SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Oleh: NAWAN PRIMASONI, M.Or
Advertisements

Oleh: NAWAN PRIMASONI, M.Or
LATIHAN FISIK PADA LANSIA
KECERGASAN DALAM KEHIDUPAN
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
By Mohd Taib Harun Ph.D KONSEP DAN DEFINISI.
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Pentaksiran Pusat PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
PJM 3102 PERGERAKAN ASAS.
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
Masalah Obesiti Dalam Masyarakat Pada Hari Ini
PENDIDIKAN KESIHATAN KANSER PAYUDARA
Lagu NILAM. Lagu NILAM Nadi ILmu Amalan Membaca NILAM Nadi ILmu Amalan Membaca.
Pendidikan Jasmani & Kesihatan MOHD RIZAL BIN MOHTAR.
KEBERHASILAN 2016.
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)
STANDARD 3.1: PENGURUSAN KURIKULUM
STANDARD 1 KEPEMIMPINAN
Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal
Markah Pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum
KEBERHASILAN 2016.
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENGETUA DAN GURU BESAR
PERKARA BERBANGKIT DALAM PENTAKSIRAN PAJSK
Dimensi Kepekaan Masa … merujuk kepada kepekaan subjektif terhadap perjalanan masa. Kepekaan berbeza antara individu Penting – kerana masa boleh dijadikan.
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
Pelaporan Melindungi Masa Instruksional
TAKLIMAT KURSUS GURU PKJR TAHUN 2 &
TAKLIMAT PBS KSSM 2012.
KESAN LEBAM PADA OTOT REST (Rehat) Rehat dari bersukan atau rehatkan bahagian yang tercedera ICE (Ais) Perlu letakkan ais di bahagian tercedera . Ais.
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENOLONG KANAN
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.
Definisi dan Konsep Pertumbuhan,Kematangan dan Pembelajaran Motor
Jenis-jenis Latihan Kecergasan Fizikal
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
DISEDIAKAN OLEH : MOHD RIZAL BIN MOHTAR
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK)
STANDARD 3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
Pelaporan Melindungi Masa Instruksional
KEBERHASILAN 2016.
INSTRUMEN KEBERHASILAN PENOLONG KANAN
KEBERHASILAN 2016.
POSTUR PENTINGNYA POSTUR DALAM KEHIDUPAN Postur
DI SEDIAKAN OLEH : MOHD RIZAL BIN MOHTAR
LATIHAN LITAR Sejarah Universiti Leeds 1953 : R.E Morgan dan C.T Adamson Membina kecergasan otot dan kardiovaskular melalui tekanan berpanjangan terhadap.
SMK SUNGAI PUSU, KM 11 JALAN GOMBAK, KUALA LUMPUR
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
RAKAN PEMBACA 28/12/2018 Rakan Pembaca.
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
Kajian Tabiat Membaca oleh Perpustakaan Negara 1996 mendapati
Kaedah Pelaksanaan Nilam
Jenis-jenis Latihan Kecergasan Fizikal
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR
TOPIK 5 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ROLLING DEPAN, SIKAP LILIN DAN KAPAL TERBANG PADA SENAM LANTAI.
Transcript presentasi:

SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH BUKU PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Pengenalan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Definisi Kecergasan Fizikal “Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” Falls, 1980

Matlamat Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

Objektif Murid dapat : mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut; Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Tekan Tubi ( 1 minit ) Ringkuk Tubi Separa (1 minit ) Jangkauan Melunjur Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) Nama Ujian: Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) Tujuan: Menilai komposisi badan Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: Pengukur tinggi Penimbang berat Borang skor Pengurusan dan organisasi: Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula. Prosedur: Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula di atas. BMI = BERAT (kg) TINGGI X TINGGI (cm)

Berisiko Berat Berlebihan Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan. ( LELAKI ) Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat Berlebihan 9 <14.0 14.0 – 18.6 >18.6 – 21.0 >21.0 10 <14.2 14.2 – 19.4 >19.4 – 22.2 >22.2 11 <14.6 14.6 – 20.2 >20.2 – 23.2 >23.2 12 <15.0 15.0 – 21.0 21.0 – 24.2 >24.2 13 <15.4 15.4 – 21.8 >21.8 – 25.2 >25.2 14 <16.0 16.0 – 22.6 >22.6 – 26.0 >26.0 15 <16.6 16.6 – 23.4 >23.4 – 26.8 >26.8 16 <17.2 17.2 – 24.2 >24.2 – 27.6 >27.6 17 <17.8 17.8 – 24.8 >24.8 – 28.2 >28.2

