Sesi 4 PEMBELAJARAN MELALUI TINGKAHLAKU (BEHAVIORAL VIEWS OF LEARNING)
Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi ini, asatizah akan dapat menerangkan dan mengaplikasi teori-teori: i) Teori Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov dan John Broadus Watson ii) Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike dan Burrhus Frederic Skinner
Teori Pembelajaran Behaviorisme Pembelajaran - satu perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang disebabkan latihan dan pengalaman Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi dapat membuat pemerhatian melalui tingkahlaku Dari tingkahlaku manusia, kita dapat membuat kesimpulan mengenai apa yang mereka fikirkan
Tokoh Pelopor Teori Behaviorisme Teori Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936) John Broadus Watson (1878-1958) Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874-1949) Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PETROVICH PAVLOV (1849-1936) Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat dari rangsangan Rangsangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas
Makanan Keluar Air Liur SEBELUM PELAZIMAN Makanan Keluar Air Liur (Rangsangan Tak Terlazim) (Gerak balas Tak Terlazim) SEMASA PELAZIMAN (DILAKUKAN BERULANG KALI) Bunyi Loceng (Rangsangan Terlazim) + Keluar Air Liur Makanan (Gerak Balas Tak TerLazim) (Rangsangan Tak Terlazim) SELEPAS BERLAKUNYA PELAZIMAN Bunyi Loceng Keluar Air Liur (Rangsangan Terlazim) (Gerak Balas Terlazim)
4 Konsep Utama : Penguasaan Konsep Ivan Pavlov Generalisasi Penghapusan Diskriminasi
Tingkahlaku Kesimpulan Penguasaan (Aquisition) Organisma mempelajari sesuatu gerakbalas atau sesuatu perkara baru secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba maka lebih kukuh penguasaannya. Generalisasi (Generalization) Organisma dapat membuat generalisasi dan akan diikuti dengan gerakbalas Diskriminasi (Discrimination) Organisma dapat membezakan antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk bergerakbalas kepada rangsangan itu dan tidak pada rangsangan lain Penghapusan (Extinction) Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim dengan kerap maka lama kelamaan organisma itu tidak akan bertindakbalas
Kesimpulan daripada Teori Pavlov Untuk pembelajaran berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran. Bimbing pelajar menggunakan konsep generalisasi dan diskriminisai dengan tepat. Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dan gerakbalas terlazim.
Mengenai John.B Watson (1878-1958) Menjalankan eksperimen dengan haiwan iaitu tikus dan monyet Jaques Loeb seorang ahli biologi yang mempengaruhi beliau tentang objektif psikologi Merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia Mengenai John.B Watson (1878-1958) Mengkaji tentang neurologi bersama Henry Herbert Donaldson Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov Mengkaji tentang fungsi dan teori psikologikal Mengkaji tentang tingkah laku haiwan
TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON Psikologi haruslah menjadi ilmu yang positif. Psikologi harus dibatasi pada penyelidikan-penyelidikan mengenai tingkahlaku yang nyata saja. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran yang membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.
Eksperimen Little Albert Pada tahun 1920, Watson bersama pembantunya, Rosalie Rayner menjalankan kajian di Hopkins University terhadap bayi berusia 9 bulan iaitu Albert B. Sebagai rumusan, pada mulanya Albert telah dilazimkan untuk menangis sebagai suatu gerakbalas pada tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza. Berlanjutan apabila Albert takut terhadap apa sahaja yang berbulu dan berwarna putih. Watson dan Rayner telah menunjukkan pelaziman klasik yang boleh menyebabkan fobia (ketakutan yang kurang rasional terhadap sesuatu situasi yang merbahaya).
Gambar Albert Diberikan Seekor Tikus Putih Eksperimen Tahap 1 (9 bulan) Gambar Albert Diberikan Seekor Tikus Putih KAJIAN Albert diberikan tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza. Reaksi Albert adalah seronok dan selesa.
Bunyi yang mendadak menyebabkan Albert menangis. Eksperimen Tahap 2 (11 bulan) KAJIAN Albert sekali lagi ditunjuk tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza diikuti bunyi kuat yang telah dihasilkan daripada batang paip besi dan pemukul. TINDAKBALAS Bunyi yang mendadak menyebabkan Albert menangis.
