ppi TAFSIR 3 minggu 5-surah ‘abasa 1-23

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Iman Kepada Rasul Allah SWT
Advertisements

MATERI PENDIDIKAN AGAMA ISLAM IMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Fungsi Al-qur'an bagi kehidupan kita sehari hari
TAAT DAN PATUH KEPADA ORANG TUA
SEJARAH DAKWAH RASUALLAH SAW PERIODE MEKKAH
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
hijrah nabi muhammad Saw ke madinah dan piagam madinah
BAB II IMAN DAN TAQWA.
SUMBER HUKUM ISLAM.
AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Sumber Hukum Islam Al-Qur’an Al hadist Ijtihad. ALQURAN SEBAGAI SUMBER HUKUM PERTAMA ISLAM DAN SEJARAH PEMBUKUAN ALQURAN.
وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ
PENTINGNYA AGAMA DAN USAHA AGAMA
فَضَائِلُ الدَّعْوَةِ
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
PERJANJIAN AQABAH.
Menemani Rasulullah di Surga
AZAS-AZAS HUKUM ISLAM.
Fifi Fitriani Laura Rachma Munyati Sulam Salwa Salsabila
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
By : 1. Rizal hartono 2.Muhammad fajar
DIDIK ANAK AGAR JANGAN SOMBONG!
Eksplorasi ayat-ayat al-qur’an dengan ilmu
KEMULIAAN AL-QURAN.
HIDAYAH MILIK ALLAH SURAH AL-AN’AM : AYAT 125.
O. Solihin Blog: Akidah Islamiyyah Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang.
PELAJARAN 2 : koNSEP KERASULAN....
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Surah Al-Ghasyiyah 1.
MODUL SIRAH NABAWIYAH.
Hakikat keimanan dan buahnya
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
Andalus PPI Minggu 3 Surah An-Nazi’at ayat 1-26
BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
Surah Ad-Dhuha Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Takdir.
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
Andalus Corporation Pte Ltd
Surah Al-Alaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
O. Solihin Blog: Akidah Islamiyyah Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
AQIDAH UNIT 8 Kelas Bimbingan Dewasa.
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
BAB 5 : BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB ALLAH
AQIDAH UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
Tafsir Surah Al-Layl.
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
Surah al-Tariq Surah Makkiyyah, 17 ayat.
Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Terjemahan Surah Al-Kaafirun Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Modul: Tafsir KBD.
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 1 : MENSUCIKAN JIWA
PERKEMBANGAN DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW PERIODE MEKKAH.
IMAN KEPADA MALAIKAT. 1. Pengertian malaikat Allah Kata ‘malaikat’ berasal dari kata malak, bentuk jamaknya adalah malaikah. Kata malak memiliki arti.
IMAN KEPADA KITAB ALLAH SWT. DENGAN MEMBACA Y  N  Y  QW  Y  W  N  WQ  Y  TPV  Y  TN Y 
KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT
Transcript presentasi:

ppi TAFSIR 3 minggu 5-surah ‘abasa 1-23 Disiapkan oleh: Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Pendahuluan Surah Abasa ini merupakan surah Makkiyyah yang mengandungi 42 ayat Surah ini dinamakan Abasa kerana permulaan surah menggunakan perkataan Abasa Is merupakan sifat manusia yang tertakluk kepada sifat semulajadi insan itu sendiri yang kadang-kadang terpaksa akur kepada unsur kelemahan. Ianya merupakan teguran ALlah s.w.t kepada baginda Muhammad s.a.w. Kerana memalingkan mukanya daripada seorang sahabat yang buta. Teguran tersebut adalah untuk mengangkat kedudukan dan kemuliaan Nabi s.a.w sendiri.

Kaitan surah dengan surah sebelumnya Dalam surah al-Naziat Nabi s.a.w. Memberikan peringatan supaya takut kepada kiamat. Manakala surah ini Allah menyebut golongan yang mendapat faedah daripada peringatan itu. Kedua-dua surah ini mempunyai persamaan dari segi tajuk perbincangan iaitu tentang kiamat dan malapetakanya serta menegaskan tentang kebenaran kebangkitan semula makhluk.

