PERINTAH AM BAB E RUMAH & BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH AM KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN STAF 26 MAC 2014 DEWAN AL-GHAZALI, PUSAT ISLAM.
Advertisements

WAKTU BEKERJA DAN WAKTU BEKERJA LEBIH MASA 1974
DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR
Disediakan oleh: Kumpulan 3
UNIT PENYELIDIKAN DAN TUNTUTAN STAF SEKSYEN BAYARAN
Bengkel Modul Penamatan Perkhidmatan
TAKLIMAT KEWANGAN OLEH : BAHAGIAN KEWANGAN JKR PAHANG
KEMUDAHAN & ELAUN.
ASPEK-ASPEK PERKHIDMATAN
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, 2012
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Gaji, Elaun dan Faedah Persaraan
TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA, elaun pemangkuan dan elaun penanggungan kerja Oleh : JANM Negeri Kedah.
PERANAN PEGAWAI ASET Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
TATACARA SURCAJ.
PERINTAH AM BAB C CUTI.
PENGELASAN SURATAN RASMI
TAKLIMAT KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
PERINTAH AM BAB A, B, C, D, E, F DAN G
MODUL 1 KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD.
TATACARA SURCAJ.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, 2012 {P.U.(A) 1}
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
Program Bimbingan PTK Perlembagaan Universiti, Akta Universiti & Kolej Universiti, Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Statut-Statut.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013
PENGURUSAN KEHILANGAN ASET ALIH KERAJAAN
TINGKATAN 5 BAB DUA INSURANS.
PERINTAH AM BAB ‘C’ JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Peraturan Dalam Pendidikan
Penukaran Skim KWSP Ke Skim Pencen
TAKLIMAT AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (AKTA 652)
PERINTAH AM BAB ‘E’: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
Sebut harga dari syarikat dan katalog berkaitan.
Tatacara Pengeluaran Bayaran
ELAUN ELAUN DALAM PERKHIDMATAN [PERINTAH AM BAB ‘B’]
HUKUMAN TATATERTIB.
UPM TALENT APPRECIATION & CULTURE TRANSFORMATION PROGRAMME (UPMTACT)
PERINTAH-PERINTAH AM BAB G
LEBIH MASA.
SISTEM PERAKAUNAN [TERIMAAN] INTURA, Sungai Petani, Kedah
HUKUMAN TATATERTIB.
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM EJENSI HARTA TANAH
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM
TATACARA SURCAJ.
PERINTAH AM.
Sub Modul Keberadaan Guru
Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah di IPTA
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
TATACARA PROSIDING JENAYAH DAN PERINTAH TAHANAN.
Pelupusan Bahan Perpustakaan
PRINSIP TAHAN KERJA DAN GANTUNG KERJA.
SISTEM PEMBAYARAN.
PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH.
KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI
Highlights PR1.1/2013.
HUKUMAN TATATERTIB.
PAS PENGENALAN AM.
BADAN PEMERINTAHAN I: EKSEKUTIF DATIN DR. SARVINDER KAUR
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
ANUGERAH JASA BAKTI (AJB) DAN ANUGERAH JASA SETIA (AJS)
BADAN PEMERINTAHAN I: EKSEKUTIF DATIN DR. SARVINDER KAUR
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2012 NUR FADZLIANA BINTI HASAN.
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
Transcript presentasi:

PERINTAH AM BAB E RUMAH & BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Bab E RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. (Berkuatkuasa mulai dari 1hb. Februari, 1974)

Tafsiran. Dalam bab ini: “Keluarga Pegawai” bermakna bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. “Ketua Jabatan” termasuk juga Ketua Setiausaha kepada Kementerian dan Ketua Pejabat tempatan, yayasan atau cawangan kecil sesebuah Jabatan. “Pegawai Perumahan” bermakna pegawai yang dilantik untuk memperuntukkan rumah-rumah kediaman Kerajaan atau yang disewa oleh Kerajaan dan termasuk seorang Ketua Jabatan bagi rumah-rumah khas Jabatan atau lain-lain pegawai yang ditugaskan memperuntukkan rumah Kerajaan. “Rumah biasa Kerajaan” bermakna mana-mana rumah yang lain daripada rumah khas Jabatan atau rumah khas jawatan. “Rumah khas Jabatan” bermakna sesebuah rumah yang didirikan khas oleh Jabatan untuk kediaman seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja atau di satu tempat tertentu dalam daerah tempat ia bertugas. (vi) “ Rumah khas Jawatan” bermakna sebarang rumah yang dikhaskan untuk seseorang pemegang jawatan tertentu seperti yang ditetapkan.

