MODUL 2 PENGURUSAN STOK
PANDUAN PENDAFTARAN INVENTORI DAN ASET ANTARA PERKARA YANG PERLU DI BERI PERHATIAN TERMASUKLAH :- 1. REKOD DALAM KAD PENYATA 2. PEMESANAN SEMULA / TAMBAHAN 3. PENGELUARAN STOK 4. PENYIMPANAN STOK 5. TERIMAAN STOK
PENERIMAAN & PENGELUARAN STOK Penerimaan dan pengeluaran barangan mestilah sentiasa dicatitkan dalam kad penyata. Semakan mestilah sentiasa dibuat secara kemas untuk memastikan baki akhir pada tarikh terkini sentiasa tercatat dalam kad penyata berkenaan. Sebarang keluar masuk stok mestilah ditandatangani oleh kakitangan yang bertanggungjawab.
PEMESANAN SEMULA / TAMBAHAN Pesanan semula/tambahan hanya boleh dibuat apabila wujud keperluan baru atau barang-barang yang dikehendaki telah habis/hampir habis di dalam simpanan dan dibuat mengikut keperluan setiap bulan. Ini adalah untuk memastikan agar : -
Kos penyimpanan barang Dapat diminimakan Memandangkan tidak wujud stor pusat Risiko pembaziran dapat di minimakan Risiko kehilangan barang dapat di minimakan Pengurusan inventori & aset Dapat di uruskan dengan penglibatan Kakitangan yang minima
PENGELUARAN STOK Setiap pengeluaran mestilah dengan pengetahuan dan kebenaran dari pegawai yang bertanggungjawab dan direkodkan dalam kad penyata keluar masuk inventori dan aset .
PENYIMPANAN STOK 1. Penyimpanan mestilah mempunyai susunatur yang baik untuk membolehkan aktiviti-aktiviti berjalan dengan sempurna. 2. Susunatur yang diwujudkan mestilah mengambilkira ruang untuk memudahkan kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan stok.
3. Penyusunan barang-barang : - * Menggunakan ruang simpan secara ekonomik * Menyusun dengan cara yang teratur * Menyusun agar tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan oleh kakitangan * Menyusun untuk memudahkan kerja-kerja pengeluaran
TERIMAAN STOK Apabila barang-barang diterima daripada pembekal, pegawai penerima hendaklah menentukan dan mengesahkan bahawa barang yang diterima adalah seperti yang telah dipesan dan mengikut spesifikasi dari segi kualiti dan kuantiti. Sebarang kerosakan atau perselisihan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pegawai yang menyelia dan pihak pembekal. Semua barang yang diterima hendaklah direkodkan.
ASET TETAP Aset tetap merupakan aset bersifat jangka panjang yang digunakan dalam operasi syarikat dan mempunyai bentuk fizikal yang nyata. Tetap yang dimaksudkan disini bukanlah bermakna aset itu mempunyai usia yang berkekalan tetapi ia bolehlah dikaitkan dengan konsep mobiliti , dimana aset tersebut tidak dijangkakan bertukar tangan dalam jangka masa pendek setelah ianya diperolehi.
Kesemua ini disebut sebagai harta loji & peralatan KATEGORI ASET TETAP TANAH LOJI BANGUNAN KENDERAAN PERALATAN & PERKAKASAN SUMBER ALAM Kesemua ini disebut sebagai harta loji & peralatan
CIRI-CIRI ASET TETAP Aset tetap digunakan dalam operasi biasa syarikat, iaitu digunakan dalam pengeluaran atau penawaran barangan dan perkhidmatan, atau untuk disewakan atau juga untuk tujuan pentadbiran, termasuk item yang digunakan untuk memperbaiki dan menyenggarakan aset-aset tetap yang lain . Aset tetap diperolehi bukan dengan tujuan untuk dijual semula atau sebagai item pelaburan .Misalnya, tanah yang dibeli dengan tujuan untuk menjualnya semula bila harga meningkat tidak diangap sebagai aset tetap, tetapi sebaliknya ia digolongkan sebagai pelaburan. Sebaliknya, tanah yang dibeli untuk tapak bangunan dianggap sebagai aset tetap.
Aset tetap bersifat jangka panjang, iaitu mempunyai usia lebih dari satu tahun, dan usia adalah terhad kecuali tanah. Oleh itu, semua aset tetap kecuali tanah akan disusutnilai. Aset tetap mempunyai bentuk fizikal yang nyata nampak dan boleh disentuh. Ini bermakna aset berjangka panjang seperti muhibah, paten, tandanama dan sebagainya tidak dianggap sebagai aset tetap
Terdapat 2 kaedah untuk menilai aset tetap : - PENILAIAN ASET TETAP Terdapat 2 kaedah untuk menilai aset tetap : - KOS SEJARAH Kos sejarah merupakan asas utama bagi penilaian aset tetep yang lazim digunakan oleh kebanyakan syarikat PENILAIAN SEMULA Jarang diamalkan dimana kaedah ini memerlukan aset-aset dinilai semula bagi tempoh-tempoh tertentu, sama ada dengan mengunakan khidmat jurunilai profesional, atau berpandukan pada harga semasa aset.
PENENTUAN KOS ASET TETAP Apabila sesebuah aset tetap itu dibeli terdapat pelbagai perbelanjaan yang dilibatkan selain daripada harga belian itu sendiri, seperti kos pengangkutan, cukai dan lain-lain . Secara amnya kos sesebuah aset itu meliputi semua kos yang terlibat dalam mendapatkan aset tersebut dan kos-kos yang secara langsung terlibat dalam menempatkan dan menyediakan sehingga ianya boleh digunakan.
PENGHAPUSKIRAAN ASET TETAP Aset tetap perlu di hapuskira apabila : - 1. Tidak digunakan & menunggu masa untuk dilupuskan 2. Di tukar dengan aset yang lain 3. Di buang atau di jual sebagai skrap 4. Di hadiahkankepada pihak lain 5. Di tukarkan tanpa sukarela (Invonlutary Convension) 6. Di jual
Latihan-latihan asas dalam pengurusan inventori dan aset kepada kakitangan terlibat / kakitangan baru perlu untuk memastikan kecekapan sistem.