Kaitan surah dengan surah sebelumnya Kedua-dua surah ini menyebutkan sifat kiamat, seperti ayat 34 al-naziat dan ayat 33 surah ‘Abasa Al-Tammah mahupun al-saakhah, kedua-duanya adalah nama kepada kiamat. Dalam surah yang lepas Allah menegaskan tentang kebenaran kejadian kiamat dengan penciptaan langit, bumi dan bukit bukau; dalam surah ini pula kebangkitan semula diithbatkan dengan bukti kejadian manusia tumbuh- tumbuhan dan makanan.

Kandungan surah secara umum Surah ini sama seperti surah Makkiyah yang lain yang memberi penekanan dari aspek akidah, risalah dan akhlak. Surah ini dimulakan dengan menyebut kisah ‘Abdullah bin Umm Maktum yang buta iaitu anak saudara kepada Khadijah Binti khuwailid. Beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w. Untuk belajar, ketika Rasulullah s.a.w. Sedang sibuk menyampaikan dakwah kepada pembesar Quraisy. Rasulullah s.a.w. Memalingkan mukanya daripada beliau. Dengan itu Allah menegur Nabi s.a.w. Dengan firmannya yang bermaksud: “Dia (Muhammad) bermasa muka dan berpaling .....” Surah Abasa ayat 1-16.

Kandungan surah secara umum Ini menunjukkan bahawa al-Quran merupakan peringatan dan nasihat bagi orang yang berfikir. Dalam surah ini juga mengutuk sikap engkar manusia dan kekufuran mereka terhadap nikmat Allah serta perbuatan mereka menolak petunjuk Allah. Begitu juga surah ini mengandungi tentang kekuasaan Allah s.a.w.t dan keesaanNya dalam mencipta manusia, tumbuh- tumbuhan, menyediakan makanann dan minuman kepada manusia.

Kandungan surah secara umum Surah ini diakhiri dengan gambaran tentang malapetaka besr hari kiamat, di mana manusia melarikan diri daripada orang yang palng rapat dengannya, penjelasan tentang kedudukan orang beriman yang mendapat kebahagiaan, dan orang kafir yang mendapat penderitaan pada hari tersebut.

Sebab turun surah Surah ini diturunkan mengenai ‘Abdullah bin Umm Maktum, anak saudara Khadijah binti Khuwailid (r.a). Beliau juga dikenali sebagai ‘Amr bin Qais bin Za’idah. Nama ibu Maktum ialah ‘Atikah binti ‘Amir bin Makhzum.

Sebab turun surah Peristiwa tersebut berlaku bila beliau datang kepada Rasulullah s.a.w. Ketika baginda dikelilingi oleh pembesar Quraisy seperti ‘Utbah dan Syaibah (kedua-duanya anak Rabi’ah), Abu Jahl bin Hisyam, ‘Abbas bin Abd Muttalib, Umayyah bin Khalaf dan al-Walid bin Mughirah. Mereka sedang mendengarkan penjelasan Rasulullah s.a.w tentang Islam di mana sebelum itu mereka sering menolak untuk mendengarkannya. Oleh itu Rasulullah s.a.w. Meletakkan harapan bahawa jika dengan keislaman mereka, akan membuatkan ramai lagi pengikut-pengikut mereka yang akan beriman juga.

Sebab turun surah Pada ketika itulah datangnya ‘Abdullah meminta Nabi membaca dan menyampaikan kepadanya ajaran Islam. Beliau mengulangi permintaan tersebut kepada nabi beberapa kali, sedang dia sendiri tidak tahu keadaan nabi yang sedang sibuk menyampaikan dakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy. Nabi sendiri tidak mahu menangguhkan perbincangannya dengan mereka lalu berpaling daripada ‘Abdullah. Kemudian turunlah ayat tersebut.

