BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Aryani Widyaningsih, S.Pd.
Advertisements

KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
Ragam Kalimat BAHASA INDONESIA
Gaya Bahasa Dalam Struktur Kalimat
Majas adalah pemanfaatan kekayaan bahasa, pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh efek-efek tertentu yang membuat sebuah karya sastra semakin hidup,
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
DR. HASNAH MOHAMAD / KULIAH M12 BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU, LARAS BAHASA, ASPEK KAJIAN LARAS BAHASA (BBM3401)
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ Adi Yasran Abdul Aziz
Pengertian Tatabahasa,
SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Jenis-jenis Wacana Lisan
EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
KOMUNIKASI.
Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Memahami tingkah laku manusia
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
Memahami tingkah laku manusia
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
KULIAH M13 BAHASA MELAYU TINGGI GAYA BAHASA, NEKA BAHASA (BBM 3401)
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
BAHASA MELAYU TINGGI(BBM3401) PEMBAKUAN BAHASA
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kuliah 13 Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ PM Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
Memahami tingkah laku manusia
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU Ciri Bahasa Ilmu Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Mengikut Nik Safiah Karim (1986: 14), yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi, iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code). Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa ilmu tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam suasana yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina, pengguna BM perlu menguasai ragam bahasa dan laras bahasa.

Ciri Khusus Bahasa Ilmiah Mengikut Asraf (1986: 69-73), ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa ilmu mestilah: Bukan loghat Bukan bahasa pasar Bukan bahasa orang yang baharu belajar bahasa Melayu Bukan bahasa budak Bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa. Ciri Khusus Bahasa Ilmiah Tingkat bahasa rasmi Nada formal dan objektif Sudut pandangan orang ketiga Ragam pasif Istilah khusus Wacana pemaparan Nada bersahaja Kata membazir Ayat majmuk Bantuan ilustrasi

Laras Bahasa dan Aspek Kajian Laras Bahasa Definisi Laras Bahasa Nik Safiah Karim (1982: 629) menyatakan laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada bahasa tersebut. Abdullah Hassan (1997: 248) pula menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat pertama.

Ure dan Ellis (1977) menjelas laras sebagai pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Edward A.D. (1969) menyatakan laras bahasa sebagai bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain. Hymes dan Gumperz (1980:216) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun turut berbeza, begitulah sebaliknya. Kesimpulan: laras bahasa adalah penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya.

Aspek Kajian Laras Bahasa Sesuatu laras bahasa boleh dianalisis dari segi: Ciri-ciri keperihalan Ciri-ciri linguistik Ciri-ciri Keperihalan Ure dan Ellis (1977) membahagikan ciri keperihalan kepada dua, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan sesuatu anggota masyarakat.

Situasi Persekitaran Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antara aspek persekitaran yang dapat menghasilkan kemunculan laras bahasa yang berlainan ialah: Cara penyampaian Perhubungan sosial dan peribadi Bahan yang diperkatakan Fungsi sosial perlakuan bahasa

Ciri Linguistik Penganalisisan sesuatu laras dari sudut linguistik boleh diteliti daripada beberapa dimensi atau matra, iaitu: 1. Leksis 2. Tatabahasa 3. Gaya bahasa 4. Kohesi

Faktor-faktor Kewujudan Laras Bahasa Laras bahasa ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa, iaitu: i. Bangsa ii. Jantina iii. Status Sosial iv. Pendidikan v. Kerjaya/Profesion vi. Bidang/Disiplin ilmu

Faktor Kewujudan Kepelbagaian Laras Mengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa ialah: i. Pemula ii. Penerima iii. Bentuk Mesej iv. Cara Penyampaian v. Jenis Bahasa vi. Tajuk/Judul vii. Latar

Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya. MINGGU 11

Ciri-ciri Gaya Bahasa Sesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur, iaitu: Kejujuran Kesantunan Menarik Kejujuran bermaksud: Sanggup melakukan pengorbanan demi menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur. Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul dalam berbahasa. Menggunakan bahasa yang jelas dan mengelakkan kekaburan. Menyatakan sesuatu dengan tepat.

Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud: Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca. Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata. Menyampaikan sesuatu dengan jelas dan singkat. Kejelasan: - ketatabahasaan - hubungan dengan fakta yang diungkapkan - urutan idea secara logis - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: - menggunakan kata secara efisien. - mengelakkan penggunaan kata yang sinonim. - menghindari tautologi. 1212

Menarik Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-unsur yang berikut: Bervariasi 2. Mengandungi humor yang sihat 3. Mempunyai pengertian yang baik 4. Mempunyai kekuatan (vitalitas) 5. Penuh dengan daya khayal atau imaginasi

Jenis-jenis Gaya Bahasa Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada: Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa. 2. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa. 3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat. 4. Gaya bahasa retorik. 5. Gaya bahasa kiasan.

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa Berdasarkan pengarang 2 Berdasarkan masa 3. Berdasarkan medium atau wahana 4. Berdasarkan subjek atau perkara 5. Berdasarkan tempat 6. Berdasarkan khalayak 7. Berdasarkan tujuan

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata Gaya bahasa berdasarkan nada Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung atau tidak langsung) Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata Gaya bahasa rasmi Gaya bahasa tidak rasmi Gaya bahasa percakapan atau lisan

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada Gaya yang sederhana 2. Gaya mulia dan bertenaga 3. Gaya menengah

Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur Kalimat Klimaks 2. Antiklimaks 3. Paralelisme 4. Antitesis 5. Repitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes, anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.

