KULIAH M13 BAHASA MELAYU TINGGI GAYA BAHASA, NEKA BAHASA (BBM 3401)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Aryani Widyaningsih, S.Pd.
Advertisements

Ragam Bahasa: Variasi bahasa yang timbul karena perbedaan pemakaian
AYAT PASIF.
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ Adi Yasran Abdul Aziz
Pengertian Tatabahasa,
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Ini Pilihan Kami.
Norfatinah Binti Jiamil PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2010
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008
Jenis-jenis Wacana Lisan
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Ragam Bahasa: Variasi bahasa yang timbul karena perbedaan pemakaian
BAHASA SEBAGAI WAHANA ILMU
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa.
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
PROTOKOL DAN ETIKET DALAM PENGURUSAN MAJLIS
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Dr. nor azura binti adzharuddin
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BAHASA MELAYU TINGGI(BBM3401) PEMBAKUAN BAHASA
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 5402 Kuliah 6 Bahasa Antara
DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ PM Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Dr. Hasnah binti Mohamad /
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

KULIAH M13 BAHASA MELAYU TINGGI GAYA BAHASA, NEKA BAHASA (BBM 3401) Dr. Hasnah binti Mohamad 03-89468741/012-2078911 hasnah_m@upm.edu.my

GAYA BAHASA Cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulis.

CIRI-CIRI GAYA BAHASA Kejujuran Kesantunan Menarik Gaya bahasa yang baik seharusnya mempunyai tiga unsur, iaitu ; Kejujuran Kesantunan Menarik

Ciri Kejujuran (gaya bahasa) Menyatakan sst secara ikhlas dan jujur Patuh pada peraturan dan kaedah yg betul Guna bahasa yg jelas Menyatakan sst secara tepat

Ciri Kesantunan (gaya bahasa) Menghargai/menghormati pihak terlibat Menggunakan kata-kata yg mewujudkan rasa puas hati Jelas (tatabahasa, hubungan antara fakta, urutan idea yg logik, guna kiasan/perbandingan)

Ciri Menarik (gaya bahasa) Bervariasi Mengandungi humor sihat Mempunyai pengertian baik Mempunyai kekuatan Penuh dgn daya khayal/imaginasi

Gaya Bahasa – pilihan kata Rasmi Tidak rasmi Percakapan/lisan

Gaya bahasa - nada Gaya sederhana - sesuai utk memberi arahan/perintah Gaya mulia dan bertenaga – keutuhan/kekuatan utk menggerakkan emosi pendengar/pembaca Gaya menengah – bersifat lembut, penuh kasih sayang, mengandungi humor sihat, metafora utk mewujudkan suasana selesa/damai

Gaya bahasa – struktur ayat Kedudukan unsur yg hendak diberi penekanan Klimaks Antiklimaks Paralelisme Antitesis Perulangan (epizeuksis, tautotes, anafora, epistrofa…)

Gaya bahasa - retorik Menggunakan bahasa yg jelas dan padat – makna tersurat, i.e secara langsung Aliterasi Asonansi Susunan songsang Elipsis Eufemisme Litotes

Elipsis ; Pinggan tak retak, nasi tak dingin …………………………….. Eufemisme ; Warga emas – orang tua Ibu tunggal - janda

Gaya bahasa – bahasa kiasan Dibentuk berdasarkan perbandingan Simile Metafora Personifikasi Hiperbola Paradoks Kiasan berpindah

NEKA BAHASA

Untuk menguasai BM dengan baik pengguna bahasa perlu menguasai rumus-rumus tatabahasa serta berupaya mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa. Untuk itu, pengguna bahasa perlu menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa. Skop perbincangan ; Jenis-jenis neka bahasa Kaedah dan ciri-ciri penyajian lisan dan tulisan dalam BM

Definisi Neka Bahasa Neka bahasa ialah jenis-jenis gaya bahasa yang digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial Abdullah Hassan (1997:237). Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993: 155).

