Kuliah 4A. Bahasa Sastera

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Fungsi Drama.
Advertisements

Majas adalah pemanfaatan kekayaan bahasa, pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh efek-efek tertentu yang membuat sebuah karya sastra semakin hidup,
Diksi dan Gaya Bahasa Oleh : Rahmat Hidayatullah Khairul Anwar.
BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA
BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
Jenis-jenis Wacana Lisan
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
PERIBAHASA.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
Kuliah 2 : BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
Konsep-Konsep Penulisan Skrip dan Hubungannya dengan Media Elektronik dan Filem MODUL 2.
BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
KULIAH 1: KONSEP SASTERA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
Pendekatan Stilistik Kuliah 5-6
Dr. nor azura binti adzharuddin
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kuliah 4 Seni Bahasa dalam Karya Sastera
BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Kepelbagaian Perubahan Makna
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
KULIAH 1: KONSEP SASTERA
Kuliah 14 Stilistika : Penelitian Bahasa dan Sastera
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
Kuliah 13 Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
KELOMPOK 2 ANGGOTA: 1.Antares Alvian Dinosa Agaki (08) 2.Arif Fahmi Rizal (09) 3.Arya Mahendra Asmara (10) 4.Kristo Roy Martahan Pasaribu (22) 5.Vira Nur.
BAHASA PENULIS DAN TAFSIRAN MAKNA
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

Kuliah 4A. Bahasa Sastera Prof. Madya Dr Arba’ie Sujud 11/9/2018

Justifikasi Memahami ciri-ciri bahasa sastera akan membantu untuk mendekati eleman seni bahasa. Bahasa sastera bersifat tersendiri dan unik. Keunikan ini yang menjadikan karya sastera kaya dengan bahasa, indah dengan makna dan subur dengan interpretasi. 9-Nov-18

Laras Bahasa Sastera Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang dipelbagaikan. Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi), kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Bahasa sastera bersifat emotif 11/9/2018

Konsep Emotif Menimbulkan kesan perasaan yang pelbagai Sayang Suka Duka Benci Diperlihatkan melalui kata, frasa, ayat mahupun wacana. 9-Nov-18

Contoh Emotif sedih “…Adik. Jangan menangis. Sama sekali jangan menangis. Itulah satu-satunya permintaan abang yang besar. Beratnya memang berat. Bapa pulang tahun lalu. Kalau ditakdirkan Allah, ibu juga ingin ikut jejak bapa, lepaskan.” (Cerpen SN Shahnon Ahmad“Kalau ibu Sampai Takah Tiga” 9-Nov-18

Ciri LB Sastera Bersifat Imaginatif dan Figuratif Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi. Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya. Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik, kiasan dan sindiran. 11/9/2018

Menggunakan Bahasa Hiasan Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut. Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan. Tujuan lain penggunaan : Sebagai hiasan karya Penyeri jalan terhadap isi cerita. Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering, hambar atau menjemukan. Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan, peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya. 11/9/2018

Perlukisan Gambaran yang Jelas Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas. Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup. Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa sebagai berikut: Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim. 11/9/2018

Penggunaan Bahasa Baku Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya. Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian. Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan masyarakat. Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni: Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi. 11/9/2018

Bernada Puitis Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa yang puitis dan indah. Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan puisi begitu memikat serta menghiburkan. Karya SN Usman Awang misalnya, banyak memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda. 11/9/2018

11/9/2018

Pemilihan Diksi Berkesan Memilih perkataan berfungsi memerlukan penyesuaian dengan tema atau persoalan. Terdapat beberapa perkataan untuk suatu pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan. Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca. 11/9/2018

Bersifat Komunikatif Bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan penulis dengan pembaca. Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan oleh pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang. Mewujudkan hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembacan melalui plot penceritaan. 11/9/2018

Bersifat Ambiguiti (ketaksaan) Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan. Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas. Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang. Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan personafikasi. 11/9/2018

Bersifat Stilistik Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca. Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa tersendiri sifatnya. Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya. Pemilihan kata / diksi yang berkesan. Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang menekankan kepada cita rasa telinga. 11/9/2018

Bersifat Simbolik Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan kepada sesuatu benda. Simbol bersifat individu, konvensional dan ada juga yang berunsur sejagat. Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis manakala kumbang pula lambang bagi lelaki. Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan secara lebih serius bagi menunjukkan maksud 11/9/2018

