Sijil Pengajian Ugama Al-Zuhri

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
ﺑﺴﻢﺍﷲﺍﻟﺮﺣﻤﻦﺍﻟﺮﺣﻴﻢ KITABUZZAKAH
Advertisements

Politik Ekonomi Islam Tata Kelola Keuangan dan APBN Daulah Khilafah
ZAKAT PENGERTIAN ZAKAT Secara Bahasa (lughat), berarti : tumbuh; berkembang dan berkah (HR. At-Tirmidzi) atau dapat pula berarti membersihkan atau.
ZAKAT Zakat ialah sejumlah harta yang wajib dikeluarkan oleh muzaki(orang yang terkena kewajiban zakat)
UNTUK KELAS VI MADRASAH IBTIDAIYAH
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
Pengertian zakat Bahasa Subur Istilah
Perkara yang akan dipelajari:
Pertemuan ke 10 muammalah
Anggota : Nofika Nurul Septia Basri Asril Ardiansyah Harahap
ZAKAT Selamat Mengikuti بسم الله الرحمن الرحيم IZMU HR PUTRA
Zakat الزَّكَاةُ Presented by: Khairul Anwar NIM
ZAKAT DAN PAJAK oleh Farida P
Ya Allah, Pembimbing Hidup kami
Media Pembelajaran Interaktif PAI
PENGERTIAN ZAKAT DAN CARA PEMBAGIANNYA
ZAKAT PENYUBUR JIWA PEMBAWA BERKAH
Zakat Fitrah Pelajaran 10 Kompetensi Dasar Mengetahui kewajiban zakat
PUASA Dosen : Dr. Desmadi Saharuddin Mata Kuliah : Studi Islam 2
ZAKAT.
EKONOMI MIKRO SYARIAH PERAN ZAKAT DALAM KELUARGA
ZAKAT.
BAB IV Ma’ruf yuniarno, M.A..
AGAMA ISLAM DISUSUN OLEH : ANGGI LESTARI KELAS: X KEPERAWATAN 6
Present: Sinergi Foundation
Present: Sinergi Foundation
Zakat By. Sinergi Foundation.
Agama Islam By.
Disediakan oleh: Kumpulan 3
PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM
KITABUL BUYU’ KITAB JUAL BELI
Andalus Corporation Pte Ltd
Sebagian ulama fiqh, mengatakan bahwa sedekah wajib dinamakan zakat, sedang sedekah sunnah dinamakan infak. Sebagian yang lain mengatakan infak wajib dinamakan.
KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
BAB 11 EKONOMI ISLAM.
PENDIDIKAN ISLAM HAJI DAN UMRAH TINGKATAN 4 IBADAT.
TINGKATAN 5 BAB DUA INSURANS.
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Wakaf UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
Kelas Bimbingan Dewasa
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
BAHAGIAN 2 SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN.
KONSEP HARTA DALAM ISLAM & ASAS HARTA PERNIAGAAN DIZAKATKAN
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk.
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
JUAL BELI SALAM Definisi
Sumbangan Bani Umaiyah.
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
Adab Memberi dan Menerima Hadiah Serta Sedekah
HERRY SYAFRIAL, S.Pd., M.A. Tahun Akademik
BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
HERRY SYAFRIAL, S.Pd. Tahun Akademik
Pengertian Puasa KBD Unit 3.
ZAKAT FITRAH DILAKSANA ASNAF DIBELA
Diploma Pengajian Islam (DPI)
Diploma Pengajian Islam (DPI)
Andalus Corporation Pte Ltd
BAB 2: JENIS HARTA YANG WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT
Andalus Corporation Pte Ltd
Andalus Corporation Pte Ltd
Transcript presentasi:

Sijil Pengajian Ugama Al-Zuhri T A M A D U N I S L A M Ekonomi Islam Sesi Ke-Tujuh

SUMBER BAITUL MAL 1- ZAKAT FITRAH 2- ZAKAT HARTA 3- SEDEKAH 4- WAKAF HARTA MASYARAKAT HARTA NEGARA HARTA UMUM 1- ZAKAT FITRAH 2- ZAKAT HARTA 3- SEDEKAH 4- WAKAF 1- HARTA RAMPASAN: (Ghanimah & Fay’ ) 2- CUKAI: ( Kharaj, Jizyah,Usyur ) 3- HARTA TANPA WARIS 4- HARTA KARUN. 1- PERLOMBONGAN 2- PERUSAHAAN 3- PERNIAGAAN 4- PERTANIAN DAN LAIN-LAIN.

