UNDANG-UNDANG SYARIKAT

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Manfaat Untuk Sukarelawan YPEM
Advertisements

PERSEROAN TERBATAS (2) Struktur Modal Perseroan Terbatas
PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH AM KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN STAF 26 MAC 2014 DEWAN AL-GHAZALI, PUSAT ISLAM.
PAF 3013 : Accounting Theory and Practices
DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR
SEKSYEN KONTRAK & PEROLEHAN SEBUTHARGA & TENDER
Bengkel Modul Penamatan Perkhidmatan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, 2012
PERLEMBAGAAN ORGANISASI BADAN- BADAN SUKAN KEBANGSAAN &
PERANAN PEGAWAI ASET Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
TATACARA SURCAJ.
URUSTADBIR KORPORAT.
ANGGOTA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
PENGELASAN SURATAN RASMI
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
PERINTAH AM BAB A, B, C, D, E, F DAN G
PROSES PENYERAHAN DAN TUNTUTAN KEMBALI WANG TAK DITUNTUT (“WTD”)
Perancangan Sumber Kewangan Sukan
TATACARA SURCAJ.
KEPERLUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, 2012 {P.U.(A) 1}
KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT
HAK CIPTA DAN PERPUSTAKAAN
PENGURUSAN HASIL DAN PENERIMAAN USM
Program Bimbingan PTK Perlembagaan Universiti, Akta Universiti & Kolej Universiti, Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Statut-Statut.
PENAMATAN PERKHIDMATAN KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN 25 MAC 2015 DEWAN AL-GHAZALI, PUSAT ISLAM.
TINGKATAN 5 BAB DUA INSURANS.
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Penukaran Skim KWSP Ke Skim Pencen
TAKLIMAT AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (AKTA 652)
PROSES KEADILAN DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
DEMOKRASI BERPARLIMEN OLEH: Dr. Ku Hasnita
PERSEKITARAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Tatacara Pengeluaran Bayaran
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
menghadiri kegiatan kokurikulum di sekolah?
SISTEM PERAKAUNAN [TERIMAAN] INTURA, Sungai Petani, Kedah
SUMBER KEWANGAN.
KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM EJENSI HARTA TANAH
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
PERSIAPAN SEBELUM PERBICARAAN
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM
TATACARA SURCAJ.
PERINTAH AM.
KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
SISTEM PEMBAYARAN.
PENENTUAN SEWA Nilai sewa harta perdagangan ialah amaun yg mampu dibayar oleh bakal penyewa untuk mendiaminya. Penyewa menduduki harta utk tuj membuat.
PENGURUSAN PEROLEHAN Konsep perolehan Kaedah perolehan
KONTRAK PRA PERBADANAN
PERAKAUNAN UNTUK PERKONGSIAN
BAB 12 PENGGULUNGAN SYARIKAT
PENUBUHAN SYARIKAT DAN KESAN-KESANNYA
PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIKAT by JAMALUDIN ZAMZAM
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
DEFINISI EJENSI HARTA TANAH
KELAB DAN PERSATUAN Tingkatan 5
KONTRAK PRA PERBADANAN
UNDANG-UNDANG SYARIKAT BAB 7 - AHLI-AHLI SYARIKAT
TATA KELAKUAN DAN ETIKA KERJA EJEN HARTA TANAH
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
Organisasi Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja untuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam.
JABATAN PERUNDANGAN TOOLBOX MINGGUAN
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2012 NUR FADZLIANA BINTI HASAN.
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
Transcript presentasi:

UNDANG-UNDANG SYARIKAT Kuliah ke-4

Peruntukan undang-undang di Malaysia Akta Syarikat 1965 Undang-undang Inggeris – penguatkuasaan Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 (sekiranya terdapat kelompongan dalam AS)

Definisi Syarikat Peruntukan Seksyen 4 Akta Syarikat 1965: “Syarikat adalah syarikat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat, 1965”

Oxford English Dictionary: “Syarikat didefinisikan sebagai penyatuan beberapa individu yang membentuk sebuah perbadanan bagi menjalankan suatu objektif yang sama atau serupa, lazimnya untuk tujuan perdagangan”