(a) Kerajaan tidak menyediakan rumah RUMAH-RUMAH KEDIAMAN (a) Kerajaan tidak menyediakan rumah Kerajaan tiada bertanggungjawab untuk menyediakan rumah-rumah kediaman bagi pegawai-pegawainya melainkan sekadar yang dinyatakan dalam Perintah Am 3. (b)Ketua Jabatan boleh arah pegawai pindah rumah. Walau bagaimanapun, di mana Kerajaan ada menyediakan rumah-rumah kediaman yang berhampiran dengan tempat bertugas pegawai-pegawai dengan tujuan supaya mereka tinggal di situ, atau kerajaan mendirikan rumah-rumah khas untuk sesebuah Jabatan, maka Ketua Jabatan boleh menghendaki seseorang pegawai itu tinggal di rumah tersebut jika ini adalah untuk kepentingan perkhidmatan.

(a)Pegawai yang boleh disediakan rumah. Kerajaan, atas budibicaranya sendiri dan dengan syarat ada rumah-rumah kediaman yang kosong, boleh memperuntukkan rumah-rumah kediaman bagi pegawai-pegawai yang berikut sahaja: (i) Rumah Khas Jawatan (1) Pegawai-pegawai Tingkatan Utama termasuk Ketua Setiausaha Negara; dan (2) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah-rumah khas kerana jawatan mereka yang bersesuaian untuk kediaman mereka.

(ii) Rumah Khas Jabatan Pegawai-pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja mereka. (iii) Rumah Biasa Kerajan Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kawasan-kawasan yang terpencil di mana rumah-rumah persendirian yang sesuai untuk disewa tidak diperolehi.

(iv) Rumah Kediaman Luar negeri (a)Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kedutaan-kedutaan atau pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia di seberang laut. (b)Bagi pegawai-pegawai di (iv) (a) di atas, Kerajaan boleh memberi mereka sewaan yang berpatutan sebagai ganti menyediakan perumahan, ataupun menyewakan rumah-rumah yang bersesuaian untuk kediaman mereka.

Pegawai boleh menyewa rumah kerajaan Di mana Kerajaan telah sedia ada mempunyai rumah-rumah kediaman yang kosong, pegawai-pegawai yang berkerja dalam kawasan tersebut adalah layak memohon untuk mendiami rumah-rumah tersebut mengikut peraturan dan syarat-syarat kelayakan. (a)Kerajaan berhak memperuntukkan rumah Walau apapun peruntukan lain dalam bab ini, kerajaan berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada mana-mana pegawai yang difikirkannya sesuai untuk mendapatkan rumah, atau menyuruh pegawai-pegawai berkongsi rumah.

(c) Rumah yang diperuntukkan boleh tarik balik. (b) Pegawai boleh diarah kosongkan rumah. Kerajaan atau Pegawai Perumahan boleh menghendaki seseorang pegawai itu mengosongkan sesebuah rumah Kerajaan untuk tujuan membaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan, tanpa bertanggungjawab memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya. (c) Rumah yang diperuntukkan boleh tarik balik. Pegawai Perumahan berhak menarik balik mana-mana rumah yang telah diuntukkan kepada seseorang Pegawai apabila pegawai itu tidak mengambil alih rumah tersebut dalam masa yang ditetapkan olehnya, yang biasanya tidak melebihi tempoh 30 hari. Sesebuah rumah yang telah ditarik balik itu boleh diuntukkan semula oleh Pegawai Perumahan kepada mana-mana pegawai lain yang telah memohon

Sewa Rumah Seseorang pegawai yang dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya akan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa melainkan jikalau ia telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN Pegawai mesti patuh peraturan Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini. Meminda rumah dilarang Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya.