BAITUL MAL SEJARAH PENUBUHAN & PERLAKSANAANNYA

BAITUL MAL PADA ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN Bermula sejak zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar tapi masih di peringkat awal dan tidak menyeluruh. Penubuhan rasmi Baitul Mal ialah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Khalifah Umar telah menyediakan buku kira-kira negara untuk mengetahui wang keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Perlaksanaan Baitul Mal telah dibuat secara sistematik.

BAITUL MAL DI ZAMAN BANI UMAYYAH PENGEMASKINIAN SISTEM PUNGUTAN CUKAI. Kadar Jizyah bagi orang yahudi diturunkan. Jizyah juga dikenakan ke atas orang Islam bukan berketurunan Arab ( Kaum Mawali ). Telah Menyebabkan ramai orang Islam memberi sokongan kuat kepada Revolusi Abbasiyah. Kharaj ( Cukai Tanah ) - turut dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah orang Islam.

PERLAKSANAAN BAITUL MAL DI SEPANYOL Setelah ditakluki oleh kerajaan Bani Umayyah, Pentadbiran secara Islam telah dilaksanakan. Perlaksanaan Baitul Mal lebih teratur & teliti. Sumber pendapatan bertambah – terutama daripada hasil pertanian, perlombongan & perdagangan. Tidak berlaku penyelewengan dalam pengendalian atau pengagihan wang Baitul Mal.

PERLAKSANAAN BAITUL MAL DI ZAMAN ‘ABBASIYYAH MENGALAMI TIGA ZAMAN: 1- Zaman Pembinaan 2- Zaman Kegemilangan 3- Zaman Kegelapan Berlaku Pemborosan. Menghadapi masalah kewangan.

PERLAKSANAAN BAITUL MAL DI CHINA SEBELUM 1800M Jenis cukai yang dilaksanakan: 1- Cukai Tanah 2- Cukai Kepala 3- Cukai Perdagangan Membentuk Jabatan Urusan Perdagangan (Department For Trade) Fungsinya: 1- Menyelia atau mengawasi kelancaran perdagangan (import – eksport) 2- Menguruskan pemungutan cukai dan pemeriksaan ke atas barangan perdagangan.

ZAKAT PENGERTIAN ZAKAT: Zakat Dari segi bahasa zakat bererti "bersih", "suci", "subur", "berkat" "berkembang dan “kedamaiaan ". Pengertian "bersih“ dan "suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat tercela terhadap harta.

Zakat dari segi syara' ialah mengeluarkan sebahgian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syara'. Zakat terbahagi 2: 1- Zakat Harta 2- zakat Fitrah

Dalam Al-Quran perkataan Zakat diberi 7 makna: ALLAH BERFIRMAN: Bermaksud: “ Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka ”. – (Surah al-Taubah ayat 103) Dalam Al-Quran perkataan Zakat diberi 7 makna: 1- Shahadah 2- Zakat 3- Kebaikan 4- Zakat Fitrah 5- Suci 6- Halal 7- Sadaqah

HIKMAH ZAKAT UNTUK DIRI SENDIRI: Menyuci dan mengembangkang harta; Lahir rasa bersyukur dengan pemberian Allah; Membawa suatu rasa keamanan dan kesejahteraan.

UNTUK MASYARAKAT: Mengurangkan perasaan iri hati diantara mereka yang kurang berkemampuan; Memberi satu panduan Islam dalam menguruskan ekonomi dan finance; Membolehkan pembahagian sebahagian kekayaan orang-orang yang kaya kepada orang-orang yang miskin.