Unsur-Unsur Bahasa LS Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau penulis kreatif. Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain. Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya dengan satu karya yang lain. Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras sastera atau kreatif, seperti :- 11/9/2018

Unsur Perbandingan Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut : Unsur Personifikasi Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad. menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah, Angin yang meraung …. Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan …. Kasih yang bersayap …. 11/9/2018

Unsur Hiperbola Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal. Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah. Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca. Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya adalah seperti berikut:- Pijak semutpun tidak mati …. Hajat hati hendak memeluk gunung …. 11/9/2018

Unsur Simile Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya sastera. Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain yang hampir sama. Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai. Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk menanggapi maksud pengarang. Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah, Pipinya laksana pauh dilayang …. Betisnya bagai bunting padi …. Giginya seperti mutiara …. 11/9/2018

Unsur Metafora Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya. Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh: Perempuan itu burung murai, kuat berleter …. Perasaannya api yang menyala …. Kata adalah pedang tajam 11/9/2018

Unsur Analogi Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan. Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara. Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu, Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia. 11/9/2018

Unsur-unsur Sindiran Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya. Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan orang Melayu. Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus. Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:- 11/9/2018

Unsur Ironi Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai makna yang tajam. Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam sindirannya. Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya. Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth: Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi. Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai. 11/9/2018

Unsur Sarkastik Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau menerima ungkapan tersebut. Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang. Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh: Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi…. Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini…. Nyah kamu dari rumah aku…. 11/9/2018

Unsur Sinisme Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi. Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa sarkastik dan bahasa ironi. Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya: Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya …. Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya….. 11/9/2018

Unsur-unsur Penegasan Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif. Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang beberapa kali. Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata, ayat atau seumpamanya. Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah seperti berikut;- 11/9/2018

Unsur Repetisi Unsur repetisi atau pengulangan bunyi. Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan. Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh: Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga berjaya…. Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang ….. 11/9/2018

Unsur Klimaks Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun penceritaan. Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya prosa. Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh ungkapan klimaks, ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis ….. 11/9/2018

Unsur Antiklimaks Unsur antiklimaks VS konsep klimaks. Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun. Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada yang kurang utama atau kurang penting. Cth: Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah rendah. 11/9/2018

Unsur-unsur Pertentangan Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan wujudnya pertentangan dalam bahasa tersebut. Mewujudkan unsur atau gaya yang bertentangan atau berlawanan dalam ayat-ayat yang dihasilkan. Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras sastera iaitu: 11/9/2018

Unsur Paradoks Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata dalam ayat. Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada. Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana kebenarannya. Cth: Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala Lumpur… Aku kesepian di tengah keramaian…. 11/9/2018

Unsur Antitesis Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang mengandungi ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth: Kecantikannya yang mencelakakannya…. Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi bahasanya yang baik…, Dia bergembira atas kesedihan orang lain…. 11/9/2018

Unsur Kontradiksi Unsur yang bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan sebelumnya. Pernyataan yang dinyatakan pada permulaannya akan menafikan ataupun membuktikan kata-katanya pada pernyataan berikutnya. Cth: Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta daun-daun menampar angin… 11/9/2018

Sekian, terima kasih 11/9/2018

Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera Pendekatan Stilistik Pendekatan Analisis Wacana Teori Semiotik (Buku : Apresiasi Bahasa : Interpretasi dan Ekspresi) 11/9/2018

Pendekatan Stilistik Konsep – Penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan pemakaian bahasa. Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks sastera Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah bahasa yang dapat mencerminkan pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik. 11/9/2018

Prinsip Stilistik Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif. Stilistik turut membicarakan persoalan dasar sastera – aspek bahasa Stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian penulis. Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan yang merentas disiplin linguistik Membantu memahami makna yang sukar Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan karya Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan penghargaan pembaca. 11/9/2018

Penyimpangan dalam Stilistik Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa yang terkeluar daripada keadaan yang lazim. Apa – morfologi, sentaksis Kenapa ? estetik tujuan pemikiran Maksud atau makna 11/9/2018

Pendekatan Analisis Wacana Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran. Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut penggunaan. Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih mengutamakan aspek pemaknaan. Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu berkomunikasi. 11/9/2018

Teori Semiotik Kajian yang melihat karya mempunyai sistem tersendiri. Kajian tentang sistem tanda dan kod. Bentuk tanda dalam teori semiotik Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan sifat Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan alamiah Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan bersifat arbitrari. 11/9/2018

Terima kasih 11/9/2018