Eksperimen Tahap 3 (11 bulan dan seminggu) Albert berasa takut dengan benda yang berbulu putih walaupun itu merupakan topeng Santa Claus - Albert diberikan lagi tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza. - Reaksi Albert tetap menangis dan takut walaupun tanpa sebarang bunyi dihasilkan. - Akibat dari perkaitan ini, maka hasil gerak balas takut yang dimanifestasi ialah melalui tangisan.
Ketakutan (Gerak balas Terlazim) Gerakbalas Semulajadi Proses Berpasangan Berlakunya Pembelajaran Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim Ketakutan (Gerak balas Terlazim) Tikus (Rangsangan Neutral + Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim) Tikus (Rangsangan Terlazim
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN J.B WATSON DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru dapat memastikan serta memberikan rangsangan tidak terlazim supaya murid dapat menghasilkan gerak balas terlazim. Contoh: Guru dapat menggunakan teknik pelaziman ini dalam pengawalan kelas. Guru memberikan rangsangan tidak terlazim iaitu tepuk tangan manakala murid pula memberikan gerak balas tidak terlazim untuk senyap dan duduk di tempat masing-masing. Oleh itu, semasa dalam kelas, apabila guru tepuk tangan, murid-murid akan menjadi senyap dan duduk di tempat masing-masing.
…sambungan 2. Disamping itu, tabiat serta amalan yang baik boleh diamalkan dengan proses pelaziman. Contoh: Apabila murid berjumpa dengan guru (rangsangan) murid-murid haruslah tunduk serta memberikan salam kepada guru. Amalan sebegini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian murid-murid di sekolah mahupun semasa di rumah.
…sambungan 3. Rangsangan dan gerak balas yang diberikan harusnya sentiasa berunsur positif. Terapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid agar guru-guru dapat pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan untuk mengekalkan keberkesanannya. 4 . Dengan teori pelaziman ini, guru turut dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan pencapaian murid dengan rangsangan yang bersesuaian. Guru dapat memanipulasikan pelaziman murid dalam kelas dan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dan menarik. Dengan pelaziman juga, guru dapat mengawal kelas dengan baik dan teratur.
TEORI PELAZIMAN OPERAN EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949) 3 Hukum Pembelajaran: Hukum kesediaan: Pelajar perlu mempunyai persiapan dalam dirinya untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Hukum latihan: Ikatan rangsangan – gerak balas menjadi kukuh melalui latihan yang berulang-ulang. Hukum Kesan: Tingkahlaku yang diikuti dengan akibat yang menyenangkan lebih berkemungkinan diulangi pada masa depan.
Hukum Kesediaan: 1) Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan. Contoh: Pelajar bermotivasi tinggi,guru sedia membantu, kelas kondusif. Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan. Contoh: Pelajar yang rajin tapi lemah dalam sesuatu matapelajaran. 3) Apabila seseorang pelajar tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan Contoh: Pelajar yang mempunyai masalah peribadi-guru dekati secara individu.
Hukum Latihan : Menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Sekiranya pasangan rangsangan-gerak balas (stimulus-response) wujud berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan tinggi kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa akan datang. Contoh: Pelajar mengulang baca sifir 12.
Hukum Kesan : 1) Menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. Contoh: Pelajar diberi pujian walaupun pertama kali lulus Matematik. Sekiranya gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan kian menjadi lemah, khasnya apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang menyeronokkan. Pelajar diherdik kerana lambat siapkan latihan.
Eksperimen Thorndike ke atas seekor kucing di dalam sangkar Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.
Teori Cuba-Ralat Kucing yang lapar dikurung di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar Kucing melakukan pelbagai tindakan melepaskan diri - proses cuba jaya Terpijak selak, pintu sangkar terbuka menuju ke makanan Dikurung semula, dan melakukan proses yang sama untuk melepaskan diri
IMPLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM P&P Guru menggunakan motivasi sesuai Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar Memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan IMPLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM P& P Melalui latihan, ulangkaji, pengukuhan yang menyeronokkan Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul daripada pelajar
Kesimpulan Teori Thondike Guru perlu sentiasa menilai kesediaan pelajar (kesediaan psikomotor, kognitif, afektif). Mengadakan pelbagai rangsangan seperti gambar berwarna-warni, perisian komputer yang menarik dan tayangan video. Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan markah untuk respon yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti keadaan bilik yang ceria, bersih, selesa, tersusun dan harmoni.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER B.F Skinner ; gerak balas boleh dikuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberi peneguhan. Skinner Box – mengkaji setiap tingkah laku boleh dikawal dan gerak balas boleh dihitung.