Sebab turun surah Selepas peristiwa itu Rasulullah s.a.w. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada ‘Abdullah, dengan mengucapkan: “Marhaban (selamat datang) wahai saudara yang telah menyebabkan daku ditegur oleh Allah.” dan Rasulullah s.a.w. Akan bertanya kepadanya: “adakah apa-apa perkara yang memerlukan pertolongan daku?” Rasulullah s.a.w. Juga pernah melantik beliau menjadi gabenor Madinah sebanyak dua kali bersempena dengan dua peperangan yang disertai oleh baginda.

Sebab turun surah Nama beliau sebenar adalah: ‘Abdullah bin Syuraih bin Malik bin Abi Rabi’ah al-Fihri dari keturunan Bani ‘Amir bin Lu’ay al-Quraisy. Umm Maktum pula ibu kepada emaknya iaitu ‘Atikah. Beliau ialah anak saudara (sebelah emak) Khadijah.

Kesamarataan di dalam islam Ayat 1-10

Tafsiran Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya

Sebab turun ayat 1 “Abasa” Al-Tirmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a. Katanya: “Diturunkan ayat, “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling.” (Abasa ayat 1) berkenaan Ibn Umm Maktum yang buta. Beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. Dan memanggil Nabi, “Wahai Rasulullah s.a.w., berilah bimbingan kepadaku.” Pada ketika itu ramai pembesar Musyrikin berada bersama Nabi. Nabi berpaling daripadanya dan terus memberikan perhatian kepada para kenamaan tersebut. Beliau bertanya Nabi: “Adakah ayat pertanyaannya itu satu kesalahan?” Nabi menjawab: “Tidak.” lalu turunlah ayat tersebut. Riwayat ini juga dinyatakan oleh Abu Ya’la daripada Anas.

Tafsiran Nabi menunjukkan muka masam dan berpaling daripada seorang yang buta bernama ‘Abdullah Bin Umm Maktum, kerana baginda tidak suka Ibn Umm Maktum memotong percakapannya. Alasan untuk tidak menyalahkan Ibn Umm Maktum ialah kerana dia tidak tahu bahawa dia telah mengganggu percakapan baginda. (Ini adalah perkara yang dimaafkan).

Tafsiran Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya daripada dosa. Atau dia ingin mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

Tafsiran Ayat ini bermaksud, engkau tidak sedar (wahai Muhammad) bahawa mungkin orang buta itu mahu membersihkan dirinya daripada dosa dnewgan amalan soleh melalui pengajaran yang engkau berikan kepadanya atau melalui peringatan yang engkau sampaikan, lalu dia menerima baik nasihat itu dan mendapat manfaat darinya. Tindakan Nabi ini dikira sebagai melakukan satu langkah berwaspada untuk merebut peluang dan kesempatan dengan meninggalkan langkah yang lebih utama.

Tafsiran Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup. Maka kamu melayaninya

Tafsiran Ayat ini bermaksud, adapun golongan yang merasakan diri mereka serba cukup dengan kekayaan dan kekuatan, engkau (wahai Muhammad) berikan perhatian, sedangkan mereka menunjukkan sikap penolakan terhadap pengajaran yang engkau bawa.

Tafsiran Padahal kamu tidak dicela kalau dia tidak membersihkan diri (beriman)

Tafsiran Tidaklah menjadi kesalahan ke atasmu (Muhammad) kalau mereka tidak memeluk Islam dan tidak menerima petunjuk Islam, atau mereka tidak mahu membersihkan diri daripada dosa. Sesungguhnya engkau hanya diperintah supaya menyampaikan ajaran, maka janganlah engkau terlalu mengambil kira tentang kedudukan golongan kafir seperti itu.

Tafsiran Dan adapun orang yang datang menemui kamu dengan bersungguh-sungguh (untuk mendapatkan pengajaran). Sedang ia takut kepada Allah. Maka kamu mengabaikannya.

