TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER OLEH: PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH JABATAN PENDIDIKAN KAUNSELOR & PSIKOLOGI KAUNSELING FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR MALAYSIA TEL.: +603-89468118, +603-89468167 (OFFICE) 012-2126312 (HP) FAX: +603-89435386 E-MAIL: smn@educ.upm.edu.my smnoah@hotmail.com
LATAR BELAKANG TEORI TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER DIPERKENALKAN OLEH DONALD E. SUPER. TEORI INI DIPENGARUHI OLEH TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA GINZBERG, MALAHAN TEORI INI ADALAH KEMBANGAN DARIPADA TEORI GINZBERG SEBUAH TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA ATAU TEORI PENDEKATAN PROSES TEORI INI MEMBERI FOKUS KEPADA KONSEP KENDIRI INDIVIDU YANG DIKENALI SEBAGAI KONSEP KENDIRI KERJAYA
PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI IAITU SATU PROSES APABILA INDIVIDU MELIHAT PERBEZAAN DIRINYA DENGAN ORANG LAIN MENTERJEMAH KONSEP KENDIRI IAITU MENTERJEMAH KONSEP KENDIRI KE DALAM ISTILAH PEKERJAAN PELAKSANAAN KONSEP KENDIRI IAITU KEPERLUAN LATIHAN PROFESIONAL BAGI SATU-SATU KERJAYA YANG TELAH DIPILIH
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA FAKTOR EKONOMI: TERMASUK EDARAN PERDAGANGAN, PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN PEPERANGAN FAKTOR SOSIAL: TERMASUK STATUS SOSIO-EKONOMI, TARAF PENDIDIKAN, KEWARGANEGARAAN, BANGSA, AGAMA DAN JANTINA FAKTOR PSIKOLOGI: TERMASUK WARISAN BIOLOGI, KECERDASAN, BAKAT ISTIMEWA DAN NILAI
PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI PERINGKAT PERTUMBUHAN PERINGKAT PENEROKAAN PERINGKAT PENGUKUHAN PERINGKAT PENGEKALAN PERINGKAT PENURUNAN
PERINGKAT PERTUMBUHAN UMUR ANTARA 0 HINGGA 14 TAHUN DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU MEMBENTUK KONSEP KENDIRI DENGAN MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ORANG LAIN KONSEP KENDIRI IALAH BAGAIMANA INDIVIDU MELIHAT DAN MENILAI DIRINYA SENDIRI
PERINGKAT PENEROKAAN UMUR ANTARA 15 HINGGA 24 TAHUN DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU MENEROKA DIRI IAITU MENEROKA KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI ATAU MENEROKA POTENSI DIRI INDIVIDU MULA MENGENALI DUNIA PEKERJAAN
PERINGKAT PENGUKUHAN UMUR ANTARA 24 HINGGA 44 TAHUN DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU CUBA MENDAPATKAN SUATU KONSEP KENDIRI KERJAYA YANG LEBIH TERJAMIN INDIVIDU SUDAH TERLIBAT DALAM PEKERJAAN
PERINGKAT PENGEKALAN UMUR ANTARA 45 HINGGA 64 TAHUN DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU TELAH KUKUH KEDUDUKANNYA DAN AKAN MENGEKALKAN KONSEP KENDIRINYA KEDUDUKAN INDIVIDU DALAM KERJAYA SUDAH KUKUH MISALNYA SEBAGAI KETUA PENGARAH, PENGARAH, KETUA JABATAN, PENGETUA, GURU KANAN DAN GURU PAKAR
PERINGKAT PENURUNAN UMUR 65 TAHUN KE ATAS DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU KEKURANGAN TENAGA INDIVIDU MENUKAR KONSEP KENDIRI KEPADA KONSEP KENDIRI YANG LEBIH SESUAI PENCEN ATAU TERLIBAT DENGAN PEKERJAAN BARU YANG LEBIH SESUAI
EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI EDARAN MAXI ADALAH EDARAN PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI YANG UTAMA IAITU PERTUMBUHAN, PENEROKAAN, PENGUKUHAN, PENGEKALAN DAN PENURUNAN EDARAN MINI ADALAH EDARAN KECIL YANG BERLAKU DALAM EDARAN UTAMA
EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI PERTUMBUHAN PENEROKAAN PENURUNAN PENGUKUHAN PENGEKALAN EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI
RUMUSAN UTAMA TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER MANUSIA BERBEZA-BEZA DARIPADA SEGI KEBOLEHAN, MINAT DAN PERSONALITINYA OLEH KERANA CIRI-CIRI INI, SETIAP INDIVIDU BERKELAYAKAN UNTUK MELAKUKAN BEBERAPA JENIS PEKERJAAN TIAP-TIAP PEKERJAAN MEMERLUKAN CORAK-CORAK TERTENTU KEBOLEHAN, MINAT DAN TRET-TRET PERSONALITI; NAMUN DENGAN TOLERENSI YANG AGAK LUAS MEMBENARKAN BEBERAPA JENIS PEKERJAAN UNTUK SETIAP INDIVIDU DAN BEBERAPA JENIS INDIVIDU DALAM SETIAP PEKERJAAN
RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN PEMILIHAN KERJAYA DAN KECEKAPAN, SITUASI DI MANA INDIVIDU TINGGAL DAN BEKERJA SERTA KONSEP KENDIRI INDIVIDU BERUBAH MENGIKUT MASA DAN PENGALAMAN, MENJADIKAN PROSES PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN SEBAGAI SATU PROSES YANG BERTERUSAN
RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN PROSES PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN INI BOLEHLAH DIKATAKAN SEBAGAI PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI PERINGKAT PERTUMBUHAN, PENEROKAAN, PENGUKUHAN, PENGEKALAN DAN PENURUNAN
RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN CORAK SEMULAJADI KERJAYA IAITU PERINGKAT PEKERJAAN YANG DICAPAI DAN URUTANNYA, KEKERAPAN SERTA JANGKAMASA KERJA PERCUBAAN DAN TETAP ADALAH DITENTUKAN OLEH ARAS SOSIO-EKONOMI IBU BAPA, KEBOLEHAN MENTAL, CIRI-CIRI PERSONALITI DAN PELUANG-PELUANG YANG TERDEDAH KEPADA INDIVIDU
RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN PERKEMBANGAN DALAM PERINGKAT KEHIDUPAN BOLEH DIBIMBING SEBAHAGIAN BESARNYA DENGAN MEMPERCEPATKAN PROSES KEMATANGAN, KEBOLEHAN DAN MINAT DAN SEBAHAGIANNYA LAGI DENGAN MEMBANTU PENGUJIAN REALITI DAN PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI INDIVIDU
RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN PROSES PERKEMBANGAN KERJAYA SEBENARNYA ADALAH PROSES PEMBENTUKAN DAN PERLAKSANAAN KONSEP KENDIRI. IA ADALAH SATU PROSES KOMPROMI DI MANA KONSEP KENDIRI ADALAH HASIL DARIPADA INTERAKSI KECENDERUNGAN, WARISAN SISTEM NEURAL DAN ENDOKRIN, PELUANG-PELUANG UNTUK MEMAINKAN BEBERAPA PERANAN DAN PENILAIAN MENGENAI SEJAUHMANA HASIL PERANAN DIPERSETUJUI OLEH KETUA DAN RAKAN SEKERJA
RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN PROSES KOMPROMI ANTARA INDIVIDU DENGAN FAKTOR-FAKTOR SOSIAL DAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN REALITI ADALAH SATU MAIN PERANAN; SAMA ADA PERANAN YANG DIMAINKAN ITU SECARA KHAYALAN SEPERTI YANG BERLAKU DALAM TEMUDUGA KAUNSELING ATAU DALAM AKTIVITI KEHIDUPAN SEBENAR SEPERTI DI DALAM KELAS DI SEKOLAH, DI KELAB-KELAB PEKERJAAN SAMA ADA PEKERJAAN SEPARUH MASA ATAU PEKERJAAN TETAP
RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KEPUASAN HIDUP BERGANTUNG KEPADA SEJAUHMANA INDIVIDU MEMPEROLEH JALAN KELUAR YANG MENCUKUPI UNTUK MENYALURKAN KEBOLEHANNYA, MINATNYA, TRET-TRET PERSONALITINYA SERTA NILAI-NILAINYA; JUGA BERGANTUNG KEPADA KEMANTAPAN DALAM SESUATU JENIS PEKERJAAN, SITUASI KERJA DAN CARA KEHIDUPAN DI MANA IA BOLEH MEMAINKAN BEBERAPA PERANAN YANG DIANGGAP OLEHNYA SEPADAN DAN SESUAI DENGAN PERTUMBUHAN DAN PENGALAMAN PENJELAJAHANNYA
SEKIAN SAHAJA MENGENAI TEORI SUPER TERIMA KASIH