PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN Kuliah 1 Pengenalan MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Pengenalan Aktiviti-aktiviti pelaburan amat penting kepada sesebuah negara terutamanya pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial Penjajaran aktiviti-aktiviti pelaburan dapat memperbaiki keadaan dan situasi ekonomi. Pelaburan awam dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat dan firma. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Definisi Pelaburan Swasta Pelaburan swasta ialah sebarang aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh sektor swasta yang bermotif-kan pemaksimuman keuntungan melalui aktiviti-aktiviti pelaburan dalam aset kewangan dan aset hakiki. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Definisi Pelaburan Awam Pelaburan awam ialah aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Ciri-Ciri Pelaburan Awam dan Swasta Perkara Pelaburan Swasta Pelaburan Awam Matlamat Maklumat harga Pelaksana Keputusan belanjawan Produk Penstabil Maksimum keuntungan. Sangat penting kerana maklumat ini akan menentukan jumlah hasil dan keuntungan firm. Firma atau gabungan firma. Keputusan berkaitan dengan belanjawan boleh dibuat dalam jangka pendek. Boleh nampak. Mekanisma pasaran. Maksimum kebajikan. Maklumat ini diperlukan untuk membuat pengubah-suaian peruntukan dan pem-biayaan. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Keputusan belanjawan memerlukan kelulusan dari-pada Parlimen dan keputusan dibuat agak lama melalui tahap-tahap tertentu. Boleh nampak dan tak nampak. Mekanisma politik. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Konsep Pelaburan Awam Perbelanjaan kerajaan (G) dibahagikan kepada dua jenis: perbelanjaan semasa (GS) perbelanjaan modal (GC). MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Perbelanjaan Semasa GS adalah perbelanjaan tak produktif iaitu segala bentuk per-belanjaan kerajaan yang tidak menghasilkan produk khusus. Contohnya perbelanjaan operasi kerajaan - gaji MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Perbelanjaan Modal GC adalah perbelanjaan produktif iaitu perbelanjaan yang digunakan secara langsung untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Contoh: perbelanjaan pembangunan kerajaan iaitu perbelanjaan pembangunan ekonomi dan perbelanjaan pembangunan sosial. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Matlamat Pelaburan Awam Pengalokasian Penstabilan Penyediaan barang-barang sosial Agihan semula kekayaan dan pendapatan Pembentukan modal Penyediaan peluang-peluang pekerjaan MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Pengalokasian Pelaburan awam secara umum-nya cenderung untuk memberi faedah kepada pengeluaran me-lalui alokasi sumber-sumber antara penggunaan dan kawasan yang berbeza MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Pengalokasian Pelaburan awam menyebabkan pengalihan sumber-sumber ekonomi dari satu penggunaan kepada penggunaan yang lain. Contohnya projek lebuhraya UTARA-SELATAN. Pelaburan awam dapat mengeksploit sumber-sumber yang tidak digunakan dalam ekonomi. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Pengalokasian Pelaburan awam meningkatkan kuasa produktif. Pelaburan awam membolehkan alokasi sumber antara masa sekarang dan masa hadapan. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Penstabilan Pelaburan swasta, pelaburan awam juga bertindak sebagai pen-stabil kepada turun-naik prestasi ekonomi. Pelaburan awam menjadi pelawan kepada kitaran ekonomi. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Penstabilan Lihat kepada fungsi G dalam pengukuran pertumbuhan ekonomi. [1.1] [1.2] di mana; C = penggunaan, I = pelaburan swasta, G = perbelanjaan kerajaan, X = eksport dan M = import. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Rajah 1: Keseimbangan Perbelanjaan Aregat dan Penawaran Agregat Penstabilan Rajah 1: Keseimbangan Perbelanjaan Aregat dan Penawaran Agregat AS dan AE AS AE1=C+I+G1+(X-M) E1 AE0=C+I+G0+(X-M) E0 KDNK Y1 Y2 MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Pengiraan KDNK MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Penyediaan Barang-Barang Sosial Kerajaan menanggung sejumlah perbelanjaan khususnya perbelanjaan modal untuk mengeluarkan barang-barang awam bagi memenuhi keperluan dan kehendak sosial. Contoh: bekalan air bersih dan bekalan elektrik. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Penyediaan Barang-Barang Sosial Kerajaan menghasilkan barang-barang yang dikategori sebagai barang-barang modal overhed sosial (social overhead capital). Contoh: kesihatan, pendidikan, kemudahan pengangkutan dan komunikasi, perumahan, pembinaan jambatan, terusan dan terowong, jalan raya. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Agihan Semula Pendapatan dan Kekayaan Pelaburan awam merupakan instrumen penting bagi memperbaiki ketakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan. Penyediaan barang-barang modal overhed sosial dapat memperbaiki agihan pendapatan dan kekayaan. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Agihan Semula Pendapatan dan Kekayaan Kesan pelaburan awam dalam mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan ber-gantung kepada jenis-jenis perbelanjaan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan. Ada sesetengah perbelanjaan pelaburan memberi faedah hanya kepada segelintir individu, sektor dan negeri. Sesetengah yang lain pula memberi faedah kepada keseluruhan masyarakat, sektor, negeri dan negara. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Pembentukan Modal Kadar pembentukan modal sesebuah negara dapat dipercepatkan melalui pelaburan awam. Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan menyumbang kepada stok tambahan aset modal fizikal. Dalam hal ini, kerajaan boleh melakukan pelaburan langsung dalam sektor barang-barang modal. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Program Luar Kampus, UUM 2008/2009 Pembentukan Modal Penciptaan barang-barang modal overhed sosial sebenarnya membantu dalam aktiviti-aktiviti pembentukan modal dalam sektor swasta. Pembentukan modal swasta sangat penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kepentingan modal swasta ditunjukkan dalam Model Harrod-Domar. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009
Penyediaan Peluang-Peluang Pekerjaan Peningkatan aktiviti-aktiviti pelaburan awam menyebabkan pertumbuhan ekonomi. Ekonomi yang makmur sudah tentu menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. MGF2223 Pelaburan Awam Program Luar Kampus, UUM 2008/2009