Perancangan Korpus Bahasa Melayu

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Advertisements

KAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ Adi Yasran Abdul Aziz
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
MESYUARAT KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM Sem 2 – Sesi 2016/2017 Dr. Azman Bin Hasan.
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
ISU-ISU KOKURIKULUM.
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Perancangan Program di Malaysia
PGA103.
Definisi: Perancangan
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
TAKLIMAT PEROLEHAN JUDUL SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Dr. Hasnah Mohamad KULIAH M8 PERISTILAHAN Dr. Hasnah Mohamad
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
HAK CIPTA DAN INSENTIF BBU.
DASAR SOSIAL NEGARA.
LEMBAGA AKREDITASI NEGARA
PERKAMUSAN DEFINISI Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
MESYUARAT KURIKULUM 1 29 DISEMBER 2015.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Hubungan Etnik ZT1042 DR ABDUL SALAM YUSSOF /
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA
Perjumpaan Bersemuka Pertama Semester Kedua Sesi 2010/2011
AUDIT BAHASA MELAYU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM BAGI SESI 2013/2014 URUS SETIA: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ PM Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
FAIL MEJA.
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
Isu-isu Bahasa Melayu Adi Yasran Abdul Aziz.
Definisi: Perancangan
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 942 GEOGRAFI
PERKAMUSAN DEFINISI Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata.
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
SISTEM PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
MELAYU ISLAM BERAJA Pengenalan & rasional Zatil Ridh'wah Hj Darot.
Dr. Hasnah binti Mohamad /
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
BENGKEL PENGURUSAN FAIL PANITIA SEKOLAH RENDAH
Transcript presentasi:

Perancangan Korpus Bahasa Melayu Nota Kuliah BBM5103 Adi Yasran Abdul Aziz

Pengenalan Perancangan korpus bahasa Melayu sebagai bahasa moden untuk mengisi keperluan pembangunan negara telah dilakukan secara terancang apabila Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956, mula-mula sebagai jabatan kerajaan dan kemudian dengan lulusnya Akta DBP 1959, bertukar tarafnya menjadi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Perancangan korpus bahasa yang dikenali juga dengan nama pembinaan bahasa dilakukan dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.

Perancangan Korpus Ejaan Usaha pengemaskinian sistem ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak selarasnya beberapa sistem ejaan Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang sedia ada sejak tahun 1940-an ialah sistem ejaan Za`ba, tetapi kemudian ada pula sistem ejaan Universiti Malaya, sistem ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan versi lain yang digunakan oleh pelbagai pihak lain yang sesuai pula dengan semangat penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia untuk memenuhi kerjasama dan persefahaman serantau.

Perancangan Korpus Ejaan Sistem ejaan Rumi baharu yang dirasmikan ialah sistem ejaan yang diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu) dengan Pemerintah Indonesia (yang diwakili oleh Panitia Kerjasama Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama kebahasaan antara negara, iaitu Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada tahun 1972. Pengisytiharan Sistem Ejaan Rumi Baru (di Indonesia disebut sebagai Sistem Ejaan Yang Disempurnakan) berlangsung secara serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, majlis pengisytiharan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Hussein.

Perancangan Korpus Ejaan Dengan adanya sistem ejaan Rumi yang dikemaskinikan itu, segala dokumen pentadbiran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan untuk segala bentuk komunikasi tertulis diasaskan pada satu sistem ejaan yang relatif seragam dan hal ini membantu berlangsungnya komunikasi yang cekap dan berkesan, khususnya dalam pelaksanaan pentadbiran negara dan sistem pendidikan negara. Sebagai pedoman kepada masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku dan risalah, antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan – Jawi (2001).

Perancangan Korpus Ejaan Dalam konteks persefahaman dan kerjasama serantau dan antarabangsa, sistem ejaan Rumi itu, selain dirasmikan di Malaysia dan di Indonesia, telah diterima sebagai sistem ejaan yang rasmi di Brunei Darussalam dan di Singapura, dan diterima sebagai ejaan yang baku di Thailand Selatan dan di Kemboja serta di kira-kira 30 buah negara sedunia. Negara-negara ini kebanyakannya mempunyai pusat pengajian Melayu/Indonesia. Sejak tahun 2000, mereka menjadi anggota Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebagai urus setianya.

Perancangan Korpus Ejaan Selain usaha menyempurnakan sistem ejaan Rumi yang menjadi ejaan rasmi, usaha dilakukan juga untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi dan meluaskan penggunaannya dalam bidang-bidang tertentu, khususnya dalam bidang pendidikan dan di tempat awam. Pada tahun 1984 Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Konvensyen Tulisan Jawi dan bertitik tolak daripada konvensyen itu telah diusahakan pengemaskinian sistem ejaan Jawi hingga dapat diterbitkan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dan daftar kata lengkapnya dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi, 2001 dan edisi keduanya 2008 dengan cetakan terkini 2016.