JENIS-JENIS NEKA BAHASA Abdullah Hassan (1997: 237) membahagikan neka bahasa kepada jenis yang berikut: Neka Baku Neka Istana Neka Tempatan (Dialek) Neka Basahan Neka Sopan Neka Mesra Neka Remaja Neka Manja Neka Kasar Neka Pasar

PEMILIHAN NEKA Pemilihan neka bergantung kepada keadaan, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Sesuatu keadaan itu dianggap rasmi jika mempunyai ciri yang berikut: Tempat yang rasmi Upacara yang rasmi Kehadiran rasmi Tujuan rasmi

PENENTUAN NEKA Penggunaan neka yang betul amat perlu diberikan Perhatian kerana kesilapan memilih neka yang betul untuk keadaan tertentu dianggap sebagai kesilapan lebih serius daripada kesilapan tatabahasa – kesilapan tatabahasa dari segi sosial (tatabahasa sosial). Untuk mengelakkannya : 1. Mengenal pasti neka BM 2. Mengetahui peraturan tentang masa dan tempat yang sesuai untuk menggunakan sesuatu neka bahasa.

PERATURAN PEMILIHAN NEKA BAHASA

Kata Ganti Penggunaannya Nama Saya i. Bersifat rasmi – secara lisan ii. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Bercakap dengan orang yang lebih tua atau muda tetapi dimuliakan iv. Bercakap dengan orang yang tidak dikenali Aku, kamu i. Bercakap dengan rakan sebaya awak, engkau atau rakan yang akrab. ii. Bercakap dengan orang yang lebih muda atau lebih rendah tarafnya.

Anda i. Bersifat rasmi – secara lisan ii. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Khalayaknya banyak Beliau i. Bersifat rasmi – secara tulisan ii. Bersifat rasmi – secara lisan iii. Orang yang dirujuk lebih tua atau muda tetapi dihormati Dia i. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Orang yang dirujuk dianggap sama taraf atau lebih rendah Saudara, i. Bersifat rasmi – secara lisan Saudari ii. Bersifat rasmi – secara tulisan iii. Orang yang dirujuk masih muda dan dimuliakan iv. Orang yang dirujuk sebaya atau lebih tua

NEKA BAKU Dikenali sebagai bahasa sekolah, bahasa buku atau bahasa standard Digunakan dalam situasi formal (rasmi) Ditandai oleh penggunaan tatabahasa yang betul Sejenis bahasa yang dipelajari melalui proses pendidikan formal kerana neka baku tidak mempunyai penutur jati atau tidak ada penutur yang menuturkan neka baku sebagai bahasa ibunda

NEKA ISTANA Bahasa yang digunakan dalam istana atau oleh kerabat diraja dalam upacara seperti pertabalan. Di luar istana, seseorang sultan akan menggunakan neka istana dalam majlis formal atau rasmi. Kerabat diraja boleh membuat pilihan, sama ada hendak menggunakan neka istana atau tidak apabila berkomunikasi dengan rakyat. Bagaimanapun, rakyat perlu menggunakan neka istana apabila berkomunikasi dengan golongan raja. Neka istana ditandai oleh kata tertentu yang bersifat khusus, contohnya: beta bersiram santap beradu istana titah kurnia murka gering mangkat dirgahayu perkenan

NEKA TEMPATAN Penggunaan bahasa berdasarkan negeri atau daerah, dan digunakan dalam kalangan anggota dialek yang serupa. Anggota dialek yang sama boleh menggunakan neka dialek untuk tujuan rasmi (bukan keadaan rasmi). Neka dialek juga digunakan dalam keadaan tidak rasmi, misalnya di kedai kopi, pasar, rumah atau di padang bola. Apabila dua orang yang menuturkan dialek yang berbeza berkomunikasi, mereka akan menggunakan neka basahan apabila berkomunikasi dalam situasi tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, mereka menggunakan neka baku.