Berisiko Berat Berlebihan Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan. ( PEREMPUAN ) Umur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat Berlebihan 9 <14.8 14.8 – 19.2 >19.2 – 21.8 >21.8 10 <14.0 14.0 – 19.9 >19.9 – 22.9 >22.9 11 <14.4 14.4 – 20.8 >20.8 – 24.0 >24.0 12 14.8 – 21.6 >21.6 – 25.2 >25.2 13 <15.3 15.3 – 22.5 >22.5 – 26.2 >26.2 14 <15.8 15.8 – 23.2 >23.2 – 27.2 >27.2 15 <16.3 16.3 – 24.0 >24.0 – 28.0 >28.0 16 <16.8 16.8 – 24.5 >24.5 – 28.8 >28.8 17 <17.3 17.3 – 25.2 >25.2 – 29.6 >29.6 (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)

TURUN NAIK BANGKU 3 MINIT UJIAN 1 TURUN NAIK BANGKU 3 MINIT

POSISI PERMULAAN UJIAN Nama Ujian: Naik Turun Bangku 3 minit Tujuan: Menilai Daya Tahan Kardiovaskular Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: Bangku - Ketinggian 30.5 cm Jam Randik Borang Skor Rakaman atau Metronome Pengurusan dan organisasi Aktiviti dijalankan berpasangan. Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat. (Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan). Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. POSISI PERMULAAN UJIAN

Prosedur Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

UJIAN 2 TEKAN TUBI ( LELAKI )

Pengurusan dan organisasi: Ujian dilaksanakan secara berpasangan. Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki Alatan dan kemudahan: Kawasan lapang dan rata. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar). Jam Randik / CD 50 detik. Pengurusan dan organisasi: Ujian dilaksanakan secara berpasangan. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur: Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. Bersedia Kiraan Satu Ulangan Lakuan Lakuan bengkok siku Lakuan lurus tangan

TEKAN TUBI SUAIAN ( PEREMPUAN ) UJIAN 2 TEKAN TUBI SUAIAN ( PEREMPUAN )

Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Suaian Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Perempuan Alatan dan kemudahan: Kawasan lapang dan rata. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ). Jam randik. Pengurusa dan organisasi Ujian dilaksanakan secara berpasangan. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. Bersedia Kiraan Satu Ulangan Lakuan Lakuan bengkok siku Lakuan lurus tangan

Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up ) 1 minit UJIAN 3 Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up ) 1 minit

Nama Ujian: Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen Tahap : Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina : Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan : Pita lekat bersaiz 2.5 cm Pita ukur Jam randik Pengurusan dan organisasi Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm. 10cm

Prosedur Kiraan Satu Ulangan Lakuan Sedia Kedudukan asal Ringkuk Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. Murid B mengira ulangan perlakuan. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :- Berasa tidak selesa. Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. Tumit diangkat.

Panduan guru Lakuan ringkuk yang tidak sempurna: Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. Tumit diangkat. Badan/ bahu senget. Punggung terangkat. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak). Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul. Rapatkan belakang ke lantai. Bahu sentuh lantai. Rapatkan tumit ke lantai. Seimbangkan bahu/badan. Buka kaki. Bengkokkan lutut.

UJIAN 4 JANGKAUAN MELUNJUR

Pengurusan dan organisasi: Nama Ujian: Jangkauan Melunjur Tujuan: Mengukur fleksibiliti Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina: Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan: Alat pengukur jangkauan Borang skor. Pengurusan dan organisasi: Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur Sedia Jangkau Rehat Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

NORMA SEGAK Normas ini adalah hasil uji rintis SEGAK yang pertama. Norma ini akan dibuat perbandingan dengan uji rinti SEGAK kali kedua p tahun 2007. rujukan norma ini boleh digunakan untuk ujian sumatif sehingga norma yang standard dikeluarkan.

LELAKI 13 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 72 ke bawah 73 – 97 98 – 122 121 – 146 147 ke atas TEKAN TUBI 31 ke atas 21 – 30 10 – 20 1 – 9 RINGKUK TUBI SEPARA 41 ke atas 27 – 40 15 – 27 2 – 4 1 ke bawah JANGKAUAN MELUNJUR 42 ke atas 33 – 41 23 – 32 14 – 22 13 ke bawah

PEREMPUAN 13 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 70 ke bawah 71 – 99 100 – 130 131 – 159 160 ke atas TEKAN TUBI 29 ke atas 20 – 28 11 – 19 2 – 10 1 RINGKUK TUBI SEPARA 32 ke atas 9 – 31 8 – 20 1 – 7 JANGKAUAN MELUNJUR 41 ke atas 34 – 40 26 – 33 19 – 25 18 ke bawah

LELAKI 14 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 73 ke bawah 74 – 98 99 – 124 125 – 149 150 ke atas TEKAN TUBI 37 ke atas 25 – 36 12 – 24 1 – 11 RINGKUK TUBI SEPARA 43 ke atas 31 – 42 18 – 30 5 – 17 4 ke bawah JANGKAUAN MELUNJUR 44 ke atas 35 – 43 25 – 34 15 – 24 14 ke bawah

PEREMPUAN 14 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 70 ke bawah 71 – 98 99 – 128 129 – 156 157 ke atas TEKAN TUBI 29 ke atas 20 – 28 10 -19 1 – 9 RINGKUK TUBI SEPARA 30 ke atas 20 – 29 9 – 19 1 – 8 JANGKAUAN MELUNJUR 42 ke atas 35 – 41 26 – 34 18 – 25 17 ke bawah