Jenis-jenis Syarikat Syarikat yang dihadkan oleh syer (A company limited by shares) Syarikat yang dihadkan oleh jaminan (A company limited by guarantee) Syarikat yang dihadkan oleh kedua-dua syer dan jaminan (A company limited both by shares and guarantee) Syarikat tidak berhad (An unlimited company )

Syarikat yang dihadkan oleh syer (A company limited by shares) Syarikat ditubuhkan atas prinsip menghadkan melalui Memorandum Persatuan tanggungan ahli-ahlinya setakat jumlah wang yang belum dibayar (jika ada) ke atas syer-syer yang dipegang oleh tiap-tiap ahli

ABC Sdn Bhd (syarikat yang dihadkan oleh syer) Contoh ABC Sdn Bhd (syarikat yang dihadkan oleh syer) (syer RM10 seunit) A B (beli 10 syer – RM 100) (beli 20 syer – Rm150) Syarikat gagal dan bertanggungan melebihi asetnya sebanyak RM18,000 A tidak bertanggungan untuk menyumbang apa-apa bagi membayar hutang syarikat B bertanggungan menyumbang RM50 (jumlah yang belum dibayar untuk syer-syer yang dipegangnya)

Syarikat yang dihadkan oleh jaminan (A company limited by guarantee) Syarikat ditubuhkan atas prinsip menghadkan melalui Memorandum Persatuan tanggungan ahli-ahlinya setakat jumlah yang dipersetujui oleh tiap-tiap ahli untuk menyumbang kepada aset syarikat jika berlaku pembubaran Klausa khusus dalam Memorandum menyebut tentang sumbangan ahli kepada syarikat sekiranya pembubaran berlaku

Syarikat yang dihadkan oleh kedua-dua syer dan jaminan (A company limited both by shares and guarantee) Syarikat yang ditubuhkan atas prinsip bahawa ahli-ahlinya mempunyai tanggungan sebagai pemegang syer setakat bahagian syer yang belum dibayar (jika ada) dan sebagai penjamin bagi jumlah dalam memorandum yang beliau telah bersetuju membayar apabila berlaku pembubaran

Ditubuhkan atas prinsip tidak menghadkan tanggungan ahli-ahlinya Syarikat tidak berhad (An unlimited company ) Ditubuhkan atas prinsip tidak menghadkan tanggungan ahli-ahlinya Masih merupakan perbadanan yang wujud berasingan daripada ahli-ahlinya, tetapi sekiranya ia tidak mempunyai aset yang cukup untuk membayar hutang, maka pemegang-pemegang syernya akan bertanggungan tanpa had

Syarikat Persendirian Seksyen 15(1) Akta Syarikat: “sesebuah syarikat yang mempunyai modal syer juga boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian jika memorandum dan artikelnya: Menyekat pemindahan syer Menghadkan jumlah ahli-ahlinya kepada 50 orang Melarang sebarang pelawaan kepada orang awam untuk membeli mana-mana syer atau debenturnya Melarang syarikat mempelawa orang ramai supaya menyimpan wang dengannya”

Perbezaan Syarikat dan Perkongsian

Perkongsian Syarikat Formaliti Penubuhan Mudah dan murah Perjanjian perkongsian (nyata/tersirat) Formaliti berdasarkan Akta Syarikat Kompleks, melibatkan masa, tenaga dan wang Jumlah keahlian Min: 2 orang Mak: 20 orang Profesional: tiada had Mak: tiada had Persendirian: tidak lebih 50 Keupayaan memiliki harta Harta perkongsian =harta rakan kongsi (satu entiti) Harta syarikat adalah miliknya sendiri dan bukan milik ahli (entiti berasingan) Keupayaan berkontrak Pekongsi tidak boleh berkontrak dengan firma Ahli syarikat boleh berkontrak dengan syarikat Tanggungan hutang Tanggungan peribadi pekongsi tanpa had Hutang syarikat tanggungan syarikat dan bukan ahli Tindakan bagi prosiding undang-undang Atas nama pekongsi atau firma (Keadah 77 Peraturan Mahkamah Tinggi 1980) Atas nama syarikat Pembubaran dan penggulungan Melalui notis, kematian, kebankrapan, arahan mahkamah Digulung berdasarkan peuntukan dalam AS