NEKA BASAHAN Neka bahasa yang digunakan dalam keadaan tidak rasmi. Neka basahan tidak digunakan dalam bentuk tulisan tetapi hanya dalam wacana lisan. Ciri-ciri neka basahan: Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap. Imbuhan yang biasa digugurkan dalam neka basahan ialah imbuhan aktif –me. Imbuhan pasif di- dan ter- banyak digunakan dalam neka basahan. Pengguguran imbuhan transitif –i dan per-

Perbezaan Neka Baku dengan Neka Basahan Dari segi kosa kata, terdapat tiga perbezaan antara neka baku dengan neka basahan, iaitu: Penggunaan kata yang berbeza untuk makna yang serupa Neka Baku Neka Basahan beliau dia ibu emak guru cikgu anda awak bagaimana macam mana mengapa kenapa oleh sebab sebab minat suka sila jemput sedang tengah

Bentuk kependekan perkataan Neka Baku Neka Basahan hendak nak sudah dah ini ni mahu mau Perubahan bunyi kecil kecik kah ke biji bijik nasi nasik bawa bawak bapa bapak

NEKA SOPAN Digunakan dalam bentuk tulisan dan lisan. Ciri neka sopan yang paling ketara dapat dilihat dari segi penggunaan kata ganti diri. Digunakan apabila seseorang penutur atau pengguna bahasa bercakap atau menulis kepada orang yang lebih tinggi tarafnya. Dalam masyarakat Melayu, kebiasaan kata ganti nama diri kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut kedudukan atau taraf sosial. Kata panggilan yang bersifat kekeluargaan tidak boleh digunakan dalam komunikasi formal yang melibatkan bukan anggota keluarga.

NEKA MESRA Neka yang digunakan oleh orang yang mempunyai ikatan hubungan persahabatan yang rapat. Kata ganti nama yang digunakan dalam neka mesra ialah seperti aku, engkau, atau dalam bentuk dialek seperti hang, demo, dan lain-lain. Kata ganti nama orang kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut usia, seperti kakak, abang, pak cik, along dan sebagainya. Panggilan khas mengikut usia bagi orang yang tidak dikenali tidak boleh digunakan kerana dianggap sebagai biadap. Panggilan khas mengikut usia seperti kakak, pak cik, mak ngah - untuk orang yang ada hubungan rapat dengan penyapa, misalnya orang sekampung atau yang sangat dikenali.

NEKA REMAJA Dikenali juga sebagai neka kutu. Mengandungi kata dan perkataan yang mempunyai makna tersendiri, contohnya: awek cun mengancam tangkap cintan Perkataan yang digunakan berstatus rendah Kata dan frasa berubah mengikut generasi

NEKA MANJA Digunakan dalam kalangan anggota dalam sesebuah keluarga untuk memperlihatkan kemanjaan. Ciri utama neka manja ialah penggantian kata ganti nama orang pertama dengan nama diri, misalnya Liyana akan membahasakan dirinya Yana. Penggunaan neka ini dalam kalangan penghibur atau artis dalam wawancara atau temu bual di khalayak ramai dianggap perbuatan mengada-ngada kerana mereka bukan bercakap dengan anggota keluarga mereka.

NEKA KASAR Neka kasar digunakan dalam suasana emosi yang negatif seperti marah, benci atau tersinggung, iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang yang disapa. Dua ciri utama neka kasar ialah: Penggunaan kata ganti diri seperti aku, kamu, awak, dan engkau. Pemilihan atau penggunaan kata yang kasar, misalnya: otak untuk fikiran jantan untuk lelaki betina untuk perempuan/wanita binatang untuk haiwan

NEKA PASAR Digunakan apabila salah seorang penuturnya bukan penutur bahasa Melayu jati. Digunakan apabila kedua-dua penutur bukan penutur jati bahasa Melayu. Digunakan untuk tujuan tidak formal. Mempunyai ciri tatabahasa dan kosa kata yang dipengaruhi oleh unsur bahasa asing, seperti bahasa Cina atau bahasa Tamil, contohnya: Itu besar punya rumah, siapa punya?

BAHASA CERMINAN BUDI SEKIAN TERIMA KASIH