Larangan Penyewaan Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diperuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orang-orang gajinya, serta tetamu-tetanu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu juga tidak boleh digunakan, selain daripada tempat kediaman pegawai sendiri.

Larangan berternak binatang Pegawai-pegawai adalah juga dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam, itik,di mana-mana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya. Tanggungjawab membersih kawasan Adalah menjadi tangungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah Kerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.

(a)Tanggungjawab melaporkan kerosakan Tiap-tiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang akan didudukinya. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh mewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau mengganti yang diperlukan. (b)Pegawai kena bayar kerosakan yang disebabkannya Di mana kerosakan atau ke atas perabut-perabut atau alat-alat perkakas Kerajaan telah disebabkan bukan oleh penggunaan yang berpatutan maka pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian daripada belanja membaiki atau mengganti yang diperlukan.

(a)Laporan memasuki rumah. Seseorang pegawai yang telah diperuntukkan sebuah rumah Kerajaan oleh Pegawai Perumahan hendaklah melaporkan perkara itu kepada pegawai dengan menyatakan tarikh ia bercadang hendak memasuki rumah tersebut. Ia akan dikehendaki menandatangani satu sijil akuan masuk rumah dan mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas dan perabut-perabut dalam rumah tersebut. (b)Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan. Pegawai itu juga adalah dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebut kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa dari gajinya pada tiap-tiap bulan.

(a)Laporan kosongkan rumah Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Kerajaan hendaklah melaporkan hal itu kepada Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ia bercadang hendak mengosongkan rumah tersebut. (b)Pegawai mesti serah kunci dll. Pegawai itu juga akan dikehendaki menyerahkan semua kunci-kinci rumah tersebut dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah.

KADAR SEWA, PEMBAYARANNYA DAN LAIN-LAIN BAYARAN 15.(a)Tiap-tiap rumah Kerajaan termasuk rumah- rumah yang disewakan khas oleh Kerajaan di Malaysia atau di Seberang Laut adalah dikenakan sewa termasuk sewa perabut jika dilengkapi. (b) Pegawai-pegawai yang mendiami mana-mana rumah Kerajaan, atau yang disewa khas oleh Kerajaan, melainkan meraka yang dikecualikan mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka atas syarat-syarat berlainan dikenakan oleh Perintah Am ini akan dikehendaki membayar sewa bagi kelas rumah yang didudukinya; (c)

(i) Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi “ A ” ke atas; (c) Pegawai-pegawai yang diperuntukkan rumah khas jawatan adalah dikenakan separuh daripada sewa yang ditetapkan bagi kelas rumah yang diduduki itu; (d) Pegawai-pegawai yang berikut adalah dikecualikan daripada membayar sewa rumah bagi rumah Kerajaan yang diperuntukkan kepadanya: (i) Pegawai-pegawai Tingkatan Tertinggi “ A ” ke atas; (ii) Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan - perkhidmatan Bomba) yang berpangkat Ahli Bomba sehingga Pegawai BombaTingkatan I dan Perkhidmatan Penjara (yang berpangkat daripada Wader/Pegawai Penjara sehingga Pegawai Besar); (iii) Pegawai yang dikehendaki menduduki rumah Jabatan;

(e) Rumah-rumah Kerajaan boleh dilengkapi dengan perabut-perabut. (f) Pegawai yang ditempatkan berkhidmat di seberang laut adalah dikehendaki membayar kepada Kerajaan sejumlah peratus yang tertentu daripada sewa yang dibayar oleh Kerajaan bagi bayaran air dan letrik jika unsur tersebut termasuk di dalam sewa rumah yang dibayar oleh Kerajaan. Sewa dikira dari hari masuk. Sewa rumah dan sewa perabut akan dikira dari hari seseorang pegawai itu masuk ke rumah tersebut dan akan dijelaskan secara bulanan. Sewa akan berakhir di hari sebenar pegawai itu mengosongkan rumah tersebut setelah memberitahu pegawai perumahan.

(a)Sewa dipotong dari gaji. Adalah menjadi tugas Ketua Jabatan untuk memotong dari gaji seseorang pegawai di bawah jagaannya pada tiap-tiap bulan sewa rumah dan sewa perabut kerana mendiami rumah Kerajaan apabila diterima permintaan sedemikian dari Pegawai Perumahan. (b)Sewa akhir mesti dikutip. Ketua Jabatan juga bertanggungjawab menentukan bahawa sewa akhir dikutip dari seseorang pegawai yang akan berhenti kerja, bersara, bertukar, bercuti atau sebagainya lagi.