PENUBUHAN SYARIKAT

FORMALITI MENURUT AKTA SYARIKAT 1965 PENEMPAHAN NAMA SYARIKAT (Seksyen 22(7) Akta Syarikat) PENDAFTARAN (Mendaftar dokumen-dokumen yang disenaraikan – seksyen 16 Akta Syarikat)

Peruntukan Seksyen 16 Akta Syarikat Dokumen yang perlu difailkan kepada Pendaftar Syarikat (SSM): Memorandum Persatuan (s.16(1) Akta Syarikat) Artikel Persatuan (s.16(1) Akta Syarikat) Akuan berkanun oleh seorang yang dinamakan dalam artikel sebagai setiausaha pertama syarikat –perlu menyatakan semua keperluan Akta Syarikat telah dipatuhi (s.16(2) Akta Syarikat) Akuan berkanun oleh penaja/ penganjur bahawa beliau tidak akan bertindak bertentangan dengan seksyen 125 dan seksyen 130 Akta Syarikat (s.16(3A) Akta Syarikat

Pendaftaran Memorandum Persatuan Artikel Persatuan Daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia Sijil Pemerbadanan

PENUBUHAN SYARIKAT- Intro Proses pendaftaran sykt awam & persendirian adalah sama- penyerahan dokumen-dokumen tertentu beserta yuran kpd Pendaftar Syarikat, diproses oleh PS mengikut formaliti dibawah AS. Biasanya, sblm penyerahan dokumen tsbt,PS akan menyemak nama yg dicadangkan bg sykt bg mengelakkan pertindanan nama dgn sykt yg sedia ada. Setelah semua dokumen diteliti, PS akan mengeluarkan Sijil Perbadanan (Cert. Of Incorp.) sbg tanda bermulanya perbadanan sykt drpd tarikh yg tertera dlm sijil tsbt.

PENEMPAHAN NAMA SYARIKAT S. 22(7)- sblm sykt didaftarkan, tempahan nama mestilah dibuat di Pejabat PS. Kuasa PS bagi meluluskan nama yg dipilih asalkan tidak menyalahi s. 22(1)- ~ tdk boleh daftarkan nama yg pada pendapat PS tdk dikehendaki atau suatu jenis nama yg Menteri telah mengarahkan PS supaya tdk menerima pendaftaran eg nama berkaitan agensi kerajaan, melambangkan mana2 parti politik etc. ~ Penggunaan Berhad/ Bhd bg sykt awam & Sdn Bhd bg sykt persendirian/ tdk berhad. Setelah nama sykt diluluskan, barulah proses pendaftaran selanjutnya dijalankan.

PENDAFTARAN SYARIKAT S.16 menyenaraikan dokumen-dokumen yg perlu diserahkan kpd PS utk proses pendaftaran sykt, antara lain:- Memorandum Persatuan (MoA) [s.16(1)]; Artikel Persatuan (AoA)- jika ada [s.16(1)]; Akuan berkanun oleh setiausaha pertama sykt – yg memastikan bhw kesemua keperluan AS dipenuhi [s.16(2)]; Akuan berkanun oleh penaja bhw beliau tdk bertindak bertentangan dgn s.125 (bankrap) & s.130 (sekatan utk urus sykt)[s.16(3A)]. [Sijil Pemerbadanan akan dikeluarkan oleh PS yg mengesahkan penubuhan sykt pada tarikh yg tertera pada sijil tsbt beserta penjenisan sykt samada sykt berhad menurut syer/ gerenti/ sykt tk berhad.] Cross-ref S.361

KESAN PENUBUHAN SYARIKAT S.16(5)- Pada dan drpd tarikh pemerbadanan yg ditetapkan dlm sijil pemerbadanan…penandatangan2 kpd memo bersama org lain dari semasa ke masa menjadi ahli sykt hendaklah merupakan pertubuhan perbadanan dgn nama yg terkandung dlm memo dan dgn serta merta blh menjalankan segala fugsi sykt yg dipemrbadanankan: blh mendakwa & didakwa, mempunyai pewarisan kekal, blh memegang tanah (to hold land) dgn tanggungan setiap ahli utk menyumbang kpd aset sykt sekiranya sykt digulung. Dgn kata lain, kesan utama penubuhan sykt adalah kewujudan sifat entiti berasingan sykt daripada ahli-ahli syarikatnya.

