PENGENALAN KEPADA HARTA TANAH
DEFINISI HARTA TANAH Seksyen 5 KTN: Mukabumi dan semua benda yang menjadikan mukabumi. Tanah di bawah permukaan bumi dan semua benda terkandung di dalamnya. Semua tumbuhan dan hasil keluaran semulajadi yang lain-lain seperti pokok dan sebagainya.
Sambungan… Semua benda yang terlekat pada permukaan bumi atau kekal terikat kepada benda yang melekat kepada permukaan bumi samada di atas ataupun di bawah permukaan bumi. Tanah yang terletak di bawah permukaan air. Nota: tanah, galian, batu batan dan lain-lain yang terletak di bawah permukaan bumi dimiliki oleh PBN.
CIRI-CIRI HARTA TANAH: FIZIKAL Sifat kelainan (hetergenous) – wujud disebabkan perbezaan dari aspek lokasi dan komposisi harta tanah. Tahan lama – jangka hayat panjang dan tidak mudah musnah tetapi tertakluk kepada keusangan. Penawaran tanah terhad (tetap bagi tanah(. Immobile – tanah tak boleh pindah dari segi fizikal.
PERUNDANGAN: Kepentingan: kekal, pajakan, pajakan kecil, sewaan dan sebagainya. Harta tanah boleh dimiliki dan dipindah milik di antara satu sama lain. Kegunaannya tertakluk kepada perancangan yang ditetapkan oleh PBN. Semua pembangunan tertakluk kepada kebenaran merancang di Akta Perancangan Bandar & Desa 1976. Harta tanah boleh diambil balik oleh PBN untuk kegunaan awam. Dengan pampasan munasabah.
SOSIAL: Keperluan hidup – samada dalam bentuk pemilikan ataupun sewaan. Prestij / status – harta tanah boleh melambangkan status seseorang yang memilikinya. Cthnya, memiliki rumah di Bukit Damansara, Country Heigh mencerminkan taraf kedudukan dan kekayaan seseorang. Sebagai alternatif pelaburan – pulangan tetap dan tidak mudah dipengaruhi oleh inflasi.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN & PENAWARAN HARTA TANAH Keadaan ekonomi negara – baik maka permintaan akan meningkat, kerana kegiatan aktiviti ekonomi berkembangan. Kemelesatan permintaan akan berkurangan. Pertambahan penduduk – migrasi atau perkahwinan akan mempengaruhi permintaan terhadap harta tanah. Kemudahan kewangan – senang, kadar pulangan rendah, permintaan meningkat.
Sambungan: Kadar faedah – tinggi, permintaan dan penawaran harta tanah rendah – pembangunan harta tanah juga rendah. Pembeli tidak berminat untuk membeli harta tanah kerana tidak sanggup membayar kadar faedah tinggi. Keadaan ekonomi umum – keadaan ekonomi stabil dan baik , nilai harta tanah meningkat. Ekonomi jatuh, nilai rendah kerana kuasa beli menurun disebabkan oleh taraf hidup masyarakat rendah.
Sambungan… Perubahan penduduk – jumlah penduduk meningkat disebabkan migrasi, peningkatan peluang kerja dan sebagainya menyebabkan peningkatan permintaan harta tanah secara tak langsung akan meningkatkan nilai harta tanah. Perubahan struktur keluarga – peningkatan pasangan baru berkahwin, meningkatkan permintaan terhadap rumah, nilainya akan naik disebabkan penawaran terhad.
Sambungan… Perubahan citarasa – apabila jenis, rekabentuk baru diperkenalkan dan memwujudkan permintaan akan menyebabkan nilai akan meningkat. Kemudahan kewangan – keadaan pinjaman dan kewangan untuk membeli harta tanah diperolehi dengan mudah, maka nilai harta tanah meningkat. Cthnya kempen rumah pertamaku.
Faktor-faktor mempengaruhi penawaran harta tanah: Penawaran tanah terhad / tetap. Ia merupakan sumber alam semulajadi dimana penawarannya tak boleh diubah ditambah atau dikurangkan. Penawaran tanah tetap iaitu tidak boleh pindah bagi sesuatu kawasan. Contohnya jika permintaan harta tanah tinggi di KL, tanah di Beranang tidak boleh dialihkan untuk memenuhi permintaan tanah di KL.
Sambungan… Masalah ini boleh diatasi dengan perancangan yang sesuai iaitu dengan menambak laut (singapura), membina bangunan bertingkat-tingkat seperti kondominium, pangsapuri dan sebagainya, membina bangunan dan ruang-ruang di bawah tanah dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI NILAI Faktor makro Faktor mikro
FAKTOR MIKRO Merujuk kepada faktor fizikal harta tanah. Lokasi – merujuk kepada ‘letakan’ iaitu dekat bandar, luar bandar , kemudahan asas, sosial atau berhampiran kawasan perindustrian. Terletak berdekatan dengan elemen positif akan meningkatkan nilai. Terletak berdekatan dengan kegunaan tidak diingini akan menurunkan nilai.
Kedudukan atau posisi harta tanah Nilai harta tanah kediaman berbeza jika terletak di tengah, hujung ataupun tepi. Harta tanah perdagangan – jarak dengan jalan raya: lapisan pertama, kedua atau ke tiga dari jalan utama. Kompleks membeli belah – paras/tingkat di mana harta tanah terletak atau terletak di lokasi utama atau sekunder.
Struktur bangunan: Binaan kekal iaitu keseluruhan bangunan dibina dengan batu bata atau konkrit. Binaan separa kekal – iaitu sebahagian dinding dibina dengan konkrit
JENIS-JENIS HARTA TANAH MENGIKUT KEGUNAAN Kediaman – rumah bertanah, apartment/ kondominium dan sebagainya. Pusat peranginan – hotel, resort, homestay dan sebagainya. Komersial – pejabat, pusat membeli belah, lot kedai dan pusat pameran. Industri – kilang dan gudang. Tanah pertanian – ladang, dusun, tanah kosong dan sebagainya.