Tafsiran Ayat ini bermaksud: “adapun orang yang segera mengadapmu kerana mahukan hidayah dan petunjuk kepada kabikan serta bimbingan daripada Allah, dalam keadaan ia takut (bertakwa) kepada Allah, namun engkau tidak mengendahkannya dan berpaling daripadanya, seolah-olah engkau tidak sedar kedatangannya. Ini bermakna Allah memerintahkan RasulNya supaya tidak menghadkan ajarannya kepada sesetengah golongan.

Pedoman hidup dan hukum-hakam Ayat tersebut merupakan teguran Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w. Yang berpaling daripada Abdullah bin Umm Maktum. Allah s.w.t. Memberikan teguran kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya mengutamakan yang lebih utama ke atas perkara yang kurang utama. Ibn Umm Maktum dikira tidak bersalah kerana beliau tidak mengetahui keadaan baginda s.a.w. Ketika itu.

Pedoman hidup dan hukum-hakam Ayat tersebut sebagai bukti bahawa dalam Islam adalah satu kewajipan untuk melayani orang secara samarata dalam soal memberikan pengajaran. Memadai bagi Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan walaupun pada akhirnya mereka tidak menerima Islam. Kerana baginda merupakan seorang penyampai ajaran, oleh itu tidak wajar mengutamakan usaha menarik golongan itu kepada Islam sehingga meninggalkan dakwah kepada orang yang sudah menganut Islam.

Al-quran sebagai peringatan dan nasihat serta nikmat allah dalam diri manusia 11-23

Kaitan ayat dengan ayat sebelumnya Selepas Allah s.w.t menegur Nabi kerana berpaling daripada ‘Abdullah bin Umm Maktum ketika baginda sibuk melayani pembesar Quraisy, Allah meneruskan firmanNya yang bermaksud: “Sekali-kali jangan demikian....”

Kaitan ayat dengan ayat sebelumnya Selepas menerangkan kedudukan al-Quran sebagai kitab peringatan dan nasihat, Allah swt mengecam manusia kerana kekufuran terhadap nikmat Allah, sikap sombong dan bongkak untuk menerima hidayat Allah. Sesungguhnya mereka berhak menerima seberat-berat siksaan kerana melakukan perkara yang keji dan buruk.

Tafsiran Sekali-kali jangan (demikian) sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan.

Tafsiran Ayat ini memperingatkan jangan lakukan seperti apa yang telah engkau (Muhammad) buat kepada Ibn Umm Maktum iaitu berpaling daripada orang fakir dan memberi tumpuan kepada orang kaya. Padahal mereka itu bukannya golongan yang mahu membersihkan diri.

Tafsiran Maka barangsiapa yang mahu menerima, tentulah ia memperhatikannya.

Tafsiran Sesungguhnya peringatan ini adalah suatu peringatan yang jelas dan nyata, mudah difahami dan diambil pengajaran untuk dilaksanakan.

Tafsiran Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan. Di tangan para penulis (malaikat) Yang mulia lagi berbakti.

Tafsiran Sesungguhnya ia satu peringatan yang tetap dan terkandung dalam lembaran yang mulia di sisi Allah, ia mengandungi ilmu dan hikmah, diturunkan daripada Luh Mahfuz. Ianya suci dan bersih daripada kekurangan atau kesesatan, di bawa oleh para malaikat “Safarah”. Safarah ialah malaikat pembawa wahyu daripada Allah untuk disampaikan kepada RasulNya dan untuk manusia seluruhnya.

Tafsiran Allah menyifatkan para malaikat dengan tiga sifat: Keadaan mereka sebagai utusan yuang membawa turun wahyu daripada Allah kepada para RasulNya. Mulia dan berbakti kepada Allah. Taat dan patuh kepada Allah, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “sebenarnya malaikat-malaikat itu adalah hamba- hamba yang dimuliakan.” Surah al-Anbiya’ ayat 26

Tafsiran Binasalah manusia, lantaran kekufuran yang amat sangat.