Kesan Pemerbadanan Syarikat Seksyen 16(5) Akta Syarikat Keperibadian perbadanan Prinsip Entiti Berasingan Solomon lwn Solomon & Co Ltd

Solomon lwn Solomon & Co. Ltd Prinsip Solomon: entiti asing (separate entity/personality) korporat Fakta:- S mempunyai perniagaan buat kasut dan but secara tunggal. Dah maju, buka sykt berhad- namun rugi dan digulung oleh mhkmh. Sykt tak mampu byr kreditor tak bercagar. Ini menyebabkan likuidator membuat tuntutan atas S di mhkmh secara peribadi. Keputusan:- Liabiliti individu dan sykt adalah berbeza walau individu terbabit terlibat dgn pengurusan sykt. Oleh itu, S tdk bertanggungan thdp htg sykt.

Kesan-kesan Entiti Berasingan a) Syarikat boleh mendakwa dan didakwa Foss lwn Harbottle b) Syarikat boleh memiliki harta Macaura lwn Northern Assurance Co Ltd. c) Warisan berkekalan dan penggulungan Re Noel Tedman Holdings pty Ltd Tanggungan ahli-ahli terhadap hutang syarikat Re Application By Yee Yut Ee

KESAN PRINSIP ENTITI BERASINGAN Syarikat boleh mendakwa & didakwa Dlm kes ini 2 org pemegang shm sykt mendakwa pengarah dan beberapa org lain atas kesalahan menyalahgunaan harta sykt. Isu: samada p/shm layak utk membuat dakwaan dan Mahkamah memutuskan bhw ahli sykt dan sykt adalah entiti berbeza, tdk layak membuat dakwaan, sepatutnya tindakan dimulakan oleh sykt itu sendiri. Foss lwn Harbottle

2. Sykt blh memiliki harta Harta sykt adalah hak mutlak sykt semata-mata dan tdk dikongsi oleh ahli sykt walaupun pemegang saham terbesar sykt terlibat. – M- ldg kayu balak di Ireland, jual kesemua balak kpd sykt Irish Canadian Sawmills Ltd. Sblm itu, M tlh menginsurankan balak atas nama beliau. Berlaku kebakaran yg memusnahkan kayu balak, tuntut gantirugi drpd sykt insuran, namun sykt insuran enggan mempampas kerugian tsbt. Mhkmh putuskan bhw sejak penjualan kayu balak kpd ICSL, M tiada hak atas kayu tsbt, bahkan ICSL sewajarnya mempunyai kepentingan untuk menuntut gantirugi drpd sykt insuran tsbt krn kayu balak itu tlh menjadi miliknya. Macaura lwn Northern Assurance Co. Ltd

3. Warisan berkekalan & Penggulungan Sesebuah sykt, berbeza dgn firma perkongsian, tdk akan mengalami pembubaran hanya kerana antara ahlinya meninggal, menghidap sakit mental/ fizikal, bankrap. Tetapi sykt akan terbubar apb mengalami proses penggulungan (secara sukarela atau atas arahan mahkamah). Ahli dan s/h - 2 org (suami isteri) terlibat kemalangan. AoA mengatakan syer blh diwarisi apb dipindahkan kpd waris menerusi wasiat simati dgn mendapat kelulusan drpd pengarah sykt. Malang kedua pengarah meninggal, maka mhkmh membenarkan wakil peribadi simati melantik pengarah baru sykt yg akan meluluskan pemindahan hak milik syer kpd warisnya. [Ini menunjukkan sykt akan terus wujud walau kesemua s/h & pengarah ‘mati’.] Re Noel Tedman Holdings Pty LTd