Harta tanah kediaman: Asasnya adalah harta tanah tempat tinggal yang boleh dikelasifikasikan kepada rumah beranah dan tidak bertanah seperti apartment/kediaman bertingkat. Harta tanah kediaman bertanah merujuk kepada bangunan yang dibina di atas tanah di mana kedua-dua tanah dijual ataupun disewakan. Contohnya rumah teres, rumah berkembar, rumah bandar dan banglo serta sesebuah.
Rumah banglo: Sebuah rumah yang mempunyai kawasan tanah di sekeliling. Mempunyai kolam renang, taman permainan, taman bunga, garaj dan sebagainya. Komuniti berpagar: Rumah teres dan kondominium berpagar. Cthnya di Country Height, Kajang.
Sambungan… Ia merupakan elemen utama dalam gaya hidup masa kini di mana kawalan keselamatan persendirian disediakan. Ia diuruskan dan diselenggarakan oleh pihak pengurusan yang dilantik oleh penduduk. Terdapat ruang rekreasi seperti kelab dan taman permainan. Dihiasi dengan laskap yang baik, rekabentuk dan bahan binaan yang indah.
Rumah setinggam Didiami oleh pendatang tanpa izin ataupun rakyat tempatan yang berpendapatan rendah seperti Kg Pasir, Jalan Kelang Lama, Pantai Dalam dan sebagainya. Selain daripada 6 jenis rumah ini, terdapat juga rumah kampung, rumah panjang, rumah ladang dan sebagainya.
Apartmen/ Kediaman Bertingkat Kediaman ini merupakan alternatif untuk menampung jumlah penduduk yang semakin ramai di kawasan berkepadatan tinggi di bandar dan luar bandar. Dibina berpagar, mempunyai lif, taman permainan, kolam renang dan sebagainya. Memerlukan penyelenggaraan berkala di mana yuran penyenggaraan berkala dikenakan kepada penduduk.
Jenis-jenis apartment Harga (RM) Keluasan (Kp) Kos rendah 40,000 – 60,000 650 - 700 Kos sederhana 60,000 – 190,000 700 – 1,000 Kondominium mewah: Kelas sederhana Kelas atasas Kurang 300,000 Melebihi 400,000 1,000 Melebihi 1,000
Penthouse Merupakan banglo mewah di atas pencakar langit. Ia dikategorikan sebagai banglo berdasarkan kepada keluasannya melebihi sebuah banglo (2,000 kp – 10,000 kp). Terletak di tingkat paling atas dan mempunyai lift tersendiri. Unit terhad dan dimiliki oleh golongan atasan ataupun pengarah-pengarah syarikat.
Apartment berservis Ia berbeza dengan aparment biasa dari aspek keluasannya iaitu 350-1500 kp. Dibina khusus untuk golongan professional yang belum berkahwin ataupun utk warga kota berpengaruh seperti VIP , VVIP dan pelajar dari golongan kaya. Julat harga sebuah apartment berservis adalah RM500 – RM800 per kaki persegi. Ia lengkap dengan kabinet dapur, penyaman udara, kipas, pemanas air dan sebagainya.
Harta tanah komersial boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu: Ruang pejabat Kedai runcit di kompleks atau kompleks membeli belah. Lot bertanah dengan / tanpa kombinasi kedai ataupun kompleks membeli belah. Pusat pameran.
Ruang Pejabat Pembinaannya tidak bergantung kepada lokasi yang srategik kerana ia boleh berada di mana-mana sahaja kerana pelanggan akan pergi jika mempunyai keperluan. Terdapat bangunan pejabat 2 tingkat, 3 tingkat dan bangunan pejabat tinggi.
Kedai runcit Kedai runcit di kompleks pejabat seperti di Berjaya Time Square. Kedai runcit di kompleks membeli belah seperti di Maju Junction yang menjual buku, kedai-kedai kasut dan sebagainya.
Lot Bertanah Mempunyai ukuran satu, satu setengah, dua atau tiga tingkat lebih kombinasi kedai dan pejabat ataupun kedai dan apartmen. Popular di bandar dan pinggir bandar disebabkan tiada pusat membeli belah berhampiran disebabkan tanah banyak maka pembinaan bangunan secara mendatar dipilih berbanding secara menegak. Contohnya di Kg Pandan, Seksyen 7 dan Seksyen 15 Shah Alam.
Pusat-Pusat Hiburan/Taman Tema Digunakan utk pameran, konvesyen, pameran dagangan yg terletak berhampiran hotel, atau pusat membeli belah utama seperti KLCC, Mid Valley dll.
Harta Tanah Industri Merujuk kepada kilang-kilang ataupun loji pembuatan barangan – kecil sehinggalah industri berat seperti simen, keluli, loji jentera dll. Lokasinya bergantung kepada jarak dengan sumber-sumber pengeluaran seperti buruh, pelabuhan, pasaran, industri sokongan dan sebagainya. Cthnya kilang kayu – berhampiran hutan utk mendapatkan bekalan balak.
Tanah Kosong Tanah hutan atau tanah belum dibangunkan. Tidak mempunyai kemudahan asas dan sosial. Tanah Pertanian / Ladang Tanah yang ditanami denga produk pertanian seperti getah, kelapas sawit, buah-buahan dan sebagainya.
Rumah ladang/dusun Kombinasi di antara tanah pertanian dan bangunan. Terdiri daripada tanaman yang boleh dikomersialkan di mana pemilik membina bangunan kediaman di ladang ataupun dusun ini.