peraturan khas mengenai pemilihan dalam meneruskan kontrak jual beli atau sebaliknya. Mengikut Wahbah al Zuhaili, Khiyar ialah salah satu pihak yang berkontrak boleh meneruskan kontrak atau tidak meneruskannya. Iaitu pilihan sesuatu disebabkan oleh sesuatu hal yang berlaku. Mengikut pendapat Sheikh Mohsin pula Khiyar ialah kedua pihak (penjual dan pembeli) diberi hak memilih samada hendak meneruskan jual beli mereka atau memfasakhnya (menamatkan) mengikut syarat-syarat atau sebab-sebab tertentu.

JENIS-JENIS KHIYAR Khiyar Majlis Khiyar Syart Khiyar Wasf Khiyar Aib Khiyar Ta‘ayeen Khiyar Rukyah Khiyar Naqd

Khiyar Majlis Khiyar Majlis ialah setiap pihak yang mengadakan aqad jualan mempunyai pilihan terhadap pihak lain selagi mereka masih tidak berpisah. Ia memberikan pihak yang melakukan aqad yang meliputi ijab dan qabul hak bagi membatalkan perjanjian semasa dalam sesi (majlis akad) tawar-menawar atau sudah selesai tetapi majlis tersebut belum tamat. Hukum ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Bila dua orang yang berjual beli, maka masing-masing boleh khiyar (pilihan jadi jual beli atau tidak) selama keduanya belum berpisah dari majlis tersebut.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Khiyar Syarat Khiyar Syarat ialah pemilihan yang dinyatakan di dalam akad. Ia berlaku semasa aqad jual beli dijalankan di mana kedua belah pihak bersetuju disyaratkan bahawa kedua-dua belah pihak atau salah satu daripadanya berhak memilih samada jual beli itu diteruskan atau sebaliknya. Contohnya pembeli mengatakan: "Saya beli barang awak ini dengan syarat boleh khiyar dalam masa dua hari dari tarikh ini." Dalil bagi hukum khiyar Syarat ini ialah hadis iaitu Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila kamu berjual beli, katakanlah: jangan menipu, aku ada tempoh khiyar selama tiga hari.” (Riwayat Bukhari)

Khiyar Wasf Khiyar Wasf ialah pemilihan untuk memfasakh atau meneruskan jual beli ketika didapati bahawa barang yang dibeli itu tidak tepat dengan sifat-sifat yang dikehendaki. Maka sipembali boleh memilih sama ada memfasakh jual beli itu atau meneruskannya dengan harga asal atau persetujuan baru.

Khiyar Aib Khiyar Aib ialah apabila berlaku kerosakan atau barang yang dijualbeli tersebut ada kecacatan atau tidak menepati spesifikasi yang dipersetujui di dalam akad. Pembeli berhak menamatkan kontrak atau meminta kurang harganya apabila kedaan tersebut berlaku. Kecacatan yang diterima dalam khiyar Aib ini hendaklah berlaku sebelum akad atau semasa jual beli berlangsung dimana si pembeli tidak mengetahuinya pada waktu itu ataupun kecacatan tersebut berlaku sebelum sipembeli menerimanya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Orang Islam adalah saudara kepada Muslim yang lain, Tidak halal menjual kepada saudaranya barang yang ada kecacatan melainkan ia telah jelaskan." (Riwayat Ibnu Majah)

Khiyar Ta'yin Khiyar Ta'yin ialah orang yang berakad jual beli berhak memilih dan menentukan salah satu daripada tiga barangan yang berlainan dari segi harga dan sifat barang tersebut. Sebagai contohnya seseorang pembeli diberi pilihan oleh penjual terhadap tiga buah jam tangan pada harga yang berlainan. Pembeli tersebut hanya berhak memilih atau melakukan ta'yin hanya satu sahaja

Khiyar Rukyah Khiyar Rukyah ialah seseorang yang tidak melihat barang yang hendak dibeli. Oleh itu seseorang yang hendak membeli barang tersebut hendaklah melihat barang itu. Ia berhak menolak jika tidak mahu kerana syarat sah khiyar ini ialah dengan melihatnya. Hadis Nabi riwayat Ibnu Abbas dan Abu Hurairah yang bermaksud: "Sesiapa yang membeli sesuatu yang tidak dilihatnya terlebih dahulu, apabila diperlihatkan kepadanya ia berhak memilih sama ada hendak menerimanya atau menolaknya. " (Riwayat Muslim)

Khiyar Naqd Khiyar Naqd ialah khiyar yang mensyaratkan pembeli apabila mereka tidak menyerahkan kesemua jumlah harga dalam masa yang tertentu untuk memfasakhkan jual beli. Khiyar Naqd terbatal dengan sebab-sebab berikut: Pembeli mati; Pembeli enggan melaksanakan muamalat jual beli daripada khiyar Naqdi sebelum membayar harga; Pembeli merosakkan barang yang dibelinya pada masa khiyar Naqdi; Pembeli telah menyebabkan barang menjadi cacat yang ia tidak boleh dikembalikan semula kepada penjual dan waktu itu ia belum lagi membayar harganya. Namun begitu penjual berhak meminta ganti rugi di atas kecacatan tersebut.

PENAMATAN KONTRAK Penamatan Kontrak Melalui Fasakh Penamatan dengan sebab Khiyar Penamatan (Fasakh) kerana tidak melaksanakan kontrak Penamatan akibat Penamatan Tempoh Kontrak atau tercapai maksudnya Sesuatu kontrak itu akan tamat atau mansuh apabila berlaku kematian salah satu pihak yang terlibat atau kedua-duanya

TAKE A BREAK THEN GET READY FOR BAB 7