4.Tanggungan ahli thdp hutang sykt. Prinsip am: htg sykt akan ditanggung oleh sykt itu sendiri. Namun tanggungan ahli adalah mengikut jenis syer yg dimiliki. Y merupakn pengarah &b setiausaha di Trans Market Research Pte Ltd- sykt berhentikan pekerja , pekerja meminta faedah pemberhentian kerja melalui Mahkamah Industri namun tdk diendahan oleh sykt. MI putuskan selanjutnya Y bertanggungan secara peribadi atas kemungkiran sykt. Kes dirujuk ke Hct:- Y tdk bertanggungan thdp htg sykt kerana sykt dan ahli adalah dua entiti yg berasingan. Re Application by Yee Yut Ee

HAD KPD PRINSIP ENTITI ASING KORPORAT- MENYINGKAP TABIR KORPORAT (LIFTING THE CORPORATE VEIL) Prinsip ini bermaksud bhw dlm keadaan tertentu, mhkmah akan melihat kpd pihak-pihak yg memainkan peranan ptg dlm pengurusan sykt.- dgn cara menyingkap tirai perbadanan bg menjadikan sykt dan ahli-ahlinya sbg satu entiti yg sama. Pengecualian kpd prinsip Solomon. Boleh dilihat dalam dua aplikasi: 1. Peruntukan Statut; dan 2. Interpretasi Kehakiman.

1. PERUNTUKAN STATUT 1. S.304(1)- tujuan perniagaan utk frod/ tipu; 2. S.303(3) & 304(2)- memasuki kontrak htg sdgkan berkepercayaan yg sykt tdk akan mampu melangsaikan htg tsbt; S.36 – ahli sykt <2, dlm masa 6 blnsykt mesti mencari ahli baru, jika tdk shli yg seorg td akan bert/jwb sepenuhnya atas urusan sykt slps tempoh berkenaan tamat; S.121(2) – pegawai sykt dlm urusan melibatkan suratcara perniagaan tanpa menyatakan nama syarikat adalah bertanggungan secara peribadi; S.365(2)- pengarah membayar dividen kpd s/h drpd suatu yg diketahui bkn keuntungan

2. INTERPRETASI KEHAKIMAN Apabila sykt digunakan sbg alat utk mengabaikan t/jwb kontraktual; Apb sykt digunakan sbg alat utk melakukan pbtn frod; Apb sykt bertindak sbg ejen bg pemegang2 syer / pegawainya; Apb sykt hanya sbg topeng utk lindungi fakta sbnr; Kumpulan syarikat-syarikat- hbgn sykt induk & anak sykt.

2. INTERPRETASI KEHAKIMAN Apabila sykt digunakan sbg alat utk mengabaikan t/jwb kontraktual, Fakta Kes: L bersetuju utk menjual rumah kpd J, namun kemudiannya menjual kpd sykt yg ditubuhkannya sendiri(Ahamed Ltd). Peguam L tulis surat kpd peguam J utk menawarkan gantirugi bg kemungkiran kontrak tersebut. Namun J pohon pelaksanaan spesifik utk meneruskan kontrak antara keduanya. Ct: membenarkan permohonan J. Ct: GF berjaya mendapat perintah injunksi terhadap H & syktnya walaupun syktnya bkn pihak terlibat dlm kontrak asal. Jones v Lipman Gilford Motors Co. Ltd v Horne

Apb sykt digunakan sbg alat utk melakukan pbtn ‘fraud’, Fakta kes: D & Gyde (G) adalah pengarah dlm City o London Investmnt Co (C) dan kemudiannya menubuhkan Welsh State Quarries Ltd (Q). C berjaya dptkan lesen utk lakukan kerja2 kuari ttp menjualnya kpd Q dgn harga yg lbh tinggi. D & G berkongsi keuntungan tsbt. Q- lingkup dan likuidator dakwa D tlh langgar t/jwb sbg penaja kpd sykt Q. D bantah krn sykt dan dirinya adalah dua entiti yg berbeza. Re Darby

Aspatra SB v Bank Bumiputra M’sia Berhad; Apb sykt bertindak sbg ejen bg pemegang2 syer / pegawainya Fakta: BBMB dakwa Lorraine (pemilik Aspatra) krn pernah mengaut untung rahsia semasa menjadi pengarah BBMB. Sykt tsbt tlh ditubuhkan dgn niat utk menjadikan sykt sbg agen utk menyimpan asetnya. Halang drpd L pindahkan aset ke luar negeri. Aspatra membantah dan menyatakan mahkamah tdk sepatutnya menganggap aset Aspatra sbg aset peribadi L krn keduanya punya entiti yg berbeza. Aspatra SB v Bank Bumiputra M’sia Berhad;

