KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016 PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN
PENTAKSIRAN Satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dihasratkan
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BENTUK PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENTAKSIRAN SEKOLAH PENTAKSIRAN PUSAT PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PENTAKSIRAN PAJKSK
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran.
PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH PENTAKSIRAN FORMATIF PENTAKSIRAN SUMATIF Memantau perkembangan murid secara berterusan. Maklumat yang diperoleh digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan PdP. Kelemahan murid perlu dikenal pasti supaya dapat dipulihkan sebelum kelemahan ini terkumpul sehingga sukar diatasi. memberi lebih impak kepada pembelajaran dan pencapaian murid Dijalankan pada akhir suatu tempoh pembelajaran dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.
PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN FORMATIF & SUMATIF Assessment for learning Semasa PdP Tidak digredkan Penekanan pada proses Pelaporan dalam bentuk deskriptif Berterusan Maklumat membantu meningkatkan kualiti PdP Assessment of learning Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran Digredkan Penekanan pada produk Pelaporan dalam bentuk skor/gred Berkala Maklumat menunjukkan tahap pencapaian murid
APAKAH TUJUAN PENTAKSIRAN Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta Pengukuhan dan pengayaan Pemulihan dan bimbingan Meningkatkan pembelajaran murid, bukan untuk melabel dan membandingkan antara murid
BAGAIMANA DATA PENTAKSIRAN DIHASILKAN ? Guru diberi kuasa untuk menetukan tahap penguasaan murid Guru merujuk kreteria standard prestasi yang telah ditetapkan di dalam DSKP setelah guru sudah menyampaikan Standard Kandungan atau keseluruhan Standard Pembelajaran
TAHAP PENGUASAAN KRITERIA PENCAPAIAN YANG BERASASKAN SETIAP KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN
APAKAH KEPENTINGAN PELAPORAN KEPADA GURU? Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid Menilai keberkesanan PdP Membantu memperbaiki PdP Membantu perancangan tindakan susulan
APAKAH KEPENTINGAN PELAPORAN KEPADA MURID? Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat: Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi
Tafsiran Standard Prestasi Secara Umum TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Pembinaan item mengikut Tahap Penguasaan
AKTIVITI BENGKEL Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan Dalam kumpulan, anda diminta memilih satu kelompok dalam DSKP Kemudian anda berbincang dalam kumpulan untuk membina item mengikut Tahap Penguasaan daripada kelompok yang telah dipilih.
PELAPORAN PENTAKSIRAN DSKP
FORMAT PELAPORAN OFFLINE MUDAH TIDAK MEMBEBANKAN GURU EXCELL TEMPLETE DISEDIAKAN (BPK)
TATACARA PENGURUSAN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH
Isikan maklumat pada bahagian ini Isikan maklumat murid mengikut kelas Tahap penguasaan diisi setelah guru selesai mengajar sesuatu standard kandungan
Contoh paparan pelaporan untuk cetakan Tarikh pelaporan perlu diisi secara manual Laporan murid disediakan secara automatik
Contoh paparan graf pelaporan bagi setiap tajuk Graf pelaporan disediakan secara automatik
Data Pernyataan Tahap Penguasaan adalah kunci utama kepada templete pelaporan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Terima Kasih