Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KPS 5042 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Advertisements

Soalan: Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan menghadapi arus
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Disediakan oleh: Kumpulan 3
Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Topik 35 Saling Membantu Dan Bekerjasama
Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural.
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
BAB 2 POTRET HUBUNGAN ETNIK
HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 3
BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
Isu-isu Kontemporari Peradaban
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
PGA103.
KULIAH 1 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM
Teori-teori Hubungan Etnik
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK BERSEMUKA KE-2 DKAP C
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
DSKP SEJARAH.
DASAR SOSIAL NEGARA.
kaum ke arah kemerdekaan
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.
Perpaduan dan Integrasi Kaum
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
Hubungan Etnik: Sumbangan Kerajaan dan Masyarakat
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural.
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
MASYARAKAT BERINTEGRASI
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
ANITA A/P PARAMASVARAN
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
Diploma Pengajian Islam (DPI)
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Transcript presentasi:

Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari

Hasil Pembelajaran Menerangkan konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik. Menjelaskan pembentukan pluralisme dalam Alam Melayu. Menyatakan kesan sekularisme penjajah dan pembentukan masyarakat pluralistik. Menghuraikan perkembangan pembentukan masyarakat pluralistik selepas era penjajahan.

Pengenalan Pluralisme budaya bukan fenomena baharu dalam Alam Melayu. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia melahirkan fenomena istimewa – kepluralitian budaya. Bab ini menjelaskan hakikat sejarah dan membahagikan – 2 tahap: kepluralitian budaya dalam Alam Melayu dan di Malaysia.

Pluralisme Budaya Alam Melayu Pluralisme dan masyarakat pluralistik (plural society) merupakan konstruksi saintifik sosial – hasil kajian empirikal. Sebelum kedatangan kuasa Eropah – Alam Melayu – tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia – kepluralitian bersifat semula jadi dan bukan paksaan.

Tujuan migrasi – berdagang secara sukarela, mencari kehidupan dan kekayaan, tujuan pendidikan dan keagamaan – membawa proses “pengindiaan” (Indianisation) – pengaruh pada aspek agama (Hinduisme dan Buddhisme), politik (sistem kerajaan, Orang Besar) dan kebudayaan (bahasa, pertunjukan pentas).

bersama ahli keluarga – atas persetujuan sebulat suara untuk menetap – mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi –berkahwin dengan penduduk tempatan, saling bertukaran amalan dan adat resam.

Kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah – memperkenalkan sistem kerajaan yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Dengan terlaksananya undang-undang kolonial dan terbentuknya negara bangsa, rangka dan cara mengupas turut mengalami perubahan.

Kedatangan penjajahan British turut membawa perubahan epistemologikal – sebelumnya – berdasarkan ilmu metafizik – ilmu yang bersumberkan alam ghaib – contoh: amalan perubatan perdukunan atau pembomohan. Kedatangan British – epistemologi baru – rasional atau saintifik – bukti material – menghasilkan ilmu kolonial – peta, banci, muzium dan kategori etnik.

Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melaka Empayar Melaka – The Venice of The East – tempat pertemuan pedagang Timur dan Barat. Mengamalkan sistem pemerintahan terbuka. Keselamatan laut dikawal – Undang-undang Laut Melaka. Penghijrahan semula jadi - terdapat interaksi aktif dalam kalangan pelbagai bangsa dan kaum.

Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh Penjajah Penjajah British memperkenalkan prinsip, sistem, struktur dan dasar pentadbiran baru. Mempunyai pengetahuan ilmu yang maju dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen. Perdebatan ilmu (abad ke-15) – pemisahan antara agama dan sains moden.

Semasa penjajah British datang ke Alam Melayu – Eropah mengalami perubahan epistemologi – pemisahan antara negara (state) dan agama (church). Majoriti menyokong sains moden dan menyebabkan agama menjadi anutan individu. Ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia termasuk ilmu pemerintahan dan pentadbiran.

