Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial Alam kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 – 6 tahun iaitu ( peringkat umur prasekolah ) tidak lagi terhad kepada persekitaran rumah dan hubungannya dengan ahli-ahli keluarganya. Ia mula meneroka alam yang lebih luas dan membuat hubungan dengan rakan sebaya, guru, orang luar serta berhadapan dengan pengaruh- pengaruh lain. Pengalaman kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembentukan emosi dan tingkahlaku sosial dan serta ke atas pembentukan identiti yang matang.
Peniruan ( albert bandura ) Manusia adalah insan yang berkemampuan untuk berfikir dan memilih haluan sendiri. Teorinya mengutamakan kaedah pemodelan atau pembelajaran pemerhatian dalam proses pembelajaran. Pada tahun 1963, Bandura membuktikan bahawa kanak-kanak menjadi lebih agresif ( suka berkelahi ) setelah menonton tv, wayang atau kartun yang menunjukkan unsur-unsur keganasan.
Peniruan….. Pemerhatian model merupakan satu proses penting dalam pembelajaran. Ia bukan sahaja dapat menunjukkan sesuatu tingkahlaku, tetapi juga dapat menduga apa yang akan berlaku kepada kita setelah mempamerkan tingkah laku itu dalam sesuatu tingkah laku.
pemodelan Pemodelan boleh digunakan untuk mencapai tiga ( 3 ) kesan :- Memperoleh tingkah laku baru Mempelajari tingkah laku daripada guru dan rakan sebaya. Mengembangkan tingkah laku lama Memerhatikan tingkahlaku orang lain dapat memberi ‘pengukuhan’ kepada tingkah laku yang diamalkan. Mengukuh atau melemahkan penghalang Tingkah laku orang lain yang akan membawa kepada sama ada kesan positif atau kesan negatif kepada diri individu.
Peniruan - pemodelan Perbuatan memerhatikan model bukanlah satu peniruan kerana tingkah laku yang terhasil tidak sama dengan apa yang diperhatikan.
Semasa proses P & P di dalam kelas, guru boleh melaksanakan pemerhatian pembelajaran seperti :- Menunjukkan contoh atau model tingkahlaku yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Menggunakan rakan sebaya sebagai model Memastikan murid dapat memerhatikan tingkahlaku positif yang diberikan peneguhan.
Erik erikson Menghuraikan 8 prinsip perkembangan iaitu daripada bayi hingga peringkat akhir hidup. Kepercayaan lwn ketidakpercayaan ( 0 - 18 bulan ) Setiap bayi mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi. Jika bayi mendapat perhatian dan keperluannya dipenuhi, dia akan membina rasa kepercayaan secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak mula membentuk ‘kepercayaan’ semasa berumur satu tahun. Dia dapat membina emosi kepercayaan terhadap dunia luar. Hubungan ibubapa dengan anak mestilah mesra. Jika gagal, kanak-kanak selalu rasa bimbang dan kecewa.
Autonomi lwn perasaan malu/keraguan ( 8 bln – 3 thn ) Kanak-kanak akan menentukan tingkahlaku sendiri untuk memiliki autonomi dan kuasa. Jika berjaya melakukan sesuatu tugasan dengan sendiri, dia memiliki kuasa. Jika ibubapa memberi pujian dan menghargai tugasan yang dilakukan sendiri oleh kanak-kanak, dia akan berasa cekap dan berkebolehan. Ibubapa perlu beri galakan kepada anak-anak untuk bertindak bebas.
Bila tidak diberi pujian dan tidak diberi galakan, kanak-kanak akan berasa malu dan ragu tentang kebolehan sendiri. Diperingkat ini kanak-kanak dapat menguasai perasaan malu dan ragu agar menjadi individu yang cekap dan berkebolehan. Jika dikritik dan dimalukan, kanak-kanak akan menjadi penakut, bimbang dan berkeyakinan rendah.
Peringkat inisiatif lwn serba salah ( 3 – 6 thn ) Kanak-kanak positif akan mempunyai perasaan autonomi yang tinggi dan jika digalakkan lagi, ingin meneroka dan mencari pengalaman yang dapat mencabar minda mereka. Akan belajar dengan cepat dan berinteraksi dengan orang lain selain daripada keluarga. Mula peka kepada apa yang betul dan apa yang salah. Ibubapa mesti menggalakkan anak untuk mencuba idea- idea yang baru. Sedar tentang keupayaan dan potensi untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. Mampu membuat aktiviti yang membina dengan daya usaha sendiri. Jika dimarahi semasa terlibat dalam sesuatu aktiviti yang diusahakan atas inisiatif sendiri, kanak-kanak akan berasa bersalah dan tidak mahu membuat sesuatu atas daya usahanya lagi.
Ketekunan lwn kompkes rendah diri ( 6 – 11 thn ) Ingin aplikasikan kemahiran-kemahiran ( fizikal dan sosial ) yang telah dipelajari sebelum ini. Ingin menguasai kemahiran teknikal dan melaksanakan seberapa banyak tugasan yang boleh kerana mereka sedang menyediakan diri untuk ambil alih peranan orang dewasa. Ingin melakukan sesuatu seperti meyelesaikan masalah, menguasai kemahiran, membuat hasilan / produk dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Ibubapa perlu menggalakkan dan memberi motivasi supaya tekun, ceburkan diri dalam banyak aktiviti dan perolehi banyak kemahiran yang boleh menjadikannya lebih handal. Kanak-kanak yang tidak mendapat galakkan akan berasa rendah diri. Kompleks rendah diri akan menjadikan seseorang itu tidak berkeyakinan dan tidak berdikari.