Perancangan Korpus Ejaan Untuk kegunaan yang lebih berkesan dan praktis, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan usaha sama pihak swasta telah menerbitkan perisian komputer Dewan Eja yang merupakan penyemak ejaan Rumi bahasa Melayu. Semakan ejaan Rumi dan Jawi juga boleh disemak melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dalam talian http://prpm.dbp.gov.my/ yang telah beroperasi sejak 2008.

Perancangan Korpus Peristilahan Usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun 1957, dengan dua bidang terawalnya Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan Teknik. Pembinaan istilah dalam pelbagai bidang ini semakin rancak dilakukan selepas penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972.

Perancangan Korpus Peristilahan Pihak Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) telah menghasilkan Panduan Penyusunan Kamus Istilah. Versi yang Panduan Penyusunan Kamus Istilah disepakati oleh kedua-dua negara telah diluluskan dalam sidang ke-19 MBIM yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Sehingga kini, istilah yang terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah jumlah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional (Bidang istilah yang sedang diupayakan di peringkat Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia berjumlah 250 bidang).

Perancangan Korpus Peristilahan Jumlah buku istilah dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja ialah 199 judul. Seluruh peringkat dalam sistem pendidikan negara telah pun memanfaatkan penggunaan istilah yang digubal untuk penyampaian dan pengembangan ilmu kepada pelajar semua peringkat itu.

Perancangan Korpus Peristilahan DBP telah membina satu bentuk perkhidmatan melalui komputer yang dinamakan BIKOMTA. Melalui program ini, orang ramai dapat berinteraksi dengan DBP mengenai kemusykilan bahasa, terutama dalam pencarian istilah. Dalam sidang ke-31 MABBIM pada tahun 1992 di Langkawi, pihak DBP telah mengadakan satu demonstrasi kepada perwakilan dan tetamu tentang cara menggunakan BIKOMTA ini.

Perancangan Korpus Peristilahan Daripada hampir seluruh bidang ilmu moden yang digubal istilahnya itu, baik dalam bidang ilmu sains sosial mahupun ilmu sains tabii, terdapat bidang baharu yang berkaitan dengan kemajuan negara yang mutakhir, iaitu aeroangkasa, kejuruteraan kapal terbang dan kejuruteraan automotif. Pengerusi Jawatankuasa Istilah Aeroangkasa, Dr. Ahmad Sabirin merupakan pakar yang mereka bentuk, melancarkan dan mengoperasikan mikrosatelit pertama Malaysia, iaitu TiungSAT-1.

Perancangan Korpus Peristilahan Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan keperluan terhadap istilah bidang ilmu dan profesional yang baharu terus-menerus ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pakar-pakar ilmu. Kebanyakan mereka terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.

Perancangan Korpus Peristilahan Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya berupaya menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif melakukan penggubalan istilah, menyusun glosari dan kamus istilah. Mereka turut mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga dalam pengurusan institusi profesional masing-masing.

Perancangan Korpus Peristilahan Dalam usaha memperluas sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka sudah pun merancang dan memulakan gerak langkah melibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional itu dalam penghasilan karya ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedia dalam bidang masing-masing, iaitu sebagai peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan terancang itu, penghasilan karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan diharapkan dapat memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.

Perancangan Korpus Peristilahan Pembentukan istilah dilakukan berdasarkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh DBP sendiri sejak tahun 1975 lagi dengan edisi dan cetakan terkini pada tahun 2005. Dalam edisi baharu 2005 ini terdapat cara memanfaatkan istilah asing, iaitu “…Demi keseragaman, sumber rujukan (bagi pembentukan istilah) yang diutamakan ialah istilah Inggeris yang juga merupakan istilah antarabangsa…”

Perancangan Korpus Kosa Kata Usaha merakamkan kekayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu secara terancang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bermula sejak awal tahun 1960-an. Namun lama sebelum itu kekayaan kosa kata bahasa Melayu telah dirakamkan oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar dan kamus. Misalnya Daftar Kata Melayu – Cina (abad ke-15), Kamus Melayu – Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, Kamus Melayu – Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictionary of the Malay Language oleh Marsden pada tahun 1821, dan beberapa buah kamus lain oleh R.J. Wilkinson (1901, 1908, 1932), W.G. Shellabear (1902, 1916) dan R.O. Winstedt (1913).

Perancangan Korpus Kosa Kata Usaha pertama Dewan Bahasa dan Pustaka yang bermula pada tahun 1964 terhasil pada tahun 1970 dengan terbitnya Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa bahasa Melayu yang dianggap berwibawa sebagai rujukan. Kamus yang entrinya berjumlah kira-kira 30,000 patah itu kemudian diterbitkan dalam edisi baharu pada tahun 1984 dan 1989 (masing-masing dengan tambahan 900 entri dan 2,000 entri), edisi ketiganya pada tahun 1994 (dengan tambahan 6,000 entri) dan edisi keempatnya pada tahun 2005.