JENIS HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT 1- Binatang Ternakan ( unta,lembu,kerbau,kambing) 2- Biji-bijian dan Buah-buahan 3- Harta Perniagaan/Perdagangan 4- Emas ,Perak dan termasuk matawang. 5- Harta Galian *** Jenis Zakat di Singapura: Wang Simpanan, wang CPF, Perniagaan, Saham dan Emas.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT Muslim. Hak milik penuh harta. Cukup nisab. Cukup haul. (1 Hijrah = 354.5 hari) .  

ZAKAT FITRAH Zakat fitrah merupakan suatu amalan yang menyucikan diri manusia dari sudut ibadat.  Kewajipan zakat fitrah Ketua Keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga tanggungannya. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri keluarga atau tanggungannya ialah Individu yang mempunyai kebihan makanan atau hartanya dari keperluan tangunggannya pada malam dan pagi hari raya Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari Memeluk Islam sebelum teKadar Fitrah

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5: 1- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 2- Waktu yang paling afdhal: Sebelum sembahyang Hari raya 3- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan 4- Waktu makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal 5- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal. *** Rujukan: Panduan Ilmu Fiqh – Syeikh Omar Al-Khatib

ZAKAT PERNIAGAAN Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan samada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan, atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan samada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat koperasi atau saham perniagaan atau sebagainya. 

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN ***Apabila cukup nisab dan haul 2.5 % zakat dikenakan ke atas harta (perniagaan). Islam - Hanya orang Muslims yang perlu membayar zakat. Didalam perniagaan  dimana hak milik terbahagi kepada orang Muslim dan orang bukan Muslim, hanya hak milik orang Muslim dikenakan zakat.

Hak milik penuh - Zakat dikenakan ke atas 'shared capital' atau saham compani yang dimiliki pemilik syarikat tersebut tolak sebarang wang yang dipinjam untuk membeli saham-saham tersebut. Niat untuk membuat perniagaan. Niat untuk membayar zakat. Cukup haul. Cukup nisab.

ZAKAT EMAS Emas merupakan logam yang berharga. Manusia menjadikannya nilai tukaran wang. Sementara syariat pulamenjadikan Emas sebagai kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat telah mewajibkan zakat keatas pemilik kedua jenis barangan tersebut apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Dalil Wajib Zakat Emas: Firman Allah S.W.T: Maksudnya: "Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Taubah: 34).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada seorang yang mempunyai emas dam perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi, dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada suatu hari yang lamanya 50 ribu tahun, sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya". (Riwayat Muslim).

Jenis-jenis emas yang wajib dikenakan zakat: Emas yang tidak digunakan atau dipakai bermakna emas yang tidak pernah digunakan atau dipakai selama setahun. Jika jumlah emas itu melebihi 86 grams (nisab), mesti lah dikenakan zakat sebanyak 2.5%. Kadar nisab untuk emas adalah sama dengan 86 grams emas. Emas yang dipakai. Jika berat emas itu lebih dari uruf, mesti lah dikenakan zakat keatas jumlah yang melebihi uruf. Sebagai contoh, uruf ditetapkan kepada $5,000 atau sekitar 120 gram.

Simpanan bermakna duit yang disimpan di: ZAKAT WANG SIMPANAN Simpanan bermakna duit yang disimpan di: Simpanan semasa Simpanan tetap Duit ditangan Insuran

Cara Pengiraan Zakat Simpanan Boleh dikira dengan menggunakan salah satu cara- cara berikut: 2.5% zakat dikenakan ke atas jumlah tahunan terendah jika jumlah tersebut adalah sama atau melebihi nisab dan cukup haul nya. 2.5% zakat dikenakan ke atas jumlah bulanan terendah jika jumlah tersebut adalah sama atau melebihi nisab dan cukup haul nya. 2.5% zakat dikenakan ke atas baki terakhir jika jumlah tersebut adalah sama atau melebihi nisab dan cukup haul nya.

