BAB 2 POTRET HUBUNGAN ETNIK
Masyarakat terdiri daripada pelbagai etnik. PENGENALAN Masyarakat terdiri daripada pelbagai etnik. Memerlukan satu pemahaman yang tepat tentang teori dan definisi untuk menilai kumpulan masyarakat. Kefahaman akan menyokong masyarakat pelbagai etnik untuk kehidupan yang harmoni.
Penjajahan menjadi titik pemisah di antara pluraliti dan pluralistik Masyarakat pluraliti diasaskan secara semulajadi dan tanpa paksaan. Ia berlaku kerana tiada persempadan politik/wilayah/negara. Masyarakat pluralistik wujud rentetan sistem/dasar penjajahan oleh kuasa imperialisme.
Definsi Pluraliti Istilah yang digunakan untuk merujuk kpd masyarakat pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelum kehadiran penjajah yang terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang pemaksaan
Pluraliti Awal: Kesultanan Melaka i) Pemerintahan Institusi raja / sultan : Hindu dan Islam mengukuhkan kedudukan raja. Pegawai istana: Terdiri daripada campuran Melayu tempatan dengan bangsa asing. Perkahwinan campur: Sultan Melaka dengan anak pemerintah China (Puteri Hang Li Po).
ii) Perdagangan Pusat perdagangan dunia: China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu. Sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap. BM menjadi lingua-franca dalam perdagangan
iii) Agama Islam Pusat pengajian dan penyebaran Islam: tumpuan pendakwah Islam Kepulauan Melayu. Undang-undang Melaka berasaskan Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka). Undang-undang Melaka menjamin keselamatan masyarakat dan pedagang.
iv) Kebudayaan Kota multi-budaya: setiap budaya mempunyai tempat masing-masing. Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi / berinteraksi aktif dengan penduduk tempatan. Wujud kategori masyarakat baru: - Cina + Melayu = Baba Nyonya - Portugis + Melayu = Serani - Arab + Melayu = Syed / Syarifah - India + Melayu = Mamak / Mami
Definsi Pluralistik Istilah yang digunakan untuk merujuk kpd masyarakat pelbagai bangsa di Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yang membawa masuk pendatang dari China dan India untuk kepentingan ekonomi.
Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme British 1786 – pembukaan Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-negeri Selat 1874 – bermulalah campurtangan British secara rasmi. Bermula di Perak dan negeri-negeri lain. Negeri-negeri Melayu Bersekutu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Dasar-dasar British Sistem Residen Persekutuan 1896
Kehadiran Penjajah Penjajahan British membawa bersama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologi yang besar ialah pemisahan di antara pentadbiran/negara dan agama /// pendidikan sekular – agama Kesan: pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan.
Penjelmaan Material dan Non-Material. Sebelum kedatangan British, ilmu pengetahuan di Alam Melayu banyak berasaskan metafizik atau alam ghaib (perdukunan dan perbomohan). Kedatangan British mengubah kepada epistemologi fizikal yang bersifat rasional saintifik (pembuktian material menerusi panca indera / kaedah saintifik).
Implikasi Penjajahan Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Wujud kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama. Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Imigran membentuk satu masyarakat yang tetap dan mengasaskan organisasi sosial masing-masing. Dualisme ekonomi: Perkembangan sistem ekonomi moden dan tradisional tidak seimbang.
Ras Caucasoid Negroid Mongoloid Austroloid American Indian
RAS Ukuran perbezaan di antara kelompok berdasarkan perbezaan fizikal. Kumpulan manusia yang dicirikan oleh penumpuan ‘gen’ tertentu. Contoh: Perbezaan warna kulit, rambut, mata, hidung dll
RASISME Satu ideologi atau kepercayaan yang dibuat untuk membuat justifikasi atau penjelasan secara rasional supaya wujudnya ketidaksamarataan dalam kalangan etnik yang berbeza.
Ciri-Ciri Etnik Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara asasnya kepada warisan sosiobudaya seseorang itu. Etnik didefinisikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya termasuk adat resam, bahasa, agama yang seragam dan berasal dari negara nenek moyang yang sama.
ETNOCENTRISME Pandangan atau penilaian bahawa sesuatu kelompok itu merupakan pusat segalanya dan menjadi titik rujukan kepada pandangan atau idea orang lain.