Elektrik, air dll. tanggungan pegawai Melainkan jikalau dikecualikan, pegawai-pegawai akan dikehendaki membayar sendiri bayaran-bayaran yang berkenaan dengan perkhidmatan membuang sampah, najis, elektrik dan air termasuk apa-apa cengkeram yang disyaratkan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

BANGUNAN-BANGUNAN PEJABAT Universiti bertanggungjawab tentang bangunan. Adalah dalam bidang tanggungjawab Universiti untuk menentukan bahawa semua pejabat ditempatkan dalam bangunan-bangunan yang menasabah dan sesuai yang bukan sahaja dapat melahirkan kecekapan dan suasana bekerja yang baik tetapi juga dapat memberi kemudahan dan kesenangan kepada pelanggan untuk berhubung. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan adalah secara langsung bertangungjawab menentukan bangunan-bangunan yang mencukupi dan sesuai untuk keperluan mereka. Ketua-ketua Jabatan hendaklah berunding tentang mendapatkan ruang-ruang pejabat, seperti pembinaan bangunan-bangunan baru atau penyewaan bangunan-bangunan lain. (a)Ketua Jabatan bertanggungjawab menjaga bangunan. Adalah menjadi tanggungjawab seseorang Ketua Jabatan yang mendiami sesebuah bangunan, baik yang dibina khas ataupun yang disewa, untuk mengadakan penyeliaan yang baik bagi bangunan tersebut. Apa- apa kerosakan atau kekurangan yang berlaku kepada sesebuah bangunan itu hendaklah dilaporkan dengan segera

(b) Perubahan kecil menyapu cat dll. Apabila sesebuah bangunan memerlukan perubahan kecil seperti membesar atau mengecilkan bilik-bilik di dalammnya, menyapu cat, menbaiki dinding, lantai atau tingkap dan sebagainya lagi yang dikehendaki dijalankan dengan segera, maka Ketua Jabatan hendaklah menghantar permohonan kepada Pejabat Harta Bina. Pindaan besar. Di mana sesebuah bangunan pejabat memerlukan pindaan atau tambahan yang akan memakan belanja yang banyak, maka adalah menjadi tanggungjawab Jabatan tersebut menyediakan peruntukan kewangan dengan memasukkan terlebih dahulu dalam anggaran perbelanjaan tahunan Jabatan tersebut.

TANGGUNGJAWAB PEJABAT HARTA BINA PHB patut memeriksa/membaiki bangunan Adalah menjdai kewajipan PHB untuk memriksa semua rumah dan bangunan Kerajaan setahun sekali dan membaikinya sebagaimana yang diperlukan. Hak masuk rumah Kakitangan-kakitangan PHB, kontraktor-kontraktor PHB dan pekerja-pekerja mereka, hendaklah dibenarkan oleh penghuni-penghuni rumah-rumah atau bangunan-bangunan Kerajaan masuk memeriksa dan membaiki rumah-rumah atau bangunan-bangunan tersebut setelah memperkenalkan diri mereka dengan memuaskan.

Peraturan ambil alih rumah. Apabila seseorang pegawai telah diuntukkan sebuah rumah, hendaklah membuat peraturan bagi menyerahkan rumah tersebut kepada tanggungjawab pegawai yang berkenaan. Satu sijil akuan masuk rumah yang mengandungi butir-butir penerimaan dan keadaan perabut-perabut, perkakas-perkakas dan lain-lain barang daam rumah itu hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang mengambil alih itu. Pegawai akan bertanggungjawab kepada apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada barang-barang dalam sijil akuan masuk rumah itu dan dia boleh dikehendaki membayar apa-apa kekurangan atau kerosakan yang disebabkan oleh selain daripada penggunaan yang sepatutnya.