Gaya Bahasa Klimaks Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea atau fikiran yang semakin penting dan meningkat jika dibandingkan dengan gagasan sebelumnya. Contohnya: Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna mereka tidak akur dengan perjuangan kita tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam ini kita perjuangkan. 2. Kesengsaraan membuahkan kesabaran, kesabaran pengalaman, dan pengalaman harapan.

Gaya Bahasa Antiklimaks Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat: Contohnya: Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.

Gaya Bahasa Paralelisme Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran dalam penggunaan kata atau frasa yang mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil daripada induk ayat, contohnya: 1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus dikutuk tetapi juga harus dibanteras. 2. Baik golongan kaya mahupun golongan miskin, harus dihukum jika bersalah.

Gaya Bahasa Antitesis Gaya yang mengandungi gagasan yang bertentangan dengan menggunakan kata atau golongan kata yang berlawanan, contohnya: Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kemajuan negara. 2. Manusia merancang, tuhan yang menentukan.

Gaya Bahasa Perulangan Epizeuksis Perulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang dipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya: 1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan. 2. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.

Gaya Bahasa Tautotes (Tautologi) Perulangan pengucapan kata yang sama secara berulang-ulang dalam susunan biasa (konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya. Yang diulang ialah idea tanpa sebarang penekanan atau penjelasan terhadap pengucapan itu, contohnya: Ia termenung, termenung mengenangkan orang yang jauh. 2. Dia menulis sebuah autobiografi tentang sejarah hidupnya.

Gaya Bahasa Anafora Anafora ialah perulangan perkataan pada awal baris atau kalimat, contohnya: 1. Kalau tidak Johar, Johari Kalau tidak Johari, Hamid Kalau tidak, Badariah dan Khamsiah 2. Senang-senang pinjam Senang-senang kata hutang Senang-senang pula serah pada orang

Gaya Bahasa Epistrofa (Epipora) Perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau ayat secara berurutan, contohnya: bumi yang kaudiami, itulah kediaman udara yang kauhirup, itulah kehidupan kasih yang kausirami, itulah kehidupan Ketuaan emak keuzuran emak keletihan emak

Gaya Bahasa Simplok Perulangan pada awal dan akhir beberapa baris atau kalimat secara berturut-turut, contohnya: saya tidak pandai menyanyi sebarang nyanyi saya nyanyikan saya tidak pandai menari sebarang tari saya tarikan bukan hidup tanpa cubaan bukan dunia tanpa penderitaan

Gaya Bahasa Epanalepsis Perulangan pada kata terakhir daripada baris, klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama, contohnya: Kita gunakan fikiran dan perasaan kita berceritalah padaku, berceritalah kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan

Gaya Bahasa Mesodiplosis Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat secara berturutan, contohnya: buruh kontrak jangan mencuri masa pegawai tinggi jangan mencuri masa

Gaya Bahasa Anadiplosis Perulangan kata atau frasa terakhir dalam klausa atau ayat menjadi kata atau frasa pertama dalam klausa ayat yang berikutnya, contohnya: dalam air ada wajah dalam wajah ada kenangan dalam kenangan ada ……. dalam syair ada kata dalam kata ada makna dalam makna ada …………..

Gaya Bahasa Retorik Gaya bahasa yang menggunakan bahasa yang jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya bahasa retorik boleh dibahagikan kepada: Aliterasi Asonansi Susunan songsang Elipsis Eufimisme Litotes

Aliterasi Gaya yang menggunakan kata-kata yang dimulai dengan perulangan bunyi konsonan awal secara berturut-turut dalam rentetan kata atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada puisi, contohnya: kan kubenamkan dadaku kaki kananku ke bulan kaki kiriku ke matahari kan kuhanyutkan hatiku dalam memberi dan menerima momen semanis semulia ini

Asonansi Gaya bahasa yang menggunakan perulangan bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: Melangkah gadis menahan denyutan pandangan terakhir terlempar ke nisan setangkai kemboja gugur perlahan merangkaklah senja menutup pandangan Dari darah, dari nanah yang punah di tanah rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata hasil manusia gila perang membunuh mesra bunga merah berkembang indah minta disembah

Susunan Songsang (inversi) Susunan songsang atau inversi ialah gaya bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan untuk menimbulkan kesan tertentu. Dari segi susunan ayat, susunan songsang ialah gaya yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu S + P kepada P + S, contohnya: Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telingaku. Sesudah dibelek beberapa kali, dia menyarungkan kembali parang itu. Terkenang dia akan mimpi semalam.

Elipsis Terdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui intuisi, orang dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang tepat dengan mudah, contohnya: Siakap senohong, gelama ikan duri ……………………………………… Pinggan tak retak, nasi tak dingin Ada ubi, ada batas …………………….

Litotes Gaya yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri, contohnya: Teratak inilah yang mampu kami peroleh bertahun-tahun lamanya. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang. Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali

Eufimisme Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini, pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati, contohnya: Mati : meninggal dunia atau menghembuskan nafas yang akhir. Bini : isteri atau orang rumah Berak : ke sungai besar Bunting : berbadan dua, hamil Haid : datang bulan, uzur

Gaya Bahasa Kiasan Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan berpindah.

Simile Sejenis gaya bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan eksplisit. Kata-kata perbandingan yang digunakan ialah seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain, contohnya: Beningnya laksana bulan di langit. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan mimpi ngeri kepada Fatin. Mukanya merah seperti udang kena bakar.

Metafora Sejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan idea tanpa kata perbandingan secara langsung seperti dalam simile, contohnya: Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan indah merah merona. Ia sebagai tanda layar malam akan dilepaskan tak lama lagi….. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku sebagai anaknya. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan menggunung.