Apb sykt hanya sbg topeng utk lindungi fakta sebenar Fakta: FGF- sykt perfileman British yg baru ditbhkan, 90% saham dipegang oleh pemilik pengerusi syarikat Film Group Incorporated (FGI), sebuah sykt Amerika dan 10%- seorg rakyat British. Perbelanjaan bg membuat Filem FGF ditanggung sepenuhnya oleh FGI. Oleh itu, Lembaga Pengeluan British enggan iktiraf filem keluaran FGF sbg keluaran British krn pengeluar sebenar- syarikat Amerika. Re F G Films Ltd;

5. Kumpulan syarikat-syarikat- hbgn sykt induk & anak sykt- c/ref s5 Hotel Jaya Puri Bhd v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers. Fakta: akibat penutupan sebuah restoran yg mengalami masalah kewangan, 56 org pekerja tlh ditamatkan perkhidmatannya tanpa mendapat pampasan. Restoran tak mampu nak byr, jd pihak kesatuan sekerja membawa kes ke mahkamah industri dgn menuntut Hotel Jaya Puri Bhd sbg sykt induk utk membayar pampasan tsbt. Hotel enggan bayar bg pihak anak sykt kerana doktrin entiti berasingan antara sykt induk dan anak syarikat. Ct: menolak alasan yag diberikan oleh pihak hotel dgn mengenepikan doktrin entiti berasingan dan melihat pihak hotel dan restoran sbg entiti yg sama.

Penganjur/Penaja

Definisi Penganjur/Penaja Seseorang yang terlibat dalam penubuhan sesebuah syarikat Seksyen 4 Akta Syarikat Twycross lwn Grant

Definisi – seksyen 4 AS 1965 Seorang penganjur berhubung dengan prospektus yang dikeluarkan oleh atau berhubung dengan sebuah perbadanan sebagai penganjur perbadanan yang menjadi pihak kepada penyediaan prospektus atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan tetapi tidak termasuk mana-mana orang dengan sebab hanya ia bertindak dalam kapasiti profesional

Definisi – Twycoss lwn Grant Penganjur merupakan orang yang bertanggungjawab mencari pengarah-pengarah bagi syarikat yangb bakal ditubuhkan dan menyatukan mereka, menyediakan prospektus (bagi syarikat awam), membayar kos perbelanjaan percetakan dan pengiklanan dan segala perbelanjaan lain yang berkaitan dengan usaha-usaha untuk menubuhkan sesebuah syarikat.

Kewajipan Penganjur Hubungan fidusiari (amanah): Penaja perlu megelakkan diri daripada membuat keuntungan rahsia Mesti mendedahkan kepada syarikat segala fakta material berhubung transaksi yang dimasuki bagi pihak syarikat Mendedahkan segala kepentingan yang dia miliki dalam sesuatu transaksi

Erlanger lwn New Sombrero Phosphate Co Fakta kes Keputusan mahkamah: Sebarang kontrak melibatkan penganjur dengan syarikat boleh dibatalkan atas opsyen syarikat tersebut melainkan sekiranya semua fakta material telah didedahkan.

Kontrak-kontrak pra-pemerbadanan Kontrak yang diwujudkan oleh penaja bagi pihak syarikat yang belum diperbadankan Apakah status kontrak pra-pemerbadanan: i) Undang-undang Inggeris ii) Akta Syarikat 1965

Kontrak Pra-pemerbadanan Undang-undang Inggeris - Sesebuah syarikat tidak bertanggungan terhadap kontrak yang dimasuki oleh sykt sblm pemerbadanan - Alasan: tiada prinsipal yang akan bertanggungjawab terhadap tindakan penganjur kerana penganjur (syarikat) masih belum wujud -Kes: Newborne lwn Sensolid (Great Britain) Ltd.