Tafsiran Sebab turun ayat 17 Ibn al-Munzir telah menyampaikan daripada al-’Ikrimah berkenaan ayat: “binasalah manusia, lantaran kekufuran yang amat sangat.” (Surah ‘Abasa ayat 17). Beliau menyatakan ayat tersebut diturunkan kepada ‘Utbah bin Abi Lahab ketika dia berkata: “Aku kafir terhadap tuhan bintang.”

Tafsiran Celakalah manusia yang kafir atau yang akan dikenakan azab yang amat berat. Satu gambaran tentang kehairanan di atas sikap kufurnya yang begitu melampau. Ia juga dalil kemarahan yang sungguh-sungguh dan celaan yang berat.

Tafsiran Dari apakah Allah menciptakannya? Dari setitis mani, Allah menciptakannya lalu menentukan (proses perkemabngannya).

Tafsiran Kemudian Allah memperingatkan manusia tentang asal kejadiannya dari unsur yang paling lekeh, bahawa Allah berkuasa mengembalikan keadaannya sebagaimana ia mula dijadikan. Manusia tidak sepatutnya sombong dan tidak taat kepada Allah kerana Allah menciptanya daripada air yang hina, kemudian menentukan keadaannya dalam beberapa peringkat dan tempoh. Allah menjadikan manusia dengan kudrat dan daya yang menyebabkan ia boleh menjaga kepentingan dirinya.

Tafsiran Kemudian Dia memudahkan jalannya.

Tafsiran Ayat ini, sama ada sebagai kinayah menggambarkan bagaimana mudahnya manusia keluar daripada perut ibunya atau mungkin bermaksud Allah memudahkan jalan untuk melakukan kebaikan atau kejahatan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepada manusia jalan yang lurus, dan terserahlah kepadanya sama ada mahu bersyukur atau kufur.” Al-Dahr ayat 3.

Tafsiran Kemudian Dia mematikan manusia dan memasukkannya ke dalam kubur. Kemudian bila Dia mahu, Dia membangkitkannya kembali.

Tafsiran Sesungguhnya setelah Allah menyediakan segala kemudahan dan menjamin manusia dapat menjalani kehidupan, kemudian Allah mencabut rohnya dan meletakkannya di dalam kubur untuk bersemadi, sebagai satu kemuliaan dan penghargaan Allah kepada jasad manusia.

Tafsiran Sekali-kali jangan, manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya.

Tafsiran Kemudian Allah mengkritik manusia (yang cuai) kerana kecuaian serta kekufurannya terhadap nikmat Allah. Sebahagian manusia terjerumus ke dalam kekufuran, yang lain terlibat dengan maksiat. Manakala segolongan yang lain pula melakukan perkara yang tidak menepati keutamaan atau melakukan perkara yang kurang berfaedah untuk dirinya.

Tafsiran Hanya segilintir sahaja yang dapat menunaikan perintah Allah. Ayat ini menggambarkan satu perkara yang pelik tentang sikap manusia yang menolak kebenaran Allah. Mereka merasakan nikmat-nikmat yang datang pada mereka itu sebenarnya hasil dari kesungguhan mereka sendiri.

Pedoman hidup dan hukum-hakam 1. Al-Quran adalah sebuah kitab peringatan dan nasihat. Ini merupakan bukti bahawa dalam Islam manusia mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan. 2. Al-Quran adalah kitab yang tinggi martabatnya di sisi Allah. Ia tetap terpelihara dalam lembaran yang mulia di sisi Allah, dengan kandungan yang penuh dengan ilmu dan hikmat.

Pedoman hidup dan hukum-hakam 3. Manusia dilaknat apabila ia kufur dan mendustakan Al- Quran. Setelah Allah berikan pelbagai jenis nikmat buat keperluan manusia itu sendiri. Seperti penciptaan manusia dan kubur tempat jasad mereka disemadikan. 4. sebahagian besar manusia cuai mengenai tanggungjawab terhadap hak Allah. Mereka tidak menunaikan hak Allah termasuk dalam hal-hal keimanan, ketaatan, penelitian terhadap dalil-dalil keangungan Allah dan lain-lain….

Bersambung