Maka, Pihak British menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu di bawah pengawasan sultan. British mengamalkan pengagihan kuasa – kehakiman, eksekutif dan perundangan. Bernard Cohn – kolonialisme bukan sahaja menakluki ruang fizikal tetapi juga ruang epistemologi atau sistem pemikiran.

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia Perbincangan tentang pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia tertumpu kepada Melayu, Cina dan India kerana mereka memainkan peranan dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi-politik British. Perkembangan perusahan bijih timah dan getah pada abad ke-19 & 20 mengakibatkan penghijarahan orang Cina dan India.

Kewujudan pelbagai kaum – mengakibatkan satu masyarakat majmuk – setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti Melayu, Cina dan India – sama-sama berjuang untuk kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka Politik Kestabilan politk – kerjasama antara etnik dengan melaksanakan sistem demokrasi. 1955 – Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC) – memperjuangkan kemerdekaan – mengamalkan sikap bertolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik.

1974 – Barisan Nasional – terus kekal memerintah sehingga kini kerana wujud kerjasama antara parti komponennya. Pengurusan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur – berjaya mengekang pihak pembangkang. Struktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipis.

Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia – undang-undang tertinggi – sumber kepada segala perundangan lain. Panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik – berlandaskan suatu kontrak sosial – persetujuan antara kaum.

2 peringkat kontrak sosial: Pertama, pada zaman pluraliti – janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja – waad – berlaku antara Demang Lebar Daun mewakili pihak rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.

Kedua, dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Antara isu penting – soal kerakyatan – Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu.

Pada masa yang sama – orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu. Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik – mencapai persetujuan untuk hidup secara aman. Persetujuan ini menjadi acuan kepada penggabungan parti politik antara kaum seterusnya.

Pendidikan Sebelum Penyata Razak 1956 – wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan – aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India – tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional. Terbahagi kepada 3 peringkat: Pertama – Pendidikan British rendah dan menengah – golongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.

Kedua – sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British – menjadikan orang Melayu petani yang lebih baik. British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran. Ketiga – sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat dari sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi matlamat. Pascamerdeka – sistem pendidikan kebangsaan dibentuk – berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata perlajaran & orientasi – untuk mencapai satu identiti kebangsaan Malaysia – Penyata Razak (1956) & Penyata Rahman Talib (1960)

Bahasa Melayu – bahasa rasmi (Perkara 152)– untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. Namun, ada pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu mempunyai motif ekonomi yang tersirat – statistik kemasukan pelajar ke IPT – bidang kejuruteraan, sains dan perubatan.

Ekonomi Setelah kemerdekaan, rancangan pembangunan ekonomi terbahagi kepada 4 peringkat: 1. Rancangan pramerdeka – Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955); Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).

2. Perancangan selepas merdeka – Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965); Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). 3. Perancangan dalam era DEB. 4. Dasar-dasar Pembangunan Negara.

Pada umumnya, sistem ekonomi dipengaruhi oleh sistem ekonomi pasaran bebas (laissez faire); kewujudan sistem ekonomi dualisme. Ekonomi moden – berorientasikan budaya bandar dengan asas pasaran bandar, corak pengurusan dan teknok organisasi berteraskan bandar – orang asing (British), orang Cina dan India.

Sistem ekonomi tradisional – sektor ekonomi pertanian – padi dan perikanan – orang Melayu – budaya Melayu luar bandar. Sistem dualisme - mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut kumpulan etnik.

Sektor ketiga (tertiary sector) – terdapat ketidakseimbangan antara etnik – sektor kerajaan – etnik Melayu (termasuk polis); sektor ketiga swasta – etnik Cina (bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan) – etnik India (pengakutan awam, perniagaan dan kewangan). Dari segi purata pendapatan bulanan – kategori Bumiputera – ketinggalan.

Kesimpulan Pluralistik Malaysia muncul akibat hasil interaksi beberapa faktor sejarah – pluraliti budaya semula jadi (sebelum penjajahan), penghijrahan (zaman penjajahan). Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing – terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.