Newborne lwn Sensolid (Great Britain) Ltd. Fakta kes: Newborne telah berkontrak utnuk menjual 200 tin daging dalam tin kepada Sensolid (Great Britain) Ltd. Kontrak dibuat bagi pihak Leopold Newborne (London) Ltd, sebuah syarikat yang belum ditubuhkan. Pasaran daging dalam tin kemudiannya merosot dan ini menyebabkan Sensolid enggan meneruskan pembelian daging dalam tin tersebut.

Isu: Sama ada kontrak penjualan daging dalam tin oleh Newborne yang mewakili Leopold Newborne (sebuah syarikat yang belum diperbadankan) merupakan satu kontrak yang sah?

Keputusan mahkamah: Kontrak-kontrak yang dilaksanakan sebelum pemerbadanan sesebuah syarikat adalah merupakan kontrak yang tidak mengikat bagi Sensolid kerana Leopold Newborne masih belum diperbadankan semasa kontrak itu dibuat. Oleh itu, Newborne tidak boleh mendakwa kerana beliau tidak berkontrak sebagai prinsipal atau ejen.

Akta Syarikat Seksyen 35(1) Akta Syarikat: Apa-apa kontrak atau transaksi yang dibuat oleh syarikat sebelum pemerbadanannya boleh disahkan oleh syarikat selepas pemerbadanannya Kesan pengesahan: Syarikat terikat dengan kontrak tersebut seolah-olah ia telah wujud pada tarikh kontrak itu dibuat Ratifikasi / pengesahan: kesan retrospektif

Syarat ratifikasi: Hanya boleh dilaksanakan jika kontrak dimasuki oleh syarikat itu sendiri/ sesiapa sahaja yang mewakili syarikat sebelum pemerbadanannya Hak untuk meratifikasi adalah atas budi bicara syarikat – bukan mandatori

Cosmic Insurance Corporatin Ltd lwn Khoo Chiang Poh Fakta kes: Cosmic Insurance telah dibentuk oleh dua belas orang penaja yang kemudiannya telah bersetuju melantik Khoo Chiang Poh sebagai pengarah urusan syarikat. Bagaimanapun satu pertelingkahan berlaku antara En Khoo dan lembaga pengarah dan syarikta kemudiannya telah memecat En Khoo.

Dalam surat perlantikan (sebelum pemerbadanan) dinyatakan: “En. Khoo Chiang Poh akan menjadi pengarah urusan seumur hidup kecuali beliau meletakkan jawatan, meninggal dunia atau disabitkan kesalahan di bawah Akta Syarikat atau beliau dilarang menjadi pengarah urusan mengikut Akta Syarikat setelah disabitkan kesalahan”

Selepas pemerbadanan syarikat, satu resolusi diluluskan, iaitu “Adalah dipersetujui bahawa En Khoo Chiang Poh dilantik menjadi pengarah urusan dan akan memegang jawatan seumur hidup mengikut artikel dan memorandum persatuan dan beliau adalah bertanggungjawab terhadap lembaga pengarah”

Isu: Sama ada surat perlantikan daripada dua belas orang penaja syarikat adalah merupakan kontrak pra pemerbadanan syarikat? Adakah syarikat telah meratifikasikannya selepas pemerbadanannya?

Keputusan mahkamah: Surat perlantikan oleh dua belas orang penaja itu adalah merupakan kontrak pra pemerbadanan syarikat dan selepas pemerbadanan, syarikat tersebut telahpun meratifikasikannya apabila resolusi diluluskan oleh lembaga pengarah. Oleh itu, En Khoo Chiang Poh berhak mendakwa syarikat atas pemecatan tersebut.

Seksyen 35(2) Akta Syarikat Sekiranya syarikat tidak meratifikasi/ mengesahkan langsung transaksi pra pemerbadanan itu/ sebelum ratifikasi buat oleh syarikat, maka orang yang berkontrak bagi pihak syarikat adalah terikat secara peribadi bagi kontrak yang dibuat, sekiranya tiada peruntukan nyata yang berlawanan di dalam kontrak itu.

Tiada pengesahan/ ratifikasi Syarikat tidak akan bertanggungan Orang yang berkontrak bagi pihak syarikat bertanggungan secara peribadi