PENEGUHAN ( reinforcement) Rangsangan + Gerak Balas = Peneguhan Tujuan Peneguhan : Memuaskan kehendak Mengurangkan tekanan Merangsang otak Terdapat 2 jenis peneguhan : Peneguhan positif Peneguhan negatif
PENEGUHAN POSITIF Merupakan bentuk motivasi dalam P&P seperti kata-kata pujian, senyuman, menepuk bahu dan memberi hadiah. Mesti dilakukan dengan jelas, bersistematik dan IKHLAS. Boleh diberikan secara : Berterusan – peneguhan diberikan setiap kali reaksi yang diingini ditunjukkan. Berkala (tetap/berubah) – peneguhan diberikan selepas satu jangka masa yang ditetapkan.
PENEGUHAN NEGATIF Merupakan rangsangan serta-merta yang tidak selesa atau menyakitkan selepas tingkah laku ditunjukkan. Cth : Tingkah Laku - tidak membawa buku teks Kesan – Guru marah dan berdiri atas kerusi T/Laku pada masa hadapan : Pelajar bawa buka teks, guru berhenti marah dan tidak didenda.
HUKUMAN Jika mempamerkan tingkah laku negatif, boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan/ kurang selesa. Tujuan - mengurangkan / melemahkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Dibahagikan kepada 2 bentuk: Hukuman Persembahan – rangsangan yang boleh menakutkan pelajar seperti lari keliling padang, balik lambat dll. Hukuman Penyingkiran – rangsangan disingkir sebagai hukuman berkelakuan tidak betul seperti tidak dibenarkan menonton tv dlm j/masa tertentu.
PRINSIP PREMACK Mengaitkan aktiviti yg kurang diminati dengan aktiviti yg lebih diminati utk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yg kurang diminati. Dikenali juga sebagai Grandma’s Rule – ‘kamu boleh keluar rehat selepas siapkan latihan matematik ‘. Contoh : permainan BINGO, SUDOKU
PELUPUSAN Bermaksud perlakuan akan menjadi lemah / lupus jika tidak diberi peneguhan. Dapat diatasi jika : i) peneguhan sesuatu perlakuan dapat dikenalpasti. ii) peneguhan itu tidak digunakan lagi iii) guru bersabar; hasil tidak datang serta-merta.
APLIKASI SKINNER DALAM BILIK DARJAH Guru berhati-hati, bertindak cepat dan sistematik. Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. Dlm memberi peneguhan negatif, guru perlu berhati-hati, bimbang dianggap sebagai hukuman/ deraan. Gerak balas haruslah dikukuhkan utk membentuk pelaziman. Latihan/ gerak balas berulang-ulang bertujuan utk menambah kefahaman / kemahiran pelajar.
Kesimpulan Penekanan Teori Pembelajaran Behaviorisme adalah perubahan tingkahlaku setelah terjadi proses pembelajaran. Behaviorisme berkait rapat dengan keyakinan tentang martabat manusia yang sebahagian bersifat falsafah dan sebahagian lagi bercorak psikologi, iaitu : 1. Manusia pada dasarnya tidak berakhlak baik atau buruk, bagus atau jelek. Manusia mempunyai potensi untuk bertingkah laku baik atau buruk, tepat atau salah. Berdasarkan keturunan atau pembawaan yang terbentuknya pola-pola tingkahlaku yang menjadi ciri-ciri khas dari keperibadiannya. 2. Manusia mampu untuk berefleksi atas tingkah lakunya sendiri. 3. Manusia mampu untuk memperoleh dan membentuk sendiri pola-pola tingkahlaku yang baru melalui sesuatu proses belajar. 4. Manusia dapat mempengaruhi perilaku orang lain dan dirinya dipengaruhi oleh perilaku orang lain.