Kepentingan Pendidikan Kesihatan dalam Kurikulum Sekolah Disediakan oleh; ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR
Pendidikan kesihatan bukan setakat menyampaikan maklumat kesihatan malah merupakan satu proses berterusan yang: membantu & memudahkan pelajar2 mengembangkan ilmu, mempelajari amalan positif memupuk sikap yg bertanggungjawab terhadap isu-isu kesihatan. Segala pengalaman pembelajaran dan kesan dari pelajaran kesihatan diharapkan akan mempengaruhi tingkah laku mereka dalam usaha memperolehi satu taraf kesihatan yg memanfaatkan diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakatnya.
Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal merupakan suatu proses yg berkaitan dgn peningkatan dalam struktur saiz yg dilihat dari aspek pertambahan ketinggian, berat dan jisim otot semasa kanak- kanak. Pertumbuhan adalah pesat semasa bayi dan kadar ini berkurangan pada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Perkembangan Mental (Kognitif) Dua peringkat perkembangan kognitif: Peringkat praoperasi (2-6/7tahun) Punyai keupayaan guna tanda / simbol. Kongsi pengalaman dgn orang lain. Mula menyoal. Berupaya guna bahasa & fahami konsep Bersifat egosentrik (pemikiran berasaskan persepsi. Bersifat ketidakbalikan (irreversibility) tidak boleh meninjau peristiwa yg telah berlaku. Tidak berupaya untuk mengekalkan (inability to conserve) – tidak faham bahawa sifat-sifat tertentu sesuatu objek adalah sama walaupun bentuknya telah berubah.
Perkembangan Mental (Kognitif) Peringkat operasi konkrit (6/7-11/12 tahun) Berupaya buat kesimpulan yg logikal. Berupaya mengklasifikasikan mengikut kelas Menguasai pertuturan dan gemar membaca Terikat dengan pengalaman yang sebenarnya,
Perkembangan Sosial Perkembangan sosial ialah keupayaan utk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran. Ia merujuk kpd keupayaan seseorang individu menyesuaikan diri dlm institusi sosial melalui tingkah laku.
Perkembangan Sosial Mengikut Erik Erikson terdapat dua peringkat perkembangan sosial yang utama iaitu: (a) Peringkat 3 ikhtiar lawan bersalah (3-6 tahun)
Perkembangan Sosial (b) Peringkat 4 rajin lawan merendah diri (6-12 tahun)
Perkembangan Emosi Emosi ialah suatu pengalaman yang penuh perasaan yg menyertai penyelarasan dlm secara am dan keadaan mental dan fisiologi yg tergerak di dlm diri individu dan yg menunjukkan dirinya pada tingkah laku yg nyata. Hubungan emosi boleh memotivasikan kanak2 bagi mengubah persepsi. Permainan boleh mempengaruhi emosi kanak2.
Perkembangan Rohani Perkembangan kerohanian ialah keupayaan kanak2 utk membentuk dan memupuk amalan murni masyarakat. Faktor yang mempengaruhi perkembangan kerohanian seseorang kanak-kanak antaranya ialah; Persekitaran yang baik Kemesraan Tingkah laku yang sopan Tutur kata secara berhikmah di antara manusia
MASALAH KESIHATAN KEPADA MURID-MURID - Imunisasi Imunisasi bermaksud pemberian vaksin yg mengandungi kuman penyakit tertentu dlm bentuk tidak berbahaya. Tubuh akan menghasilkan antibodi yg akan melindungi kanak2 drp penyakit tertentu pada masa akan datang. Imunisasi yg diberikan kpd kanak2 termasuklah triple antigen, campak dan hepatitis. Kepentingan imunisasi adalah utk melindungi kanak2 drp penyakit tertentu, mengelakkan wabak dan membasmikan penyakit2 tertentu. Imunisasi selalunya dilakukan ketika seseorang itu masih bayi lagi.
SEKIAN, TERIMA KASIH