LELAKI 15 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 73 ke bawah 74 – 98 99 – 124 125 – 149 150 ke atas TEKAN TUBI 38 ke atas 26 – 37 14 – 25 2 – 13 1 RINGKUK TUBI SEPARA 43 ke atas 31 – 42 18 – 30 6 – 17 5 ke bawah JANGKAUAN MELUNJUR 45 ke atas 36 – 44 25 – 35 19 – 24 18 ke bawah

PEREMPUAN 15 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 71 ke bawah 72 – 102 103 – 135 136 – 166 167 ke atas TEKAN TUBI 31 ke atas 21 – 30 10 – 20 1 – 9 RINGKUK TUBI SEPARA 34 ke atas 21 – 33 20 – 8 1 – 7 JANGKAUAN MELUNJUR 43 ke atas 36 – 42 27 – 35 19 – 26 18 ke bawah

LELAKI 16 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 77 ke bawah 78 – 103 104 – 131 132 – 158 159 ke atas TEKAN TUBI 37 ke atas 27 – 36 15 – 26 4 – 14 3 ke bawah RINGKUK TUBI SEPARA 42 ke atas 30 – 41 16 – 29 4 – 15 JANGKAUAN MELUNJUR 46 ke atas 36 – 45 25 – 35 15 – 24 14 ke bawah

PEREMPUAN 16 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 77 ke bawah 78 – 106 107 – 137 138 – 166 167 ke atas TEKAN TUBI 29 ke atas 19 – 28 9 – 18 1 – 8 RINGKUK TUBI SEPARA 31 ke atas 20 – 30 8 – 19 1 – 7 JANGKAUAN MELUNJUR 43 ke atas 34 – 42 24 – 33 16 – 23 15 ke bawah

LELAKI 17 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 68 ke bawah 69 – 97 98 – 128 129 – 158 159 ke atas TEKAN TUBI 40 ke atas 28 – 39 16 – 27 5 – 15 4 ke bawah RINGKUK TUBI SEPARA 43 ke atas 30 – 42 15 – 29 1 – 14 JANGKAUAN MELUNJUR 47 ke atas 37 – 46 26 – 36 17 – 25 16 ke bawah

PEREMPUAN 17 tahun A B C D E NAIK TURUN BANGKU (kadar nadi) 78 ke bawah 79 – 106 107 – 134 135 – 162 163 ke atas TEKAN TUBI 27 ke atas 19 – 26 9 – 18 1 – 8 RINGKUK TUBI SEPARA 31 ke atas 20 – 30 7 – 19 1 – 6 JANGKAUAN MELUNJUR 44 ke atas 36 – 43 26 – 35 18 – 27 17 ke bawah

KEPUTUSAN KESELURUHAN

Jumlah skor keseluruhan SETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN Bil Jumlah skor keseluruhan Gred Pernyataan 1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG 2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK 3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK 4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA 5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI

ULASAN SKOR UJIAN KECERGASAN FIZIKAL TURUN NAIK BANGKU TEKAN TUBI RINGKUK TUBI SEPARA JANGKAUAN MELUNJUR

- UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT - SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 5 Tahniah. Kekalkan prestasi daya tahan kardiovaskular anda. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan. 4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang. Lakukan aktiviti aerobik seperti senamrobik dan joging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu . 3 Daya tahan kardiovaskular anda pada tahap sederhana. Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang, fartlek dan par course. 2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap pencapaian daya tahan kardiovaskular yang dikehendaki. Lakukan aktiviti seperti berbasikal, berjogging, skipping dan main bola sepak tiga kali seminggu selama 30 minit secara berkala. 1 Daya tahan kardiovaskular anda mesti diperbaiki. Lakukan aktiviti yang melibatkan daya tahan kardiovaskular lebih kerap seperti lompat tali, berjalan laju, dan berenang. Dapatkan nasihat daripada guru Pendidikan Jasmani atau pakar perubatan.

- UJIAN TEKAN TUBI - 5 4 3 2 1 SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki. 4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki. 3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang. 2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling. 1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani. Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang.

- UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA - SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki. 4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki. 3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang. 2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda. Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling. 1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani. Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti rengkuk selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang.

- UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR - SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI 5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan. Lakukan aktiviti kelenturan. 4 Tahap kelenturan anda baik dan boleh dipertingkatkan lagi. Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan rengkuk. 3 Tahap kelenturan anda pada tahap sederhana dan perlu berusaha lagi. Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang dan senamrobik. 2 Gandakan usaha anda. Tingkatkan tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti duduk dan kilas pinggang lebih kerap. 1 Tahap kelenturan anda mesti diperbaiki. Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang dan bangkit tubi.

HABISSS…. DAAA..!!!