ZAKAT CPF Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam kumpulan Wang Simpanan dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul.   Terbahagi 2: 1- Medisave Account 2- Ordinary Account

Medisave Account Wang dari Mediasave account tidak boleh dikeluarkan dan pengunaannya hanya terbatas pada apa yang tetapkan oleh CPF Board. Ia tidak dikenakan zakat kerana ia adalah milik yang tidak sempurna. Ordinary Account Wang dari Ordinary account dikenakan zakat apabila ia cukup nisab dan haul Ini bermakna ia wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya. Walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung CPF.

Keputusan Fatwa Wang CPF bagi pekerja-pekerja Islam wajib dikeuarkan zakat bila cukup nisab dan haulnya. ***Cara Pengiraan Zakat CPF: Hanya simpanan semasa dikira dan diberikan tunggakkan sehingga pekerja tersebut boleh mengeluarkan wang CPF nya. Zakat diatas 'special account' mesti dibayar apabila wang CPF boleh dikeluarkan. Wang yang ada didalam 'medisave account' tidak dikenakan. Zakat dikenakan sebanyak 2.5% daripada baki wang CPF pada setiap tahun apabila cukup nisab dan haul.

ZAKAT SAHAM Saham disini bermaksud wang yang dilaburkan didalam perniagaan. Zakat dikenakan keatas saham yang dibeli dengan wang seseorang. Saham yang dibeli dengan wang pinjaman (contoh; menggunakan 'loan') mesti lah ditolak daripada jumlah keseluruhan saham sebelum zakat dikira.  

KHARAJ Kharaj pada asalnya merupakan Cukai yang dikenakan ke atas pemilik sesuatu bidang tanah yang ditakluki oleh tentera Islam, sama ada melalui peperangan atau secara aman. Kadar yang dikenakan 10% Kharaj al-Muqasamah – diurus oleh kerajaan Kharaj Wazifah – Kharaj Kawasan. Kharaj al-Ihtizam – diurus oleh pemilik tanah

Perbezaan Antara Tanah Kharaj & Tanah Zakat. Secara umum tanah yang dimiliki oleh orang Islam dinamakan Tanah Zakat Tanah yang dimiliki oleh bukan Islam dinamakan – Tanah Kharaj. Tanah rampasan perang yang tidak bertuan – Secara Mutlak menjadi - Tanah Kharaj *** sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam.

ORANG YANG DIKENAKAN KHARAJ Cukai Kharaj dikenakan ke atas Tanah yang telah ditentukan tidak kira sama ada pemiliknya: Merdeka / Hamba Islam / Bukan Islam. *Jika pemiliknya Zimmi telah memeluk Islam dan tanahnya dibeli oleh orang Islam, Maka tanah tersebut tetap dikenakan cukai Kharaj.

JIZYAH & PERLAKSANAANNYA Jizyah dalam bahasa Arab bererti cukai perlindungan Berasal dari perkataan Jaza’ – Ganti rugi tau Balasan terhadap kebaikan dan keburukan. Menurut Kamus Dewan – JIZYAH merupakan suatu pemberian UFTI yang dibayar oleh individu atau negara bukan Islam kepada negara Islam yang memerintahnya. Jizyah juga didefinasikan sebagai – Cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan Islam (Zimmi) yang menetap atau bernaung di bawah pemerintahan Islam yang diberikan perlindungan oleh negara Islam ke atas keselamatan Jiwa dan harta benda mereka.

TUJUAN JIZYAH Merupakan balasan terhadap usaha dan penat lelah yang dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi mereka. Menguntungkan mereka yang membayar Jizyah kerana - mendapat perlindungan keselamatan dan diberikan kebebasan beragama dan dikecualikan daripada bertugas dalam tentera.

SYARAT JIZYAH Orang bukan Islam (Zimmi) yang diwajibkan membayar Jizyah mestilah mempunyai syarat-syarat tertentu: Sihat dari segi fizikal & mental Akil Baligh Lelaki Berkemampuan Sihat Selamat dari bencana Merdeka

Kategori Jizyah JIZYAH SECARA BAIK – Dibuat di atas dasar kerelaan dan persetujuan bersama terhadap perjanjian dan kadar Kharaj tersebut. JIZYAH SECARA PAKSA – Pihak pemerintah sendiri yang menentukan kadarnya.