UNIT 10: PERANAN BILIK BERITA
Bilik berita (newsrooms) merupakan tempat yang:- mempunyai staf yang kreatif dan membuat keputusan dengan cepat. Tertakluk kepada kod kewartawanan, etika dan komitmen kepada deadlines.
Pengurusan Bilik Berita
1.Pengurusan Atasan – Diterajui oleh ketua editor, ketua pengarang yang bertanggungjawab terhadap perjalanan oerasi bilik berita.
2. Pengurusan Pertengahan – terdiri daripada editor kanan, ketua pemberita, ketua grafik, ketua pelukis yang bertanggungjawab terhadap operasi unit masing-masing.
3. Pengurusan baris pertama – editor politik, kewangan, sukan, grafik artis, editor grafik dan editor foto. Mempunyai tanggungjawab dalam membuat keputusan memilih berita yang ingin diterbitkan.
Siapakah Wartawan?
Wartawan adalah orang yang mencari maklumat dan menulis untuk surat khabar atau majalah.
Ciri-ciri Seorang Wartawan 1. Berkredibiliti 2. mempunyai rasa ingin tahu 3. Berkeyakinan 4. Keberanian 5. Kemahiran 6. Minat 7. Pengetahuan yang luas 8. Mempunyai sumber dan kenalan
Keistimewaan Wartawan 1. Memiliki deria ke-6 iaitu sense of news (kepekaan akan berita) 2. Memiliki privileges (keistimewaan) kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah, ahli politik dan golongan kenamaan. 3. Journalist makes news (maklumat yang ditulis oleh wartawan adalah berita).
Siapakah Editor?
Adalah gatekeepers antara organisasi dan khalayak yang berperanan menapis segala maklumat sebelum sampai kepada khalayak pembaca.
Aliran Komunikasi di Bilik Berita
1) Komunikasi menurun/ke bawah (downword comm) Berpunca dari pihak atasan dan menurun hierarki mengarah ke bawah kepada para pekerja.
2. Komunikasi ke atas/menegak (upward comm) Komunikasi ini berpunca dari para pekerja di peringkat bawahan mendaki hierarki mengarah ke atas menuju kepada pihak pengurusan.
3. Komunikasi Lateral/mendatar (lateral comm) Merupakan pengaliran maklumat antara individu yang berada dalam hierarki yang sama dalam sesebuah organisasi (komunikasi sesama rakan sejawat).