Peraturan kosongkan rumah Apabila menerima satu laporan dari seseorang pegawai yang hendak mengosongkan sesebuah rumah Kerajaan hendaklah membuat peraturan bagi memeriksa rumah tersebut sebelum tarikh pengosongannya dan menetapkan dengan penghuni rumah tersebut tarikh pemeriksaan itu akan dilakukan. Pemeriksaan tersebut yang akan dilakukan dalam waktu pejabat, akan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan itu tidak kira sama ada penghuni rumah itu ada atau tiada di rumah. Seseorang pegawai itu tidak akan terlepas dari tanggungjawab tentang semua kenyataan berkenaan barang-barang dan perabut-perabut seperti dalam sijil akuam masuk rumah dahulu, iaitu tentang kerosakan atau kekurangan kepada barang-barang dan perabut tersebut sehingga satu sijil akuan keluar rumah ditandatangani oleh seorang pegawai. Tanggungjawab am PHB Tiap-tiap bangunan atau rumah Kerajaan hendaklah diberi nombor. Jabatan ini juga akan bertanggungawab menyediakan kelengkapan rumah yang difikirkan perlu.

(a)Mengosongkan rumah bila bersara VI. PELBAGAI (a)Mengosongkan rumah bila bersara Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja sebelum bersara melainkan jika ia telah diberi kebenaran. (b) Seseorang pegawai bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh pegawai Perumahan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas Jabatan atau jawatan semasa ia bercuti dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya itu. Bagi tujuan Perintah Am ini, seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir ia bekerja.

(c) Mengosongkan rumah khas jabatan/jawatan Seseorang pegawai yang mendiami rumah khas Jabatan atau jawatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu ataupun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan Ketua Jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari lagi. (a) Ketua Jabatan melaporkan pegawai akan bersara kepada Pegawai Perumahan. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Ketua Jabatan melaporkan kepada Pegawai Perumahan tentang persaraan seseorang pegawai di bawah jagaanya yang sedang mendiami sesebuah rumah Kerajaan. Pemberitahuan ini hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum pegawai tersebut mula bersara.

(b) Tindakan Pegawai Perumahan Setelah menerima laporan di (a) Pegawai dan Jabatan Kerja Raya tempatan hendaklah mengaturkan untuk dibuat pemeriksaan akhir pengosongan rumah tersebut pada satu hari yang ditetapkan seperti peraturan dalam Perintah Am 30. Pegawai Perumahan hendaklah juga menghantar permintaan kepada Ketua Jabatan pegawai tersebut meminta supaya sewa-sewa akhir perabut dan rumah tersebut dipotong dari gajinya, termasuk sewa-sewa bagi masa-masa selepas persaraannya seperti yang telah dibenarkan oleh Pegawai Perumahan untuk pegawai itu terus tinggal di rumah tersebut.

Antara faktor kemudahan rumah Kerajaan diadakan ialah :- KESIMPULAN Antara faktor kemudahan rumah Kerajaan diadakan ialah :- Status, Imej dan Penghargaan - Tidak ramai staf yang menjawab Jawatan Utama / Khas. - Pendedahan / Pergaulan yang terlalu terbuka menyebabkan pertelingkahan kepentingan /kesukaran membuat keputusan. Tujuan keselamatan dan memudahkan dari segi kawalan. Pembinaan rumah adalah mengambilkira persekitaran kawasan. Contoh : Rumah-rumah Ketua Polis, Ketua Tentera, Ketua Setiausaha, Rumah-rumah Duta e.t.c.

Untuk tujuan majlis rasmi dan keraian Untuk tujuan majlis rasmi dan keraian. Menyambut tetamu luar terutamanya dari luar negara. Atas kepentingan tugas dan jawatan. Contoh di UTM : Naib Canselor, Pegawai Keselamatan, Pengetua, Pegawai Perubatan, Felo, Imam e.t.c. Meningkatkan daya produktiviti, bermotivasi tinggi dan kemudahan ke tempat kerja. Mengatasi perkara kecemasan, mudah dihubungi. Menjaga kebajikan anggota keluarga. Contoh : Pasukan beruniform bertugas di luar kawasan dalam tempoh yang agak panjang. Mengatasi masalah penginapan / menyewa rumah yang sesuai serta membantu mengurangkan masalah kewangan. 8. Sumbangan Kerajaan.

Sekian, terima kasih.