STEREOTAIP Satu konsep mengenai suatu kelompok tertentu oleh orang ramai disebabkan ketiadaan ilmu pengetahuan yang khusus mengenai ciri-ciri ahli individu kelompok tersebut.
m PRASANGKA (PREJUDIS) Satu sikap yang dihasilkan tanpa satu penyelidikan fakta yang sempurna. Suatu tanggapan yang bersifat negatif (buruk sangka) dari sekelompok etnik terhadap sesuatu etnik yang lain
Teori Fungsionalisme Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada kombinasi benda, bahan dan manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat. Masing-masing saling berhubung kait dan saling membantu. Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah tercapai titik keseimbangan.
Andaian dan rumusan teori fungsionalisme Masyarakat adalah suatu sistem yang stabil, berintegrasi, tersusun rapi dan anggotanya pula bersetuju tentang nilai-nilai asas yang dipegang bersama. Masyarakat akan sentiasa bergerak ke arah keseimbangan hasil daripada penyesuaian terhadap perubahan dan perkembangan. Analisis struktur fungsionalisme Parsons memberi tumpuan kepada keteraturan dalam sistem sosial.
Teori Konflik Pendekatan Karl Marx Bertolak dari 2 andaian, Karl Marx melihat iaitu: aktiviti ekonomi sebagai asas yang menentukan segala aktiviti kemasyarakatan. unsur konflik berlaku sepanjang sejarah kewujudan manusia di muka bumi ini. Menurut Karl Marx, motif ekonomi dalam masyarakat mendominasi kesemua struktur sosial seperti keluarga, agama, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, sains dan moraliti.
Interaksi sosial Tujuan manusia/individu bersama dengan manusia lain adalah untuk mencapai sesuatu gol/matlamat. Homans (1950) mengatakan bahawa manusia tidak akan bersama melainkan untuk mencapai sesuatu tujuan.
Nilai – Ideal yang digunakan sebagai piawai untuk menilai baik atau buruk, perbuatan yang boleh diterima atau ditolak. Norma – Norma berada di bawah nilai. Norma bersifat khusus yang digunakan untuk mengawal perlakuan manusia. Norma mentakrifkan perlakuan yang diperlukan, diterima atau yang dilarang. Norma mengenalpasti apa yang wajar, patut dan mesti dilakukan.
Rol – Rol adalah koleksi norma-norma yang bersangkutan dengan kedudukan sosial dalam masyarakat. Melalui norma orang lain dapat mengetahui tentang tingkah laku yang patut atau tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang memegang sesuatu kedudukan sosial/rol. Kehidupan sosial distruktur oleh rol-rol. Dalam apa jua situasi sosial, kita mengetahui tentang rol yang akan kita lakukan sama ada sebagai pekerja, pelajar, kawan, suami, isteri dan sebagainya.
Integrasi “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang berbeza latar belakang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama”
SEGREGASI Pemisahan / pengasingan antara etnik. de Jure (didasari undang-undang): Dasar Apartheid 1948-1994 de Facto (tidak didasari undang-undang): Pengasingan tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam
AKOMODASI Proses mempertahankan budaya masing2. Bebas mengamalkan budaya masing2. Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak dapat dielakkan....kekal dgn identiti masing2. Menerima; Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan. Menyedari & menghormati budaya etnik lain. A + B + C = A + B + C
AKULTURASI Peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan kelompok lain. Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan. Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kelompok menerima. Ai + B + C = Ai + Bi + Ci
ASIMILASI Cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat (biasanya migran dan minoriti) telah diserap oleh kebudayaan dominan tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap. Kelompok B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A. A + B + C = A
AMALGAMASI Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Jenis 1: Percantuman budaya sahaja. Contoh 1: Masyarakat Portugis (Melaka). Kaedah 1: Budaya Portugis + Budaya Melayu Implikasi 1: Percantuman 2 budaya menghasilkan budaya baru. A + B + C = D
Percampuran budaya mewujudkan budaya baru. Jenis 2: Perkahwinan campur. Contoh 2: Masyarakat Baba Nyonya (Melaka) Kaedah 2: Cina + Melayu = Baba Nyonya Implikasi 2: Perkahwinan campur melahirkan kelompok baru yang mempunyai budaya baru.
Kesimpulan Perpaduan merupakan cabaran besar kerana kejayaan mewujudkan perpaduan akan menjamin keharmonian sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang berjaya mewujudkan perpaduan nasional kerana sikap kesederhanaan, bertolak ansur dan bekerjasama terhadap kepelbagaian.