KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK BAB 1 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Objektif Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.
PENGENALAN Perbincangan yang terangkum dalam modul hubungan etnik ini memberikan tumpuan khususnya kepada bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang wujud dalam sesuatu masyarakat dengan negara itu. Dalam konteks ini, tumpuan adalah untuk mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia.
Hubungan Etnik di Malaysia Urutan sejarah Malaysia daripada selepas tamat Perang Dunia Kedua pada 1945 sehingga sekarang memaparkan tiga era penting jika diukur berdasarkan pola konflik, keamanan dan kestabilan dalam masyarakat pada setiap era tersebut. Era Konflik (1945-1960) Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970) Era Kesepaduan Sosial (1971-2011) Pada amnya keadaan di Malaysia adalah aman damai dengan hubungan etnik yang harmoni sesuai dengan hakikat, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula masyarakat pelbagai etnik, pasti sekali-sekala akan tercetus konflik dan pertelagahan.
ETNIK, RAS DAN IDENTITI ETNIK Scupin(2003) istilah etnik (ethnic) atau etnisiti (ethnicity) berasal daripada perkataan Yunani ‘ethnos’ (berasal daripada perkataan ‘ethnikos’) Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Yunani ataupun orang lain yang berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama. Pada abad ke-19, dalam pelbagai bahasa Eropah, perkataan ini dilihat sama dengan istilah ras yang mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.
ETNIK DAN RAS ETNIK Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. RAS Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal. Ras merupakan sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat oleh orang lain sebagai mempunyai keturunan yang membezakan mereka dari yang lain.
RAS CAUCASOID MONGOLOID AMERICAN INDIAN NEGROID AUSTROLOID
CAUCASOID ORANG-ORANG EROPAH ‘PUTIH’ Kulit Putih Hidung Mancung Bibir Nipis Mata Besar Rambut Lurus Tinggi
NEGROID ORANG-ORANG NEGRO ‘HITAM’ Kaki Kurus Kulit Hitam Bibir Tebal Mata Besar Rambut Kerinting Tinggi
MONGOLOID ORANG-ORANG ASIA ‘KUNING’ Badan Kecil Kulit Berwarna Hidung kurang mancung Mata agak kecil Rambut Lurus atau Kerinting
AUSTROLOID ORANG ASLI AUSTRALIA ‘KELABU’ Kulit kelabu Mata besar Rambut kerinting Hidung besar
AMERICAN INDIAN ORANG ASLI AMERIKA ‘RED INDIAN’ Kulit merah Bentuk muka bersegi Mata Besar Rambut lurus Hidung sederhana
ETNISITI, ETNOSENTRISME & RASISME Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. ETNOSENTRISME Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. RASISME Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.
KONSEP PREJUDIS, STEREOTAIP&DISKRIMINASI Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. STEREOTAIP Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik. DISKRIMINASI Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Tahap rendah-menglakkan diri, tahap tinggi-pembungan kerja, ethnic cleansing
MASYARAKAT & BANGSA MASYARAKAT BANGSA Kumpulan manusia berbeza yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. BANGSA Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia
TAHAP HUBUNGAN ETNIK Integrasi dan perpaduan adalah sesuatu yang komplek kerana melihat tahap perbezaan hubungan antara etnik. SEGREGASI Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
AKOMODASI Proses mempertahankan budaya masing2. A + B + C = A + B + C AKOMODASI Proses mempertahankan budaya masing2. Bebas mengamalkan budaya masing2. Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak dapat dielakkan....kekal dgn identiti masing2. Menerima; Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan. Menyedari & menghormati budaya etnik lain.
A + B + C = A ASIMILASI Cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat (biasanya migran dan minoriti) telah diserap oleh kebudayaan dominan tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap. Kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A.
Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: Etnik yang berbeza budaya. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
Faktor kejayaan asimilasi: Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. Kelompok minoriti adalah kecil. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. Faktor penghalang asimilasi: Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain. Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti
AMALGAMASI A + B + C = D Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Jenis 1: Percantuman budaya sahaja. Contoh 1: Masyarakat Portugis (Melaka). Kaedah 1: Budaya Portugis + Budaya Melayu Implikasi 1: Percantuman 2 budaya menghasilkan budaya baru.
AKULTURASI Ai + B + C = Ai + Bi + Ci Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan kelompok lain. Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan. Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok menerima.
UJI MINDA
xxx yyy A B PROSES IMPLIKASI Kelompok B telah menerima unsur kebudayaan dari Kelompok A. Kelompok B tidak hilang identiti. Kelompok B (minoriti) telah meminjam dan mengolah unsur kebudayaan dari Kelompok A (majoriti). Ubahsuai: Husain Mahmood, 1996
A B Kelompok ‘B’ terserap ke dalam kelompok ‘A’ Kelompok ‘B’ bercantum dan beridentiti Kelompok ‘A’ PROSES IMPLIKASI
MELAYU JAWA MINANGKABAU BUGIS BOYAN
BUDAYA & KEBUDAYAAN Kebudayaan didefinikan sebagai keseluruhan cara hidup yang wujud dalam sesuatu masyarakat. Jencks(1993) terdapat 4 cara pengunaan konsep kebudayaan. Dilihat sebagai satu pemikiran. Dikaitkan dengan tamadun Dilihat sebagai satu badan kolektif tentang seni dan kerja intelektual dalam masyarakat. Dilihat sebagai keseluruhan cara hidup manusia.
PLURALITI BUDAYA Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B dan C merujuk kepada budaya). KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA Boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’ antara cara hidup lama dengan cara hidup baru. Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat kejutan budaya.
CIRI-CIRI BUDAYA Dipelajari Dikongsi Sejagat Diwarisi Berubah Faktor perubahan budaya: Pertambahan bilangan anggota masyarakat. Pertambahan keperluan dan keinginan manusia. Penemuan dan penciptaan teknologi baru. Pertembungan budaya. Konflik yang berlaku. Perubahan alam sekitar.
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI PERPADUAN- satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga pada tanah air. INTEGRASI- satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan ,sosial, dan lokasi dalam satu unit politik.
Unsur integrasi termasuklah: Integrasi wilayah Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara wilayah maju dan mundur. Integrasi ekonomi Usaha-usaha mengurangkan jurang ekonomi antara etnik Integrasi kebudayaan Melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan Integrasi sosial Usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, perumahan,kesihatan Integrasi pendidikan Usaha mewujudkan satu sistem pendidikan yang sempurna dari tiga segi iaitu intelek, jasmani, rohani Integrasi politik Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik
Kesimpulan Konsep-konsep asas mengenai hubungan etnik melihat sejauh mana tahap hubungan etnik di Malaysia dan pastinya ia mengalami perubahan. Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya menghargai perpaduan yang telah dicapai.