Perancangan Korpus Kosa Kata Kamus Dewan edisi keempat (terkini) memaparkan: Sekitar 82 900 kata masukan (34 578 entri, 24 180 subentri, dan 24 142 frasa entri). Tedapat 5843 kata masukan baharu yang berupa: kata umum Istilah umum pelbagai bidang dan ilmu kata serapan Arab kata slanga dan 375 kata yang mengalami peluasan makna Pengemaskinian ejaan. Pembaikan takrif, bersesuai dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu.

Perancangan Korpus Kosa Kata Untuk pelajar sekolah menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun dan menerbitkan Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975, sementara untuk pelajar sekolah rendah disusun dan diterbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989 dan pada tahun 2002 ini dijangka terbit edisi baharunya dengan judul Kamus KBSR Dewan. Kamus ekabahasa bahasa Melayu yang dirancang memuatkan entri yang paling banyak, iaitu Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan sedang disusun dan dijangka terbit pada tahun 2019.

Perancangan Korpus Kosa Kata Untuk keperluan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (1979, edisi kedua 2001)), Kamus Inggeris - Melayu Dewan (1991), dan Kamus Inggeris – Melayu Dewan Edisi Ringkas (1995). Kamus dwibahasa terkini yang telah berjaya disusun ialah Kamus Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris.

Perancangan Korpus Kosa Kata Kamus dwibahasa lain yang telah terbit ialah Kamus Perancis – Melayu (1996) dan kini sedang diusahakan edisi keduanya. Yang sedang disusun ialah Kamus Bahasa Mandarin – Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Tamil – Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Thai – Bahasa Melayu dan Kamus Bahasa Khmer – Bahasa Melayu. Kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pula telah mencapai jumlah lebih daripada 24 judul setakat ini dan banyak lagi yang dalam proses penerbitan dan penyusunan.

Perancangan Korpus Kosa Kata Menurut kajian yang telah dibuat tentang kepustakaan kamus Melayu di Malaysia, setakat ini tidak kurang daripada 552 judul kamus telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit di negara ini. Untuk memastikan pengembangan bahasa Melayu yang lebih berkesan, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama swasta telah menerbitkan kamus elektronik, iaitu Kamus Telapak BESTA DBP-1 (1998) dan Kamus Pena Quicktionary (2000).

Perancangan Korpus Tatabahasa Tatabahasa Melayu sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan proses pembinaan kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana Eropah, iaitu Belanda dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah yang dilakukan oleh Za’ba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga jilid telah membantu memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku tersebut menjadi rujukan utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan Rumi baharu.

Perancangan Korpus Tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993). Selain itu, banyak buku dan risalah tatabahasa lain yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain.

Perancangan Korpus Tatabahasa Buku Tatabahasa Dewan terkini Edisi ketiga (2008) merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana.

Perancangan Korpus Tatabahasa Sesuai dengan keperluan semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan Universiti Multimedia telah menerbitkan CD-Rom Tatabahasa Melayu yang interaktif sifatnya dan dirancang pelancarannya oleh Canselor Universiti Multimedia dalam bulan Julai 2002. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka turut menerbitkan sejumlah buku tatabahasa lain, antaranya yang luas digunakan oleh pelajar di pusat pengajian tinggi termasuklah Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar.

Perancangan Korpus Tatabahasa DBP juga telah menerbitkan beberapa jilid buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah rendah dan Menengah sekitar tahun 2014-2016. Penerbitan buku lain DBP yang terkini yang berkait dengan tatabahasa ialah Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (2016), Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik dan Betul oleh Asmah Haji Omar (2018) dll.

Perancangan Korpus Sebutan Usaha membakukan sebutan bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan dirumuskan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1984 telah mula menggerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan rumusan Kongres.

Perancangan Korpus Sebutan Bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di sekolah pada tahun 1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya termasuklah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa Melayu (berserta kaset) dan DaftarKata Bahasa Melayu: Rumi – Sebutan – Jawi.

Perancangan Korpus Laras Laras bahasa berkaitan dengan pelbagai bentuk penggunaan bahasa menurut bidang-bidang khusus, misalnya bahasa dalam bidang undang-undang, bahasa dalam bidang sains, bahasa dalam bidang kewartawanan, bahasa dalam bidang pentadbiran dan sebagainya. Pengayaan laras bahasa Melayu dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan juga penerbitan karya kreatif.

Perancangan Korpus Laras Dari permulaan pembabitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penerbitan, hampir 10,000 judul buku telah berhasil diterbitkan. Daripada koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (1966 – 2001), sejumlah 105,898 judul direkodkan sebagai buku yang didaftarkan di bawah Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966. Walaupun jumlah lebih seratus ribu judul itu turut merangkum buku dalam bahasa lain, 60,474 judul merupakan terbitan dalam bahasa Melayu.

Kesimpulan Perbincangan perancangan korpus di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat usaha yang gigih untuk memantapkan pembinaan atau korpus bahasa tersebut dan masih diteruskan hingga sekarang. Usaha tersebut melibatkan perancangan dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.